Perjanjian Baru 2023
10–16 April. Matius 15–17; Markus 7–9: “Guru ialah Penyelamat yang Diutus Oleh Tuhan”


“10–16 April. Matius 15–17; Markus 7–9: ‘Guru ialah Penyelamat yang Diutus Oleh Tuhan,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2023 (2022)

“10–16 April. Matius 15–17; Markus 7–9,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2023

Perubahan rupa Kristus

The Transfiguration [Perubahan Rupa], oleh Carl Heinrich Bloch

10–16 April

Matius 15–17; Markus 7–9

“Guru ialah Penyelamat yang Diutus Oleh Tuhan”

Pembacaan tulisan suci menjemput Roh Kudus ke dalam hidup anda. Salah satu misi penting Roh Kudus adalah untuk bersaksi tentang Yesus Kristus. Semasa anda membaca tulisan suci minggu ini, perhatikan perasaan rohani yang menguatkan kesaksian anda tentang Juruselamat.

Mencatat Tanggapan Anda

Tidakkah pelik bahawa orang Farisi dan orang Saduki meminta Yesus tunjukkan mereka “ mukjizat untuk membuktikan bahawa Dia datang daripada Tuhan”? Bukankah banyak mukjizat-Nya yang terkenal telah mencukupi? Bagaimana dengan ajaran-ajaran berkuasa-Nya atau pelbagai cara Dia telah penuhi nubuat kuno? Permintaan mereka bukan disebabkan kekurangan tanda tetapi oleh ketidakrelaan untuk “membezakan tanda-tanda” dan menerimanya. (Lihat Matius 16:1–4.)

Petrus, seperti orang Farisi dan orang Saduki, telah menyaksikan mukjizat Juruselamat dan mendengar ajaran-ajaran-Nya. Tetapi kesaksian sahih Petrus, “Engkau adalah Kristus, Putera Tuhan yang hidup,” tidak datang melalui deria fizikalnya—”darah dan daging” dia. Kesaksiannya diungkapkan kepadanya oleh “Bapa di syurga.” Wahyu adalah batu di atasnya Juruselamat membina Gereja-Nya dahulu dan sekarang—wahyu dari syurga kepada hamba-hamba-Nya. Dan inilah batu yang di atasnya kita dapat membina penganutan kita—wahyu bahawa Yesus ialah Kristus dan bahawa para hamba-Nya memegang “kunci-kunci kerajaan.” Ketika kita membina atas landasan ini, “maut pun tidak dapat memusnahkan [kita]” (Matius 16:15–19).

ikon pengkajian peribadi

Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Matius 16:13–17

Kesaksian pada Yesus Kristus datang melalui wahyu.

Jika Yesus Kristus bertanya orang-orang hari ini, “Menurut kata orang siapakah Anak Manusia itu?” apakah yang mereka mungkin akan katakan? Bagaimanakah anda akan menjawab jika Yesus tanya anda, “Tetapi menurut kamu, siapakah Aku ini?” (Lihat Matius 16:13–15.)

Renungkan kesaksian anda tentang Juruselamat dan bagaimana anda menerimanya. Apakah yang anda pelajari dari Matius 16:15–17 yang dapat mengukuhkan kesaksian? Jika anda ingin pelajari lebih lanjut tentang kesaksian dan wahyu peribadi, terokai tulisan suci ini: Yohanes 15:26; 2 Nefi 31:17–18; Alma 5:45–48; dan Ajaran dan Perjanjian 8:2–3.

0:59

Matius 16:13–19; 17:1–9; Markus 9:2–9

“Kunci Dunia Baru Tuhan” ada di bumi hari ini.

“Kunci Dunia Baru Tuhan” yang Juruselamat janjikan Petrus adalah kunci-kunci imamat (Matius 16:19). Apakah itu kunci–kunci imamat? Mengapakah kita perlukannya? Renungkan soalan-soalan ini semasa anda baca tentang janji Juruselamat dalam Matius 16:13–19 dan kegenapannya dalam Matius 17:1–9; Markus 9:2–9 (lihat juga Terjemahan Joseph Smith, Markus 9:3 [dalam Panduan Tulisan Suci]).

Sumber-sumber lain untuk bantu anda belajar tentang kunci-kunci imamat termasuk Ajaran dan Perjanjian 65:2; 107:18–20; 110:11–16; 128:9–11; “Kunci-kunci Imamat” dalam Panduan Tulisan Suci (scriptures.ChurchofJesusChrist.org); dan pesanan Elder Gary E. Stevenson “Di Mana Kunci-kunci dan Wewenang Imamat?,” (Liahona, Mei 2016, 29–32). Semasa mengkaji sumber-sumber ini, pertimbangkan untuk membuat senarai hal yang anda pelajari tentang kunci-kunci imamat dan berkat-berkat yang datang darinya. Mengapakah kunci adalah lambang yang baik untuk hak mengarahkan pelayanan imamat?

Lihat juga Dallin H. Oaks, “Imamat Melkisedek dan Kunci-Kunci,” Liahona, Mei 2020, 69–72; Panduan Tulisan Suci, “Perubahan Rupa.”

patung Petrus memegang kunci

Kunci imamat adalah kuasa untuk mengarahkan penggunaan imamat.

Matius 17:14–21; Markus 9:14–29

Apabila mencari iman yang lebih besar, saya boleh bermula dengan iman yang saya ada.

Si Bapa dalam Matius 17 dan Markus 9 memiliki alasan untuk ragu bahawa Yesus dapat menyembuhkan anak lelakinya. Dia telah meminta para pengikut Yesus untuk sembuhkan anak lelakinya, tetapi mereka tidak dapat. Tetapi apabila dia meminta Juruselamat untuk mukjizat, dia pilih untuk beriman. “Saya percaya,” kata dia. Kemudian, sedar imannya tidak sempurna, dia menambah, “Tolonglah saya supaya lebih percaya lagi!”

Apakah yang Roh ajarkan anda semasa anda baca tentang mukjizat ini. Bagaimana Bapa Syurgawi telah membantu anda meningkatkan iman anda? Apakah yang anda dapat lakukan untuk membina di atas iman sedia ada anda? Mungkin anda boleh menyusun sebuah senarai tulisan suci, pesanan persidangan, atau pengalaman yang telah menguatkan iman anda.

ikon pengkajian sekeluarga

Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Matius 15:7–9; Markus 7:6–7.Apakah perbezaan di antara menghormati Tuhan dengan mulut, atau kata-kata kita, dan menghormati-Nya dengan hati kita?

Matius 15:17–20; Markus 7:18–23.Mengapakah kita berhati-hati tentang apa yang kita masukkan ke dalam mulut kita? Berdasarkan apa yang Yesus ajarkan dalam ayat-ayat ini, mengapakah kita harus lebih berhati-hati tentang apa yang keluar dari mulut kita—dan keluar dari hati kita? Bagaimanakah kita dapat memastikan hati kita suci?

Matius 16:15–17.Bagaimanakah Tuhan mengungkapkan bahawa Yesus adalah “Penyelamat yang diutus oleh Tuhan, Anak Tuhan Yang Hidup”? (ayat 16). Bagaimanakah kita boleh mempersiapkan diri untuk menerima wahyu daripada Tuhan?

Matius 16:13–19; 17:1–9.Untuk mengajar kanak-kanak tentang kunci-kunci imamat, anda boleh ceritakan kisah Elder Gary E. Stevenson tentang terkunci di luar keretanya (lihat “Di Mana Kunci-Kunci dan Wewenang Imamat?,” Liahona, Mei 2016, 29–32]). Anda boleh benarkan anak-anak anda gunakan kunci-kunci untuk membuka pintu rumah, kereta, atau kunci yang lain. Pertimbangkan untuk tunjukkan satu gambar Presiden Gereja dan bersaksi bahawa dia memegang semua kunci imamat, seperti yang Petrus miliki.

2:51

Matius 17:20.Para nabi beriman kepada Yesus Kristus untuk mengalihkan gunung (lihat Yakub 4:6; Musa 7:13). Tetapi biasanya, itu bukanlah mukjizat yang kita perlukan. Presiden M. Russell Ballard mengajar: “Jika kita mempunyai iman sebesar biji sawi, Tuhan boleh menolong kita mengalihkan gunung-gunung kekecewaan dan keraguan dalam tugas-tugas semasa kita melayani dengan anak-anak Tuhan, termasuk ahli keluarga, Gereja, dan mereka yang belum menjadi ahli Gereja” (“Kurnia Tuhan yang Berharga,” Liahona, Mei 2018, 10). Apakah beberapa gunung dalam kehidupan kita yang perlu dialihkan? Bagaimanakah kita dapat tunjukkan iman terhadap kuasa Tuhan untuk membantu kita menghilangkan gunung-gunung ini?

Untuk idea–idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu rohani cadangan: “Aku Percaya Kristus,” Nyanyian Rohani, no. 51.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Berkumpul bersama secara kerap. Presiden Henry B. Eyring mengajar: “Jangan pernah terlepas peluang untuk mengumpulkan kanak-kanak bersama untuk belajar ajaran Yesus Kristus. Masa sedemikian adalah jarang dibandingkan dengan usaha-usaha musuh kita” (“The Power of Teaching Doctrine,” Ensign, Mei 1999, 74).

seorang lelaki dan anak lelaki yang sakit di hadapan Yesus

Master, I Have Brought unto Thee My Son [Guru, Saya Membawa Anak Saya kepada Guru], oleh Walter Rane