Perjanjian Baru 2023
17–23 April. Matius 18; Lukas 10: “Apakah Yang Harus Saya Lakukan Supaya Mendapat Hidup Sejati dan Kekal?”


“17–23 April. Matius 18; Lukas 10: ‘Apakah Yang Harus Saya Lakukan Supaya Mendapat Hidup Sejati dan Kekal?,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2023 (2022)

“17–23 April. Matius 18; Lukas 10,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2023

Imej
orang Samaria yang baik hati

The Good Samaritan [Orang Samaria yang Baik], oleh Dan Burr

17–23 April

Matius 18; Lukas 10

“Apakah Yang Harus Saya Lakukan Supaya Mendapat Hidup Sejati dan Kekal?”

Apakah kebenaran dalam Matius 18 dan Lukas 10 yang kanak-kanak perlu belajar? Dengarkan dorongan Roh Kudus semasa anda membaca bab-bab ini. Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga boleh membantu membimbing kajian anda, dan panduan ini boleh memberi anda idea pengajaran.

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Minta kanak-kanak untuk berkongsi sesuatu yang mereka telah pelajari tentang Yesus Kristus di rumah atau di Sekolah Primer.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Matius 18:21–35

Saya harus sentiasa mengampuni orang.

Apabila anda membaca Matius 18:21–35, pertimbangkan pengalaman anda sendiri tentang pengampunan dan apakah yang kanak-kanak perlu tahu mengenai asas ini.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Kongsi perumpamaan yang berkenaan hamba yang tidak berbelas kasihan (lihat Matius 18:23–35). Jelaskan bahawa apabila seseorang tidak baik atau tidak adil, kita mungkin akan berasa marah atau sedih pada mulanya. Tetapi pengampunan bermaksud kita dapat merasa damai semula. Apabila kita mengampuni seseorang, kita memutuskan untuk tidak marah terhadap mereka lagi. (Bantu kanak-kanak memahami bahawa jika seseorang tidak baik atau tidak adil kepada mereka, mereka harus meminta bantuan ibu bapa mereka atau orang dewasa yang dipercayai.)

  • Tuliskan Saya mengampuni anda di atas papan tulis, dan jelaskan kepada kanak-kanak bahawa kata-kata ini dapat membantu mengubah keadaan yang sedih menjadi keadaan yang menggembirakan. Lukiskan satu muka yang sedih di atas papan tulis, dan kongsi contoh-contoh kanak-kanak mengampuni satu sama lain. Selepas setiap contoh, jemput seorang ahli untuk gantikan muka sedih ke muka yang gembira.

  • Nyanyi bersama kanak-kanak sebuah lagu tentang keampunan, seperti “Bapa Kumohon Pertolongan-Mu (Pertaubatan)” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 52). Kongsi kesaksian anda bahawa Bapa Syurgawi akan membantu kita mengampuni orang lain.

Lukas 10:25–37

Yesus mengajar saya untuk melihat semua orang seperti jiran dan mengasihi mereka.

Perumpamaan orang Samaria yang baik dapat tunjukkan kanak-kanak siapa jiran-jiran kita dan bagaimana kita harus melayani mereka. Fikirkan cara-cara anda dapat ilhami kanak-kanak untuk “pergi, dan lakukannya … begitu juga” (Lukas 10:37).

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tanyakan setiap kanak-kanak, “Siapakah jiran anda?” Ringkaskan laporan dalam Lukas 10:25–37, dan kongsi bagaimana Yesus menjawab soalan itu. Apakah yang Yesus ajarkan tentang bagaimana kita harus melayani jiran-jiran kita?

  • Baca Lukas 10:25–37 semasa kanak-kanak melakonkan perumpamaan tentang orang Samaria yang baik. Bantu mereka memikirkan cara mereka boleh menjadi seperti orang Samaria yang baik dengan menunjukkan kasih dan kebaikan kepada orang lain.

  • Tuliskan beberapa contoh situasi di mana seseorang memerlukan bantuan, dan sembunyikan kertas-kertas itu di sekeliling bilik. Minta kanak-kanak mencari kertas. Baca situasi, dan jemput kanak-kanak untuk berkongsi bagaimana mereka boleh menunjukkan kebaikan kepada orang dalam situasi itu.

  • Nyanyi bersama kanak-kanak sebuah lagu tentang kebaikan, seperti “Kasihilah Sesama” atau “Kebaikan Mulai Dari Aku” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 39, 83). Bantu kanak-kanak memikirkan beberapa cara mereka menunjukkan kasih dan kebaikan kepada orang lain. Mereka juga boleh melukis gambar diri mereka melakukan perkara ini.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Matius 18:21–35

Bapa Syurgawi akan mengampuni saya apabila saya mengampuni orang.

Perumpamaan tentang hamba yang tidak berbelas kasihan boleh menjadi cara yang tidak dapat dilupakan untuk mengajar kanak-kanak bahawa Bapa Syurgawi mahu kita mengampuni semua orang.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca Matius 18:23–35 dengan kanak-kanak. Jelaskan bahawa raja mewakili Bapa Syurgawi, pegawai [orang suruhan] itu mewakili kita, dan pegawai lain mewakili mereka yang telah menganiaya kita. Tanya kanak-kanak soalan seperti “Apakah yang cerita ini ajarkan tentang bagaimana kita harus melayan orang lain? Bilakah anda pernah mendapati ia sukar untuk mengampuni seseorang? Bagaimanakah anda melepaskan perasaan terluka itu? Bilakah anda perlu diampuni atas pilihan yang salah?”

  • Tulis pada papan tulis soalan pendaraban 70 × 7, dan bantu kanak-kanak menyelesaikannya. Minta seorang untuk membaca Matius 18:21–22, dan jelaskan bahawa Yesus menggunakan nombor ini untuk mengajar kita harus sentiasa mengampuni.

  • Minta kanak-kanak untuk membantu anda fikirkan beberapa situasi di mana seseorang perlu mengampunkan orang lain. Jemput kanak-kanak untuk melakonkan cara bagaimana mereka akan mengampuni dalam situasi tersebut.

  • Nyanyi bersama kanak-kanak sebuah lagu tentang keampunan, seperti “Bapa Kumohon Pertolongan-Mu (Pertaubatan)” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 52). Bantu kanak-kanak memahami apa yang lagu itu ajarkan kita tentang mengampuni orang lain.

Lukas 10:30–37

Saya boleh mengasihi dan melayani orang, terutamanya mereka yang dalam kesusahan.

Renungkan pengalaman hidup anda sendiri apabila seseorang telah menjadi “orang Samaria baik hati” terhadap anda. Bagaimanakah anda dapat mengilhami kanak-kanak untuk menjadi “orang Samaria yang baik hati” terhadap orang lain?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tugaskan setiap kanak-kanak untuk membaca sebahagian perumpamaan orang Samaria yang baik dengan senyap. Jemput kanak-kanak untuk memberitahu bahagian perumpamaan mereka dalam urutan peristiwa-peristiwa itu berlaku.

  • Jelaskan kepada kanak-kanak bahawa orang Yahudi sangat tidak menyukai orang Samaria sehingga apabila mereka mengembara dari Yerusalem ke Galilea, mereka akan mengelilingi Samaria untuk mengelakkan berinteraksi dengan mana-mana orang Samaria. Untuk menggambarkan ini, tunjukkan peta Alkitab 1, “Peta Fizikal Tanah Suci.” Mengapakah Yesus menggunakan orang Samaria sebagai contoh kebaikan dalam perumpamaan ini? Apakah yang kisah ini ajarkan tentang membantu satu sama lain? (Lihat juga Mosia 4:16–22.)

  • Minta kanak-kanak kongsi pengalaman berkenaan seseorang yang baik seperti orang Samaria terhadap mereka.

  • Cabarkan kanak-kanak berjuang untuk menjadi seperti orang Samaria yang baik hati minggu ini. Anda boleh bertanya jika mereka tahu seseorang yang sakit atau kesunyian atau seseorang yang tidak kerap ke gereja. Tanyakan kanak-kanak bagaimanakah mereka akan membantu orang tersebut. Bantu kanak-kanak memahami bagaimana melayani orang lain membantu mereka mentaati janji-janji yang mereka buat semasa pembaptisan (lihat Mosia 18:8–10).

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak untuk berkongsi dengan keluarga mereka apa yang mereka rancang untuk lakukan untuk menjadi lebih mengampuni atau lebih seperti orang Samaria yang baik minggu ini.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Ajar kanak-kanak untuk mencatat tanggapan Roh Kudus. Jika kanak-kanak belajar tabiat untuk mencatat tanggapan Roh Kudus, ia kan membantu mereka mengenali dan mengikuti Roh. Kanak-kanak boleh mencatat tanggapan dengan menandakan ayat suci, melukis gambar, atau menulis dalam jurnal mereka secara ringkas.

Cetak