Perjanjian Baru 2023
3–9 April. Easter: “Hai Maut, Di Manakah Kemenanganmu?”


“3–9 April. Easter: ‘Hai Maut, Di Manakah Kemenanganmu?,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2023 (2022)

“3–9 April. Easter,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2023

Imej
Makam Taman

3–9 April

Easter

“Hai Maut, Di Manakah Kemenanganmu?”

Gunakan masa anda dengan kanak-kanak dan bantu mereka lihat Hari Easter sebagai waktu bersukacita dalam Juruselamat dan mendalamkan kesyukuran mereka untuk pengorbanan-Nya. Idea-idea dalam panduan ini boleh disesuaikan untuk membantu anda mengajar kanak-kanak sebarang umur.

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Tunjukkan gambar Juruselamat di Getsemani, di atas salib, dan selepas Kebangkitan-Nya (lihat gambar dalam panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga dan Buku Seni Injil, no. 56–60). Minta kanak-kanak berkongsi apa yang mereka tahu tentang peristiwa yang ditunjukkan dalam gambar.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Yesus Kristus adalah Juruselamat saya.

Apabila anda membaca tentang Korban tebusan Yesus Kristus, renungkan bagaimana anda boleh membantu kanak-kanak merasa betapa Yesus mengasihi mereka.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan gambar Yesus, dan minta kanak-kanak berkongsi apa yang mereka tahu tentang apa yang Dia telah lakukan untuk kita. Bersaksi tentang kasih Juruselamat dan kuasa-Nya untuk menyelamatkan kita dari dosa. Pegang satu cermin, dan minta kanak-kanak bergilir untuk melihat ke dalamnya. Semasa setiap kanak-kanak melakukannya, katakan, “Yesus mengasihi [nama kanak-kanak], dan Dia boleh membantu [nama kanak-kanak] hidup bersama Bapa Syurgawi semula.”

  • Tunjukkan gambar Yesus Berdoa di Getsemani (Buku Seni Injil, no. 56) semasa anda menceritakan kisah Yesus menderita di Getsemani untuk dosa-dosa dunia (lihat Matius 26:36–46; Lukas 22:39–44). Bersaksi bahawa kerana penderitaan-Nya, kita boleh diampuni apabila kita membuat pilihan yang salah. Anda juga boleh menggunakan “Bab 51: Yesus Menderita di Taman Getsemani” (dalam Cerita-cerita Perjanjian Baru, 129–32).

  • Nyanyi bersama sebuah lagu tentang kasih Yesus kepada kita, seperti “Kurasakan Kasih Jurus’lamat” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 42). Bantu kanak-kanak mengenal pasti perkataan dalam lagu yang menggambarkan kasih Juruselamat. Apakah yang membantu kita merasakan kasih-Nya? Bagaimanakah kita boleh bantu orang lain merasakan kasih-Nya?

Imej
Kristus dengan Maria di kubur yang kosong

He is Risen [Dia Telah Bangkit], oleh Greg Olsen

Kerana Yesus mati dan dibangkitkan, saya akan hidup sekali lagi.

Bagaimanakah anda boleh membantu kanak-kanak memahami kerana Yesus Kristus, kita dan orang tersayang kita akan dibangkitkan suatu hari nanti?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Ajar kanak-kanak kisah Easter menggunakan gambar Kristus di Getsemani, di salib, dan selepas Kebangkitan-Nya (lihat Buku Seni Injil, no. 56–60 dan gambar halaman penuh dalam panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga). Minta beberapa kanak-kanak pegang gambar-gambar semasa anda memberitahu cerita. Beritahu kanak-kanak tentang beberapa orang yang melihat Yesus selepas Dia dibangkitkan, seperti Maria (lihat Yohanes 20:1–18) atau Tomas (lihat Yohanes 20:24–29).

  • Tanya kanak-kanak mengapa kita menyambut Hari Easter. Jelaskan bahawa pada hari Easter kita merayakan hari Yesus Kristus dibangkitkan. Tanya jika ada kanak-kanak yang ingin berkongsi apa yang keluarga mereka buat untuk mengingati Kebangkitan Yesus Kristus.

  • Jelaskan bahawa dibangkitkan bermakna hidup sekali lagi selepas kita mati. Berikan kesaksian anda bahawa kerana Yesus Kristus, kita akan dibangkitkan—kita akan hidup sekali lagi selepas kita mati, dan kita tidak akan mati lagi.

  • Gunakan sarung tangan untuk mengajar kanak-kanak bahawa kita semua mempunyai badan (diwakili oleh sarung tangan) dan roh (diwakili oleh satu tangan). Apabila kita mati, roh dan badan kita terpisah. Roh kita terus hidup, tetapi badan kita tidak. Apabila kita dibangkitkan, roh dan badan kita bersatu sekali lagi. Minta kanak-kanak bergilir untuk memakai sarung tangan dan menanggalkannya.

  • Nyanyi bersama sebuah lagu Hari Easter, seperti “Benarkah Tuhan T’lah Bangkit?” atau “Yesus T’lah Bangkit” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 45, 44), dan tunjukkan kepada kanak-kanak gambar Yesus selepas Dia telah dibangkitkan (lihat Buku Seni Injil, no. 59–61).

  • Paparkan satu gambar seseorang yang anda kenal yang telah mati. Kongsi kesaksian anda bahawa seseorang itu akan dibangkitkan kerana Korban tebusan dan Kebangkitan Yesus Kristus.

  • Tunjukkan video Easter yang terdapat di Easter.ComeuntoChrist.org.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Yesus menderita untuk saya di Getsemani dan di salib.

Semasa anda mengkaji tulisan suci minggu ini, renungkan bagaimana anda dapat membantu kanak-kanak membina iman mereka kepada Yesus Kristus dan Korban Tebusan-Nya.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca dengan kanak-kanak Lukas 22:39–44 dan ayat-ayat yang dipilih dari Matius 27:29–50. Jemput mereka untuk mencari kata-kata yang membantu mereka memahami apa yang Juruselamat alami di Getsemani dan di salib.

  • Bantu kanak-kanak menghafal fasal-fasal kepercayaan yang ketiga. Berikan kesaksian anda bahawa Yesus Kristus berkuasa untuk menyelamatkan kita dari dosa dan dari kematian.

  • Bantu kanak-kanak menyediakan ucapan yang ringkas tentang Korban tebusan Yesus Kristus yang mereka boleh berkongsi dengan orang lain. Galakkan mereka untuk memasukkan ayat suci dan kesaksian mereka dalam ucapan mereka. Jika mereka perlukan bantuan tambahan, mereka boleh baca “Menebus, Korban Tebusan” dalam Panduan Tulisan Suci (scriptures.ChurchofJesusChrist.org).

Kerana Yesus mati dan dibangkitkan, saya akan hidup sekali lagi.

Kanak-kanak yang anda ajar mungkin akan mengalami kematian orang tersayang suatu hari nanti jika mereka belum mengalaminya. Bantu mereka tahu bahawa kerana Yesus Kristus telah dibangkitkan, kita semua akan dibangkitkan.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Paparkan gambar no. 57–59 dalam Buku Seni Injil, dan minta kanak-kanak memadankan gambar dengan petikan berikut: Matius 27:29–38, 59–60; Yohanes 20:10–18.

  • Jemput kanak-kanak secara individu baca “Kebangkitan” dalam Panduan Tulisan Suci (scriptures.ChurchofJesusChrist.org) dan cari sesuatu yang mereka ingin ajar kepada keluarga mereka. Beri kanak-kanak masa untuk berkongsi apa yang mereka temui.

  • Bantu kanak-kanak melihat dalam indeks topik dari Buku Nyanyian Anak-Anak untuk mencari lagu yang mereka ingin nyanyikan tentang Yesus Kristus atau Kebangkitan. Nyanyikan lagu itu bersama-sama, dan tanya kanak-kanak apa yang mereka pelajari dari lagu ini.

  • Jemput beberapa kanak-kanak untuk berkongsi kesaksian mereka tentang Korban tebusan dan Kebangkitan Juruselamat. (Anda boleh meminta kanak-kanak ini untuk lakukan ini dalam beberapa hari sebelum kelas supaya mereka boleh bersedia.) Jemput kanak-kanak untuk menulis kesaksian mereka untuk dikongsi di rumah.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Untuk membantu kanak-kanak berkongsi apa yang mereka belajar dengan keluarga mereka, galakkan mereka untuk menyanyikan satu lagu tentang Yesus Kristus di rumah minggu ini.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Kanak-kanak mendapat manfaat dari pengulangan. Jangan takut untuk mengulang aktiviti-aktiviti beberapa kali, terutamanya dengan kanak-kanak yang lebih kecil. Pengulangan akan membantu kanak-kanak ingat apa yang anda ajar.

Cetak