Persidangan Umum
Tuhan Akan Lakukan Sesuatu yang Tak Dapat Dibayangkan
Persidangan umum Oktober 2020


15:17

Tuhan Akan Lakukan Sesuatu yang Tak Dapat Dibayangkan

Tuhan telah menyediakan anak-anak-Nya dan gereja-Nya untuk waktu ini.

Tidak lama selepas tiba di Lembah Salt Lake, Orang Suci Zaman Akhir mula membina bait suci kudus mereka. Mereka merasa akhirnya mereka telah jumpa tempat mereka dapat menyembah Tuhan dengan damai dan menjadi bebas dari penganiayaan.

Namun, ketika landasan bait suci hampir siap, pasukan tentera Amerika Syarikat mendekat untuk secara paksa melantik gabenor baharu.

Oleh kerana para pemimpin Gereja tidak tahu sikap bermusuhan tentera, Brigham Young menyuruh para Orang Suci untuk kosongkan dan kuburkan landasan bait suci.

Saya pasti beberapa ahli Gereja tertanya-tanya mengapa usaha mereka untuk bina kerajaan Tuhan sering terhalang.

Akhirnya, bahaya itu berlalu, dan landasan bait suci digali dan diperiksa. Pada masa itulah pembina perintis mendapati beberapa batu pasir asli telah retak, menjadikannya tidak sesuai sebagai landasan.

Oleh itu, Brigham membaiki blok granit yang besar supaya cukup kuat untuk menyokong tembok granit1 Bait Suci Salt Lake yang megah.2 Akhirnya, para Orang Suci dapat menyanyikan lagu rohani “Teguhlah Landasan”3 dan tahu bait suci mereka dibina di atas landasan yang kukuh yang akan bertahan selama beberapa generasi.

Landasan Bait Suci Salt Lake

Kisah ini mengajarkan kita bagaimana Tuhan mengguna kesukaran untuk capai tujuan-Nya.

Wabak Seluruh Dunia

Jika ini kedengaran biasa seperti keadaan di mana kita berada hari ini, itu kerana ia berlaku.

Saya ragu ada orang yang dengar suara saya atau baca kata-kata saya yang tidak terjejas oleh wabak di seluruh dunia.

Kepada mereka yang bersedih atas kehilangan keluarga atau kawan, kami bersedih dengan anda. Kami merayu dengan Bapa Syurgawi untuk menghiburkan dan menenangkan anda.

Akibat jangka panjang virus ini melebihi kesihatan jasmani. Banyak keluarga kehilangan pendapatan dan diancam kelaparan, ketidakpastian, dan kebimbangan. Kami kagum dengan usaha tidak mementingkan diri banyak pihak untuk cegah penyebaran penyakit ini. Kami rasa rendah hati dengan pengorbanan yang senyap dan usaha mulia mereka yang telah pertaruhkan keselamatan mereka sendiri untuk bantu, sembuh, dan sokong orang yang perlukan. Hati kami dipenuhi dengan kesyukuran bagi kebaikan dan rasa kasihan anda.

Kami berdoa dengan kuat agar Tuhan buka tingkap syurga dan penuhi hidup anda dengan berkat abadi Tuhan.

Kita Seperti Biji Benih

Masih banyak yang tidak diketahui tentang virus ini. Tetapi jika ada satu perkara yang saya tahu, iaitu virus ini tidak mengejutkan Bapa Syurgawi. Dia tidak perlu kumpulkan batalion malaikat tambahan, memanggil mesyuarat darurat, atau mengalihkan sumber dari bahagian penciptaan dunia untuk menangani keperluan yang tak dijangka.

Pesanan saya hari ini adalah bahawa walaupun wabak ini bukan apa yang kita mahukan atau harapkan, Tuhan telah sediakan anak-anak dan Gereja-Nya untuk masa ini.

Kita akan bertahan, ya. Tetapi kita akan lakukan lebih dari sekadar mencekalkan hati, bertahan, dan menunggu semuanya kembali normal. Kami akan maju, dan hasilnya akan menjadi lebih baik.

Dalam satu cara, kita seperti biji benih. Bagi biji benih mencapai potensinya, mereka mesti ditanam sebelum dapat tumbuh. Ini adalah saksi saya yang walaupun kadang-kala kita rasa dipenuhi oleh cubaan hidup atau dikelilingi oleh masalah emosi, kasih Tuhan dan berkat injil Yesus Kristus yang dipulihkan akan bawa sesuatu yang tak boleh dibayangkan.

Berkat Datang dari Kesusahan

Setiap zaman keagamaan telah hadapi masa-masa cubaan dan kesukarannya.

Henokh dan orang-orangnya hidup dalam masa kejahatan, perang, dan pertumpahan darah. “Tetapi Tuhan datang dan berada bersama umat-Nya.” Dia mempunyai sesuatu yang tak dapat dibayangkan untuk mereka. Dia membantu mereka menubuhkan Sion—umat “satu hati dan satu fikiran” yang “berdiam dalam kesolehan.”4

Yusuf muda, anak Yakub, dilemparkan ke dalam lubang, dijual menjadi hamba, dikhianati, dan ditinggalkan.5 Yusuf pasti tertanya-tanya jika Tuhan telah melupakannya. Tuhan mempunyai sesuatu yang tak dapat dibayangkan untuk Yusuf. Dia guna masa cubaan ini untuk kuatkan perwatakan Yusuf dan menempatkannya dalam kedudukan untuk selamatkan keluarganya.6

Joseph di Penjara Liberty

Fikirkan Nabi Joseph Smith ketika dipenjarakan di Penjara Liberty, bagaimana dia merayu bantuan untuk para Orang Suci yang menderita. Dia pasti tertanya-tanya bagaimana Sion dapat dibentuk dalam keadaan seperti itu. Tetapi Tuhan berbicara kedamaian kepadanya, dan wahyu mulia yang diikuti membawa kedamaian kepada para Orang Suci—dan ia terus membawa kedamaian kepada anda dan saya.7

Berapa kali pada tahun awal Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir yang para Orang Suci putus asa dan tertanya-tanya jika Tuhan telah lupakan mereka? Tetapi melalui penganiayaan, bahaya, dan ancaman penghapusan, Tuhan Israel telah memikirkan sesuatu yang lain untuk kawanan kecil-Nya. Sesuatu yang tidak dapat dibayangkan.

Apakah yang kita pelajari dari contoh-contoh ini—dan ratusan yang lain dalam tulisan suci?

Pertama, orang soleh tidak dikecualikan dari mengalami percubaan dan kesusahan. Kita semua mesti melalui masa sukar, kerana di saat kesukaran inilah kita pelajari asas yang kukuhkan perwatakan kita dan bawa kita semakin dekat dengan Tuhan.

Kedua, Bapa Syurgawi kita tahu yang kita menderita, dan kerana kita adalah anak-anak-Nya, Dia tidak akan meninggalkan kita.8

Fikirkan seorang yang penyayang, Juruselamat, yang menghabiskan banyak hidup-Nya melayani orang sakit, kesepian, keraguan dan putus asa.9 Adakah anda fikir Dia kurang mengambil berat tentang anda hari ini?

Sahabat, saudara dan saudari saya yang dikasihi, Tuhan akan mengawasi dan menggembalakan anda pada masa-masa yang tidak menentu dan menakutkan ini. Dia kenal anda. Dia dengar rayuan anda. Dia setia dan boleh diharapkan. Dia akan tunaikan janji-janji-Nya.

Tuhan mempunyai sesuatu yang tak dapat dibayangkan untuk anda secara peribadi dan Gereja secara kolektif—sebuah pekerjaan yang menakjubkan dan sebuah keajaiban

Kami Bersyukur bagi Nabi

Hari-hari terbaik kita berada di hadapan kita, bukan di belakang kita. Inilah sebab Tuhan beri kita wahyu moden ! Tanpanya, hidup mungkin terasa seperti terbang dalam pola penahan, menunggu kabut hilang untuk kita mendarat dengan selamat. Tujuan Tuhan untuk kita adalah jauh lebih penting dari itu. Kerana ini adalah Gereja Kristus yang hidup, dan kerana Dia mengarah para nabi-Nya, kita bergerak maju dan ke atas, ke tempat yang belum pernah kita lalui, ke ketinggian yang hampir tak dapat kita bayangkan!

Sekarang, ini tidak bermakna kita tidak akan alami pergolakan dalam penerbangan kita melalui kefanaan. Ini tidak bermakna tiada kegagalan alat, kerosakan mekanikal atau cabaran cuaca serius yang tak dijangka. Malah, keadaan mungkin bertambah buruk sebelum ia jadi lebih baik.

Sebagai juruterbang pejuang dan kapten penerbangan, saya pelajari yang walaupun saya tak dapat pilih kesukaran yang saya akan hadapi semasa penerbangan, saya dapat pilih cara saya bersedia dan bertindak. Apakah yang diperlukan semasa krisis adalah kepercayaan yang tenang dan jelas.

Bagaimanakah kita lakukan ini?

Kita kenal pasti fakta dan kembali kepada asas, dasar asas injil, yang paling penting. Anda menguatkan tingkah laku keagamaan peribadi anda—seperti doa dan kajian tulisan suci dan mematuhi perintah-perintah Tuhan. Anda membuat keputusan berdasarkan amalan terbaik yang terbukti.

Fokus pada hal yang anda boleh lakukan, dan bukan pada hal yang anda tidak boleh lakukan.

Anda mengumpulkan iman anda. Dan anda dengarkan firman Tuhan dan nabi-Nya untuk bimbing anda ke keselamatan.

Ingatlah, ini ialah Gereja Yesus Kristus — Dia memimpin.

Fikirkan banyak kemajuan yang diilhamkan yang berlaku dalam dekad yang lepas. Untuk menyebut beberapa:

  • Sakramen ditekankan kembali sebagai pusat penyembahan Sabat kita.

  • Ikutlah Aku disediakan sebagai alat berpusat pada rumah, yang disokong oleh Gereja untuk menguatkan individu dan keluarga.

  • Kita mula cara yang lebih tinggi dan kudus untuk melayani semua.

  • Penggunaan teknologi dalam berkongsi injil dan melakukan pekerjaan Tuhan telah tersebar di seluruh Gereja.

Bahkan sesi persidangan umum ini tidak akan dapat dilaksanakan tanpa alat teknologi yang hebat.

Saudara dan saudari, dengan Kristus memimpin di kemudi, semuanya tidak hanya akan jadi baik, ia juga tak dapat dibayangkan.

Pekerjaan Mengumpulkan Israel Terus Maju

Pada mulanya, ia kelihatan seperti wabak di seluruh dunia akan jadi penghalang pekerjaan Tuhan. Contohnya, kaedah tradisional untuk berkongsi injil tidak mungkin dapat dilakukan. Walau bagaimanapun, wabak ini menunjukkan cara baharu dan lebih kreatif untuk menjangkau orang yang ikhlas cari kebenaran. Pekerjaan mengumpulkan Israel semakin berkuasa dan bersemangat. Beratus dan beribu cerita membuktikan ini.

Seorang kawan baik yang tinggal di Norway menulis kepada Harriet dan saya tentang peningkatan pembaptisan baru-baru ini. “Di lokasi di mana Gereja adalah kecil,” tulisnya “ranting akan menjadi cabang, dan cabang akan menjadi bahagian!!”

Di Latvia, seorang wanita yang telah temui Gereja dengan klik iklan internet begitu bersemangat untuk belajar tentang injil Yesus Kristus sehingga dia pergi ke temu janji dia satu jam lebih awal, dan sebelum para penginjil mengakhiri pelajaran pertama, dia meminta tarikh untuk dibaptiskan.

Di Eropah Timur, seorang wanita yang menerima panggilan daripada para penginjil berseru, “Saudari, mengapa kamu tidak menelefon lebih awal? Saya telah menunggu!”

Ramai penginjil kita lebih sibuk dari sebelumnya. Ramai penginjil sedang mengajar lebih ramai orang berbanding sebelumnya. Terdapat peningkatan hubungan antara para ahli dan para penginjil.

Pada masa lalu, kita mungkin sangat terikat dengan pendekatan tradisional sehingga ia perlukan wabak untuk buka mata kita. Mungkin kita masih membina dengan batu pasir ketika granit sudah tersedia. Oleh itu, kita sekarang belajar cara menggunakan pelbagai kaedah, termasuk teknologi, untuk jemput orang-orang—dengan cara normal dan semula jadi—untuk datang dan lihat, datang dan bantu, dan datang dan menjadi tergolong.

Pekerjaan-Nya, Cara-Nya

Ini adalah pekerjaan Tuhan. Dia jemput kita untuk cari cara-Nya untuk melakukannya, dan ia mungkin berbeza dari pengalaman masa lalu kita.

Ini berlaku kepada Simon Petrus dan para pengikut yang pergi memancing di Laut Tiberias.

“Sepanjang malam itu mereka tidak mendapat seekor ikan pun.

“Apabila matahari terbit, Yesus berdiri di pantai. …

“Yesus berkata kepada mereka, “Labuhkanlah jala ke [sebelah] kanan perahu, lalu kamu akan mendapat ikan.”

Mereka melabuhkan jala, tetapi mereka tidak terdaya menariknya kembali kerana terlalu banyak ikan yang tertangkap.”10

Tuhan telah mengungkapkan dan akan terus mengungkapkan tangan-Nya yang Maha Kuasa. Hari akan tiba ketika kita akan lihat ke belakang dan ketahui yang ketika masa kesusahan ini, Tuhan sedang bantu kita untuk cari jalan yang lebih baik —jalan-Nya—untuk bina kerajaan-Nya di landasan yang kukuh.

Saya bersaksi yang ini adalah pekerjaan Tuhan dan Dia akan terus lakukan banyak hal yang tak dapat dibayangkan di kalangan anak-anak-Nya, umat-Nya. Tuhan memegang kita di tapak tangan-Nya yang penyayang dan rasa kasihan.

Saya bersaksi yang Presiden Russell M. Nelson adalah nabi Tuhan untuk zaman kita.

Sebagai seorang Rasul Tuhan, saya jemput dan berkati anda untuk “ dengan riang melakukan segala hal yang berada dalam kuasa kita; dan kemudian dapatlah kita berdiri teguh, dengan keyakinan sepenuhnya, untuk melihat keselamatan daripada Tuhan, dan untuk lengan-Nya didedahkan.”11 Dan saya berjanji yang Tuhan akan menyebabkan hal-hal yang tak dapat dibayangkan datang dari pekerjaan anda yang soleh. Dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. Monzonit kuartza yang kelihatan seperti granit diambil dari sebuah kuari di mulut Little Cottonwood Canyon, 20 batu (32 km) di tenggara bandar.

  2. Untuk melihat sejarah yang lebih mendalam ini, lihat Saints: The Story of the Church of Jesus Christ in the Latter Days, vol. 2, No Unhallowed Hand, 1846–1893 (2020), bab 17, 19, dan 21.

  3. Lihat “Teguhlah Landasan,” Nyanyian Rohani, no. 28.

    Ayat-ayat lagu rohani ini dapat dijadikan tema untuk zaman kita dan, ketika kita mendengar lirik dengan telinga baharu, ia menyediakan pandangan tentang cabaran yang kita hadapi:

    Dalam keadaan sakit atau sehat,

    Ketika kaya maupun melarat,

    Dirumah atau diseberang laut—

    Aku ’kan menolong … Aku ’kan menolong keperluanmu.

    Jangan kecil hati, Janganlah kau takut,

    Aku Tuhanmu tetap ‘kan membantu.

    Menegakkan engkau sehingga kuat,

    Ditopang tanganku … tanganku yang maha hebat.

    Ke air yang dalam Aku memanggilmu,

    Tak ’kan tenggelam dalam deritamu,

    Kesukaranmu akan menguatkan

    Dan murnikan engkau … engkau lewat cobaan.

    Jikalau cobaan berat menimpa,

    Kurnia-Ku bagimu tersedia.

    Api penyuci tak’kan menyakiti

    Bahkan akan membuat … akan membuat jiwamu murni. …

    Jiwa yang bersandar kepada Yesus

    Tak ’kan Kubiarkan jatuh ke musuh;

    Meskipun neraka menggoncangkannya,

    Tidak akan Aku, … Tidak akan Aku melupakannya!

  4. Lihat Musa 7:13–18.

  5. Yusuf mungkin berumur 17 tahun ketika abang-abangnya menjualnya menjadi hamba (lihat Kejadian 37:2). Dia berusia 30 tahun ketika dia mula melayani Firaun (lihat Kejadian 41:46). Bolehkah anda bayangkan bagaimana sukarnya seorang pemuda di masa muda dikhianati, dijual menjadi hamba, dituduh palsu, dan kemudian dipenjarakan? Yusuf sudah tentu ialah teladan bukan hanya untuk para remaja Gereja tetapi juga setiap lelaki, wanita, dan anak yang ingin mengambil salib dan mengikuti Juruselamat.

  6. Lihat Kejadian 45:4–11; 50:20–21. Dalam Mazmur 105:17–18, kita baca, “Tetapi Dia mengutus Yusuf untuk mendahului mereka; Yusuf telah dijual sebagai hamba: kakinya diikat dengan rantai dan lehernya diikat dengan rantai besi.” Dalam terjemahan lain, ayat 18 berkata, “Mereka telah sengsara dengan kakinya, besi telah memasuki jiwanya” (Terjemahan Young’s Literal). Bagi saya ini menunjukkan bahawa kesusahan Yusuf memberinya jiwa yang kuat dan tahan seperti besi—kualiti yang dia perlukan untuk masa depan yang besar dan tak dapat dibayangkan yang Tuhan ada untuknya.

  7. Lihat Ajaran dan Perjanjian 121–23.

  8. Jika Tuhan memerintahkan anak-anak-Nya untuk mengetahui dan rasa kasihan kepada orang-orang lapar, yang memerlukan, yang telanjang, sakit, dan menderita, sudah pastinya Dia akan mengetahui dan rasa kasihan kepada kita, anak-anak-Nya (lihat Mormon 8:39).

  9. Lihat Lukas 7:11–17.

  10. Lihat Yohanes 21:1–6.

  11. Ajaran dan Perjanjian 123:17.