Perjanjian Baru 2023
17–23 April. Matius 18; Lukas 10: “Apakah Yang Harus Saya Lakukan Supaya Mendapat Hidup Sejati dan Kekal?”


“17–23 April. Matius 18; Lukas 10: ‘Apakah Yang Harus Saya Lakukan Supaya Mendapat Hidup Sejati dan Kekal?,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2023 (2022)

“17–23 April. Matius 18; Lukas 10,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga 2023

orang Samaria yang baik hati

The Good Samaritan [Orang Samaria yang Baik Hati], oleh Dan Burr

17–23 April

Matius 18; Lukas 10

“Apakah Yang Harus Saya Lakukan Supaya Mendapat Hidup Sejati dan Kekal?”

Semasa anda membaca dengan penuh doa dan merenungkan Matius 18 dan Lukas 10, perhatikan bisikan Roh Kudus. Dia akan beritahu anda bagaimana ajaran-ajaran ini berguna untuk anda. Catat tanggapan yang anda terima.

Catat Tanggapan Anda

Apabila anda tanyakan Tuhan soalan, anda mungkin mendapat jawapan yang anda tidak jangkakan. Siapakah jiran saya? Sesiapa sahaja yang perlukan bantuan dan kasih anda. Siapakah yang paling besar di kerajaan syurga? Seorang kanak-kanak. Adakah ia cukup untuk mengampunkan seorang pesalah tujuh kali? Tidak, anda harus ampunkan tujuh puluh kali tujuh. (Lihat Lukas 10:29–37; Matius 18:4, 21–22.) Jawapan Tuhan yang tidak dijangka boleh menjemput kita untuk mengubah cara kita berfikir, merasa, dan bertindak. Jika anda mencari kehendak Tuhan kerana anda benar-benar ingin belajar daripada Dia, Tuhan akan mengajar anda untuk menjalani kehidupan yang membawa kepada kehidupan abadi bersama-Nya.

ikon pengkajian peribadi

Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Matius 18:21–35

Saya mesti mengampuni orang lain jika saya ingin menerima keampunan daripada Tuhan.

Cadangan Petrus bahawa dia boleh maafkan seseorang untuk tujuh kali mungkin dilihat terlalu murah hati, tetapi Yesus mengajar sebuah hukum yang lebih tinggi. Jawapan-Nya, “Bukan tujuh kali, tetapi tujuh puluh kali tujuh kali” (ayat 22), bukan mengajar tentang nombor tetapi tentang membentuk sifat-sifat mengampuni seperti Kristus. Apabila anda baca tentang hamba yang tidak mengampuni orang, renungkan waktu ketika anda telah merasa belas kasihan dan rasa kasihan Tuhan. Adakah seseorang yang perlu merasa belas kasihan dan rasa kasihan anda?

Elder David E. Sorensen memberi peringatan penting ini: “Meskipun kita mesti mengampuni jiran yang mencederakan kita, kita masih harus bekerja secara konstruktif untuk mengelakkan kecederaan itu daripada berulang. … Keampunan tidak memerlukan kita untuk menerima atau bertahan terhadap kejahatan. … Tetapi apabila kita berlawan menentang dosa, kita tidak harus membiarkan kebencian atau kemarahan mengawal fikiran atau tindakan kita” (“Forgiveness Will Change Bitterness to Love,” Liahona, Mei 2003, 12).

Lukas 10:1–20

Siapakah Tujuh Puluh?

Mengikut pola yang ditubuhkan pada masa Perjanjian Lama (lihat Keluaran 24:1; Bilangan 11:16), Yesus Kristus “melantik tujuh puluh lain” sebagai tambahan kepada Dua Belas Rasul, untuk bersaksi tentang Dia, mengajar injil-Nya, dan membantu Dia dalam pekerjaan-Nya. Pola ini diteruskan dalam Gereja yang dipulihkan. Ahli Tujuh Puluh dipanggil untuk membantu Rasul dalam misi mereka sebagai saksi khusus Yesus Kristus kepada seluruh dunia.

Lihat juga Ajaran dan Perjanjian 107:25–26, 33–34, 97.

Lukas 10:25–37

Untuk dapatkan kehidupan abadi, saya harus kasihi Tuhan dan jiran saya seperti diri sendiri.

Ia sangat membantu untuk mengingati bahawa perumpamaan orang Samaria yang baik hati adalah cara Yesus menjawab dua soalan: “Apakah yang harus saya lakukan supaya mendapat hidup sejati dan kekal?” dan “Siapakah sesama saya?” (Lukas 10:25, 29). Semasa anda baca perumpamaan ini, ingatlah soalan ini di minda. Apakah jawapan yang anda temui?

Pada zaman Yesus, permusuhan antara orang Yahudi dan orang Samaria sudah berlarutan untuk berabad lamanya. Orang Samaria ialah keturunan orang Yahudi yang tinggal di Samaria dan telah berkahwin dengan orang bukan Israel. Orang Yahudi rasa orang Samaria telah dirosakkan dengan percampuran mereka dengan orang bukan Israel dan telah murtad. Orang Yahudi akan berjalan jauh untuk mengelak daripada melalui Samaria. (Lihat juga Lukas 9:52–54; 17:11–18; Yohanes 4:9; 8:48.)

Mengapa anda rasa Juruselamat pilih seorang Samaria, yang dibenci oleh orang Yahudi, sebagai contoh rasa kasihan dan mengasihi sesama? Apakah yang perumpamaan ini mengilhami anda untuk lakukan?

Lihat juga Mosia 2:17.

2:3

Lukas 10:38–42

Kita memilih “perkara baik” dengan membuat pilihan harian yang membawa kepada kehidupan abadi.

Dalam Lukas 10:38–42, Yesus menjemput Marta untuk berfikir secara berbeza tentang cara dia meluangkan masanya. Selepas memetik ayat-ayat ini, Sister Carol F. McConkie mengajar: “Jika kita ingin menjadi kudus, kita mesti belajar untuk duduk dekat kaki Yang Kudus dari Israel dan memberi masa kepada kekudusannya. Adakah kita ketepikan telefon, senarai kerja panjang, dan urusan dunia? Berdoa, belajar dan mengikuti firman Tuhan menjemput kasih-Nya yang membersih dan menyembuh ke dalam jiwa kita. Mari kita mengambil masa untuk menjadi kudus, supaya kita dipenuhi dengan Roh Pengudusan-Nya yang suci” (“Keindahan Kekudusan,” Liahona, Mei 2017, 11). Anda mungkin ingin meneliti bagaimana anda meluangkan masa anda—bahkan atas perkara yang baik. Adakah sesuatu yang lebih “mustahak” (ayat 42) yang memerlukan perhatian anda?

ikon pengkajian sekeluarga

Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Matius 18:1–11.Mengapa Yesus ingin kita menjadi seperti kanak-kanak kecil? Apakah sifat-sifat yang kanak-kanak ada yang kita boleh pupuk untuk menjadi lebih seperti Kristus? (lihat Mosia 3:19).

Yesus bersama kanak-kanak kecil

Yesus Kristus mahu pengikut-Nya menjadi seperti kanak-kanak kecil.

Matius 18:15.Bagaimanakah kita boleh gunakan nasihat dalam Matius 18:15 dalam interaksi keluarga kita? Bagaimanakah melakukan ini memberkati keluarga kita?

Matius 18:21–35.Apakah yang perumpamaan ini ajarkan kita tentang Yesus Kristus? Apakah yang ia ajarkan kita tentang cara memperlakukan orang lain?

Lukas 10:25–37.Ahli keluarga boleh memakai kostum dan melakonkan perumpamaan ini. Bagaimanakah kadang kala kita seperti orang-orang dalam perumpamaan itu? Bagaimanakah Juruselamat seperti orang Samaria yang baik hati itu? Bagaimanakah kita boleh menjadi seperti orang Samaria yang baik hati itu?

Anda boleh pertimbangkan untuk nyanyi bersama sebuah lagu rohani atau lagu kanak-kanak yang menyokong kebenaran dalam perumpamaan ini. Ahli keluarga boleh mencari lagu rohani atau lagu dan jelaskan bagaimana ia berkaitan dengan perumpamaan itu.

Lukas 10:38–42.Adakah ia sukar untuk memasukkan hal-hal rohani dalam jadual keluarga anda? Cerita Maria dan Marta boleh mengilhami bagaimana untuk melakukan perbincangan keluarga atau malam keluarga dengan lebih baik. Sebagai keluarga, anda boleh membuat senarai untuk memilih “perkara baik” (Lukas 10:42).

Untuk idea–idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu cadangan: “Kasihilah Sesama,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 39.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Memupuk suasana penuh kasih. Bagaimana ahli keluarga rasa dan memperlakukan satu sama lain boleh mempengaruhi roh dalam rumah anda. Bantu ahli keluarga untuk lakukan bahagian mereka untuk menubuhkan rumah yang penuh kasih dan saling menghormati, supaya semua orang rasa selamat berkongsi pengalaman, soalan atau kesaksian. (Lihat Teaching in the Savior’s Way15.)

Kristus bersama Maria dan Marta

Christ in the Home of Mary and Martha [Kristus di Rumah Maria dan Marta], oleh Walter Rane