Norma Baru
Saya menjemput anda untuk berpaling hati, minda dan jiwa anda kepada Bapa Syurgawi dan Putera-Nya, Yesus Kristus.
Saudara dan saudari sekalian, kedua-dua hari persidangan umum ini telah sungguh mulia! Saya setuju dengan Jeffrey R. Holland. Seperti dia kata, semua pesanan, doa dan musik telah diilham oleh Tuhan. Saya bersyukur bagi semua yang telah menyertai dalam apa pun cara.
Sepanjang prosiding, saya telah gambarkan anda sedang mendengar persidangan dalam minda saya. Saya telah minta Tuhan untuk membantu saya memahami apa yang anda rasa, risau atau cuba menyelesaikan. Saya tertanya-tanya apa yang saya boleh katakan untuk menutup persidangan ini yang akan memberi anda dengan optimis tentang masa depan yang saya tahu Tuhan ingin anda rasa.
Kita hidup pada zaman yang mulia, dilihat oleh para nabi berabad-abad lalu. Ini adalah zaman keagamaan di mana tiada berkat rohani akan ditahan dari yang soleh.1 Walaupun kekecohan dunia,2 Tuhan mahu kita “menantikan masa depan dengan harapan yang bahagia.”3 Marilah kita jangan membuang usaha untuk kenangan kelmarin. Pengumpulan Israel tetap maju. Tuhan Yesus Kristus mengarah hal-hal Gereja-Nya, dan ia akan mencapai objektif ilahinya.
Cabaran untuk anda dan saya adalah untuk memastikan bahawa setiap kita akan mencapai potensi ilahi mereka. Hari ini kita sering mendengar tentang “norma baru.” Jika anda ingin mengamalkan norma baru, saya menjemput anda untuk memaling hati, minda, dan jiwa dengan lebih kepada Bapa Syurgawi dan Putera-Nya, Yesus Kristus. Jadikanlah itu normal baru anda.
Amalkan norma baru anda dengan bertaubat harian. Berusaha untuk bersih dalam fikiran, pertuturan dan perlakuan. Melayani terhadap satu sama lain. Mempunyai satu perspektif abadi. Melaksanakan panggilan anda. Dan apa-apa cabaran anda, saudara dan saudari sekalian, hidup setiap hari supaya anda lebih bersedia untuk bertemu dengan Pencipta anda.4
Itulah sebabnya kita mempunyai bait suci. Tatacara dan perjanjian Tuhan menyediakan kita untuk kehidupan abadi, iaitu berkat Tuhan yang paling besar.5 Seperti yang anda tahu, perlu ada penutupan bait suci sementara kerana wabak COVID. Kemudian kami memulakan pembukaan berperingkat yang dikoordinasi dengan teliti. Dengan peringkat 2 sekarang dilaksanakan di banyak bait suci, beribu-ribu pasangan telah dimeteraikan, dan beribu-ribu orang telah menerima anugerahan mereka sendiri pada beberapa bulan lalu. Kita menantikan hari apabila semua ahli Gereja yang layak dapat sekali lagi melayani nenek moyang mereka dan menyembah di dalam bait suci.
Sekarang saya dengan sukacita mengumumkan rancangan untuk pembinaan enam bait suci baharu di tempat-tempat berikut: Tarawa, Kiribati; Port Vila, Vanuatu; Lindon, Utah; Greater Guatemala City, Guatemala; São Paulo East, Brazil; dan Santa Cruz, Bolivia.
Apabila kita membina dan menjaga bait suci ini, kami berdoa setiap anda akan membina dan menjaga diri anda supaya boleh layak untuk memasuki bait suci.
Saudara dan saudari yang dikasihi, saya memberkati anda untuk dipenuhi dengan kedamaian Tuhan Yesus Kristus. Kedamaian-Nya melebihi segala pemahaman fana.6 Saya berkatti anda dengan keingian yang lebih dan kebolehan untuk patuh kepada hukum-hukum Tuhan. Saya berjanji bahawa apabila anda lakukan, anda akan diberikan berkat, termasuk keberanian yang lebih besar, peningkatan wahyu peribadi, harmoni dalam rumah anda, dan kegembiraan, walaupun dalam ketidaktentuan.
Marilah kita maju untuk memenuhi mandat ilahi kita iaitu mempersiapkan diri kita dan dunia untuk Kedatangan Kedua Tuhan. Saya berdoa dengan kasih sayang kepada anda, dalam nama kudus Yesus Kristus, amin.