Keberdikarian
Bermula—Masa Maksimum: 15 Minit


Bermula—Masa Maksimum: 15 Minit

Mula dengan satu doa pembukaan.

Perkenalkan diri anda. Setiap anda mengambil satu minit berkongsi nama dan sesuatu tentang diri anda.

Selamat datang ke Kumpulan Keberdikarian Kita!

Baca:Kumpulan ini akan membantu anda belajar tentang, mencipta, dan menggunakan bajet. Anda akan mula membina dana kecemasan, mencipta rancangan penghapusan hutang, belajar untuk menyimpan untuk perbelanjaan masa depan, dan merancang untuk persaraan. Paling penting, anda akan belajar lebih lanjut mengenai hubungan anda dengan Bapa Syurgawi dan dijemput untuk menguruskan wang anda dengan cara yang menyenangkan hati-Nya. Setiap mesyuarat kumpulan mengambil masa kira-kira dua jam.

Bagaimana Ini Dilakukan?

Baca:Kumpulan keberdikarian berfungsi seperti satu majlis. Tiada guru atau pakar. Sebaliknya, anda mengikut bahan-bahan yang di tulis. Dengan bimbingan Roh, anda akan membantu sesama seperti berikut:

  • Menyumbang secara sama rata kepada perbincangan dan aktiviti. Tiada sesiapa pun, terutama fasilitator, perlu menguasai perbualan.

  • Mengasihi dan menyokong satu sama lain. Tunjukkan minat, bertanya soalan dan belajar daripada satu sama lain.

  • Kongsi perkara positif dan komen berkaitan.

  • Membuat dan mentaati komitmen.

Elder M. Russell Ballard mengajar, “Tiada masalah dalam keluarga, bahagian atau pancang gereja yang tidak boleh diselesaikan jika kita mencari penyelesaian dalam cara Tuhan dengan kaunseling—benar-benar kaunseling—antara satu sama lain” (Counseling with Our Councils, rev. ed. [2012], 4).

Tonton:“Kumpulan Keberdikarian Saya,” terdapat di srs.lds.org/videos. (Tiada video? Langkau ke “Tanpa Seorang Guru, Bagaimana Kita Akan Tahu Apa Untuk Dilakukan?” pada muka surat 3.)

Bincang:Apa yang menjadikan kumpulan dalam video itu berjaya? Apa yang kita akan lakukan sebagai kumpulan untuk mempunyai pengalaman yang mengubah kehidupan?

Tanpa Seorang Guru, Bagaimana Kita Akan Tahu Apa Untuk Dilakukan?

Baca:Ia mudah saja. Ikut bahan-bahan berikut. Setiap bab dalam buku kerja ada enam bahagian:

  • Laporan: Bincangkan perkembangan komitmen yang dilakukan anda pada minggu ini.

  • Asas: Kaji satu asas Injil yang membawa ke keberdikarian rohani yang lebih besar.

  • Belajar: Belajar kemahiran amali yang akan membawa ke keberdikarian jasmani yang lebih besar.

  • Renung: Dengarkan Roh memberi ilham.

  • Membuat Komitmen: Berjanji untuk bertindak atas komitmen pada minggu yang akan membantu anda berkembang.

  • Tindakan: Pada minggu, berlatih perkara yang anda pelajari.

Bagaimana untuk Menggunakan Buku Kerja Ini

Apabila Anda Melihat Arahan Ini, Ikut Arahan Ini

Baca

Tonton

Bincang

Renung

Aktiviti

Seorang membaca secara kuat kepada seluruh kumpulan.

Seluruh kumpulan menonton video.

Ahli kumpulan berkongsi pendapat selama dua hingga empat minit.

Secara individu pertimbangkan, memikir, dan menulis dengan senyap selama dua atau tiga minit.

Ahli kumpulan bekerja secara individu atau dengan orang lain untuk masa yang dinyatakan.

Sijil Penyiapan

Baca:Ahli kumpulan yang menghadiri mesyuarat dan mentaati komitmen mereka akan menerima sijil keberdikarian dari Kolej LDS Business. Lihat muka surat 208.

Cetak