Perjanjian Baru 2023
5–11 Jun. Yohanes 14–17: “Hendaklah Kamu Tetap Hidup Sebagai Orang yang Aku Kasihi”


“5–11 Jun. Yohanes 14–17: ‘Hendaklah Kamu Tetap Hidup Sebagai Orang yang Aku Kasihi,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2023 (2022)

“5–11 Jun. Yohanes 14–17,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2023

Perjamuan Terakhir

The Last Supper [Perjamuan Terakhir], oleh William Henry Margetson

5–11 Jun

Yohanes 14–17

“Hendaklah Kamu Tetap Hidup Sebagai Orang yang Aku kasihi”

Semasa anda membaca ajaran-ajaran Juruselamat dalam Yohanes 14–17, Roh Kudus akan membantu anda untuk mengenal pasti pesanan untuk anda. Catat tanggapan yang anda terima.

Catat Tanggapan Anda

Hari ini kita memanggil ia sebagai “Perjamuan Terakhir,” tetapi kita tidak tahu jika para pengikut Yesus sepenuhnya menyedari, ketika mereka berkumpul untuk jamuan Paskah, ini akan menjadi jamuan terakhir mereka bersama Tuan mereka sebelum kematian-Nya. Yesus, bagaimanapun, “tahu bahawa saat-Nya sudah tiba” (Yohanes 13:1). Dia akan segera menghadapi penderitaan di Getsemani, pengkhianatan dan penafian oleh para sahabat terdekat-Nya, dan mati tergantung di atas kayu salib. Namun dengan semua yang datang di hadapan-Nya, tumpuan Yesus bukan pada Diri-Nya tetapi pada para pengikut-Nya. Apakah yang mereka perlu tahu pada hari-hari dan tahun-tahun yang akan datang? Ajaran-ajaran Yesus dalam Yohanes 14–17 mengungkapkan bagaimana Dia rasa tentang para pengikut-Nya, pada masa itu dan sekarang. Di antara banyak kebenaran yang Dia kongsi adalah jaminan bahawa, Dia tidak akan meninggalkan kita. “Jika kamu mentaati perintah-Ku,” Dia berjanji, “Aku akan tetap mengasihi kamu” (Yohanes 15:10).

ikon pengkajian peribadi

Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Yohanes 14–15

Saya tunjukkan kasih saya kepada Yesus Kristus dengan mematuhi perintah-perintah-Nya.

Semasa anda membaca Yohanes 14–15, anda boleh mencatat atau menandakan setiap perkataan kasih. Anda akan mendapati perkataan perintah sering berulang diikuti dengan perkataan kasih dalam bab-bab ini. Apakah yang anda dapat pelajari tentang hubungan antara kasih dan perintah-perintah dari ajaran-ajaran Juruselamat? Apakah perkataan dan frasa lain yang anda temui berkaitan dengan kasih dalam bab-bab ini?

Renungkan bagaimana kasih Juruselamat telah mempengaruhi anda.

Lihat juga Yohanes 13:34–35; D. Todd Christofferson, “Tetap Akan Dikasihi-Nya,” Liahona, Nov. 2016, 48–51.

Yesus bercakap kepada para pengikut-Nya

The Last Supper [Perjamuan Terakhir], oleh Clark Kelley Price

Yohanes 14–16

Roh Kudus akan membantu saya memenuhi tujuan saya sebagai pengikut Yesus Kristus.

Ia mesti menyedihkan bagi para pengikut untuk mendengar bahawa masa mereka bersama Juruselamat hampir tamat. Mereka juga mungkin risau tentang bagaimana mereka akan bergaul tanpa-Nya. Semasa anda membaca Yohanes 14–16, carilah apa yang Juruselamat katakan untuk meyakinkan mereka. Secara khususnya, perhatikan apa yang Dia ajarkan mereka tentang Roh Kudus. Apakah yang anda pelajari tentang peranan Roh Kudus dari firman Juruselamat di ayat-ayat berikut?

Mengapakah para pengikut perlukan bantuan daripada Roh Kudus? Bagaimanakah Roh Kudus telah memenuhi peranan ini untuk anda? Pertimbangkan apa yang anda boleh lakukan agar pengaruh-Nya akan menjadi lebih kuat dalam hidup anda.

Lihat juga 3 Nefi 19:9; 27:20; Ajaran dan Perjanjian 11:12–14; Musa 6:61; Michelle D. Craig, “Kemampuan Rohani,” Liahona, Nov. 2019, 19–21.

Yohanes 15:1–8

Semasa saya tetap tinggal di dalam Kristus, saya akan menghasilkan buah yang baik.

Apakah maksudnya untuk “tetap bersatu dengan [Kristus]”? (Yohanes 15:4). Apakah “buah” yang menunjukkan anda dari pokok anggur, yang mewakili Yesus Kristus?

Yohanes 17

Yesus Kristus berdoa untuk para pengikut-Nya.

Firman Yesus dicatatkan di dalam Yohanes 17 yang dikenali sebagai Doa Perantaraan. Di dalam doa ini, Yesus berdoa untuk para Rasul-Nya dan “semua yang percaya kepada [-Nya] melalui perkhabaran mereka” (Yohanes 17:20). Itu bermaksud Dia berdoa untuk anda. Apakah yang Yesus minta dari Bapa-Nya bagi pihak anda dan semua yang percaya? Apakah yang mengajar anda tentang perasaan-Nya untuk anda?

Doa ini juga mengajarkan kebenaran abadi yang mendalam. Apakah kebenaran yang anda temui? Semasa anda membaca bab ini, pertimbangkan untuk mencatatkan apa yang anda pelajari tentang yang berikut:

  • Doa

  • Hubungan Juruselamat dengan Bapa-Nya

  • Hubungan Juruselamat dengan para pengikut-Nya

  • Bagaimana para pengikut harus menjadi berbeza dari dunia

  • Kebenaran lain yang menonjol kepada anda

Yohanes 17:11, 21–23

Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus bersatu dengan sempurna.

Dalam doa-Nya dalam Yohanes 17, Yesus menekankan kesatuan-Nya dengan Bapa. Dalam cara apakah Bapa dan Putera adalah “satu”? (Yohanes 17:11, 21–23). Ketika Juruselamat berdoa agar para pengikut-Nya dapat menjadi satu “seperti”—atau dalam cara sama—Dia dan Bapa-Nya adalah satu (Yohanes 17:22). Apakah maksud itu bagi anda? Fikirkan tentang hubungan anda—contohnya, dengan pasangan anda atau ahli keluarga yang lain, dengan ahli bahagian, dan sesama orang Kristian. Bagaimanakah anda boleh bekerja ke arah kesatuan seperti Yesus dan Bapa?

Lihat juga Quentin L. Cook, “Hati Terkait Dalam Kesolehan dan Perpaduan,” Liahona, Nov. 2020, 18–22; Sharon Eubank, “Dengan Penyatuan Perasaan, Kita Memperoleh Kuasa dengn Tuhan,” Liahona, Nov. 2020, 55–57.

ikon pengkajian sekeluarga

Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Yohanes 14:5–6.Ahli keluarga mungkin boleh bergilir memimpin keluarga anda dalam perjalanan ketika bersiar. Bagaimanakah Yesus seperti “jalan”? Ke manakah Dia memimpin kita?

Yohanes 14:26–27.Bagaimanakah kedamaian Yesus berbeza dengan apa yang “diberikan oleh dunia”? Ahli keluarga boleh berkongsi cara mereka mendapat kedamaian dan penghiburan melalui Roh Kudus.

Yohanes 15:1–8.Ia juga menyeronokkan untuk membaca ayat-ayat ini bersebelahan dengan pokok anggur, pokok, atau tumbuhan lain. Apakah yang berlaku kepada satu cabang apabila ia dialihkan dari tumbuhan? Anda boleh bercakap tentang bagaimana kita seperti cabang-cabang dan apakah maksudnya untuk “tinggal” dalam Juruselamat dan “berbuah.”

Yohanes 15:17–27; 16:1–7.Mengapakah Yesus Kristus memberi amaran kepada para pengikut-Nya tentang penganiayaan? Bagaimanakah para pengikut Kristus dianiayai pada masa sekarang? Bagaimanakah nasihat Juruselamat dalam ayat ini membantu kita ketika kita menghadapi penganiayaan?

Yohanes 16:33.Bagaimanakah Yesus Kristus mengatasi dunia? Bagaimanakah Korban Tebusan-Nya membawa kedamaian dan kebahagiaan kepada kita? (lihat juga Ajaran dan Perjanjian 68:6).

Yohanes 17:21–23.Apakah yang akan membantu keluarga anda belajar bagaimana untuk menjadi lebih bersatu seperti Yesus Kristus dan Bapa Syurgawi? Mungkin anda boleh bercakap tentang pasukan sukan kegemaran dan bagaimana mereka bekerjasama ke arah matlamat yang sama. Atau anda boleh mendengar koir atau orkestra dan bincangkan bagaimana para pemuzik bersatu untuk menghasilkan muzik yang indah.

Untuk idea–idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu cadangan: “Roh Kudus,” Buku Nyanyian Anak-anak, 55.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Gunakan rakaman audio Semasa anda mengajar keluarga tentang tulisan suci, pertimbangkan untuk mendengar tulisan suci versi audio, yang terdapat pada ChurchofJesusChrist.org atau aplikasi Gospel Library. Mendengar Yohanes 14–17 boleh menjadi sangat berkuasa kerana bab-bab ini mengandungi sangat banyak firman Juruselamat.

anggur di atas pokok

Yesus mengajarkan, “Akulah pokok anggur dan kamulah ranting-rantingnya” (Yohanes 15:5).