“3–9 April. Easter: ‘Hai Maut, Di Manakah Kemenanganmu?,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2023 (2022)
“3–9 April. Easter,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2023
3–9 April
Easter
“Hai Maut, Di Manakah Kemenanganmu?”
Semasa anda membaca kesaksian Kebangkitan Juruselamat dalam panduan ini, catatkan perasaan dan tanggapan Roh Kudus yang datang kepada anda.
Mencatat Tanggapan Anda
Semasa minggu akhir kehidupan Juruselamat, banyak orang Yahudi di keliling Dia menyertai tradisi Paskah. Mereka menyediakan makanan, nyanyi lagu, dan berkumpul bersama untuk mengingati pembebasan bani Israel dari perhambaan orang Mesir. Keluarga-keluarga mendengar cerita malaikat pemusnahan lalu di rumah-rumah nenek moyang mereka yang telah menandai pintu mereka dengan darah anak domba. Antara semua perayaan ini yang begitu kaya dengan perlambangan pembebasan, hanya sedikit sahaja orang yang sedar bahawa Yesus Kristus, Anak Domba Tuhan, tidak lama lagi akan membebaskan mereka dari perhambaan dosa dan kematian—melalui penderitaan-Nya, kematian-Nya, dan Kebangkitan-Nya. Namun, terdapat orang yang mengenali Yesus sebagai Mesias yang dijanjikan, Pembebas yang abadi. Sejak hari itu, para pengikut Yesus Kristus telah bersaksi kepada seluruh dunia bahawa “Kristus mati kerana dosa kita … ; dan Dia dikuburkan dan pada hari ketiga Dia dihidupkan semula” (1 Korintus 15:3–4).
Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi
Yesus Kristus membebaskan saya daripada dosa dan kematian, memperkuatkan saya dalam kelemahan saya, dan menghibur saya dalam percubaan saya.
Satu cara untuk tumpukan pada berkat-berkat Korban Tebusan Juruselamat minggu ini ialah dengan meluangkan masa setiap hari membaca tentang minggu akhir kehidupan Yesus (jadual membaca berikut). Apakah yang anda temui dalam bab-bab ini yang membantu anda rasa kasih Juruselamat? Renungkan apa yang bab-bab ini ajarkan anda tentang bagaimana Dia dapat membebaskan anda dari dosa, kematian, percubaan, dan kelemahan. Bagaimanakah anda beriman kepada kuasa pembebasan-Nya?
-
Hari Ahad: Ketibaan kemenangan di Yerusalem (Matius 21:6–11)
-
Hari Isnin: Membersihkan bait suci (Matius 21:12–16)
-
Hari Selasa: Mengajar di Yerusalem (Matius 21–23)
-
Hari Rabu: Pengajaran berterusan (Matius 24–25)
-
Hari Khamis: Paskah dan penderitaan Kristus di Taman Getsemani (Matius 26)
-
Hari Jumaat: Perbicaraan, Penyaliban, dan penguburan (Matius 27:1–61)
-
Hari Sabtu: Tubuh Kristus terbaring dalam makam (Matius 27:62–66) sementara Dia melayani di dunia roh (Ajaran dan Perjanjian 138)
-
Hari Ahad: Kebangkitan dan kemunculan Yesus Kristus kepada para pengikut-Nya (Matius28:1–10)
Lihat juga Easter.ComeuntoChrist.org.
Matius 28:1–10; Lukas 24:13–35; Yohanes 20:19–29; 1 Korintus 15:1–8, 55
Banyak saksi bersaksi tentang Kebangkitan Yesus Kristus.
Bayangkan bagaimana perasaan para pengikut melihat Yesus diejek, disalah laku, dan disalibkan. Mereka telah menyaksikan kuasa-Nya, merasa kebenaran ajaran-Nya, dan beriman bahawa Dia ialah Putera Tuhan. Menyaksikan kematian-Nya mesti buat para pengikut-Nya berasa sedih dan keliru. Tetapi tidak lama kemudian mereka menyaksikan mukjizat besar tentang Kebangkitan-Nya.
Apakah yang anda dapat pelajari dari kisah-kisah orang yang menyaksikan Juruselamat yang Bangkit? Tandakan atau catatkan pengalaman setiap orang dalam Matius 28:1–10; Lukas 24:13–35; Yohanes 20:19–29; dan 1 Korintus 15:1–8, 55. (Saksi-saksi lain untuk Kristus yang bangkit boleh ditemui dalam 3 Nefi 11; Mormon 1:15; Eter 12:38–39; Ajaran dan Perjanjian 76:19–24; 110:1–10; dan Joseph Smith—Sejarah 1:15–17.) Apakah yang mengagumkan anda tentang kesaksian saksi-saksi ini? Selepas Kebangkitan Juruselamat, orang lain dibangkitkan dan muncul kepada banyak orang (lihat Matius 27:52–53; 3 Nefi 23:9). Bagaimanakah iman anda kepada Juruselamat dan janji-janji kebangkitan mempengaruhi cara anda menjalani hidup?
Yesus Kristus memberi saya harapan dan kegembiraan.
Apakah kata-kata atau frasa dalam 1 Petrus 1:3–11 yang memberi anda harapan kerana Yesus Kristus? Bilakah anda telah rasa harapan itu?
Elder Gerrit W. Gong bersaksi bahawa Kebangkitan “memberi harapan kepada mereka yang kehilangan anggota badan; mereka yang tidak boleh melihat, mendengar, atau berjalan; ataupun penyakit yang tak henti-henti, penyakit mental atau kemerosotan akal. Dia mencarikan kita. Dia menjadikan kita sempurna. [Juga,] kerana ‘Tuhan sendiri menebuskan dosa-dosa dunia’ [Alma 42:15], … Dia dengan belas kasihan boleh membantu kita mengikut kelemahan kita. … Kita bertaubat dan lakukan segala yang kita boleh lakukan. Dia mengelilingi kita secara abadi ‘di dalam pelukan kasih-Nya’ [2 Nefi 1:15]” (“Hosana dan Hallelujah—Yesus Kristus yang Hidup: Inti Pemulihan dan Hari Easter,” Liahona, Mei 2020, 54).
Lihat juga Alma 27:28; 36:1–24; 3 Nefi 9:11–17; Moroni 7:40–41.
Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga
-
ComeuntoChrist.org.Easter.ComeuntoChrist.org mengandungi garis masa dan gambaran tentang apa yang berlaku pada setiap hari pada minggu terakhir kehidupan Juruselamat. Setiap hari dalam minggu itu, keluarga anda boleh mengkaji semua ini untuk lihat apa yang Juruselamat lakukan pada hari itu, atau anda sekeluarga boleh membaca tentang minggu akhir-Nya dalam tulisan suci (lihat senarai cadangan dalam bahagian “Idea-idea Pengajian Tulisan Suci Peribadi” di atas).
-
Nyanyian Rohani dan Buku Nyanyian Anak-Anak.Pertimbangkan untuk nyanyi bersama lagu-lagu tentang Korban Tebusan dan Kebangkitan Juruselamat sepanjang minggu ini, termasuk beberapa yang anda kurang biasa. (Lihat Topik Indeks Nyanyian Rohani atau Buku Nyanyian Anak-Anak, di bawah topik seperti “Korban Tebusan,” “Hari Easter,” atau “Kebangkitan.”) Untuk membantu ahli keluarga belajar lagu-lagu, anda boleh tunjukkan gambar-gambar yang sesuai dengan lirik.
-
Koleksi “Yesus Kristus” di Gospel Library.Koleksi Gospel Library bertajuk “Yesus Kristus” merangkumi video, karya seni, dan muzik yang dapat membantu keluarga anda meraikan Kebangkitan Juruselamat pada hari Easter ini.
-
“Kristus Yang Hidup: Kesaksian Para Rasul.”Sebagai keluarga, baca “Kristus Yang Hidup: Kesaksian Para Rasul” (ChurchofJesusChrist.org). Jemput setiap ahli keluarga untuk memilih pesanan Hari Easter dari kesaksian ini dan kongsi dengan orang lain. Contohnya, anda boleh membuat poster untuk dipaparkan di media sosial, di pintu depan anda, atau di tingkap anda.
Untuk idea–idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.
Lagu cadangan: “Yesus T’lah Bangkit,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 44.