Renung: Mengapa Tuhan menyayangi mereka yang mempunyai kejujuran?
Tonton: “Apakah Yang Seseorang Itu Harus Memberi Sebagai Pertukaran Untuk Jiwanya?” terdapat di srs.lds.org/videos . (Tiada video? Baca muka surat 111 .)
Jika anda tidak dapat menonton video, baca skrip ini,
Elder Robert C. Gay : Juruselamat pernah bertanya pengikut-Nya soalan ini: “Apakah yang seseorang itu harus memberi sebagai pertukaran untuk jiwanya?”
Inilah soalan yang bapa saya mengajar saya untuk mempertimbangkan beberapa tahun yang lalu. Ketika saya membesar, ibu bapa memberikan kerja-kerja rumah dan membayar saya elaun untuk kerja-kerja itu. Saya sering belanja wang itu, lebih kurang 50 sen seminggu, untuk pergi menonton wayang. Ketika itu tiket wayang berharga 25 sen untuk yang berusia 11 tahun. Ini meninggalkan saya dengan 25 sen untuk dibelanjakan membeli bar gula-gula, yang bernilai 5 sen untuk satu. Satu wayang dengan lima bar gula-gula! Ini sangat baik.
Semua baik sehingga saya berusia 12. Berdiri dalam barisan suatu petang, saya menyedari bahawa harga tiket untuk yang berusia 12 tahun itu adalah 35 sen, dan ini bermakna kurang dua bar gula-gula. Belum bersedia untuk membuat pengorbanan itu, saya memberi alasan kepada diri saya sendiri, “Kamu kelihatan sama seperti minggu lalu.” Saya kemudian melangkah ke depan dan meminta tiket 25 sen. Juruwang itu tidak berkelip mata, dan saya membeli lima bar gula-gula seperti biasa.
Gembira dengan pencapaian saya, saya kemudian bergegas pulang ke rumah untuk memberitahu ayah saya mengenai muslihat itu. Apabila saya menceritakan semua butiran itu, dia tidak berkata apa-apa. Apabila saya selesai, dia hanya memandang saya dan berkata, “Anakku, adakah kamu akan menjual jiwa kamu untuk 25 sen?” Kata-katanya menusuk hati saya yang ketika itu berusia 12 tahun. Ini merupakan satu pengajaran yang saya tidak pernah lupa.
(“Apakah Yang Seseorang Itu Harus Memberi Sebagai Pertukaran Untuk Jiwanya?” Ensign atau Liahona, Nov. 2012, 34)
Kembali ke muka surat 110 .
Bincang: Apakah maksudnya untuk mempunyai kejujuran? Apakah cara-cara kecil orang memberikan jiwa mereka untuk mendapatkan benda-benda dalam kehidupan ini?
Baca: Fasal-Fasal Kepercayaan 1:13 dan Ayub 27:5 (sebelah kanan)
“Kami percaya harus jujur.”
Fasal-Fasal Kepercayaan 1:13
Secara sendirian, nilaikan diri anda dalam perkara-perkara berikut.
Letakkan nombor di hadapan Setiap Perkara untuk Menunjuk Bagaimana Anda Selalu Bertindak Dalam Cara Ini
1 = tidak pernah, 2 = kadang-kadang, 3 = sering, 4 = selalu
___1. Saya mentaati semua janji, komitmen, dan perjanjian saya.
___2. Saya benar-benar jujur dalam perkara yang saya katakan dan dalam rekod yang saya buat.
___3. Saya tidak membesar-besarkan untuk membuat perkara yang kelihatan lebih baik daripada yang sebenarnya.
___4. Saya mengembalikan semua yang saya pinjam dan tidak mengambil benda yang bukan milik saya.
___5. Saya benar-benar setia kepada pasangan saya dalam perkataan dan tindakan saya
___6. Saya tidak pernah menipu, walaupun saya tahu saya tidak akan ditangkap.
___7. Apabila saya menjumpai sesuatu yang bukan milik saya, saya mengembalikannya kepada pemiliknya.
___8. Saya sentiasa membayar balik wang yang saya pinjam.
Bincang: Baca Mosia 4:28 (sebelah kanan) dan petikan oleh Elder Joseph B. Wirthlin (pada muka surat 111 ). Mengapa membayar balik hutang atau pinjaman perniagaan atau pinjaman pelajar (seperti pinjaman PEF) merupakan kejujuran peribadi?
“Dan aku menghendaki agar kamu mesti ingat, bahawa barang siapa di antara kamu meminjam daripada jirannya mestilah dia mengembalikan apa yang dia pinjam, menurut seperti yang dia setujui, kalau tidak engkau akan berbuat dosa; dan barangkali engkau akan menyebabkan jiranmu berbuat dosa juga.”
“Kejujuran bermaksud sentiasa melakukan apa yang betul dan baik, tidak kira akibat serta-merta. Ia bererti menjadi soleh dari kedalaman jiwa kita, bukan sahaja dalam tindakan kita, tetapi yang lebih penting, dalam fikiran kita dan dalam hati kita. … Berbohong sedikit, menipu sedikit, atau mengambil kesempatan sedikit tidak boleh diterima oleh Tuhan. … Ganjaran yang menyempurnakan kejujuran ialah rakan berterusan Roh Kudus, … [yang akan] membimbing kita dalam semua yang kita lakukan.”
Joseph B. Wirthlin , “Personal Integrity,” Ensign, Mei 1990, 30, 32, 33
Membuat Komitmen: Buatlah komitmen kepada tindakan berikut dalam minggu. Tandakan kotak apabila anda selesaikan setiap tindakan: