Keberdikarian
Belajar—Masa Maksimum: 45 Minit


Belajar—Masa Maksimum: 45 Minit

Perbincangan Hari Ini:

  • Iman dalam Yesus Kristus

  • Kesatuan bersama Pasangan

  • Komitmen kepada Keberdikarian

1. Bekerja dan Mengambil Tanggungjawab

Baca:Ketika Adam dan Hawa telah diminta untuk meninggalkan Taman Eden, Tuhan berkata, “Engkau akan bekerja keras dan berpeluh-peluh untuk membuat tanah ini menghasilkan sesuatu, sampai engkau kembali ke tanah kerana engkau dibentuk daripada tanah” (Kejadian 3:19). Walaupun Tuhan ingin menyediakan kita semua yang kita perlukan secara duniawi, Dia mengharapkan kita untuk bekerja keras dan mengambil tanggungjawab untuk keperluan kita sendiri. Perhatikan bahawa salah satu dinding sokongan pada Peta Pengawasan Kewangan (lihat muka surat 8) ialah “kerja.” Menjadi berdikari secara duniawi memerlukan kerja keras dan ketekunan yang berterusan.

Presiden Dieter F. Uchtdorf mengajarkan, “Tuhan tidak mengharapkan kita untuk bekerja lebih keras dari apa yang kita mampu. Dia tidak (begitu juga kita) membandingkan usaha kita dengan orang lain. Bapa Syurgawi kita hanya meminta bahawa kita melakukan yang terbaik. … Kerja adalah penawar untuk kebimbangan, salap untuk kesedihan, dan pintu kepada kemungkinan. … Apabila kereta tolak kita terbenam dalam lumpur, Tuhan lebih cenderung untuk membantu orang yang keluar untuk menolak daripada orang yang hanya meninggikan suaranya dalam doa—tidak kira berapa fasih ucapannya” (“Two Principles for Any Economy,” Ensign atau Liahona, Nov. 2009, 56–57).

Bincang:Fikirkan contoh pekerja keras dalam hidup anda. Apakah persamaan sifat orang-orang ini?

Kita Mesti Menyingkirkan Pergantungan Duniawi Kita Pada Orang Lain

Baca:Presiden Spencer W. Kimball mengajarkan, “Tanggungjawab sosial, emosi, rohani, jasmani, atau kesejahteraan ekonomi untuk setiap orang, pertama terletak di atas dirinya, kedua di atas keluarganya, dan ketiga di atas Gereja jika dia seorang ahli beriman. Tiada Orang Suci Zaman Akhir yang benar, apabila mampu dari segi fizikal atau emosi, akan secara sukarela mengalihkan beban sendiri atau kesejahteraan keluarganya kepada orang lain. Selagi dia boleh, di bawah ilham Tuhan dan dengan pekerjaan sendiri, dia akan membekalkan dirinya dan keluarganya dengan keperluan hidup rohani dan jasmani” (Teachings of President Spencer W. Kimball [2006], 116).

Imej
pergantungan kewangan

Elder Dale G. Renlund, memetik Elder Wilford W. Andersen, mengajarkan: “Semakin jauh perhubungan pemberi dan penerima, semakin penerima akan berasa keberhakan” (“Menarik Semua Orang Kepada-Ku”,” Ensign atau Liahona, Mei 2016, 39). Keberhakan adalah perasaan yang anda layak mendapat sesuatu tanpa mengambil tindakan yang betul dan lengkap yang diperlukan untuk mendapatkan ia. Ia adalah bertentangan dengan tanggungjawab. Apabila anda berasa keberhakan untuk berkat duniawi, Roh menarik diri dari hidup anda. Apabila anda mendekatkan diri kepada Kristus, perasaan tanggungjawab bagi kebajikan anda sendiri akan memenuhi hati anda, dan perasaan keberhakan akan lesap.

    Bincang:
  • Bagaimana bergantung kepada orang lain boleh mengehadkan perkembangan peribadi kita?

  • Mengapa ia penting untuk mengelakkan kebergantungan kepada program kerajaan atau sosial?

  • Apakah risiko lain yang berkaitan dengan bergantung pada orang lain, termasuk keluarga, untuk keperluan peribadi kita?

2. Bekerjasama untuk Mengurus Wang

Renung:Bagaimanakah kewangan anda memberi kesan kepada anda secara rohani dan emosi?

Baca:Salah satu alat Setan yang paling tersebar luas dan kuat untuk memusnahkan keluarga adalah kecuaian kewangan dan tekanan yang disertakan. Kerana keluarga adalah penting kepada rancangan Bapa Syurgawi (lihat Keluarga: Satu Perisytiharan kepada Dunia), ia adalah penting untuk kita mengelakkan dari menyalahkan, rasa tidak percaya, dan kemarahan di rumah kita. Sama ada anda sudah berkahwin atau bujang, pengawasan kewangan yang bijak boleh membawa orang tersayang dekat kepada satu sama lain dan kepada Tuhan, dan boleh menjadi perlindungan dari kejahatan; pendekatan bersepadu terhadap pengawasan kewangan boleh membawa kesyukuran, harmoni, dan kedamaian.

Bincang:Mengapa ia penting untuk pasangan suami isteri menjadi satu dalam hal-hal kewangan?

Baca:Pasangan suami isteri sering datang dari latar belakang budaya, ekonomi dan agama yang berbeza. Mereka mungkin mempunyai tradisi, teknik pembesaran anak, dan tabiat perbelanjaan yang berbeza. Salah seorang daripada pasangan mungkin secara semula jadi berminat untuk menjejaki perbelanjaan dan mengikut bajet, dan yang lain mungkin mendapati ia membosankan dan membebankan. Ini boleh mencetuskan perselisihan. Walau bagaimanapun, menghormati perbezaan antara satu sama lain dan benar-benar mendengar dengan kasih sayang dan kerendahan hati akan memupuk suasana kesatuan. Jika anda masih bujang, ia adalah penting untuk menjadi jujur dengan diri sendiri dan melibatkan Tuhan dalam keputusan pengawasan kewangan anda.

Ramai pasangan percaya bahawa penyelesaian kepada masalah kewangan mereka ialah meningkat pendapatan mereka. Walau bagaimanapun, pendekatan yang tidak bersepakat untuk menguruskan wang boleh merosakkan hubungan lebih dari pendapatan rendah atau kekurangan sumber kewangan.

Bincang:Bagaimana perbalahan kewangan boleh menjadi lebih merosakkan dari pendapatan rendah atau kekurangan sumber?

Baca:Elder Marvin J. Ashton mengajarkan, “Pengurusan kewangan keluarga harus bersepakat antara suami dan isteri dalam sikap terus-terang dan kepercayaan. Kawalan wang oleh salah seorang daripada pasangan sebagai sumber tenaga dan kuasa menyebabkan ketidaksamaan dalam perkahwinan itu dan ia adalah tidak sesuai. Sebaliknya, jika pasangan hidup secara sukarela membuang dirinya sepenuhnya dari pengurusan kewangan keluarga, itu merupakan pelepasan tanggungjawab yang diperlukan” (One for the Money: Guide to Family Finance [booklet], 2006, 3).

Bincang:Bagaimana menjadi bersatu dengan pasangan anda mengubah hidup anda?

Pengawasan Kewangan yang Bijak Menyediakan Kita untuk Perkahwinan

Baca:Sama ada anda sedang membuat persediaan untuk perkahwinan atau masih bujang, bercerai atau janda, pengawasan kewangan yang bijak boleh membantu anda bersedia untuk hubungan masa depan. Ramai pasangan baru dibebani dengan hutang dan tabiat berbelanja lemah yang dibawa masuk ke dalam hubungan, yang boleh menyebabkan satu permulaan sukar untuk perkahwinan mereka. Berusaha untuk membangunkan tabiat perbelanjaan yang baik, membina simpanan, dan mengurangkan atau menghapuskan hutang akan menjemput Roh ke dalam hubungan anda dan mencipta batuan dasar untuk perkahwinan yang berjaya.

Bincang:Bagaimanakah menjadi pengawas kewangan yang bijak sekarang membantu anda bersedia untuk menjadi pasangan yang lebih baik pada masa depan?

3. Mengadakan Majlis Keluarga dengan Tetap

Baca:Minggu lepas kita membincangkan kepentingan berunding dengan Tuhan. Dia mahu membantu anda berjaya. Selain berunding dengan Tuhan, nabi telah mengajar kepentingan mempunyai majlis keluarga dengan tetap.

Tonton:“Majlis Keluarga,” terdapat di srs.lds.org/videos. (Tiada video? Baca muka surat 31.)

Imej
ikon video

Bincang:Bagaimana dengan mengadakan majlis keluarga memberi manfaat kepada anda dan keluarga anda?

Bincangkan Pengawasan Kewangan dalam Majlis Keluarga Anda

Baca:Satu majlis keluarga eksekutif tetap antara suami dan isteri adalah pilihan yang tepat untuk membincangkan pengawasan kewangan. Jika anda masih bujang, pilih seorang ibu atau bapa atau ahli keluarga yang lain, rakan sebilik, mentor, atau rakan dan mengadakan majlis yang tetap dan jujur dengan orang itu tentang kewangan anda. Jika anda sudah berkahwin, anda mungkin perlu mempunyai perbincangan penting dengan pasangan anda sepanjang kursus ini. Selepas kursus ini, mengadakan majlis keluarga tetap akan membantu anda terus menjadi lebih bersatu dan lebih berdikari.

Salah satu komitmen anda minggu ini adalah untuk menetapkan masa untuk mengadakan majlis keluarga tetap. Sebagai sebahagian dari majlis keluarga anda, anda perlu bincang tentang kewangan. Anda mungkin mahu menggunakan panduan “Contoh Perbincangan Majlis Keluarga” pada halaman seterusnya untuk membimbing perbincangan ini dalam majlis keluarga anda.

Contoh Perbincangan Majlis Keluarga

Pastikan anda bermula dan berakhir dengan doa untuk menjemput Roh.

Bahagian 1: Kaji Semula

  • Adakah anda menjejaki perbelanjaan anda dengan secukupnya? Apa yang anda pelajari tentang perbelanjaan anda? Bagaimana anda boleh memperbaiki proses menjejaki perbelanjaan anda?

  • Bincang hasil penilaian pada muka surat 26.

Bahagian 2: Rancangan

  • Bagaimana anda boleh berkomunikasi dengan lebih baik tentang kewangan anda?

  • Apa yang anda boleh lakukan, jika perlu, untuk menghapuskan pergantungan duniawi anda kepada keluarga, kerajaan, gereja, atau bantuan sosial?

Cetak