Perjanjian Baru 2023
22–28 Mei. Joseph Smith—Matius 1; Matius 24–25; Markus 12–13; Lukas 21: “Anak Manusia Datang”


“22–28 Mei. Joseph Smith—Matius 1; Matius 24–25; Markus 12–13; Lukas 21: ‘Anak Manusia Datang,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2023 (2022)

“22–28 Mei. Joseph Smith—Matius 1; Matius 24–25; Markus 12–13; Lukas 21,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2023

Kedatangan Kedua

The Second Coming [Kedatangan Kedua], oleh Harry Anderson

22–28 Mei

Joseph Smith—Matius 1; Matius 24–25; Markus 12–13; Lukas 21

“Anak Manusia Datang”

Semasa anda baca Joseph Smith—Matius 1; Matius 24–25; Markus 12–13; dan Lukas 21, anda boleh bertanya, “Apakah pesanan dalam bab ini untuk saya? Untuk keluarga saya? Untuk panggilan saya?”

Mencatat Tanggapan Anda

Para pengikut Yesus mungkin rasa nubuat-Nya mengejutkan: bait suci Yerusalem yang agung, pusat rohani dan budaya bangsa Yahudi, akan dimusnahkan dengan sepenuhnya sehingga “tidak [akan] ada yang tinggal … satu batu pun.” Dengan semula jadinya para pengikut ingin tahu lebih banyak. “Bilakah hal-hal ini akan terjadi?” mereka bertanya. “Apakah tanda kedatangan-Mu?” (Joseph Smith—Matius 1:2–4). Jawapan Juruselamat mengungkapkan kemusnahan besar itu akan datang ke Yerusalem—sebuah nubuat yang dipenuhi pada 70 Tahun Masihi—adalah tersangat kecil dibandingkan dengan tanda-tanda kedatangan-Nya pada hari terakhir. Hal-hal yang kelihatan lebih utuh dibandingkan dengan bait suci di Yerusalem akan terbukti sementara—matahari, bulan, bintang, bangsa, dan lautan. Bahkan “kekuatan langit akan digoncangkan” (Joseph Smith—Matius 1:33). Jika kita peka dari segi rohani, kekacauan ini dapat mengajar kita untuk meletakkan kepercayaan kita pada sesuatu yang benar-benar kekal. Seperti Yesus janjikan, “Langit dan bumi akan berlalu; namun firman-Ku tidak akan berlalu. … Dan sesiapa pun yang menghargai firman-Ku, tidak akan terpedaya” (Joseph Smith—Matius 1:35, 37).

ikon pengkajian peribadi

Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Apakah itu Joseph Smith—Matius?

Joseph Smith—Matius, yang terletak di Mutiara yang Sangat Berharga, adalah terjemahan Joseph Smith tentang ayat terakhir Matius 23 dan seluruh Matius 24. Perubahan terilham Joseph Smith memulihkan kebenaran berharga yang telah hilang. Ayat 12–21 merujuk kepada kemusnahan Yerusalem kuno; ayat 21–55 mengandungi nubuat tentang hari-hari terakhir.

Joseph Smith—Matius 1:21–37; Markus 13:21–37; Lukas 21:25–38

Nubuat tentang Kedatangan Kedua Juruselamat dapat membantu saya menghadapi masa depan dengan iman.

Ia mungkin membimbangkan untuk membaca tentang peristiwa-peristiwa yang membawa kepada Kedatangan Kedua Yesus Kristus. Tetapi ketika Yesus bernubuat tentang peristiwa-peristiwa ini, Dia memberitahu para pengikut-Nya untuk “tidak bersusah hati” (Joseph Smith—Matius 1:23). Bagaimanakah anda dapat “tidak bersusah hati” ketika anda mendengar tentang gempa bumi, peperangan, penipuan, dan kebuluran? Fikirkan tentang soalan ini semasa anda membaca ayat-ayat ini. Tandakan atau catatkan sebarang nasihat menenangkan yang anda temui.

Joseph Smith—Matius 1:26–27, 38–55; Matius 25:1–13; Lukas 21:29–36

Saya harus sentiasa bersedia untuk Kedatangan Kedua Juruselamat.

Tuhan tidak mengungkapkan “hari mahupun saat ketika Putera Manusia datang” (Matius 25:13). Tetapi Dia tidak mahu hari itu datang ke atas kita “dengan tiba-tiba” (Lukas 21:34), jadi Dia telah menasihati kita tentang bagaimana untuk bersedia.

Semasa anda membaca ayat-ayat ini, kenal pasti perumpamaan dan perbandingan lain yang Juruselamat gunakan untuk mengajar kita untuk sentiasa bersedia bagi Kedatangan Kedua-Nya. Apakah yang anda pelajari darinya? Apakah yang anda terilham untuk lakukan?

Anda juga boleh pertimbangkan bagaimana Juruselamat mahu anda membantu menyediakan dunia untuk Kedatangan Kedua-Nya. Apakah maksudnya untuk bersedia menerima Juruselamat apabila Dia datang? Pesanan Elder D. Todd Christofferson “Bersedia untuk Kepulangan Tuhan” (Liahona, Mei 2019, 81–84) boleh membantu anda merenungkan ini.

Lihat juga Russell M. Nelson, “Mendakap Masa Depan dengan Iman,” Liahona, Nov. 2020, 73–76.

Matius 25:14–30

Bapa Syurgawi harapkan saya untuk gunakan kurnia-Nya dengan bijak.

Dalam perumpamaan Juruselamat, “wang emas” bermaksud duit. Tetapi perumpamaan keping wang emas boleh mendorong kita untuk merenungkan bagaimana kita menggunakan berkat kita, bukan hanya wang. Semasa membaca perumpamaan ini, anda boleh membuat senarai beberapa berkat dan tanggungjawab yang Bapa Syurgawi telah amanahkan kepada anda. Apakah yang Dia harapkan anda untuk lakukan dengan berkat-berkat ini? Bagaimanakah anda boleh menggunakan kurnia ini dengan lebih bijak?

Matius 25:31–46

Apabila saya melayani orang lain, saya melayani Tuhan.

Jika anda tertanya bagaimana Tuhan akan menghakimi hidup anda, baca perumpamaan tentang domba dan kambing. Mengapakah anda rasa menjaga mereka yang memerlukan akan membantu menyediakan anda untuk “mewarisi kerajaan” Tuhan?

Bagaimanakah perumpamaan ini serupa dengan dua yang lain dalam Matius 25? Apakah persamaan ketiga-tiga pesanan ini?

Lihat juga Mosia 2:17; 5:13.

ikon pengkajian sekeluarga

Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Joseph Smith—Matius.Untuk membantu keluarga anda membaca bab ini, jemput mereka untuk mencari ajaran-ajaran Juruselamat tentang bagaimana kita dapat bersedia untuk Kedatangan Kedua-Nya (lihat, sebagai contoh, ayat 22–23, 29–30, 37, 46–48). Apakah yang kita boleh lakukan untuk mengikut nasihat ini? Keluarga anda mungkin menikmati menyanyi“Bila Yesus Datang Lagi” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 46–47) dan lukis tentang apa yang mereka gambarkan tentang Kedatangan Kedua Juruselamat.

Joseph Smith—Matius 1:22, 37.Apakah makna untuk menghargai firman Tuhan? Bagaimanakah kita lakukan ini secara peribadi dan keluarga? Bagaimanakah melakukan ini akan membantu kita mengelak daripada ditipu?

Matius 25:1–13.Anda dapat menggunakan gambar sepuluh orang gadis yang disertakan dalam panduan ini untuk membincangkan Matius 25:1–13. Apakah butiran yang ahli keluarga lihat dalam gambar yang menggambarkan ayat-ayat ini?

Anda boleh memotong kertas dalam bentuk titisan minyak dan sembunyikannya di sekitar rumah anda. Anda boleh melampirkan titisan pada objek seperti tulisan suci atau gambar bait suci. Apabila ahli keluarga mencari titisan itu, anda boleh bincangkan bagaimana hal-hal ini membantu kita bersedia untuk Kedatangan Kedua.

Markus 12:38–44; Lukas 21:1–4.Apakah yang ayat-ayat ini ajarkan tentang cara Juruselamat menilai sumbangan kita? Tunjukkan kepada keluarga anda bagaimana untuk membayar persepuluhan dan sumbangan puasa kepada Tuhan. Bagaimanakah sumbangan ini membantu membina kerajaan Tuhan? Apakah beberapa cara lain kita boleh menawarkan “segala yang [kita miliki]” kepada Tuhan? (Markus 12:44).

seorang wanita memasukkan duit syiling ke dalam kotak

Widow’s Mite [Wang Tembaga Balu], oleh Sandra Rast

Untuk idea–idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu cadangan: “Bila Yesus Datang Lagi,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 46–47.

Memperbaikkan Pengkajian Peribadi

Mempersiapkan persekitaran anda. “Persekitaran kita dapat memiliki pengaruh yang sangat besar terhadap kemampuan kita untuk belajar dan merasakan kebenaran” (Teaching in the Savior’s Way15). Cubalah mencari tempat mengkaji tulisan suci yang akan menjemput pengaruh Roh Kudus. Muzik dan gambar yang mengangkat dapat menjemput Roh.

wanita-wanita memegang pelita

Five of Them Were Wise [Lima Orang Daripada Mereka yang Bijaksana], oleh Walter Rane