Keberdikarian
Asas Saya: Keberdikarian adalah Asas Keselamatan


Asas Saya: Keberdikarian adalah Asas Keselamatan—Masa Maksimum: 20 Minit

Renungkan:Yohanes 10:10 (sebelah kanan)

Bincang:Apa itu hidup yang kelimpahan?

Tonton:“Dia Menggilap Jari Kaki Saya,” terdapat di srs.lds.org/videos. (Tiada video? Baca muka surat 5.)

Dia Menggilap Jari Kaki Saya

Jika anda tidak dapat menonton video, baca skrip ini,

masih dari Dia Menggilap Jari Kaki Saya

Elder Enrique R. Falabella: Ketika saya membesar, kami tidak mempunyai banyak. Saya ingat pada satu hari saya menghampiri ayah dan berkata kepadanya, “Ayah, saya perlukan sepasang kasut baru. Yang ini sudah lusuh.” Dia berhenti dan melihat kasut saya dan nampak ia sudah lusuh. Dia berkata, “Saya rasa ini kita boleh baiki.” Dia mengambil sedikit penggilap dan menggilap kasut sehingga berkilat dan cantik. Dia berkata kepada saya, “Sekarang ia sudah dibaiki, anak.” Saya menjawab, “Tidak, belum lagi Kamu masih boleh lihat jari kaki saya keluar daripada kasut.” Dia berkata, “Kita boleh baiki itu juga!” Dia mengambil sedikit penggilap dan menggilap jari kaki saya!

Pada hari itu saya belajar terdapat penyelesaian untuk setiap masalah. Saya yakin asas keberdikarian dan inisiatif inilah untuk mempercepatkan pekerjaan Tuhan. Ia sebahagian daripada pekerjaan penyelamatan. Kita boleh menjadi lebih baik daripada sekarang. Anda harus melepaskan sikap tidak peduli. Sering kita menjadi leka, dan ini memusnahkan kemajuan. Setiap hari ialah hari untuk membuat kemajuan jika membuat pilihan untuk membaiki apa yang saya tidak lakukan dengan baik dahulu. Jika anda lakukannya dengan iman, menjalankan iman dan harapan dalam Kristus, Dia akan menolong dan anda akan mencari jalan untuk maju dalam perkara duniawi dan rohani. Inilah kerana Tuhan hidup dan anda putera atau puteri-Nya.

Kembali ke muka surat 4.

Bincang:Adakah anda percaya terdapat penyelesaian untuk masalah anda? Bagaimanakah kita boleh melayakkan diri untuk kuasa Tuhan menolong kita

Baca:Rujukan dan petikan Handbook 2 oleh Elder Dallin H. Oaks (di sebelah kanan). Menjadi berdikari tidak bererti kita boleh melakukan atau mendapat apa sahaja yang kita telah tetapkan pada minda kita. Tetapi, ia adalah mempercayai bahawa melalui rahmat, atau kuasa memberi Yesus Kristus dan usaha kita sendiri, kita boleh mendapat semua kepentingan rohani dan duniawi kehidupan yang kita perlukan untuk diri kita dan keluarga kita. Keberdikarian adalah bukti kepercayaan atau iman kita dalam kuasa Tuhan untuk menggerakkan gunung dalam hidup kita dan memberi kekuatan untuk berjaya di atas cubaan dan kesengsaraan.

Bincang:Bagaimanakah rahmat Kristus menolong anda menerima keperluan rohani dan duniawi untuk hidup?

Bincang:Baca petikan Presiden Marion G. Romney (di sebelah kanan). Bagaimana anda tahu jika anda semakin berdikari?

Membuat Komitmen:Buatlah komitmen kepada tindakan berikut dalam minggu. Tandakan kotak apabila anda selesaikan setiap komitmen.

  • Baca surat Presidensi Utama pada dalam halaman utama, dan gariskan berkat-berkat yang dijanjikan. Apa yang anda perlu lakukan untuk mendapatkan mereka? Tulis pendapat anda di bawah.

  • Kongsi apa yang anda belajar hari ini tentang keberdikarian dengan keluarga atau kawan anda.