Perjanjian Baru 2023
1–7 Mei. Lukas 12–17; Yohanes 11: “Marilah Kita Bergembira; DombaKu yang Hilang Sudah Aku Jumpai Semula!”


“1–7 Mei. Lukas 12–17; Yohanes 11: ‘Marilah Kita Bergembira; DombaKu yang Hilang Sudah Aku Jumpai Semula!,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2023 (2022)

“1–7 Mei. Lukas 12–17; Yohanes 11,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2023

lelaki sedang memeluk anak lekakinya

The Prodigal Son [Anak yang Sesat], oleh Liz Lemon Swindle

1–7 Mei

Lukas 12–17; Yohanes 11

“Marilah Kita Bergembira; DombaKu yang Hilang Sudah Aku Jumpai Semula!”

Semasa anda membaca Lukas 12–17 dan Yohanes 11, dengan penuh doa cari apa yang Bapa Syurgawi ingin anda tahu dan lakukan. Pengkajian bab-bab ini boleh membuka hati anda untuk pesanan-pesanan yang khusus untuk anda.

Mencatat Tanggapan Anda

Dalam kebanyakan situasi, 99 daripada 100 dianggap sangat baik—tetapi bukan apabila nombor-nombor itu mewakili anak-anak terkasih Tuhan (lihat Ajaran dan Perjanjian 18:10). Dalam kes itu, bahkan satu jiwa perlukan pencarian yang menyeluruh “sehingga [kita] dapat [cari]” (Lukas 15:4), seperti Juruselamat ajarkan dalam perumpamaan domba yang hilang. Kemudian kegembiraan bermula, kerana “di syurga ada kegembiraan yang lebih besar kerana seorang berdosa bertaubat, daripada kegembiraan kerana sembilan puluh sembilan orang berhormat yang tidak perlu bertaubat” (Lukas 15:7). Jika ini nampak tidak adil, ingatlah sebenarnya, tidak ada orang yang “tidak perlu bertaubat.” Kita semua perlukan penyelamatan. Dan kita semua boleh terlibat dalam penyelamatan ini, bergembira bersama setiap jiwa yang diselamatkan (lihat Ajaran dan Perjanjian 18:15–16).

ikon pengkajian peribadi

Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Lukas 12; 14–16

Saya diberkati semasa saya meletakkan hati saya pada hal-hal abadi.

Mengapakah Tuhan berkata “Hai bodoh” kepada orang yang bekerja keras dan berjaya membina bangsal-bangsal besar dan mengisinya dengan buah pekerjaannya? (lihat Lukas 12:16–21). Dalam bab-bab Lukas ini, Juruselamat mengajar beberapa perumpamaan yang boleh membantu kita mengangkat pandangan kita dari yang duniawi kepada yang abadi. Sesetengah daripada perumpamaan-perumpamaan disenaraikan di sini. Bagaimanakah anda akan meringkaskan setiap pesanan ini? Pada pendapat anda, apakah yang Tuhan sedang beritahu anda?

Lihat juga Matius 6:19–34; 2 Nefi 9:30; Ajaran dan Perjanjian 25:10.

Lukas 15

Bapa Syurgawi bergembira apabila orang yang hilang dijumpai.

Semasa anda baca perumpamaan yang Yesus ajarkan dalam Lukas 15, apakah yang anda pelajari tentang perasaan Bapa Syurgawi terhadap mereka yang telah berdosa atau “sesat”? Bagaimanakah pemimpin rohani—atau kita—patut rasa tentang mereka? Pertimbangkan bagaimana orang Farisi dan jurutulis mungkin menjawab soalan-soalan ini (lihat Lukas 15:1–2). Jawapan Yesus terdapat dalam tiga perumpamaan dalam Lukas 15. Semasa anda membaca, fikirkan apa yang Yesus ajarkan kepada jurutulis dan orang Farisi melalui perumpamaan ini.

Anda boleh pertimbangkan untuk membuat senarai persamaan dan perbezaan antara semua perumpamaan itu. Contohnya, anda boleh mengenal pasti apa yang hilang dalam setiap perumpamaan dan mengapa ia hilang, bagaimana ia dijumpai, dan bagaimana orang bertindak balas apabila ia ditemui. Apakah pesanan-pesanan Yesus untuk orang yang “hilang”—termasuk orang yang rasa mereka tidak hilang? Apakah pesanan-pesanan Dia kepada mereka yang mencari orang yang hilang?

Lihat juga Ajaran dan Perjanjian 18:10–16.

seorang perempuan sedang mencari syiling

The Lost Piece of Silver [Wang Perak yang Hilang], oleh James Tissot

Lukas 16:1–12

Apakah yang Yesus ajarkan dalam perumpamaan pengurus yang tidak adil ini?

Elder James E. Talmage terangkan satu pelajaran yang kita dapat belajar dari perumpamaan ini: “Hendaklah kamu rajin; kerana masa yang anda dapat menggunakan kekayaan duniawi akan berlalu tidak lama lagi. Belajar daripada orang yang tidak jujur dan jahat; jika mereka begitu bijak sehingga mereka menyediakan untuk masa hadapan sahaja, haruslah anda, yang percaya dalam masa hadapan yang abadi, bersedia! Jika anda belum pernah belajar kebijaksanaan dalam pengurusan ‘hal-hal duniawi,’ bagaimanakah anda boleh dipercayai dengan kekayaan yang abadi?” (Jesus the Christ [1916], 464). Apakah pengajaran lain yang anda temukan dalam perumpamaan ini?

Lukas 17:11–19

Bersyukur atas berkat-berkat saya akan membawa saya lebih dekat kepada Tuhan.

Jika anda salah satu daripada sepuluh orang pesakit kusta, adakah anda fikir anda akan balik untuk berterima kasih kepada Juruselamat? Apakah berkat tambahan yang pesakit kusta yang bersyukur terima kerana dia berterima kasih?

Anda juga boleh renungkan firman Juruselamat, “Kamu sembuh kerana percaya kepada-Ku” (ayat 19). Pada pendapat anda, bagaimanakah kesyukuran dan iman saling berkaitan? Bagaimanakah kedua-duanya membantu kita menjadi sembuh?

Lihat juga Dale G. Renlund, “Renungkan Kebaikan dan Keagungan Tuhan,” Liahona, Mei 2020, 41–44.

Yohanes 11:1–46

Yesus Kristus adalah Kebangkitan dan Kehidupan.

Mukjizat kebangkitan Lazarus dari kematian ialah kesaksian yang berkuasa dan tidak dinafikan bahawa Yesus betul-betul Putera Tuhan dan Mesias yang dijanjikan. Apakah perkataan, frasa, atau butiran dalam Yohanes 11:1–46 yang memperkuatkan iman anda bahawa Yesus Kristus adalah “kebangkitan, dan kehidupan”? Bagi anda, apakah maksudnya Yesus adalah “kebangkitan, dan kehidupan”?

ikon pengkajian sekeluarga

Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Lukas 15:1–10.Adakah ahli keluarga anda faham perasaan kehilangan sesuatu—atau untuk menjadi sesat? Berbincang tentang pengalaman mereka boleh memulakan perbincangan tentang perumpamaan domba hilang dan syiling hilang. Atau anda boleh main permainan di mana seseorang bersembunyi dan ahli keluarga yang lain cuba mencari dia. Bagaimanakah aktiviti ini membantu kita faham perumpamaan-perumpamaan ini?

Lukas 15:11–32.Bagaimanakah kita boleh menjadi seperti ayah dalam cerita ini apabila orang yang kita kasihi hilang? Apakah yang dapat kita belajar dari pengalaman anak yang lebih tua yang boleh membantu kita menjadi lebih seperti Kristus? Dalam cara apakah ayah dalam perumpamaan ini seperti Bapa Syurgawi kita?

Lukas 17:11–19.Untuk membantu ahli keluarga aplikasikan cerita sepuluh orang pesakit kusta, anda boleh jemput mereka menulis nota-nota rahsia kesyukuran untuk sesama. Anda boleh nyanyi bersama “Hitung Berkatmu” (Nyanyian Rohani, no. 111) dan hitung berkat yang keluarga anda telah terima.

Yohanes 11:1–46.

Untuk idea–idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu rohani cadangan: “Berharga bagi Gembala,” Nyanyian Rohani, no. 100.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Gunakan cerita dan contoh untuk mengajar asas-asas Injil. Juruselamat kerap mengajar tentang asas-asas injil dengan menggunakan cerita dan perumpamaan. Fikirkanlah contoh dan cerita dari kehidupan anda sendiri yang boleh membuat asas injil lebih nyata bagi keluarga anda (lihat Teaching in the Savior’s Way, 22).

seorang lelaki berlutut dalam kesyukuran di hadapan Yesus

Where Are the Nine [Dimanakah yang Sembilan Lagi], oleh Liz Lemon Swindle