Keberdikarian
Asas Saya: Menerima Tatacara Bait suci


Asas Saya: Menerima Tatacara Bait suci—Masa Maksimum: 20 Minit

Renung:Apakah beberapa perkara yang paling penting kepada anda?

Tonton:“Lakukan Perkara Yang Paling Penting,” terdapat di srs.lds.org/videos. (Tiada video? Baca muka surat 201.)

Lakukan Perkara Yang Paling Penting

Jika anda tidak dapat menonton video, baca skrip ini,

masih dari Lakukan Perkara Yang Paling Penting

Pengisah: Sebuah pesawat terhempas di Florida satu malam yang gelap pada bulan Disember. Lebih 100 orang terbunuh. Ia berada hanya 20 batu dari keselamatan.

Presiden Dieter F. Uchtdorf: Selepas kemalangan itu, penyiasat cuba menentukan punca kemalangan. Gear pendaratan sesungguhnya telah diturunkan dengan betul. Pesawat itu dalam keadaan mekanikal yang sempurna. Semuanya berfungsi dengan betul—semua kecuali satu benda: satu lampu mentol terbakar. Lampu mentol kecil itu—bernilai kira-kira 20 sen—memulakan rantaian peristiwa yang akhirnya membawa kepada kematian tragis lebih 100 orang.

Sudah tentu, lampu mentol yang rosak tidak menyebabkan kemalangan itu; ia berlaku kerana anak-anak kapal telah memberikan tumpuan pada sesuatu yang seolah-olah lebih penting pada masa itu sehingga kehilangan penglihatan tentang apa yang paling penting.

Kecenderungan untuk memberi tumpuan kepada apa yang tidak penting sehingga mengabaikan apa yang paling penting bukan sahaja berlaku kepada juruterbang tetapi kepada semua orang. Kita semua berada dalam risiko ini. … Adakah pemikiran dan hati anda memberi tumpuan kepada perkara sekejap yang penting hanya dalam masa ini atau pada perkara yang paling penting?

(“We Are Doing a Great Work and Cannot Come Down,” Ensign atau Liahona, Mei 2009, 59, 60)

Kembali ke muka surat 200.

Bincang:Apakah perkara yang tidak penting yang mengalihkan perhatian kita daripada terus maju? Bagaimana tatacara Injil boleh membantu kita?

Baca:Ajaran dan Perjanjian 84:20 dan petikan oleh Presiden Boyd K. Packer (sebelah kanan)

Bincang:Apabila kita berusaha untuk keberdikarian, mengapakah ia penting untuk menjadi layak untuk bait suci?

Membuat Komitmen:Buatlah komitmen kepada tindakan berikut dalam minggu. Tandakan kotak apabila anda selesaikan setiap tindakan:

  • Jika anda mempunyai kad rekomen bait suci, tetapkan tarikh untuk pergi ke bait suci.

  • Jika anda tidak mempunyai kad rekomen bait suci, berjumpa dengan uskup atau presiden cabang anda untuk membincangkan bagaimana anda boleh bersedia untuk menerima tatacara bait suci anda.

  • Kongsi apa yang anda belajar hari ini tentang tatacara bait suci dengan keluarga atau kawan anda.