Renung: Bila Bapa Syurgawi telah menjawab doa saya?
Tonton: “Mencipta Daya Angkat,” terdapat di srs.lds.org/videos . (Tiada video? Baca muka surat 145 .)
Jika anda tidak dapat menonton video, baca skrip ini,
Presiden Dieter F. Uchtdorf : Cara pelepasan kapal terbang dari tanah, anda perlu mencipta daya angkat. Dalam aerodinamik, daya angkat berlaku apabila udara melewati sayap kapal terbang dalam cara yang membuat tekanan di bawah sayap lebih besar daripada tekanan di atas sayap. Apabila daya angkat ke atas melebihi tarikan ke bawah graviti, pesawat naik dari tanah dan mencapai penerbangan.
Dalam cara yang sama, kita boleh mencipta daya angkat dalam kehidupan rohani kita. Apabila daya yang menolak kita ke arah syurga lebih besar daripada godaan dan penderitaan yang mengheret kita ke bawah, kita boleh meninggi dan meluncur naik ke alam Roh.
Walaupun terdapat banyak asas Injil yang membantu kita untuk mencapai daya angkat, saya mahu memberi tumpuan kepada satu secara khususnya.
Doa!
Doa adalah salah satu daripada asas-asas Injil yang menyediakan daya angkat. Doa mempunyai kuasa untuk mengangkat kita dari kebimbangan duniawi. Doa boleh mengangkat kita naik melalui awan putus asa atau kegelapan ke kaki langit yang cerah dan jelas.
Salah satu berkat terbesar dan keistimewaan dan peluang kita sebagai anak-anak Bapa Syurgawi kita adalah bahawa kita boleh berkomunikasi dengan-Nya melalui doa. Kita boleh bercakap kepada-Nya tentang pengalaman hidup kita, cuban-cubaan, dan berkat. Kita boleh mendengar dan menerima bimbingan selestial dari Roh Kudus pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat.
(Lihat Dieter F. Uchtdorf, “Prayer and the Blue Horizon,” Ensign atau Liahona, Jun 2009, 5–6)
Kembali ke muka surat 144 .
Bincang: Bagaimana kita boleh mengenal pasti jawapan kepada doa kita? Mengapa mendengar merupakan bahagian yang penting dalam doa?
Baca: Ajaran dan Perjanjian 8:2 dan petikan oleh Presiden Russell M. Nelson (sebelah kanan)
“Ya, lihatlah, Aku akan memberitahu kamu dalam fikiranmu dan dalam hatimu, melalui Roh Kudus, yang akan datang ke atas dirimu dan yang akan berdiam dalam hatimu.
Ajaran dan Perjanjian 8:2
“Jiwa anda akan diberkati apabila anda belajar untuk mendengar, kemudian mendengar untuk belajar daripada kanak-kanak, ibu bapa, pasangan, jiran, dan pemimpin Gereja, semua yang akan meningkatkan kapasiti untuk mendengar nasihat dari tempat yang tinggi.”
Russell M. Nelson , “Listen to Learn,” Ensign, Mei 1991, 24
Bincang: Mengapa mendengar merupakan satu kemahiran penting? Bagaimana mendengar dengan teliti dapat membantu kita dalam kerja kita?
Langkah 1: Sebagai satu kumpulan, baca langkah-langkah di bawah dan bincangkannya secara ringkas.
Langkah 2: Tanya satu atau dua ahli kumpulan untuk memberitahu yang lain tentang cabaran atau soalan yang mereka ada. Semua orang harus cuba mendengar, mengikuti langkah-langkah ini.
Langkah 3: Apabila selesai, minta ahli-ahli kumpulan yang bercakap apakah perasaan mereka apabila kumpulan itu benar-benar cuba untuk mendengar.
Baca: Petikan oleh Presiden Henry B. Eyring and Elder Robert D. Hales (sebelah kanan)
“Bapa kita di Syurga mendengar doa anak-anak-Nya di serata dunia yang memohon makanan untuk makan, pakaian untuk pakai, dan maruah yang dihasilkan daripada keupayaan menyara hidup mereka sendiri.”
Henry B. Eyring , “Opportunities to Do Good,” Ensign atau Liahona, Mei 2011, 22
“Kita mesti meminta bantuan dari Bapa Syurgawi kita dan mendapatkan kekuatan melalui Korban tebusan Putera-Nya, Yesus Kristus. Dalam kedua-dua perkara duniawi dan rohani, [ini] membolehkan kita untuk menjadi penyedia simpanan bagi diri kita dan yang lain.”
Robert D. Hales , “Becoming Provident Providers Temporally and Spiritually,” Ensign atau Liahona, Mei 2009, 7–8
Membuat Komitmen: Buatlah komitmen kepada tindakan berikut dalam minggu. Tandakan kotak apabila anda selesaikan setiap tindakan.
Berdoa secara individu dan sebagai sebuah keluarga setiap pagi dan malam. Luangkan masa selepas setiap doa untuk mendengar dengan ketakziman untuk bimbingan.
Kongsi apa yang anda belajar hari ini tentang komunikasi dengan keluarga atau kawan anda.