“15–21 Mei. Matius 21–23; Markus 11; Lukas 19–20; Yohanes 12: ‘[Lihatlah], Rajamu Sedang Datang,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2023 (2022)
“15–21 Mei. Matius 21–23; Markus 11; Lukas 19–20; Yohanes 12,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2023
15–21 Mei
Matius 21–23; Markus 11; Lukas 19–20; Yohanes 12
“[Lihatlah], Rajamu Sedang Datang”
Sebelum baca idea-idea di panduan ini, baca Matius 21–23; Markus 11; Lukas 19–20; dan Yohanes 12. Catatkan tanggapan yang anda boleh berkongsi dengan keluarga anda atau di kelas-kelas Gereja anda.
Mencatat Tanggapan Anda
Juruselamat lapar selepas berjalan dari Betania ke Yerusalem, dan pokok ara nampaknya sumber buah. Tetapi semasa Yesus mendekati pokok itu, Dia mendapati bahawa ia tidak berbuah (lihat Matius 21:17–20; Markus 11:12–14,20). Pokok ara itu seperti para pemimpin agama hipokrit di Yerusalem; ajaran-ajaran kosong mereka dan pertunjukan kekudusan mereka tidak memberi pemeliharaan rohani apa pun. Orang Farisi dan jurutulis seperti mematuhi banyak perintah tetapi tidak pada dua perintah terbesar: untuk mengasihi Tuhan dan mengasihi sesama manusia seperti kamu mengasihi dirimu sendiri (lihat Matius 22:34–40; 23:23).
Sebaliknya, banyak orang telah mula mengenali buah yang baik dalam ajaran-ajaran Yesus. Apabila Dia tiba di Yerusalem, mereka mengalu-alukan Dia dengan dahan-dahan yang dipotong dari pokok untuk membuat jalan-Nya, berasa girang kerana akhirnya, seperti yang dikatakan dalam nubuat purba, “Raja kamu datang” (Zakharia 9:9). Semasa anda membaca minggu ini, fikirkan buah ajaran dan korban tebusan Juruselamat dalam kehidupan anda dan bagaimana anda dapat menghasilkan “banyak [buah]” (Yohanes 12:24).
Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi
Tuhan tidak menghakimi menurut penampilan luaran tetapi menurut hasrat hati.
Pada zaman Yesus, banyak orang fikir pemungut cukai tidak jujur dan mencuri dari orang. Jadi kerana Zakheus, ketua pemungut cukai, yang kaya, dia lagi dicurigai. Tetapi Yesus melihat hati Zakheus. Apakah yang Lukas 19:1–10 ungkapkan tentang hati Zakheus? Anda boleh catatkan perkataan dalam ayat-ayat ini yang menggambarkan apa yang Zakheus lakukan untuk menunjukkan kesetiaannya kepada Juruselamat. Apakah hasrat hati anda? Apakah yang anda lakukan untuk mencari Juruselamat, seperti Zakheus telah lakukan?
Lihat juga Ajaran dan Perjanjian 137:9.
Yesus mengutuk kemunafikan.
Interaksi Juruselamat dengan para jurutulis dan Farisi membuat perbezaan yang menarik kepada interaksi-Nya dengan Zakheus. Seperti Presiden Dieter F. Uchtdorf jelaskan, “[Yesus] naik marah terhadap orang munafik contohnya para jurutulis, Farisi, dan orang Saduki—mereka yang tampak baik hanya untuk memperoleh pujian, pengaruh, dan kekayaan duniawi, sambil menindas mereka yang perlu diberkati” (“Kesejatian,” Liahona, Mei 2015, 81).
Dalam Matius 23, Juruselamat gunakan beberapa metafora untuk gambarkan kemunafikan. Pertimbangkan untuk menanda atau menyenaraikan metafora-metafora ini dan mencatatkan apa yang diajarkan tentang kemunafikan. Apakah perbezaan antara kemunafikan dan kelemahan manusia yang kita semua hadapi semasa kita cuba mematuhi injil? Apakah yang anda diilhamkan untuk lakukan secara berbeza kerana ajaran-ajaran Juruselamat?
Matius 21:1–11; Markus 11:1–11; Lukas 19:29–44; Yohanes 12:1–8, 12–16
Yesus Kristus ialah Rajaku.
Apabila Yesus tiba di Yerusalem beberapa hari sebelum Dia melaksanakan Korban Tebusan-Nya, mereka yang mengenali-Nya sebagai Raja mereka menunjukkan kesetiaan mereka dengan menyapu-Nya dengan minyak, mengenakan pakaian dan meletak ranting-ranting palma di sepanjang jalan-Nya ke Yerusalem, dan memberi pujian. Pertimbangkan bagaimana sumber-sumber berikut boleh memperdalamkan pemahaman anda tentang peristiwa-peristiwa yang bermula pada minggu terakhir kehidupan Juruselamat.
-
Contoh purba untuk menyapu dengan minyak raja: 2 Raja-Raja 9:1–6, 13
-
Nubuat purba tentang ketibaan hebat: Zakharia 9:9
-
Maksud perkataan hosana: “Hosana” dalam Panduan Tulisan Suci (scriptures.ChurchofJesusChrist.org)
-
Nubuat-nubuat tentang kedatangan kedua Juruselamat: Wahyu 7:9–12
Bagaimanakah anda boleh menghormati dan menerima Juruselamat sebagai Tuhan dan Raja anda?
Lihat juga Gerrit W. Gong, “Hosana dan Hallelujah—Yesus Kristus Yang Hidup: Inti Pemulihan dan Hari Easter,” Liahona, Mei 2020, 52–55.
Dua perintah yang besar adalah untuk mengasihi Tuhan dan mengasihi orang lain seperti saya mengasihi diri saya sendiri.
Jika anda rasa terbeban semasa anda berusaha mengikuti Yesus Kristus, kata-kata Juruselamat kepada peguam dalam Matius 22 boleh membantu anda memudahkan dan menumpukan usaha anda sebagai pengikut. Ini satu cara untuk lakukan ini: Buat senarai tentang beberapa perintah Tuhan. Bagaimanakah setiap perintah di senarai anda berkaitan dengan dua perintah besar? Bagaimanakah memberikan tumpuan pada dua perintah besar membantu anda mematuhi perintah-perintah yang lain?
Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga
-
Matius 21:12–14.Bagaimanakah kata-kata dan tindakan Yesus dalam Matius 21:12–14 menunjukkan perasaan Dia tentang bait suci? Bagaimanakah kita menunjukkan perasaan kita tentang bait suci? Apakah yang kita boleh “mengusir” (ayat 12) dari kehidupan kita untuk menjadikan rumah kita lebih seperti bait suci? Pertimbangkan untuk nyanyikan sebuah lagu tentang bait suci, seperti “Ku Ingin Ke Bait Suci” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 99).
-
Matius 21:28–32.Apakah pengajaran dari perumpamaan bapa dan dua anak lelaki boleh bantu keluarga anda? Contohnya, anda boleh gunakan cerita ini untuk bincangkan kepentingan kepatuhan dan pertaubatan yang ikhlas. Mungkin keluarga anda boleh menulis skrip untuk melakonkan perumpamaan ini dan bergilir melakonkan peranan-peranan yang lain.
-
Matius 22:15–22; Lukas 20:21–26.Kanak-kanak boleh membuat syiling palsu dengan “gambar dan nama” Yesus padanya. Mereka boleh menulis di belakang syiling beberapa hal-hal “yang menjadi milik Tuhan” (Matius 22:21) yang kita boleh berikan kepada-Nya. Anda juga boleh bercakap tentang maksud untuk memiliki “gambar dan nama” Juruselamat pada kita (Matius 22:20; lihat juga Mosia 5:8; Alma 5:14).
-
Yohanes 12:1–8.Bagaimanakah Maria menunjukkan kasihnya kepada Juruselamat? Bagaimanakah kita tunjukkan kasih kita untuk Dia?
-
Yohanes 12:42–43.Apakah akibat-akibat sosial yang kadang-kadang tidak menggalakkan kita untuk menyatakan atau mempertahankan kepercayaan kita kepada Kristus? Untuk contoh-contoh orang yang tidak menyerah kepada tekanan sosial, lihat Daniel 1:3–20; 3; 6; Yohanes 7:45–53; 9:1–38; dan Mosia 17:1–4. Bagaimanakah kita dapat menunjukkan hormat kepada orang lain apabila mereka menyatakan atau mempertahankan kepercayaan keagamaan mereka?
Untuk idea–idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.
Lagu rohani cadangan: “Bersukacitalah, Tuhan Raja!,” Nyanyian Rohani, no. 20.