Persidangan Umum
Ada Makanan
Persidangan umum Oktober 2020


10:7

Ada Makanan

Apabila kita berusaha untuk bersedia secara duniawi, kita boleh hadapi percubaan hidup dengan keyakinan yang ditingkatkan.

Sebelum sekatan perjalanan disebabkan wabak masa kini, saya sedang pulang ke rumah dari tugas antarabangsa di mana isu-isu jadual menciptakan perhentian penerbangan pada hari Ahad. Saya ada masa antara penerbangan untuk hadiri sebuah pertemuan sakramen tempatan, di mana saya juga dapat berkongsi sebuah pesanan singkat. Selepas pertemuannya, seorang diaken bersemangat mendekati saya dan menanya jika saya kenal Presiden Nelson dan jika saya pernah berpeluang untuk berjabat tangan dengan dia. Saya menjawab bahawa saya kenal dia, dan saya pernah berjabat tangan dengan dia, dan bahawa, sebagai seorang ahli Uskup Utama, saya berpeluang untuk bertemu dengan Presiden Nelson dan penasihatnya dua kali seminggu.

Diaken muda itu kemudian duduk di atas kerusi, mengangkat tangannya ke udara, dan menyeru, “Inilah hari terbaik hidup saya!” Saudara dan saudari, walaupun saya tidak mengangkat tangan saya ke udara dan menjerit, tetapi saya bersyukur secara abadi untuk seorang nabi hidup dan untuk arahan yang kita terima daripada para nabi, pelihat dan pewahyu, terutamanya pada masa kini yang mencabar.

Dari permulaan masa, Tuhan telah menyediakan arahan untuk bantu umat-Nya menyediakan diri secara rohani serta duniawi terhadap bencana dan percubaan yang Dia ketahui akan datang sebagai sebahagian pengalaman fana ini. Bencana ini mungkin peribadi atau umum, tetapi bimbingan Tuhan akan menyediakan perlindungan dan sokongan setakat yang kita mendengar dan bertindak pada nasihat-Nya. Sebuah contoh menakjubkan didapati dalam laporan kitab Kejadian, di mana kita belajar tentang Yusuf di Mesir dan tafsiran diilhami tentang mimpi Firaun.

“Kemudian Yusuf berkata kepada raja, … Tuhan sudah memberitahu tuanku apa yang akan dilakukan-Nya. …

“Seluruh negeri Mesir akan kelimpahan gandum selama tujuh tahun:

“Selepas itu kebuluran akan berlaku selama tujuh tahun. Masa kelimpahan gandum itu akan dilupakan sama sekali.” 1

Firaun mendengar Yusuf, bertindak pada apa yang Tuhan telah tunjukkan kepada dia dalam sebuah mimpi, dan serta-merta bersedia untuk apa yang akan datang. Kemudian tulisan suci mencatatkan:

“Selama tujuh tahun masa kelimpahan gandum itu, tanah menghasilkan tuaian yang banyak sekali.

“Gandum itu dikumpulkan oleh Yusuf lalu disimpan di kota-kota. …

“Gandum yang dikumpulkan begitu banyak, … sehingga Yusuf berhenti menyukatnya, kerana banyaknya seperti pasir di pantai.” 2

Apabila tujuh tahun kelimpahan berlalu, kita diberitahu bahawa “kemudian datanglah tujuh tahun masa kebuluran, tepat seperti yang dikatakan Yusuf. Di setiap negeri lain ada kebuluran, tetapi di seluruh Mesir ada makanan.” 3

Hari ini kita diberkati untuk dipimpin oleh para nabi yang memahami keperluan bagi kita bersedia untuk bencana “yang akan datang” 4 dan yang juga mengenali pembatasan atau sekatan yang kita mungkin alami dalam usaha untuk mengikuti nasihat mereka.

Terdapat sebuah pemahaman jelas bahawa kesan-kesan COVID-19, dan bencana alam yang dahsyat, tidak membezakan orang, tidak terhad kepada batas etnik, sosial dan agama di setiap benua. Pekerjaan telah hilang dan pendapatan dikurangkan semasa peluang dan keupayaan untuk bekerja telah terjejas oleh pemberhentian kerja dan cabaran kesihatan dan undang-undang.

Kepada semua yang telah terjejas, kami nyatakan pemahaman dan kebimbangan untuk situasi anda, dan keyakinan tegas yang hari lebih baik akan datang. Anda telah diberkati dengan uskup dan presiden cabang yang mencari ahli-ahli daripada umat mereka dengan keperluan duniawi dan yang mempunyai alat dan sumber yang boleh bantu anda bina semula hidup anda dan menempatkan anda pada jalan ke keberdikarian apabila anda amalkan asas-asas persediaan.

Dalam persekitaran hari ini, dengan sebuah wabak yang telah hancurkan ekonomi dan juga hidup individu, ia tidak selaras dengan Juruselamat yang berasa kasihan untuk abaikan kenyataan bahawa ramai orang sedang berjuang dan meminta mereka untuk bermula menyimpan makanan dan wang untuk masa depan. Tetapi, itu tidak maksud bahawa kita harus abaikan asas-asas persediaan secara kekal—hanya bahawa asas-asas ini harus diamalkan “menurut kebijaksanaan dan ketertiban” 5 supaya kita boleh berkata pada masa depan, seperti Yusuf di Mesir, “Ada makanan.” 6

Tuhan tidak harapkan agar kita lakukan lebih banyak daripada kita boleh lakukan, tetapi Dia harapkan agar kita lakukan apa yang kita boleh lakukan, apabila kita boleh lakukannya. Presiden Nelson mengingatkan kita dalam persidangan umum terakhir kita, “Tuhan sukakan usaha.” 7

Manual Kewangan Peribadi dalam pelbagai bahasa

Pemimpin-pemimpin Gereja sering galakkan Orang Suci Zaman Akhir “untuk menyediakan diri untuk kesengsaraan dalam hidup dengan mempunyai bekalan makanan dan air yang asas dan sedikit wang dalam simpanan.” 8 Pada masa yang sama, kita digalakkan untuk “jadi bijak” dan “jangan lakukan keterlaluan” 9 dalam usaha kita untuk bina sebuah bekalan simpanan rumah dan kewangan. Sebuah sumber bertajuk Kewangan Peribadi untuk Keberdikarian, diterbitkan pada tahun 2017 dan sedia ada di laman web Gereja dalam 36 bahasa, bermula dengan pesanan daripada Presidensi Utama, yang berkata:

“Tuhan telah mengisytiharkan, ‘Adalah tujuan-Ku untuk menyediakan bagi para orang suci-Ku’ [Ajaran dan Perjanjian 104:15]. Wahyu ini merupakan satu janji daripada Tuhan bahawa Dia akan menyediakan berkat jasmani dan membuka pintu untuk keberdikarian. …

“… Dengan menerima dan mengamalkan asas-asas ini, kita akan menerima berkat jasmani daripada Tuhan dengan lebih baik.

“Kami menjemput anda untuk tekun belajar dan mengaplikasikan asas-asas ini dan mengajarkan kepada ahli-ahli keluarga anda. Jika anda melakukannya, hidup anda akan diberkati … [kerana] anda ialah seorang anak Bapa di Syurga. Dia mengasihi anda dan tidak akan meninggalkan anda. Dia mengenali anda dan sedia memberi berkat keberdikarian secara rohani dan jasmani.” 10

Sumber ini termasuk bab-bab dikhaskan kepada menciptakan dan hidup mengikut belanjawan, melindungi keluarga anda terhadap kesukaran, menguruskan krisis kewangan, melabur untuk masa depan, dan lebih lagi dan sumber ini sedia ada untuk semua orang di laman web Gereja atau melalui pemimpin-pemimpin tempatan anda.

Apabila mempertimbangkan asas persediaan, kita boleh melihat kembali kepada Yusuf di Mesir untuk ilham. Mengetahui apa yang akan berlaku tidak cukup untuk menampung mereka sepanjang bertahun “bulur” tanpa tahap pengorbanan semasa bertahun kelimpahan. Bukannya memakan semua yang rakyat Firaun boleh hasilkan, had ditetapkan dan diikuti, menyediakan cukup untuk keperluan segera dan masa depan. Itu tidak cukup untuk mengetahui bahawa masa mencabarkan akan datang. Mereka perlu bertindak, dan kerana usaha mereka, “ada makanan.” 11

Ini membawa ke soalan penting: “Jadi apa?” Permulaan yang baik ialah dengan memahami yang semua hal adalah rohani kepada Tuhan, “dan tidak pada bila-bila masa pun” telah Dia berikan “suatu hukum yang duniawi.” 12 Semua hal menunjukkan kepada Yesus Kristus sebagai landasan ke atas yang kita mesti bina, bahkan persediaan duniawi kita.

Bersedia secara duniawi dan berdikari maksud “mempercayai bahawa melalui rahmat, atau kuasa pembolehan, melalui Yesus Kristus dan usaha kita sendiri, kita boleh mendapat semua keperluan rohani dan duniawi kehidupan yang kita perlukan untuk diri kita dan keluarga kita.” 13

Aspek-aspek tambahan tentang landasan rohani untuk persediaan duniawi termasuk bertindak “menurut kebijaksanaan dan ketertiban,” 14 yang menandakan sebuah pembangunan simpanan makanan dan wang nanti, dan juga mendakap hal-hal “kecil dan sederhana”, 15 yang merupakan demonstrasi iman bahawa Tuhan akan kembangkan usaha kita yang kecil dan tekal.

Dengan landasan rohani ditetapkan, kita boleh berjaya amalkan dua unsur-unsur persediaan duniawi—menguruskan kewangan dan simpanan rumah.

Asas-asas utama untuk menguruskan kewangan termasuk membayar persepuluhan dan persembahan, menghapuskan dan mengelakkan hutang dan hidup mengikut belanjawan tetap, dan menyimpan untuk masa depan.

Asas-asas simpanan rumah utama termasuk simpanan makanan, simpanan air jika boleh, dan juga barang lain berdasarkan keperluan individu dan keluarga, semua kerana “gudang simpanan terbaik” 16 ialah rumah, yang menjadi “simpanan paling mudah didapati pada masa keperluan.” 17

Apabila kita mendakap asas-asas rohani dan mencari ilham daripada Tuhan, kita akan dibimbing untuk ketahui kehendak Tuhan bagi kita, secara individu dan keluarga, dan cara terbaik mengamalkan asas-asas persediaan duniawi. Langkah terpenting daripada semuanya adalah untuk bermula.

Elder David A. Bednar mengajar asas ini apabila dia berkata: “Mengambil tindakan merupakan tindakan iman. … Iman yang benar memberi tumpuan dalam dan kepada Tuhan Yesus Kristus dan selalu membawa kepada tindakan.” 18

Saudara dan saudari, di dunia yang selalu berubah, kita mesti bersedia untuk ketidakpastian. Dengan hari lebih baik di hadapan, kita tahu bahawa masa baik dan susah duniawi daripada kefanaan akan berterusan. Apabila kita mencari untuk menjadi bersedia secara duniawi, kita boleh hadapi cubaan hidup dengan keyakinan yang ditingkatkan, kedamaian dalam hati kita, dan, seperti Yusuf di Mesir, kita akan boleh berkata, dalam keadaan tertekan pun, “Ada makanan.” 19 Dalam nama Yesus Kristus, amin.