Persidangan Umum
Kuasa yang Berkekalan
Persidangan umum Oktober 2020


9:53

Kuasa yang Berkekalan

Hanya iman dan firman Tuhan yang mengisikan jiwa batin kita cukup untuk menyokong kita—dan membenarkan kita untuk mengakses kuasa Dia.

Dalam mengkaji ajaran-ajaran nabi kita yang dikasihi, Presiden Russell M. Nelson, saya terjumpa sebuah perkataan yang dia sering gunakan dalam banyak ucapan. Perkataan ini ialah kuasa.

Dalam persidangan umum pertama selepas dia disokong sebagai seorang Rasul, Presiden Nelson berucap tentang kuasa.1 Dia telah terus mengajar tentang kuasa selama bertahun. Sejak kita telah menyokong Presiden Nelson sebagai nabi kita dia telah ajarkan tentang asas kuasa—terutamanya kuasa Tuhan—dan cara kita boleh mengaksesnya. Dia telah ajarkan kita cara untuk peroleh kuasa Tuhan apabila kita melayani orang lain,2 bagaimana pertaubatan menjemput kuasa Yesus Kristus dan Korban Tebusan-Nya ke dalam hidup kita,3 dan bagaimana imamat—kuasa dan wewenang Tuhan—memberkati semua orang yang membuat dan mentaati perjanjian dengan Dia.4 Presiden Nelson telah bersaksi bahawa kuasa Tuhan mengalir kepada semua orang yang dianugerahkan di bait suci semasa mentaati perjanjian-perjanjian mereka.5

Saya terutamanya tersentuh oleh cabaran yang Presiden Nelson berikan dalam persidangan umum April 2020. Dia mengarahkan kita untuk “[meng]kaji dan berdoalah untuk mengetahui lebih lanjut tentang kuasa dan pengetahuan yang anda telah dikurniakan—atau dengan apa yang akan anda dikurniakan.”6

Sebagai jawapan kepada cabaran ini, saya telah mengkaji dan berdoa dan mempelajari beberapa hal bermanfaat tentang kuasa dan pengetahuan yang saya telah dianugerahkan—atau yang saya akan dianugerahkan.

Memahami apa yang kita mesti lakukan untuk mengakses kuasa Tuhan dalam hidup kita tidak mudah, tetapi saya mendapati ia boleh dilakukan dengan menelaahnya dalam fikiran kita dan berdoa agar diterangi oleh Roh Kudus.7 Elder Richard G. Scott menawarkan definisi jelas tentang apakah kuasa Tuhan: “kuasa untuk melakukan lebih banyak yang kita boleh lakukan berseorangan.”8

Mengisikan hati dan jiwa kita dengan firman Tuhan dan landasan iman kepada Yesus Kristus adalah penting bagi menarik kuasa Tuhan untuk menolong kita dalam masa kesukaran ini. Tanpa memasukkan firman Tuhan dan iman kepada Yesus Kristus dalam hati kita, kesaksian dan iman kita boleh gagal, dan kita boleh kehilangan akses kepada kuasa yang Tuhan ingin berikan kepada kita. Iman yang cetek tidak cukup. Hanya iman dan firman Tuhan yang mengisikan jiwa batin kita cukup untuk menyokong kita—dan membenarkan kita untuk mengakses kuasa Dia.

Apabila Sister Johnson dan saya membesarkan anak, kami menggalakkan setiap mereka untuk belajar bermain alat muzik. Tetapi kami hanya benarkan anak-anak kami untuk ambil pelajaran muzik jika mereka lakukan bahagian mereka dan berlatih alat musik mereka setiap hari. Pada suatu hari Sabtu, anak perempuan ketiga kami teruja bermain bersama kawan-kawan, tetapi dia belum berlatih piano. Mengetahui bahawa dia telah membuat komitmen untuk berlatih selama 30 minit, dia berniat menetapkan penentu masa, kerana dia tidak ingin berlatih piano satu minit lebih lama daripada apa yang diperlukan.

Apabila dia berjalan limpas ketuhar gelombang mikro dalam perjalanan ke piano, dia berhenti dan menekan beberapa butang. Tetapi bukannya menetapkan penentu masa, dia menetapkan ketuhar untuk masak selama 30 minit dan menekan butang mula. Selepas kira-kira 20 minit latihan, dia berjalan kembali ke dapur untuk melihat berapa banyak masa masih tinggal dan terjumpa ketuhar terbakar.

Dia kemudiannya berlari ke halaman belakang di mana saya membuat kerja halaman, berteriak tentang rumah terbakar. Saya cepat-cepat berlari masuk ke dalam rumah, dan, memang saya terjumpa ketuhar gelombang mikro terbakar.

Dalam sebuah usaha untuk selamatkan rumah kami daripada terbakar, saya capai ke belakang gelombang mikro, mencabut palam, dan guna kabel kuasa untuk angkat ketuhar yang terbakar dari kaunter. Berharap untuk jadi wira dan selamatkan hari dan rumah kami, saya ayunkan ketuhar terbakar dalam bulatan dengan kabel kuasa untuk jauhkannya daripada badan saya, pergi ke halaman belakang, dan dengan gerakan berayun melemparkan ketuhar keluar ke atas rumput. Di sana, kita dapat memadamkan nyalaan api dengan sebuah hos.

Apa yang salah? Sebuah ketuhar gelombang mikro memerlukan sesuatu untuk menyerap tenaganya, dan apabila tiada apa-apa di dalamnya, ketuhar menyerap tenaga dirinya, menjadi panas, dan boleh terbakar, menghancurkan dirinya dalam timbunan api dan abu.9 Ketuhar gelombang mikro bernyala dan terbakar kerana tiada apa-apa pun di dalamnya.

Begitu juga, orang yang ada iman dan firman Tuhan di dalam hati mereka boleh menyerap dan mengatasi anak panah berapi yang musuh pasti akan hantar untuk hancurkan kita.10 Kalau tidak, iman, harapan dan keyakinan kita mungkin tidak tahan, dan seperti ketuhar mikro gelombang kosong, kita dapat menjadi tercedera.

Saya telah pelajari yang dengan memiliki firman Tuhan terbenam dalam jiwa saya, digabungkan dengan iman kepada Tuhan Yesus Kristus dan Korban Tebusan-Nya, membenarkan saya untuk tarik kuasa Tuhan bagi mengatasi musuh dan apa saja dia akan lemparkan ke arah saya. Semasa kita hadapi cabaran, kita boleh bergantung pada perjanjian Tuhan yang diajar oleh Paulus: “Roh yang diberikan oleh Tuhan kepada kita tidak menjadikan kita penakut, sebaliknya Roh Tuhan melengkapi kita dengan kuasa, kasih, dan kekuatan untuk mengawal diri.”11

Kita tahu bahawa Juruselamat sebagai anak kecil “bertambah besar dan kuat. Dia sangat bijaksana dan Tuhan berkenan kepada-Nya.”12 Kita tahu bahawa, “Yesus bertambah besar dan bijaksana, dan Dia menyenangkan hati Tuhan mahupun manusia.”13 Dan kita tahu pada permulaan pelayanan-Nya, mereka yang mendengar Dia “kagum melihat cara Yesus mengajar, kerana Dia berkata-kata dengan wibawa.”14

Melalui persediaan, Juruselamat berkembang dalam kuasa dan dapat menentang godaan Setan.15 Apabila kita ikuti teladan Juruselamat dan bersedia melalui pengkajian firman Tuhan dan mendalami iman, kita juga boleh gunakan kuasa Tuhan untuk menentang godaan.

Sewaktu masa ini dengan perkumpulan terhad yang menjadikan kehadiran bait suci mustahil, saya telah berusaha untuk terus mengkaji dan belajar lebih banyak tentang kuasa Tuhan yang datang kepada kita semasa kita membuat dan mentaati perjanjian-perjanjian bait suci. Seperti dijanjikan dalam doa pembaktian Bait Suci Kirtland, kita keluar dari bait suci dilengkapkan dengan kuasa Tuhan.16 Tiada tarikh luput dikaitkan dengan kuasa yang Tuhan kurniakan ke atas mereka yang membuat dan mentaati perjanjian bait suci atau sekatan daripada mengakses kuasa itu semasa wabak berlaku. Kuasa-Nya hanya berkurangan dalam hidup kita jika kita gagal mentaati perjanjian kita dan tidak hidup dalam cara yang membenarkan kita untuk terus layak bagi menerima kuasa-Nya.

Semasa isteri saya dan saya melayani sebagai pemimpin mis di Thailand, Laos dan Myanmar, kami saksikan secara langsung kuasa Tuhan yang datang kepada mereka yang membuat dan mentaati perjanjian kudus di bait suci. Dana Bantuan Patron Bait Suci memperbolehkan ramai Orang Suci di tiga negara ini untuk menghadiri bait suci selepas melakukan segala yang mereka boleh melalui korban dan persediaan peribadi. Saya ingat menemui sekumpulan 20 Orang Suci yang setia dari Laos di lapangan terbang Bangkok, Thailand, untuk membantu mereka pindah ke lapangan terbang lain di Bangkok untuk mengejar penerbangan mereka ke Hong Kong. Ahli-ahli ini penuh dengan kegembiraan untuk akhirnya pergi ke rumah Tuhan.

Ahli-ahli di Laos

Apabila kami menemui Orang Suci baik ini selepas mereka kembali, kematangan injil dan kuasa berkaitan yang dihasilkan daripada menerima anugerahan bait suci mereka dan masuk ke dalam perjanjian bersama Tuhan dapat dilihat. Orang Suci ini jelas maju terus dari bait suci “bersenjatakan kuasa-[Nya].”17 Kuasa ini untuk lakukan lebih banyak daripada apa yang mereka boleh lakukan berikan kekuatan kepada mereka untuk bertahan cabaran keahlian Gereja di negara asal mereka dan maju terus untuk “menyampaikan khabar yang besar dan mulia, dalam kebenaran,”18 semasa mereka terus membangunkan kerajaan Tuhan di Laos.

Sepanjang masa yang kita tidak dapat hadiri bait suci, sudahkah kita bergantung pada perjanjian-perjanjian yang dibuat di bait suci untuk menetapkan arah tuju hidup kita yang jelas dan tidak berubah? Perjanjian-perjanjian ini, jika ditaati, memberikan penglihatan dan jangkaan kepada kita mengenai masa depan dan keazaman jelas untuk layak bagi menerima segala yang Tuhan telah janjikan melalui kesetiaan kita.

Saya menjemput anda untuk mencari kuasa yang Tuhan ingin berikan kepada anda. Saya bersaksi apabila kita mencari kuasa ini, kita akan diberkati dengan pemahaman lebih besar tentang kasih yang Bapa Syurgawi ada bagi kita.

Saya bersaksi bahawa kerana Bapa Syurgawi mengasihi anda dan saya, Dia menghantar Putera Terkasih-Nya, Yesus Kristus, untuk menjadi Juruselamat dan Penebus kita. Saya bersaksi tentang Yesus Kristus, Dia yang mempunyai segala kuasa,19 dalam nama Yesus Kristus, amin.