“15–21 Mei. Matius 21–23; Markus 11; Lukas 19–20; Yohanes 12: ‘[Lihatlah], Rajamu Sedang Datang,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2023 (2022)
“15–21 Mei. Matius 21–23; Markus 11; Lukas 19–20; Yohanes 12,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2023
15–21 Mei
Matius 21–23; Markus 11; Lukas 19–20; Yohanes 12
“[Lihatlah], Rajamu Sedang Datang”
Ketika anda membaca Matius 21–23; Markus 11; Lukas 19–20; dan Yohanes 12, beri tumpuan kepada dorongan-dorongan yang anda terima dari Roh Kudus. Rujuk kepada “Memenuhi Keperluan Kanak-kanak yang Lebih Kecil” pada permulaan sumber ini untuk perkara yang perlu diingati semasa anda mengajar asas ini.
Jemput Perkongsian
Tunjukkan gambar dari panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga, dan jemput kanak-kanak untuk berkongsi apa yang mereka tahu tentang apa yang berlaku dalam gambar.
Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil
Bapa Syurgawi dan Yesus kenal saya oleh nama.
Semasa anda membaca tentang interaksi Juruselamat dengan Zakheus, apakah pesanan yang anda temui yang mungkin memberkati kanak-kanak yang anda mengajar?
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Tunjukkan gambar Zacchaeus in the Sycamore Tree [Zakheus di atas Pokok Sycamore] (dalam panduan ini atau di ChurchofJesusChrist.org). Bantu kanak-kanak mencari Zakheus dan menyebut namanya. Buat pergerakan untuk kanak-kanak lakukan ketika anda memberitahu cerita Zakheus dan Yesus—contohnya, berdiri di jari kaki untuk melihat di atas orang ramai atau berpura-pura memanjat pokok. Terangkan bahawa Juruselamat melihat Zakheus dan memanggil dia dengan namanya. Bersaksi bahawa Juruselamat juga mengenali setiap kanak-kanak dan nama-nama mereka.
-
Bawa bingkai gambar kosong ke kelas, atau membuat bingkai dari kertas. Jemput setiap kanak-kanak untuk bergilir-gilir memegang bingkai itu di sekeliling muka mereka manakala seisi kelas berkata, “Bapa Syurgawi dan Yesus tahu [nama kanak-kanak].”
-
Nyanyikan bersama lagu tentang kasih Bapa Syurgawi, seperti “Aku Anak Tuhan” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 2). Bantu kanak-kanak mendengar hal-hal yang membantu mereka tahu bahawa Bapa Syurgawi mengasihi mereka.
Bait suci ialah tempat yang suci.
Ketakziman Yesus untuk bait suci, seperti yang digambarkan dalam ayat-ayat ini, dapat membantu kanak-kanak yang anda ajar memahami bahawa bait suci adalah tempat yang kudus.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Tunjukkan gambar Yesus Membersihkan Bait suci (Buku Seni Injil, no. 51), dan ceritakan kisah yang dicatatkan dalam Matius 21:12–14. Bantu kanak-kanak mencari wang dan binatang dalam gambar. Bincangkan mengapa Juruselamat ingin para tukang wang dan penjual binatang untuk keluar dari bait suci.
-
Tunjukkan gambar bait suci (contohnya, lihat Buku Seni Injil, no. 117–19), dan minta kanak-kanak berkongsi perasaan mereka apabila mereka melihat bait suci. Anda boleh jelaskan bahawa bait suci adalah tempat kita pergi untuk membuat janji-janji dengan Tuhan, mencari jawapan kepada doa, dan merasa dekat dengan Tuhan. Bantu kanak-kanak mengenal pasti perasaan dari Roh Kudus yang memberitahu mereka bahawa bait suci adalah tempat yang istimewa. Minta kanak-kanak untuk bertindak seolah-olah mereka berada di dalam bait suci. Contohnya, mereka boleh berbisik dan duduk dengan rasa hormat.
-
Nyanyi bersama lagu tentang bait suci, seperti “Ku Ingin Ke Bait Suci” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 99), dan jemput kanak-kanak membuat matlamat untuk masuk ke dalam bait suci suatu hari nanti.
Saya boleh mematuhi.
Bapa Syurgawi ingin kita untuk mematuhi. Perumpamaan dua anak lelaki ialah kesempatan untuk mengajar tentang kepentingan kepatuhan.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Lukis gambar tentang dua anak lelaki di papan, dan gunakan lukisan-lukisan ketika anda memberitahu perumpamaan di Matius 21:28–32. Anak yang manakah melakukan hal yang betul? Minta kanak-kanak untuk menyebut beberapa perkara yang mereka boleh buat untuk menjadi patuh di rumah. Minta mereka melukis gambar diri mereka sedang melakukan salah satu perkara itu.
-
Jemput kanak-kanak untuk berkongsi pengalaman mereka tentang mematuhi ibu bapa mereka. Bagaimanakah mereka diberkati kerana kepatuhan itu?
Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar
Semasa saya mencari Juruselamat, saya akan menemukan Dia.
Anda boleh menggunakan cerita Zakheus untuk membantu kanak-kanak berfikir tentang hal-hal yang mereka boleh buat untuk menjadi lebih dekat dengan Juruselamat.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Baca Lukas 19:1–10, berhenti seketika pada setiap beberapa ayat untuk membincangkan apa yang ia ungkapkan tentang Zakheus. Apakah yang Zakheus lakukan supaya dia dapat melihat Yesus? Bagaimanakah dia menjawab apabila Yesus minta dia turun dari pokok? Minta setiap kanak-kanak untuk berkongsi satu sebab mengapa mereka ingin melihat Yesus. Jika Juruselamat datang ke kota kita, apakah yang kita akan lakukan untuk mempersiapkan diri?
-
Jemput kanak-kanak untuk berfikir tentang orang yang mereka kenal, yang seperti Zakheus, mungkin mencari Juruselamat. Tanya kanak-kanak apa yang mereka akan lakukan untuk membantu orang lain belajar tentang Juruselamat.
-
Jemput kanak-kanak untuk berkongsi pengalaman-pengalaman bila mereka rasa Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus sedar akan mereka dan mengasihi mereka.
Bait suci ialah tempat yang suci yang saya patut menghormati.
Bagaimanakah cerita Juruselamat membersihkan bait suci membantu anda mengajar kanak-kanak tentang kekudusan bait suci?
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Jemput kanak-kanak untuk membaca Matius 21:12–14. Tunjukkan gambar Yesus Membersihkan Bait suci (Buku Seni Injil, no. 51), dan tanya mereka ayat manakah yang digambarkan dalam gambar itu.
-
Jemput kanak-kanak untuk berkongsi perasaan mereka apabila mereka pergi ke dalam bait suci, melawat kawasan bait suci, atau melihat gambar bait suci. Apakah yang membantu mereka tahu bahawa bait suci ialah tempat yang kudus? Anda boleh berkongsi dengan kanak-kanak mengapa anda mengasihi bait suci. Mengapa ia kudus bagi anda?
-
Jemput satu atau lebih remaja untuk datang ke kelas dan bercakap tentang bagaimana mereka telah bersedia masuk bait suci. Kalau mereka telah pergi ke bait suci, minta mereka bercakap tentang bagaimana perasaan mereka semasa mereka di sana.
-
Gunting gambar bait suci ke dalam kepingan teka-teki, dan berikan setiap kanak-kanak satu keping. Minta kanak-kanak untuk menulis di belakang satu perkara yang mereka boleh lakukan untuk bersedia memasuki bait suci. Ketika setiap kanak-kanak berkongsi idea, tambahkan kepingannya pada teka-teki.
-
Pada papan tulis, tulis yang berikut: boleh membantu saya bersedia untuk melayani di bait suci. Jemput kanak-kanak mencadangkan cara untuk melengkapkan ayat ini. Beberapa idea mungkin termasuk “Mentaati perjanjian pembaptisan saya” atau “Roh Kudus.”
Yesus mahu saya menjadi soleh dalam tindakan dan keinginan saya.
Yesus mengajar para ahli Taurat dan orang Farisi tentang kepentingan betul-betul mematuhi injil—bukan saja berpura-pura menjadi soleh. Apakah yang akan membantu kanak-kanak memahami kebenaran ini?
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Ketika anda membaca Matius 23:25–28 dengan kanak-kanak, mempertimbangkan definisi ini tentang munafik [hipokrit] dari Bible Dictionary (Kamus Alkitab): “Seseorang yang berpura-pura penuh agama tetapi sebetulnya tidak.” Mengapakah tidak baik untuk menjadi seorang munafik [hipokrit?
-
Tunjukkan kanak-kanak satu cawan yang bersih di luar tetapi kotor di dalam untuk menjelaskan metafora di Matius 23:25. Bagaimanakah kita dapat memastikan kita bersih dan murni di dalam?
Menggalakkan Pembelajaran di Rumah
Bantu kanak-kanak fikirkan sesuatu yang mereka pelajari di kelas yang mereka boleh berkongsi dengan keluarga mereka di rumah.