Keberdikarian
Rakan Tindakan


Rakan Tindakan

Manfaat Rakan Tindakan

Baca:Dengan bantuan orang lain, anda dapat melaksana perkara yang hebat. Contohnya, para penginjil mempunyai rakan untuk sokongan. Dalam kumpulan kita, kita mempunyai rakan tindakan. Setiap minggu kita akan memilih dan bekerja bersama seorang rakan tindakan yang berlainan. Rakan tindakan membantu sesama mentaati komitmen dengan:

  • Membuat panggilan, SMS, atau melawat satu sama lain dalam minggu.

  • Berbual tentang apa kita belajar dalam kumpulan.

  • Menggalakkan satu sama lain untuk mentaati komitmen.

  • Memberi kaunseling bersama mengenai cabaran.

  • Berdoa untuk satu sama lain.

Bincang:Bagaimana seseorang telah membantu anda melaksanakan sesuatu yang susah?

Baca:Menjadi seorang rakan tindakan tidaklah susah ataupun mengambil banyak masa. Untuk mula perbualan, anda boleh bertanya:

  • Apa yang anda suka tentang mesyuarat kumpulan kita yang lepas?

  • Apa perkara baik yang berlaku kepada anda pada minggu ini?

  • Bagaimana anda menggunakan prinsip Asas Saya pada minggu ini?

Bahagian perbincangan terpenting adalah untuk membantu satu sama lain mentaati komitmen. Anda boleh bertanya:

  • Bagaimana kemajuan komitmen anda?

  • Jika anda belum mentaati beberapa komitmen, anda mahu bantuan?

  • Bagaimana saya boleh menyokong usaha anda?

Cetak