Persidangan Umum
Maju Ke Hadapan
Persidangan umum Oktober 2020


Maju Ke Hadapan

Pekerjaan Tuhan kekal maju ke hadapan.

Saudara dan saudari sekalian, saya gembira dapat bersama anda di Persidangan Umum Setengah Tahunan ke-190 dari Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir. Saya suka menyertai anda di rumah atau di mana pun anda berada, untuk mendengar bersama dengan pesanan-pesanan nabi, pelihat, pewahyu dan para pemimpin Gereja yang lain.

Betapa bersyukur kita untuk teknologi yang membenarkan kita disambungkan sebagai satu perhimpunan pengikut Yesus Kristus yang besar di seluruh dunia. Persidangan umum April lepas dilihat oleh lebih ramai orang daripada mana-mana pun sebelum ini, dan kami mempunyai harapan yang akan berlaku sekali lagi.

Dalam beberapa bulan yang lalu, wabak global, kebakaran hutan dan bencana alam yang lain telah mengubah dunia kita. Saya berdukacita dengan setiap orang yang telah kehilangan seorang yang dikasihi pada waktu ini. Dan saya berdoa untuk mereka yang sedang derita

Sementara itu, pekerjaan Tuhan kekal maju ke hadapan. Di tengah-tengah penjarakan sosial, pelitup muka, dan pertemuan Zoom, kita telah belajar untuk melakukan beberapa perkara yang berbeza dan juga lebih berkesan. Masa yang luar biasa boleh mendatangkan ganjaran yang luar biasa.

Para penginjil dan pemimpin misi kita telah menjadi secara pintar, berdaya tahan dan menakjubkan. Walaupun kebanyakan penginjil perlu mencari cara yang baru, kreatif untuk melakukan kerja mereka, banyak misi telah melaporkan dapat melakukan lebih banyak pengajaran dari sebelumnya.

Kami perlu menutup bait suci buat satu masa, dan beberapa projek pembinaan ditangguhkan sebentar, tetapi sekarang semuanya maju ke hadapan. Dalam kalendar 2020, kita akan mempunyai pecah tanah untuk 20 bait suci baharu!

Kerja sejarah keluarga telah meningkat dengan pesat. Banyak bahagian dan pancang baharu telah dicipta. Dan kami sangat berpuas hati untuk melaporkan bahawa Gereja telah menyediakan bantuan kemanusiaan berkenaan wabak untuk 895 projek dalam 150 negara.

Peningkatan kajian injil dalam banyak rumah menghasilkan kesaksian dan perhubungan keluarga yang lebih kuat. Seorang ibu menulis: “Sekarang kami berasa lebih dekat dengan anak-anak dan cucu kami dengan berkumpul dalam Zoom setiap hari Ahad. Setiap orang mengambil giliran memberi fikiran mereka tentang Ikutlah Aku. Doa untuk ahli keluarga kami telah berubah kerana kami lebih memahami apa yang mereka perlukan.”

Saya berdoa bahawa kita sebagai bangsa menggunakan masa yang unik ini untuk berkembang secara rohani. Kita berada di bumi untuk diuji, untuk melihat jika kita akan memilih untuk mengikut Yesus Kristus, untuk sentiasa bertaubat, untuk belajar dan untuk maju. Roh kita berkeinginan untuk maju. Dan kita melakukannya terbaik dengan kekal pada jalan perjanjian.

Melalui semua itu, Bapa Syurgawi dan Putera-Nya, Yesus Kristus, mengasihi kita! Mereka menjaga kita! Mereka dan malaikat kudus-Nya sedang menjaga kita. 1 Saya tahu ini adalah benar.

Apabila kita berkumpul untuk mendengar kata-kata yang Tuhan telah mengilhami hamba-hamba-Nya untuk menyampaikannya, saya menjemput anda untuk merenungkan satu perjanjian yang dibuat oleh Tuhan. Dia berfirman “sesiapa pun yang mahu berpegang kepada firman Tuhan, yang hidup dan penuh kuasa, yang akan memecah-belahkan segala kelicikan … dan tipu muslihat iblis, dan menuntun [pengikut] Kristus pada jalan yang kecil dan sempit.” 2

Saya berdoa agar anda akan pilih untuk berpegang kepada firman Tuhan seperti yang diisytiharkan semasa persidangan umum ini. Dan saya berdoa agar anda dapat merasa kasih sempurna Tuhan bagi anda, 3 dalam nama kudus Yesus Kristus, amin.

Cetak