Keberdikarian
Laporan


Laporan—Masa Maksimum: 25 Minit

Komitmen Minggu Lepas

  1. Berlatih dan berkongsi prinsip Asas Saya minggu lepas.

  2. Terus meletakkan wang ke dalam keutamaan kewangan saya.

  3. Membincangkan penyimpanan wang, menyewa berbanding membeli rumah, dan pelaburan dalam pendidikan semasa majlis keluarga.

  4. Menghubungi dan menyokong rakan tindakan saya.

Langkah 1: Membuat Penilaian bersama Rakan Tindakan (5 minit)

Ambil masa beberapa minit untuk menilai usaha anda untuk mentaati komitmen anda minggu ini. Gunakan carta “Menilai Usaha Saya” pada permulaan buku kerja ini. Berkongsi penilaian anda dengan rakan anda dan berbincang dengan dia soalan di bawah. Dia kemudian akan tandatangan di tempat yang ditunjukkan.

Bincang:Apakah cabaran yang anda ada untuk mentaati komitmen anda minggu ini?

Imej
lakaran kecil menilai usaha saya

Langkah 2: Lapor kepada Kumpulan (8 minit)

Selepas menilai usaha anda, kembali bersama dan melaporkan keputusan anda. Setiap orang dalam kumpulan nyatakan sama ada anda nilai diri sendiri “merah,” “kuning,” atau “hijau” untuk setiap komitmen minggu lepas.

Langkah 3: Kongsi Pengalaman Anda (10 minit)

Sekarang berkongsi sebagai satu kumpulan perkara yang anda pelajari dari usaha untuk mentaati komitmen anda dalam minggu.

    Bincang:
  • Apa pengalaman yang anda ada dengan berlatih atau berkongsi prinsip Asas Saya?

  • Bagaimana dengan perkembangan keutamaan kewangan anda?

  • Bagaimana perbincangan anda semasa majlis keluarga mengenai pemilikan rumah dan kemungkinan untuk melanjutkan pelajaran tambahan?

Langkah 4: Pilih Rakan Tindakan (2 minit)

Pilih seorang rakan tindakan dari kumpulan untuk minggu yang akan datang. Biasanya, rakan tindakan adalah sesama jantina dan bukan ahli keluarga.

Sekarang, sila ambil beberapa minit untuk bertemu dengan rakan tindakan anda. Memperkenalkan diri anda dan bincangkan bagaimana anda akan hubungi sesama sepanjang minggu.

Nama rakan tindakan

Maklumat hubungan

Tuliskan bagaimana dan bila anda akan hubungi sesama minggu ini.

Ahad

Isnin

Selasa

Rabu

Khamis

Jumaat

Sabtu

Cetak