Persidangan Umum
Semua Negara, Kaum, dan Bahasa
Persidangan umum Oktober 2020


14:56

Semua Negara, Kaum, dan Bahasa

Kita dapat menjadi, dengan cara kita sendiri, sebahagian daripada pengenapan nubuat-nubuat dan janji-janji Tuhan—sebahagian daripada injil memberkati dunia.

Saudara dan saudari yang dikasihi, baru-baru ini saya telah lakukan satu pemeteraian bait suci, mengikut garis panduan COVID-19. Bersama pasangan pengantin itu, kedua-duanya penginjil yang sudah pulang, ialah ibu bapa dan semua adik-beradik mereka. Ini bukan mudah. Pengantin perempuan itu ialah anak nombor 9 daripada sepuluh orang anak. Sembilan adik-beradiknya duduk mengikut susunan, dari yang tertua ke termuda, mengikut penjarakan sosial.

Keluarga ini cuba menjadi jiran yang baik di mana pun mereka tinggal. Tetapi, satu komuniti tidak mengalu-alukan mereka—ibu pengantin perempuan kata ini adalah sebab keluarga mereka ialah ahli Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir.

Keluarga mereka lakukan sedaya upaya untuk membuat rakan di sekolah, menyumbang dan harap diterima, tetapi gagal. Mereka berdoa agar hati dilembutkan.

Satu malam, mereka rasa doa mereka dijawab, tetapi dalam satu cara yang tidak dijangka. Rumah mereka musnah dalam satu kebakaran. Tetapi satu perkara berlaku. Api itu melembutkan hati jiran-jiran mereka.

Jiran-jiran mereka dan sekolah tempatan mengumpulkan pakaian, kasut, dan barang keperluan lain yang diperlukan oleh keluarga ini, yang sudah kehilangan segala benda. Kebaikan hati mendatangkan kefahaman. Ini bukan cara atau jawapan yang keluarga itu harapkan. Tetapi, mereka bersyukur ke atas apa yang mereka pelajari melalui pengalaman yang susah dan jawapan yang tidak dijangka ke atas doa yang tulus ikhlas.

Benar-benarnya, bagi mereka yang beriman dan ada mata untuk melihat, belas kasihan Tuhan ditunjukkan di tengah-tengah cabaran kehidupan. Menghadapi cabaran dengan beriman dan pengorbanan mendatangkan berkat-berkat syurga. Dalam kefanaan ini, kita mungkin kehilangan atau menunggu untuk sesuatu buat satu masa, tetapi akhirnya kita akan mendapati benda-benda yang paling penting. 1 Inilah janjian-Nya. 2

Perisytiharan ulang tahun ke-200 kita bermula dengan satu janji yang mendalam dan inklusif bahawa “Tuhan Bapa mengasihi anak-anak-Nya dalam setiap negara di dunia.” 3 Kepada setiap kita dalam setiap negara, kaum, bahasa, dan bangsa, 4 Tuhan berjanji dan menjemput kita untuk datang menikmati kebahagiaan dan kebaikan-Nya yang amat banyak.

Kasih Tuhan bagi semua orang ditegaskan dalam tulisan suci. 5 Kasih itu merangkumi perjanjian Abraham, mengumpulkan anak-anak-Nya yang dicerai-berai, 6 dan rancangan kegembiraan-Nya dalam kehidupan kita.

Dalam keluarga iman, tiada orang asing atau pun pendatang, 7 tiada yang kaya atau miskin, 8 tiada “orang lain.” Sebagai “warga umat Tuhan” 9 kita dijemput untuk mengubah dunia untuk menjadi lebih baik, dari dalam ke luar, satu orang, satu keluarga, satu daerah pada satu masa.

Ini berlaku apabila kita mematuhi dan berkongsi injil. Awal zaman keagamaan ini, Nabi Joseph Smith menerima satu nubuat yang luar biasa yang mengatakan bahawa Bapa Syurgawi hendak semua orang di merata tempat mendapati kasih Tuhan dan mengalami kuasa-Nya untuk berkembang dan berubah.

Rumah keluarga Smith

Nubuat itu diterima di sini, dalam rumah kayu keluarga Smith di Palmyra, New York. 10

Elder dan Sister Gong di rumah Smith

Dilengkapi pada 1998, rumah Smith dibina semula pada dasar asalnya. Bilik tidur di tingkat dua yang berukuran 18 x 30 x 10 kaki (5.5 x 9 3m) tempat di mana Moroni, sebagai utusan daripada Tuhan, datang mengunjungi Joseph yang muda pada malam 21 September, 1823. 11

Anda ingat apa yang Nabi Joseph mengisahkan kembali:

“[Moroni] berkata … Tuhan memiliki suatu pekerjaan untuk aku lakukan; dan bahawa namaku akan dikenali dengan baik dan jahat di kalangan semua bangsa, kaum, dan bahasa. …

“[Moroni] mengatakan ada sebuah kitab tersimpan, … bahawa kegenapan Injil abadi terkandung di dalamnya.” 12

Kita henti di sini sekejap. Kita menyembah Tuhan Bapa Yang Abadi, dan Putera-Nya, Yesus Kristus, bukan Nabi Joseph atau sesiapa lelaki atau perempuan fana pun.

Namun pertimbangkan bagaimana nubuat yang Tuhan berikan hamba-hamba-Nya digenapi. 13 Ada yang digenapi lebih awal, ada yang kemudian, tetapi semua akan digenapi. 14 Ketika kita dengar roh nubuat Tuhan, kita boleh menjadi, dalam cara kita sendiri, sebahagian daripada pengenapan nubuat-nubuat dan janji-janji-Nya—sebahagian daripada injil memberkati dunia.

Pada tahun 1823, Joseph seorang remaja yang berumur 17 tahun yang tidak dikenali tinggal dalam satu kampung terpencil, dalam satu negara yang baru-baru mencapai kemerdekaan. Kecuali ia adalah benar, bagaimana dia boleh kata dia akan menjadi alat dalam pekerjaan Tuhan dan menterjemahkan kitab suci dengan kurnia dan kuasa Tuhan yang akan dikenali di merata tempat?

Namun, kerana ia adalah benar, anda dan saya boleh bersaksi bahawa nubuat digenapi semasa kita dijemput untuk mendatangkannya.

Saudara dan saudari, di seluruh dunia, setiap kita yang menyertai persidangan umum Oktober 2020 ini adalah di kalangan negara, kaum, dan bahasa yang disebut itu.

Hari ini, ahli-ahli Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir tinggal dalam 196 negara dan wilayah, dengan 3,446 pancang Gereja dalam 90 negara. 15 Kita mewakili keluasan geografi dan pusat kekuatan.

Pada tahun 1823, siapa dapat bayangkan bahawa pada tahun 2020 akan ada tiga negara yang memiliki lebih daripada satu juta ahli Gereja ini—Amerika Syarikat, Mexico, dan Brazil?

Atau 23 negara dengan lebih daripada 100,000 ahli Gereja—tiga di Amerika Utara, empat belas di Amerika Tengah dan Amerika Selatan, satu di Eropah, empat di Asia, dan satu di Africa? 16

Presiden Russell M. Nelson panggil Kitab Mormon “satu mukjizat yang menakjubkan.” 17 Kesaksiannya bersaksi, “Dimaklumkanlah kepada segala bangsa, kaum, bahasa.” 18 Hari ini, persidangan umum sedia ada dalam 100 bahasa. Presiden Nelson sudah bersaksi tentang Yesus Kristus dan injil-Nya yang sudah dipulihkan dalam 138 negara dan nombor itu masih bertambah.

Bermula dengan 5,000 salinan bercetak dari edisi pertama Kitab Mormon pada tahun 1830, sekarang sudah ada 192 juta salinan segala atau sebahagian Kitab Mormon diterbit dalam 112 bahasa. Penterjemahan Kitab Mormon juga banyak tersedia secara digital. Sekarang, penterjemahan Kitab Mormon termasuk kebanyakan 23 bahasa yang digunakan oleh 50 juta orang atau lebih, bahasa ibunda 4.1 bilion orang. . 19

Melalui cara-cara yang kecil dan sederhana—di mana kita semua dijemput untuk menyertai— hal-hal besar didatangkan.

Sebagai contoh, dalam satu persidangan pancang di Monroe, Utah, populasi 2,200 orang, saya tanya berapa sudah melayani misi. Hampir setiap orang mengangkat tangan. Dalam tahun baru-baru ini, dari pancang itu, 564 penginjil sudah melayani dalam semua 50 negeri di Amerika Syarikat dan 53 negara—pada setiap benua kecuali Antartika.

Mahupun di Ushuaia, Selatan Argentina, saya nampak nubuat digenapi semasa para penginjil kita berkongsi injil Yesus Kristus yang sudah dipulihkan di tempat ini yang dipanggil “hujung bumi.” 20

Lukisan yang dibentuk oleh jilid Saints

Lukisan yang terdiri dari kulit buku empat jilid Saints 21 menunjukkan satu gambar hasil mematuhi injil yang datang kepada Orang Suci seluruh dunia. Sejarah Gereja kita terdiri pada kesaksian kehidupan dan perjalanan injil setiap ahli, termasuk Mary Whitmer, saudari yang Moroni tunjukkan kepingan-kepingan Kitab Mormon. 22

Majalah Gereja baharu

Pada Januari 2021,tiga majalah global Gereja baharu kita— Friend, For the Strength of Youth, dan Liahona—menjemput semua untuk berkongsi pengalaman dan kesaksian dalam komuniti iman sedunia kita. 23

Saudara dan saudari, apabila kita meningkatkan iman kita kepada Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus, menerima berkat dari mematuhi kebenaran injil yang sudah dipulihkan dan perjanjian-perjanjian kudus, serta mengkaji, merenungkan, dan berkongsi tentang Pemulihan yang berterusan, kita mengambil bahagian dalam pengenapan nubuat.

Kita mengubahkan diri sendiri dan dunia dalam pola injil yang memberkati kehidupan di merata tempat.

Seorang saudari dari Afrika kata, “Pelayanan imamat suami saya menjadikan dia lebih sabar dan berbaik hati. Dan saya menjadi seorang isteri dan ibu yang lebih baik.”

Seorang pakar runding perniagaan antarabangsa di Amerika Tengah kata sebelum dia menemui injil Tuhan yang sudah dipulihkan dia hidup tanpa tujuan di jalanan. Sekarang dia dan keluarganya sudah menemui identiti, tujuan, dan kekuatan.

Seorang budak lelaki di Amerika Selatan membesarkan ayam dan jualkan telur mereka untuk menolong membeli tingkap bagi rumah yang dibina oleh keluarganya. Dia bayarkan persepuluhan dahulu. Dia akan nampak jendela syurga membuka.

Di Four Corners, barat daya Amerika Syarikat, satu keluarga Asli Amerika menanam satu pohon bunga mawar di gurun, satu lambang iman injil dan keberdikarian.

Seorang mangsa perang saudara yang terselamat, seorang saudara di Asia Selatan berputus asa bahawa kehidupan tiada makna. Dia menemui harapan dalam satu mimpi di mana bekas rakan sekelasnya memegang satu dulang sakramen dan bersaksi tentang tatacara-tatacara penyelamatan dan Korban Tebusan Yesus Kristus.

Bapa Syurgawi menjemput kita di merata tempat untuk merasai kasih-Nya, mempelajari dan berkembang melalui pendidikan, kerja jujur, pelayanan keberdikarian, dan pola kebaikan dan kegembiraan yang didapati dalam Gereja-Nya yang sudah dipulihkan.

Apabila kita mempercayai Tuhan, kadangkala melalui rayuan pada masa yang paling gelap, sunyi, tak pasti, kita mendapati Dia kenal kita dan kasihi kita lebih daripada yang kita tahu atau kasihi diri sendiri.

Inilah sebab kita perlu bantuan Tuhan untuk cipta keadilan, kesamarataan, kesaksamaan dan kedamaian di rumah dan komuniti kita. Naratif kita yang paling tulen datang apabila kita rasa kasih Tuhan, mencarikan rahmat dan mukjizat melalui korban tebusan Putera-Nya, dan menubuhkan hubungan abadi melalui perjanjian kudus.

Kebaikan dan kebijaksanaan agama diperlukan dalam dunia hari ini yang sesak, bising, dan tercemar. Macam mana lagi boleh kita menyegarkan, mengilhami, dan meneguhkan roh manusia? 24

Menanam pokok di Haiti
Menanam pokok di Haiti
Menanam pokok di Haiti

Menanam pokok di Haiti hanya salah satu daripada beratus-ratus contoh tentang orang bersatu untuk lakukan perkara baik. Komuniti tempatan, termasuk 1,800 ahli Gereja kita, mendermakan pokok, berhimpun untuk menanam hampir 25,000 pokok. 25 Projek penghutanan semula selama bertahun-tahun ini sudah menanam lebih daripada 121,000 pokok. Projek ini akan terus menanam beribu-ribu lebih pokok.

Usaha bersatu ini memberikan tempat teduh, memulihara tanah, mengurangkan kebanjiran. Ia mengindahkan dan membina komuniti, memberi makanan, dan menyuburkan jiwa. Jika anda tanya orang Haiti siapa akan menuai buah dari pokok-pokok ini, mereka kata, “Sesiapa yang lapar.”

Terdapat 80 peratus populasi dunia ada agama. 26 Komuniti agama sedia bertindak kepada keperluan serta merta selepas bencana alam, dan juga keperluan makanan, tempat perlindungan, pendidikan, literasi, dan pelatihan kerja. Di seluruh dunia, para ahli, rakan dan Gereja kita menolong komuniti menyokong pelarian dan membekalkan air, pembersihan, mobiliti kecacatan, penjagaan penglihatan—satu orang, satu kampung, satu pokok pada satu masa. 27 Di merata tempat, kita cuba menjadi ibu bapa dan warganegara yang baik, untuk menyumbang dalam komuniti kita, termasuk melalui kumpulan amal Orang Suci Zaman Akhir. 28

Tuhan memberikan kita hak pilihan moral—dan pertanggunjawaban moral. Tuhan berfirman, “Aku, Tuhan Raja, menjadikanmu bebas, oleh kerana itu [anda] sudah tentunya bebas.” 29 Apabila mengumumkan “kemerdekaan kepada orang tawanan” 30 Tuhan berjanji bahawa Korban Tebusan-Nya dan jalan injil-Nya boleh memecah ikatan duniawi dan rohani. 31 Kebebasan penebusan ini juga berlaku kepada mereka yang sudah meninggal kefanaan.

Beberapa tahun dahulu, seorang imam di Amerika Tengah memberitahu saya dia membuat kajian tentang “pembaptisan bagi orang yang sudah mati” Orang Suci Zaman Akhir. “Nampaknya,” imam itu kata, “Tuhan memberikan setiap orang peluang untuk menerima pembaptisan, tidak kira di mana atau bila mereka hidup, kecuali kanak-kanak kecil, mereka ‘hidup dalam Kristus.’ 32 Rasul Paulus,” imam itu berkata, “berucap tentang orang yang mati menunggukan pembaptisan dan kebangkitan.” 33 Tatacara-tatacara bait suci menjanjikan semua negara, kaum, dan bahasa bahawa semua orang akan “terhindar s’lamanya dari maut dan neraka.” 34

Semasa kita mencari Tuhan, kadangkala jawapan kepada doa yang tidak dijangka menyelamatkan kita dari kehidupan di jalanan, membawakan kita ke komuniti, menghalau kegelapan dari jiwa kita, dan membimbing kita untuk mencari perlindungan rohani dan rasa tergolong dalam kebaikan perjanjian dan kasih-Nya.

Perkara yang hebat biasanya bermula secara kecil, tetapi mukjizat Tuhan dinyatakan setiap hari. Betapa kita bersyukur bagi kurnia ilahi Roh Kudus, Korban Tebusan Yesus Kristus, dan ajaran, tatacara, serta perjanjian yang sudah diungkapkan dalam Gereja-Nya yang sudah dipulihkan, yang dipanggil dalam nama-Nya.

Semoga kita menerima jemputan Tuhan dengan gembira untuk menerima dan menolong mengenapkan berkat dan nubuat yang Dia telah janjikan dalam semua negara, kaum, dan bahasa, saya berdoa, dalam nama kudus Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. “Semua kehilangan anda akan dibayar balik kepada anda dalam kebangkitan, jika anda terus beriman” ( Teachings of Presidents of the Church: Joseph Smith [2007], 51).

  2. Lihat Mosia 2:41.

  3. Pemulihan Kegenapan Injil Yesus Kristus: Perisytiharan Ulang Tahun Kedua Ratus kepada Dunia,” ChurchofJesusChrist.org; juga lihat, sebagai contoh, Alma 26:37.

  4. Lihat Wahyu 14:6; 1 Nefi 19:17; 22:28; 2 Nefi 30:8; Mosia 3:20; 15:28; Alma 37:3–6; 3 Nefi 28:29; Ajaran dan Perjanjian 42:58; 133:37.

  5. Lihat Yohanes 3:16–17; 15:12; Roma 8:35, 38–39.

  6. Lihat 1 Nefi 22:3, 9; Ajaran dan Perjanjian 45:24–25, 69, 71; 64:42.

  7. Lihat Efesus 2:19.

  8. Lihat Ajaran dan Perjanjian 104:14-17.

  9. Efesus 2:19.

  10. Beberapa ela dari pintu belakang rumah Smith ada satu dusun pokok, yang menjadi Hutan Kudus kita “pada suatu pagi hari yang indah, terang, pada permulaan musim bunga tahun seribu lapan ratus dua puluh” (Joseph Smith—Sejarah 1:14).

  11. Dengan tepatnya, lokasi satu kejadian sejarah boleh menggabungkan masa dan tempat dengan berkuasa. Tetapi, kesaksian kita tentang kejadian kudus mengenai kemunculan Moroni kepada Nabi Joseph yang muda adalah rohani.

  12. Joseph Smith—Sejarah 1:33–34.

  13. Lihat Amos 3:57; Ajaran dan Perjanjian 1:38.

  14. Lihat Alma 37:6; Ajaran dan Perjanjian 64:33.

  15. Statistik Gereja pada September 3, 2020; “negara dan wilayah” termasuk Guam, Puerto Rico, dan Amerika Samoa.

  16. 23 negara adalah Amerika Syarikat, Mexico, Brazil, Filipina, Peru, Chile, Argentina, Guatemala, Ecuador, Bolivia, Colombia, Kanada, United Kingdom, Honduras, Nigeria, Venezuela, Australia, Dominican Republic, Jepun, El Salvador, New Zealand, Uruguay, dan Nicaragua. Australia dan New Zealand termasuk di empat negara di Asia dengan lebih 100,000 ahli. Paraguay mempunyai lebih dari 96,000 ahli-ahli Gereja dan mungkin seterusnya menyertai kumpulan ahli 100,000.

  17. Russell M. Nelson, “The Book of Mormon: A Miraculous Miracle,” ucapan diberi dalam sebuah seminar bagi president misi baru, 23 Jun 2016.

  18. Lihat “Kesaksian Tiga Saksi” dan “Kesaksian Lapan Saksi,” Kitab Mormon.

  19. Terjemahan tambahan meneruskan janji bahawa setiap lelaki dan perempuan akan “mendengar kegenapan injil dalam loghatnya sendiri, dan … bahasa” (Ajaran dan Perjanjian 90:11).

  20. Lihat Ajaran dan Perjanjian 122:1.

  21. Tajuk empat jilid Saints datang dari perisytiharan kesaksian Nabi Joseph dalam surat Wentworth— The Standard of Truth; No Unhallowed Hand; Boldly, Nobly and Independent; dan Sounded in Every Ear.

  22. Lihat Saints: The Story of the Church of Jesus Christ in the Latter Days, vol. 1, The Standard of Truth, 1815–1846 (2018), 70–71.

  23. Lihat surat Presidensi Utama, 14 Ogos 2020.

  24. Lihat Gerrit W. Gong, “Seven Ways Religious Inputs and Values Contribute to Practical, Principle-Based Policy Approaches” (Ucapan diberi pada G20 Interfaith Forum, 8 Jun 2019), newsroom.ChurchofJesusChrist.org.

  25. Lihat Jason Swensen, “LDS Church Celebrates 30 Years in Haiti by Planting Thousands of Trees,” Deseret News, 1 Mei 2012, deseretnews.com.

  26. Lihat Pusat Penyelidikan Pew, “The Global Religious Landscape,” 18 Dis. 2012, pewforum.org. “Kajian demografi menyeluruh di lebih daripada 230 negara dan wilayah … menganggarkan bahawa terdapat 5.8 bilion orang dewasa dan kanak-kanak beragama di seluruh dunia, yang mewakili 84% daripada populasi dunia tahun 2010 sebanyak 6.9 bilion.”

  27. Kemurnian dan nilai agama memperkayakan masyarakat sivil; mengilhami komuniti, penglibatan sivil, kesatuan sosial, pelayanan, dan kesukarelaan; dan menggalakkan keadilan, perdamaian, dan keampunan, termasuk menolong kita mengetahui bila dan bagaimana untuk memegang ketat dan membebaskan, mengetahui bila dan bagaimana untuk mengingati dan melupai.

  28. Selain daripada sumbangan mereka kepada Kumpulan Amal Orang Suci Zaman Akhir (lihat latterdaysaintscharities.org), yang melayani sebagai bantuan kemanusiaan Gereja, ahli-ahli Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir menyertai jiran-jiran dan komuniti mereka memberikan masa dan dermaan melalui pelayanan dalam JustServe or Helping Hands projects (lihat justserve.org dan ChurchofJesusChrist.org/topics/humanitarian-service/helping-hands) dan melalui dermaan sumbang puasa (lihat “Fasting and Fast Offerings,” Gospel Topics, topics.ChurchofJesusChrist.org). Setiap usaha ini datang dari kemurahan hati para ahli Gereja dan rakan-rakan Gereja untuk memberkati beribu-ribu orang di seluruh dunia.

  29. Ajaran dan Perjanjian 98:8.

  30. Yesaya 61:1; juga lihat Yohanes 8:36; Galatia 5:1; Ajaran dan Perjanjian 88:86.

  31. Harapan kebebasan termasuk mereka yang berusaha untuk mengatasi tabiat dan ketagihan yang melemahkan, sikap mengalahkan diri, kesalahan bergenerasi, atau kedukaan apa-apa pun.

  32. Moroni 8:12; lihat juga Ajaran dan Perjanjian 137:10.

  33. Lihat 1 Korintus 15:29.

  34. “Mengambil Lambang Bersama,” Nyanyian Rohani, no. 73. ayat 3.