Persidangan Umum
Penyokongan Penguasa Umum, Ahli Kawasan Tujuh Puluh dan Pegawai Umum Gereja
Persidangan umum Oktober 2020


7:26

Penyokongan Penguasa Umum, Ahli Kawasan Tujuh Puluh dan Pegawai Umum Gereja

Saudara dan saudari, sekarang saya akan membentangkan Penguasa Umum, Ahli Kawasan Tujuh Puluh, dan Presidensi Badan Sokongan Umum Gereja kepada anda untuk undi sokongan.

Ia dicadangkan bahawa kita menyokong Russell Marion Nelson sebagai nabi, pelihat dan pewahyu dan Presiden Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir; Dallin Harris Oaks sebagai Penasihat Pertama dalam Presidensi Utama; dan Henry Bennion Eyring sebagai Penasihat Kedua dalam Presidensi Utama.

Yang bersetuju boleh nyatakannya.

Yang membantah, kalau ada, boleh nyatakannya.

Dicadangkan bahawa kita menyokong Dallin Harris Oaks sebagai Presiden Kuorum Dua Belas Rasul dan M. Russell Ballard sebagai Pemangku Presiden Kuorum Dua Belas Rasul.

Semua yang bersetuju, sila nyatakannya.

Yang membantah boleh nyatakannya.

Dicadangkan bahawa kita menyokong ahli-ahli Kuorum Dua Belas Rasul yang berikut: M. Russell Ballard, Jeffrey R. Holland, Dieter F. Uchtdorf, David A. Bednar, Quentin L. Cook, D. Todd Christofferson, Neil L. Andersen, Ronald A. Rasband, Gary E. Stevenson, Dale G. Renlund, Gerrit Walter Gong, dan Ulisses Soares.

Mereka yang bersetuju, sila nyatakannya.

Yang membantah boleh nyatakannya.

Dicadangkan bahawa kita menyokong penasihat dalam Presidensi Utama dan Kuorum Dua Belas Rasul sebagai nabi, pelihat, dan pewahyu.

Mereka yang bersetuju, sila nyatakannya.

Yang membantah, kalau ada, dengan pernyataan yang sama.

Kami telah melepaskan Elders L. Whitney Clayton, Enrique R. Falabella dan Richard J. Maynes sebagai ahli Penguasa Umum Tujuh Puluh dan memberikan mereka status emeritus.

Mereka yang ingin bergabung untuk menyatakan kesyukuran bagi pelayanan mereka dan kepada keluarga mereka yang unggul, sila nyatakannya.

Kami telah melepaskan Elder L. Todd Budge sebagai Ahli Tujuh Puluh Penguasa Umum.

Kepada semua yang ingin menyampaikan rasa terima kasih atas pelayanannya, sila tunjukkan dengan mengangkat tangan kanan.

Kami telah melepaskan Uskup Dean M. Davies dan W. Christopher Waddell sebagai Penasihat Pertama dan Kedua mengikut urutan itu, dalam Lembaga Uskup Utama.

Mereka yang ingin menyampaikan kesyukuran kepada para Saudara ini bagi perkhidmatan dedikasi mereka, boleh nyatakannya.

Kami telah melepaskan orang-orang berikut sebagai Ahli Tujuh Puluh: Ruben Acosta, René R. Alba, Alberto A. Alvarez, Vladimir N. Astashov, José Batalla, Bradford C. Bowen, Sergio Luis Carboni, Armando Carreón, S. Marc Clay Jr., Z. Dominique Dekaye, Osvaldo R. Dias, Michael M. Dudley, Mark P. Durham, E. Xavier Espinoza, James E. Evanson, Paschoal F. Fortunato, Sam M. Galvez, Patricio M. Giuffra, Leonard D. Greer, Daniel P. Hall, Toru Hayashi, Paul F. Hintze, Adolf J. Johansson, Wisit Khanakham, Seung Hoon Koo, Pedro X. Larreal, Johnny L. Leota, José E. Maravilla, Joel Martinez, Joaquim J. Moreira, Isaac K. Morrison, Eduardo A. Norambuena, Ferdinand P. Pangan, Jairus C. Perez, Steven M. Petersen, Jay D. Pimentel, Edvaldo B. Pinto Jr., Alexey V. Samaykin, K. David Scott, Rulon F. Stacey, Karl M. Tilleman, William R. Titera, Carlos R. Toledo, Cesar E. Villar, David T. Warner, Gary K. Wilde dan William B. Woahn.

Mereka yang ingin bergabung untuk menyatakan kesyukuran atas pelayanan mereka yang cemerlang, sila nyatakannya.

Dengan Elder L. Whitney Clayton dilepaskan sebagai Ahli Penguasa Umum Tujuh Puluh dan diberikan status emeritus, dia juga dilepaskan sebagai Ahli Presidensi Tujuh Puluh.

Elder Brent H. Nielson telah dipanggil sebagai seorang Ahli Presidensi Tujuh Puluh, dan kami cadangkan dia disokong.

Mereka yang bersetuju, sila nyatakannya.

Yang membantah, sila nyatakannya.

Dicadangkan kita menyokong Dean M. Davies sebagai Ahli Penguasa Umum Tujuh Puluh.

Mereka yang bersetuju, sila nyatakannya.

Yang membantah boleh menyatakannya.

Dicadangkan bahawa kita menyokong W. Christopher Waddell untuk melayan sebagai Penasihat Pertama dalam Lembaga Uskup Utama dan L. Todd Budge untuk melayan sebagai Penasihat Kedua dalam Lembaga Uskup Utama.

Yang bersetuju boleh nyatakannya.

Yang membantah, dengan cara yang sama.

Dicadangkan bahawa kita menyokong Ahli Kawasan Tujuh Puluh yang berikut: Laurian P. Balilemwa, Jonathon W. Bunker, Enrique R. Mayorga dan Konstantin Tolomeev.

Yang bersetuju boleh nyatakannya.

Yang membantah, kalau ada, boleh nyatakannya.

Dicadangkan kita menyokong Penguasa Umum, Ahli Kawasan Tujuh Puluh, dan Pegawai Umum Gereja yang lain seperti kini dilantik.

Mereka yang bersetuju, sila nyatakannya.

Yang membantah, kalau ada, dengan pernyataan yang sama.

Mereka yang membantah kepada apa-apa cadangan ini dipersilakan menghubungi presiden pancang mereka.

Saudara dan saudari, menyatakan terima kasih atas iman dan doa yang berterusan untuk para pemimpin Gereja ini.