Keberdikarian
Pesanan daripada Presidensi Utama


Pesanan daripada Presidensi Utama

Para Saudara dan Saudari:

Tuhan telah mengisytiharkan, “Adalah tujuan-Ku untuk menyediakan bagi para orang suci-Ku” (A&P 104:15). Wahyu ini merupakan satu janji daripada Tuhan bahawa Dia akan menyediakan berkat jasmani dan membuka pintu untuk keberdikarian, iaitu keupayaan bagi kita menyediakan keperluan hidup untuk ahli-ahli keluarga dan diri kita.

Buku kerja ini disediakan untuk membantu ahli Gereja belajar dan bertindak dengan asas-asas iman, pendidikan, kerja keras dan percaya kepada Tuhan. Dengan menerima dan mengamalkan asas-asas ini, kita akan menerima berkat jasmani daripada Tuhan dengan lebih baik.

Kami menjemput anda untuk tekun belajar dan mengaplikasikan asas-asas ini dan mengajarkan kepada ahli-ahli keluarga anda. Jika anda melakukannya, hidup anda akan diberkati. Anda akan mempelajari bagaimana untuk bertindak dalam jalan menuju keberdikarian yang lebih besar. Anda akan diberkati dengan harapan, keamanan, dan kemajuan yang lebih besar.

Sila ingat bahawa anda ialah seorang anak Bapa di Syurga. Dia mengasihi anda dan tidak akan meninggalkan anda. Dia mengenali anda dan sedia memberi berkat keberdikarian secara rohani dan jasmani.

Dengan ikhlas,

Presidensi Utama

Cetak