Keberdikarian
Sumber


Sumber

Mesyuarat Keluarga

Elder M. Russell Ballard berkongsi yang berikut mengenai majlis keluarga:

“Saya percaya bahawa majlis ialah cara paling berkesan untuk mendapat hasil. Selain itu, saya tahu bahawa majlis ialah cara Tuhan dan Dia menciptakan segala dalam alam semesta melalui satu majlis syurgawi, seperti yang disebutkan dalam tulisan suci.

“Tetapi hingga sekarang, saya belum ucap dalam persidangan umum tentang majlis yang paling asas dan dasar—mungkin yang paling penting—iaitu majlis keluarga.

“Majlis keluarga sentiasa diperlukan. Ia adalah abadi. Kita sebahagian majlis keluarga dalam kewujudan prafana, semasa kita bersama ibu bapa syurgawi sebagai anak-anak roh mereka.

“Satu majlis keluarga, apabila dijalankan dengan kasih sayang dan penuh dengan atribut Kristus, akan mengurangkan pengaruh teknologi moden yang sentiasa mengalih perhatian kita dari bersama keluarga kita dan juga bawakan kejahatan ke dalam rumah kita.

“Sila ingat bahawa majlis keluarga berbeza dari malam keluarga yang diadakan pada hari Isnin. Malam keluarga berfokus pada arahan Injil dan aktiviti keluarga. Majlis keluarga, boleh diadakan bila-bila masa pun, dan ia merupakan satu pertemuan di mana ibu bapa mendengar—satu sama lain dan anak-anak mereka.

“Saya percaya ada sekurang-kurangnya empat jenis majlis keluarga:

  • Yang pertama, satu majlis keluarga umum yang terdiri daripada seluruh keluarga.

  • Kedua, majlis keluarga eksekutif yang terdiri daripada seorang ibu dan seorang bapa.

  • Ketiga, satu majlis keluarga terhad yang terdiri daripada kedua-dua ibu bapa dan seorang anak.

  • Keempat, majlis keluarga seorang ke seorang yang terdiri daripada seorang ibu atau bapa dan seorang anak.”

(“Kepatuhan Mendatangkan Berkat,” Ensign atau Liahona, Mei 2016, 63, 92)

Kembali ke muka surat 27.

Nota