Belajar—Masa Maksimum: 45 Minit
-
Bincang:Mengapa anda berfikir “bajet” ialah dinding pada Peta Kejayaan Pengawasan Kewangan bukannya lapisan?
-
Baca:Hari ini kita akan membincangkan salah satu alat yang paling penting untuk membina keselamatan kewangan dan menjadi berdikari: mencipta dan menggunakan bajet dengan berkesan. Satu bajet ialah satu rancangan. Menggunakan satu bajet, anda merancang bagaimana anda akan menggunakan wang anda untuk tempoh masa yang tertentu.
Mengikuti satu bajet akan membantu anda dan keluarga anda mengawal kehidupan duniawi anda, membuang manusia alamiah (lihat Mosia 3:19), dan menjemput Roh ke dalam rumah anda. Pembajetan juga boleh membantu anda untuk melindungi keluarga anda dari kesusahan apabila anda menggunakannya untuk memperuntukkan wang untuk membina dana kecemasan, membayar hutang, dan menyimpan untuk perbelanjaan masa depan.
Mencipta dan mengikut bajet ialah satu tindakan iman. Kita tidak boleh meramalkan masa depan, dan kos yang sering timbul tanpa diduga Ia adalah penting untuk ingat bahawa bajet mestilah fleksibel—terus disesuaikan dan diperbaiki. Apabila anda mencipta satu bajet minggu ini, ingat bahawa ia perlu dikaji secara berterusan dan disemak dalam majlis keluarga tetap anda. Jika anda terlebih belanja, jangan berputus asa! Ia mungkin mengambil masa beberapa bulan untuk disesuaikan sebelum anda mempunyai bajet yang berkesan.
1. Membina satu Bajet
-
Baca:Dalam aktiviti-aktiviti berikut, kita akan berlatih mencipta bajet.
Untuk hari ini, anda akan menganggarkan jumlah yang ditanya berdasarkan apa yang anda tahu dan apa yang anda telah pelajari dari menjejaki pendapatan dan perbelanjaan anda. Salah satu komitmen anda minggu ini adalah untuk mengulangi latihan ini dengan nombor betul menggunakan jadual pada akhir bab ini.
Untuk membina bajet, bermula dengan pendapatan anda.
-
Baca:Langkah seterusnya untuk mencipta bajet adalah untuk mengklasifikasikan dan menganggarkan perbelanjaan anda. Anda telah menjejaki perbelanjaan anda dan meletakkan mereka dalam kategori yang anda ciptakan dalam bab 1. Sekarang kita akan mengasingkan perbelanjaan kita kepada dua jenis: “Tetap” dan “Berubah.” Di bawah adalah beberapa contoh:
Perbelanjaan Tetap (T) |
Perbelanjaan Berubah (B) |
---|---|
Pinjaman rumah/sewa |
Bil kemudahan |
Bayaran kereta |
Barang-barang runcit |
Bayaran insurans |
Makan di luar |
Persepuluhan |
Bahan api dan pengangkutan |
Dana kecemasan |
Bekalan rumah |
Bil lain-lain |
Hiburan |
Perbelanjaan Tetap
-
Baca:Perbelanjaan tetap adalah untuk jumlah yang pasti dan tidak berubah. Sebahagian besar dari perbelanjaan ini adalah bulanan, tetapi mungkin ada beberapa yang berlaku lebih kerap atau kurang. Perbelanjaan tetap tidak boleh dikawal secara langsung dengan tabiat belanja; sebaliknya, perbelanjaan tetap dikawal dengan menilai keadaan anda dan membuat perubahan. Satu cara yang baik untuk mengenal pasti perbelanjaan tetap adalah untuk bertanya, “Adakah perbelanjaan ini berlaku dengan kerap, dan perbelanjaan ini jumlah yang sama setiap masa?” Contoh biasa termasuk pinjaman rumah sewa, bayaran kereta, dan perbelanjaan tertentu seperti bil internet, kabel, atau telefon bimbit.
Terdapat juga perbelanjaan tetap yang tidak semestinya bulanan; kadang-kadang perbelanjaan berlaku setiap tahun, dua kali dalam setahun, atau suku tahunan. Sebagai contoh, jika anda membayar insurans kereta setiap 6 bulan atau insurans hayat setiap 12 bulan, ini adalah satu perbelanjaan tetap. Untuk menukar perbelanjaan tetap ini sesuai dengan anggaran anda, bahagikan jumlah yang anda bayar dengan jumlah bulan antara pembayaran. Walaupun anda mungkin tidak membayar bil ini setiap bulan, anda akan mengetepikan bahagian yang diperlukan setiap bulan supaya anda boleh membayar bil itu apabila ia perlu dibayar.
Perbelanjaan Berubah
-
Baca:Perbelanjaan berubah adalah jumlah yang tidak sama setiap bulan. Terdapat beberapa perbelanjaan berubah yang tidak dikawal secara langsung oleh tabiat belanja anda. Sebagai contoh, perbelanjaan seperti bil kemudahan anda (air, gas, elektrik, dan sebagainya) turun naik berdasarkan penggunaan. Walau bagaimanapun, walaupun jumlah bulanan mungkin berbeza, anda masih boleh buat bajet untuk ini.
Apabila ia datang kepada bajet, perbelanjaan berubah yang paling penting adalah perbelanjaan yang anda mempunyai kawalan ke atas. Ini dikawal secara langsung oleh tabiat belanja anda. Cara yang baik untuk mengenal pasti kebanyakan perbelanjaan ini adalah untuk bertanya kepada diri sendiri, “Adakah saya membeli ini dari kedai (atau online)?” Bagi kebanyakan perbelanjaan berubah, anda boleh buat pilihan untuk belanja lebih atau kurang dalam kawasan ini. Contohnya termasuk barangan runcit, bahan api, makan di luar, telefon bimbit, dan hiburan.
Contoh Aktiviti Bajet (Menggunakan Nilai Anggaran)
Perihalan |
Jenis |
Pendapatan |
Perbelanjaan |
Baki |
---|---|---|---|---|
Pendapatan |
(NA) | |||
Baki |
Contoh Bajet
Perihalan |
Jenis |
Pendapatan |
Perbelanjaan |
Baki |
---|---|---|---|---|
Pendapatan |
(NA) |
1.000 | ||
|
T |
110 |
890 | |
|
T |
50 |
840 | |
|
T |
80 |
760 | |
|
T |
300 |
460 | |
|
B |
30 |
430 | |
|
B |
230 |
200 | |
|
B |
80 |
120 | |
|
B |
50 |
70 | |
|
B |
30 |
40 | |
|
B |
40 |
0 | |
Baki |
0 |
2. Mengimbangkan satu Bajet
-
Baca:Apabila anda buat bajet anda, anda mungkin mendapati bahawa anda mempunyai lebih banyak perbelanjaan dari pendapatan. Jika ini adalah situasi anda, anda tidak keseorangan. Dan ini adalah masalah yang anda boleh selesaikan. Terdapat dua cara untuk memperbaiki cabaran ini: Dapatkan pendapatan lebih, atau membelanjakan wang dengan kurang. Buat masa ini, mari kita membincangkan bagaimana kita boleh menggunakan bajet untuk membantu kita belanja kurang dengan mempelajari bagaimana untuk mengawal berapa banyak kita belanjakan untuk kemahuan kita.
-
Tonton:“Kesabaran Berterusan” terdapat di srs.lds.org/videos. (Tiada video? Baca muka surat 66.)
-
Bincang:Bagaimana anda seperti kanak-kanak ini kadang-kala? Mana satu kanak-kanak ini ialah anda?
Bincangkan Pembajetan dalam Majlis Keluarga Anda
-
Baca:Elder Robert D. Hales mengajarkan, “[Satu] cara yang penting kita membantu anak-anak kita belajar untuk menjadi penyedia hemat adalah dengan menubuhkan bajet keluarga. Kita harus selalu mengkaji pendapatan, simpanan, dan rancangan perbelanjaan keluarga kita dalam mesyuarat majlis keluarga. Ini akan mengajar anak-anak kita mengenal pasti perbezaan antara kemahuan dan keperluan dan merancang lebih awal untuk kegunaan bermakna sumber keluarga” (“Becoming Provident Providers Spiritually and Temporally,” Ensign atau Liahona, Mei 2009, 9).
Semasa majlis keluarga anda minggu ini, bekerja bersama dengan pasangan anda untuk mencipta bajet keluarga anda. Sekiranya anda masih bujang, atau jika anda ingin mendapatkan bantuan tambahan, dapatkan nasihat rakan, ibu bapa, ahli keluarga, mentor, atau ahli kumpulan. Anda mungkin mahu menggunakan panduan “Contoh Perbincangan Majlis Keluarga” di bawah.