Perjanjian Baru 2023
12–18 Jun. Lukas 22; Yohanes 18: “Janganlah Turut Kehendak-Ku, Melainkan Kehendak-Mu Berlakulah”


“12–18 Jun. Lukas 22; Yohanes 18: ‘Janganlah Turut Kehendak-Ku, Melainkan Kehendak-Mu Berlakulah,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2023 (2022)

“12–18 Jun. Lukas 22; Yohanes 18,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2023

Kristus dan para pengikut di Getsemani

Gethsemane Grove (Taman Getsemani), oleh Derek Hegsted

12–18 Jun

Lukas 22; Yohanes 18

“Janganlah Turut Kehendak-Ku, Melainkan Kehendak-Mu Berlakulah”

Luangkan masa anda membaca Lukas 22 dan Yohanes 18 minggu ini. Renungkan dan berdoa tentang apa yang anda baca. Melakukan ini boleh memberi Roh peluang untuk memberi kesaksian kepada hati anda bahawa tulisan suci adalah benar.

Mencatat Tanggapan Anda

Hanya ada tiga orang saksi fana bagi penderitaan Yesus Kristus di Taman Getsemani—dan mereka tertidur. Di taman itu dan kemudian di salib, Yesus mengambil ke atas diri-Nya dosa, kepedihan, dan penderitaan setiap orang yang pernah hidup, walaupun hampir semua orang yang hidup pada masa itu tidak sedar akan apa yang sedang berlaku. Peristiwa-peristiwa keabadian yang paling penting kerap kali berlalu tanpa banyak perhatian. Tetapi Tuhan Bapa tahu. Dia dengar rayuan Putera-Nya yang setia, “Ya Bapa, jika boleh jauhkanlah cawan penderitaan ini daripada-Ku. Tetapi janganlah turut kehendak-Ku, melainkan kehendak-Mu berlakulah.” Malaikat syurga datang kepada-Nya dan menguatkan Dia” (Lukas 22:42–43). Walaupun kita tidak menyaksikan tindakan tidak mementingkan diri dan penyerahan ini, kita adalah saksi akan Korban Tebusan Yesus Kristus. Setiap kali kita bertaubat dan terima pengampunan dari dosa kita, setiap kali kita rasa kuasa Juruselamat yang memperkuatkan, kita dapat bersaksi tentang apa yang berlaku di Taman Getsemani.

ikon pengkajian peribadi

Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Lukas 22:31–34, 54–62; Yohanes 18:17–27

Perubahan hati ialah satu proses berterusan.

Fikirkan tentang pengalaman yang Petrus ada dengan Juruselamat—mukjizat-mukjizat yang dia saksikan dan ajaran yang dia dengar. Jadi mengapakah Juruselamat berkata kepada Petrus, “Apabila engkau balik kepada-Ku, engkau mesti menguatkan saudara-saudaramu”? (Lukas 22:32; italic ditambah).

Semasa anda membaca tentang pengalaman Petrus dalam Lukas 22:31–34, 54–62 (lihat juga Yohanes 18:17–27), fikirkan tentang penukaran hati anda sendiri. Pernahkah anda berasa begitu komited, seperti Petrus, anda “bersedia dipenjarakan dan mati bersama-sama Tuhan”? (Lukas 22:33). Mengapakah kadangkala perasaan itu pudar? Terdapat peluang harian untuk menafikan atau bersaksi tentang Juruselamat; apakah yang anda akan lakukan untuk menjadi saksi harian Dia? Apakah pengajaran lain yang anda pelajari dari pengalaman Petrus?

Semasa anda terus membaca Perjanjian Baru, perhatikan bukti penukaran hati Petrus yang berterusan. Juga perhatikan cara dia menerima perintah Tuhan untuk “menguatkan saudara-saudaramu” (Lukas 22:32; lihat Kisah Rasul-Rasul 3–4).

Lihat juga Markus 14:27–31.

Lukas 22:39–46

Juruselamat menderita untuk saya di Getsemani.

Presiden Russell M. Nelson menjemput kita untuk “menumpukan masa ke dalam pelajaran tentang Juruselamat dan korban tebusan-Nya,” (“Menarik Kuasa Yesus Kristus ke dalam Hidup Kita,” Liahona, Mei 2017, 40).

Fikirkan apa yang anda akan lakukan untuk menerima jemputan Presiden Nelson. Anda boleh mula merenungkan penderitaan Juruselamat di Getsemani dengan penuh doa, seperti yang ayat-ayat suci ini gambarkan, dan tuliskan tanggapan dan soalan yang datang ke minda.

Untuk pengkajian yang lebih dalam tentang Juruselamat dan Korban Tebusan-Nya, cuba cari dalam tulisan suci yang lain untuk jawapan kepada soalan seperti ini:

Semasa anda belajar tentang apa yang berlaku di Getsemani, ketahuilah Getsamani ialah taman pokok-pokok zaitun dan termasuk penekan zaitun, yang digunakan untuk menekan zaitun dan mengambil minyak untuk lampu dan makanan dan juga penyembuhan (lihat Lukas 10:34). Bagaimanakah proses mengambil minyak zaitun melambangkan apa yang Juruselamat lakukan untuk kita di Getsemani? Untuk idea-idea, lihat pesanan Elder D. Todd Christofferson “Tetap Akan Dikasihi-Nya” (Liahona, Nov. 2016, 50–51).

Lihat juga Matius 26:36–46; Markus 14:32–42.

Yohanes 18:28–38

“Pemerintahan [Juruselamat] bukan dari dunia ini.”

Sebagai seorang pemimpin politik, Pontius Pilatus tahu tentang kuasa dan kerajaan dunia ini. Tetapi Yesus berbicara tentang sebuah kerajaan yang berbeza. Fikirkan kembali apa yang anda telah baca tentang kehidupan Juruselamat, apakah bukti yang anda lihat bahawa “pemerintahan [Yesus] bukan dari dunia ini”? (Yohanes 18:36). Mengapakah ia penting untuk anda tahu tentang ini? Bagi anda apakah lagi yang menonjol tentang kata-kata Yesus kepada Pilatus?

ikon pengkajian sekeluarga

Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Lukas 22:31–32.Apakah perasaan Petrus semasa dia tahu yang Yesus telah berdoa untuk dia dan imannya? Siapakah yang kita boleh doakan, “supaya iman [mereka] tidak goyah”? (ayat 32).

Lukas 22:39–46.Belajar tentang penderitaan Juruselamat di Getsemani boleh menjadi pengalaman kudus bagi keluarga anda. Pertimbangkan apa yang anda boleh lakukan untuk mewujudkan suasana ketakziman semasa anda mengkaji Lukas 22:39–46. Anda boleh memainkan atau menyanyi bersama beberapa lagu rohani kegemaran keluarga anda atau lagu kanak-kanak tentang Juruselamat. Anda boleh melihat lukisan berkaitan “Juruselamat Menderita di Getsemani” (ChurchofJesusChrist.org). Semasa anda membaca ayat-ayat itu, ahli keluarga boleh berkongsi ayat yang sangat bermakna bagi mereka—mungkin satu ayat yang membantu mereka merasakan kasih Juruselamat (lihat juga Matius 26:36–46; Markus 14:32–42). Anda juga boleh menjemput mereka untuk berkongsi kesaksian mereka tentang Yesus Kristus dan Korban Tebusan-Nya.

Lukas 22:42.Ahli keluarga boleh berkongsi pengalaman ketika mereka belajar untuk berkata, “Janganlah turut kehendak-Ku, melainkan kehendak-Mu berlakulah.”

Lukas 22:50–51; Yohanes 18:10–11.Apakah yang kita pelajari tentang Yesus dalam ayat-ayat ini?

Kristus menyembuhkan telinga seorang hamba

Suffer Ye Thus Far [Sudahlah], oleh Walter Rane

Yohanes 18:37–38.Bagaimanakah kita akan menjawab soalan Pilatus “Apakah yang benar itu?” (ayat 38). Untuk idea-idea, lihat Yohanes 8:32; Ajaran dan Perjanjian 84:45; 93:23–28; dan “O, Apakah Kebenaran Itu?,” Nyanyian Rohani, no. 136.

Untuk idea–idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu cadangan: “’Ku Berdiri Kagum,” Nyanyian Rohani, no. 82.

Memperbaikkan Kajian Peribadi

Kaji kata–kata para nabi dan rasul zaman akhir. Baca apa yang para nabi dan rasul zaman akhir telah ajarkan tentang kebenaran-kebenaran yang anda temui dalam kitab-kitab suci. Contohnya, dalam pesanan persidangan umum terkini dalam Liahona, anda boleh mencari indeks topik untuk “Korban Tebusan” (lihat Teaching in the Savior’s Way21).

Kristus di Getsemani

Not My Will, but Thine [Janganlah Turut Kehendak-Ku, Melainkan Kehendak-Mu Berlakulah], oleh Walter Rane