Perjanjian Baru 2023
29 Mei–4 Jun. Matius 26; Markus 14; Yohanes 13: “Sebagai Peringatan”


“29 Mei–4 Jun. Matius 26; Markus 14; Yohanes 13: ‘Sebagai Peringatan,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2023 (2022)

“29 Mei–4 Jun. Matius 26; Markus 14; Yohanes 13,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2023

Perjamuan Terakhir

In Remembrance of Me [Untuk Mengenang Aku], oleh Walter Rane

29 Mei–4 Jun

Matius 26; Markus 14; Yohanes 13

“Sebagai Peringatan”

Semasa anda baca peristiwa-peristiwa dalam Matius 26; Markus 14; dan Yohanes 13, perhatikan tanggapan yang anda terima, terutamanya tanggapan yang memperdalamkan iman anda kepada Yesus Kristus dan komitmen anda kepada-Nya.

Catat Tanggapan Anda

Hari sebelum Dia meninggal, Yesus memberi para pengikut-Nya sesuatu untuk mengingati-Nya. Dia “mengambil roti dan mengucap syukur, lalu membahagikan roti itu. Kemudian Dia memberikan roti itu kepada pengikut-pengikut-Nya sambil berkata, ‘Ambillah roti ini dan makanlah; ini tubuh-Ku.’ Kemudian Dia mengambil sebuah cawan berisi wain. Dia mengucap syukur kepada Tuhan, lalu memberikan cawan itu kepada pengikut-pengikut-Nya sambil berkata, ‘Minumlah, kamu semua. Inilah darah-Ku’” (Matius 26:26–28).

Itu berlaku kira-kira 2,000 tahun yang lalu, di tempat yang kebanyakan kita tidak akan lihat, dalam bahasa yang kita kurang faham. Tetapi sekarang, setiap hari Ahad di tempat pertemuan kita sendiri, pemegang imamat, diberi wewenang untuk bertindak dalam nama Yesus Kristus, melakukan apa yang Dia telah lakukan dahulu. Mereka mengambil roti dan air, memberkatinya, dan memberikannya kepada kita, para pengikut-Nya. Ia perbuatan yang mudah—adakah terdapat apa-apa yang lebih mudah, lebih asas, daripada memakan roti dan air minum? Tetapi roti dan air itu kudus bagi kita kerana ia membantu kita mengingati-Nya. Ia adalah cara kita berkata, “Saya tidak akan lupa Dia”—bukan sahaja, “Saya tidak akan lupa apa yang saya telah baca tentang ajaran-ajaran-Nya dan kehidupan-Nya.” Sebaliknya, kita berkata, “Saya tidak akan lupa apa yang Dia lakukan untuk saya.” “Saya tidak akan lupa bagaimana Dia menyelamatkan saya apabila saya berseru untuk bantuan.” Dan “Saya tidak akan melupakan komitmen-Nya kepada saya dan komitmen saya kepada Dia—perjanjian yang kami telah buat.”

ikon pengkajian peribadi

Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Matius 26:6–13; Markus 14:3–9

“Dia menuangi Aku … untuk menyediakan tubuh-Ku bagi penguburan-Ku.”

Dengan penyembahan yang rendah hati, wanita ini menunjukkan bahawa dia tahu siapakah Yesus dan apa yang Dia akan lakukan (lihat Matius 26:12). Mengapakah tindakannya begitu bermakna kepada Juruselamat? (lihat ayat 13). Apakah yang mengagumkan anda tentang wanita ini dan imannya? Renungkan bagaimana anda boleh mengikuti teladannya.

Lihat juga Yohanes 12:1–8.

Matius 26:20–22; Markus 14:17–19

“Tentu bukan aku yang Tuhan maksudkan?”

Apakah yang anda pelajari tentang para pengikut dari soalan mereka kepada Tuhan dalam ayat-ayat ini? Mengapakah mereka bertanya? Pertimbangkan bagaimana anda boleh bertanya kepada Tuhan, “Tuhan, Adakah ia saya?”

Lihat juga Dieter F. Uchtdorf, “Tuhan, Adakah Ia Saya?,” Liahona, Nov. 2014, 56–59.

Matius 26:26–29; Markus 14:22–25

Sakramen adalah peluang untuk mengingati Juruselamat.

Apabila Juruselamat memperkenalkan sakramen kepada para pengikut-Nya, apakah fikiran dan perasaan yang mereka ada? Fikirkan tentang ini semasa anda membaca pengalaman mereka dalam Matius 26:26–29 dan Markus 14:22–25. Mengapakah Yesus pilih cara ini untuk kita mengingati-Nya? Anda juga boleh merenungkan pengalaman yang anda pernah miliki semasa sakramen. Adakah terdapat apa-apa yang anda boleh lakukan untuk menjadikan pengalaman anda lebih kudus dan bermakna?

Selepas membaca dan merenungkan ayat-ayat ini, anda boleh menulis beberapa perkara yang anda diilhami untuk ingat tentang Juruselamat. Anda boleh mengkaji semula hal-hal ini pada hari lain anda mengambil sakramen. Anda juga boleh menyemaknya pada masa lain, sebagai satu cara untuk “selalu mengingati-Nya” (Moroni 4:3).

Lihat juga Lukas 22:7–39; 3 Nefi 18:1–13; Ajaran dan Perjanjian 20:76–79.

Yohanes 13:1–17

Juruselamat merupakan teladan melayani orang dengan rendah hati.

Pada zaman Yesus, membasuh kaki orang lain adalah tugas hamba, bukan pemimpin. Tetapi Yesus mahu para pengikut-Nya berfikir secara berbeza tentang maksud untuk memimpin dan melayani. Apakah pesanan yang anda temui dalam kata-kata dan tindakan Juruselamat dalam Yohanes 13:1–17? Dalam budaya anda, mencuci kaki orang lain mungkin bukan cara biasa untuk melayani. Tetapi pertimbangkan apa yang anda boleh lakukan untuk mengikuti teladan pelayanan Juruselamat yang rendah hati.

Ia adalah menarik untuk perhatikan hal-hal yang Yesus tahu dan rasakan semasa masa kudus bersama para Rasul-Nya ini (lihat ayat 1 dan 3). Apakah yang pandangan ini bantu anda fahami tentang Juruselamat?

Lihat juga Lukas 22:24–27.

Yohanes 13:34–35

Kasih saya terhadap orang lain adalah tanda saya seorang pengikut sejati Yesus Kristus.

Sebelum ini, Yesus memberi perintah untuk “kasihilah sesama manusia seperti kamu mengasihi dirimu sendiri” (Matius 22:39). Sekarang, Dia memberikan “perintah baru.” Apakah maksudnya untuk mengasihi orang lain seperti Yesus mengasihi anda? (lihat Yohanes 13:34).

Anda juga boleh merenungkan bagaimana orang lain tahu bahawa anda adalah pengikut Yesus Kristus. Bagaimanakah anda boleh pastikan kasih itu menyifatkan anda sebagai seorang Kristian?

ikon pengkajian sekeluarga

Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Matius 26:26–29; Markus 14:22–25.Apakah pengalaman keluarga anda semasa sakramen setiap minggu? Membaca tentang sakramen pertama boleh mengilhami perbincangan tentang kepentingan sakramen dan cara-cara memperbaiki pengalaman anda. Pertimbangkan untuk tunjukkan gambar Mengedarkan Sakramen (Buku Seni Injil, no. 108) dan saling berkongsi idea tentang apa yang anda boleh buat sebelum, semasa, dan selepas sakramen.

seorang wanita sedang mengambil sakramen

Sakramen membantu kita mengingati Yesus Kristus.

Matius 26:30.Pertimbangkan untuk menyanyikan sebuah lagu rohani, seperti yang Yesus dan para Rasul-Nya telah lakukan—atau lagu rohani sakramen. Bagaimanakah menyanyikan lagu rohani telah menjadi berkat kepada Yesus dan para Rasul-Nya pada masa itu? Bagaimana lagu rohani adalah satu berkat kepada kita?

Yohanes 13:1–17.Anda boleh tunjukkan keluarga anda gambar di hujung panduan ini semasa anda membaca ayat-ayat ini. Apakah kebenaran yang Juruselamat ajarkan dengan tindakan-Nya? Apakah butiran dalam gambar yang membantu kita memahami kebenaran-kebenaran ini? Mungkin ahli keluarga boleh berkongsi bagaimana menjalani kebenaran ini telah membawa mereka kegembiraan (lihat Yohanes 13:17).

Yohanes 13:34–35.Selepas membaca ayat-ayat ini, anda boleh berbincang bersama tentang bagaimana orang lain tahu bahawa anda adalah pengikut Yesus Kristus. Bagaimanakah Juruselamat mahu para pengikut-Nya dikenali? Anda boleh meminta ahli keluarga untuk bercakap tentang orang yang kasihnya terhadap orang lain menunjukkan mereka adalah pengikut sejati Yesus Kristus. Anda juga boleh berbincang cara anda boleh tunjukkan lebih kasih sebagai sebuah keluarga.

Untuk idea–idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu cadangan: “Saling Mengasihi,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 74.

Memperbaikkan Pengkajian Peribadi

Renungkan. Tulisan suci mempunyai maksud rohani yang kita mungkin terlepas jika kita membaca terlalu bersahaja, seperti bahan bacaan lain. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesaikan satu bab. Luangkan masa untuk berfikir secara mendalam tentang apa yang anda baca.

Yesus mencuci kaki para pengikut

Greatest in the Kingdom [Orang yang Dianggap Terbesar], oleh J. Kirk Richards