“8–14 Mei. Matius 19–20; Markus 10; Lukas 18: ‘Adakah Lagi Yang Harus Saya Lakukan?,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2023 (2022)
“8–14 Mei. Matius 19–20; Markus 10; Lukas 18,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2023
8–14 Mei
Matius 19–20; Markus 10; Lukas 18
“Adakah Lagi Yang Harus Saya Lakukan?”
Baca dan renungkan Matius 19–20; Markus 10; dan Lukas 18, perhatikan tanggapan yang anda terima. Catatkan tanggapan itu, dan putuskan bagaimana anda akan bertindak .
Mencatat Tanggapan Anda
Jika anda berpeluang untuk tanya Juruselamat satu soalan, apakah soalan itu? Pada suatu hari seorang lelaki datang kepada Yesus. Dia bertanya, “Guru, perbuatan baik apakah yang harus saya lakukan supaya beroleh hidup sejati dan kekal?” (Matius 19:16). Jawapan Juruselamat tunjukkan penghargaan hal-hal baik yang sudah lelaki itu lakukan dan galakan untuk terus lakukan hal-hal baik. Apabila kita renungkan kemungkinan kehidupan abadi, mungkin kita turut tertanya jika ada lagi yang harus kita lakukan. Apabila kita tanya, dalam cara kita, “Adakah lagi harus saya lakukan?” (Matius 19:20), Tuhan boleh berikan kita jawapan yang peribadi seperti jawapan-Nya kepada lelaki kaya itu. Apa pun yang Tuhan minta kita lakukan, bertindak ke atas jawapan-Nya memerlukan kita lebih percaya kepada Dia daripada kesolehan diri kita sendiri (lihat Lukas 18:9–14) dan kita juga harus “menyambut Pemerintahan Tuhan seperti seorang anak” (Lukas 18:17; juga lihat 3 Nefi 9:22).
Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi
Perkahwinan di antara seorang lelaki dan seorang wanita ditahbiskan oleh Tuhan.
Interaksi antara Juruselamat dan orang Farisi adalah salah satu yang dicatatkan, di mana Juruselamat ajar tentang perkahwinan. Selepas membaca Matius 19:3–9 dan Markus 10:2–12, buat satu senarai penyataan yang merumuskan pandangan Tuhan tentang perkahwinan. Bagaimanakah pengetahuan anda tentang rancangan keselamatan Bapa mempengaruhi cara anda berfikir dan rasa tentang perkahwinan?
Adakah Yesus ajar bahawa perceraian tidak diterima atau orang yang telah bercerai tidak harus kahwin lagi?
Dalam satu ucapan tentang perceraian, Elder Dallin H. Oaks ajarkan bahawa Bapa Syurgawi hendakkan hubungan perkahwinan menjadi abadi. Namun, Tuhan juga faham bahawa perceraian kadangkala perlu. Presiden Oaks jelaskan bahawa Tuhan “benarkan orang yang bercerai untuk berkahwin lagi tanpa pencemaran lucah yang disebutkan dalam hukum-hukum lebih tinggi. Kecuali orang bercerai yang melakukan pelanggaran yang serius, [jika tidak] dia boleh layak untuk kad rekomen bait suci di bawah standard kelayakan yang sama seperti ahli lain” (“Divorce,” Liahona, Mei 2007, 70).
Matius 19:16–22; Markus 10:17–22; Lukas 18:18–23
Jika saya tanya Tuhan, Dia akan ajar saya apa yang saya perlu lakukan untuk memperoleh kehidupan abadi.
Laporan lelaki kaya ini boleh menjadi satu kebimbangan bahkan kepada pengikut sepanjang hidup yang beriman. Semasa anda baca Markus 10:17–22, apakah bukti iman dan ketulusan yang anda temui dalam lelaki itu? Bagaimanakah perasaan Tuhan terhadap lelaki muda ini?
Laporan ini mungkin membuat anda bertanya, “Adakah lagi yang harus saya lakukan?” (Matius 19:20). Bagaimanakah Tuhan membantu kita membangunkan apa yang kita kurang? (lihat Eter 12:27). Apakah yang kita boleh lakukan untuk mempersiapkan diri untuk menerima pembetulan dan bantuan-Nya semasa kita berusaha memperbaiki diri?
Lihat juga Larry R. Lawrence, “Adakah Lagi Harus Saya Lakukan,” Liahona, Nov. 2015, 33–35; S. Mark Palmer, “Kemudian Yesus Melihat Dia dan Mengasihi Dia,” Liahona, Mei 2017, 114–16.
Semua orang boleh terima berkat kehidupan abadi, tidak kira bila mereka menerima injil.
Dapatkah anda kaitkan dengan pengalaman orang yang bekerja di ladang? Apakah pelajaran yang anda temui untuk diri anda dari petikan ini ? Pesanan Elder Jeffrey R. Holland “Pekerja di Ladang Anggur” (Liahona, Mei 2012, 31–33) boleh bantu anda mencari cara baharu untuk menggunakan perumpamaan ini. Apakah bisikan lain yang Roh berikan anda?
Saya harus percaya belas kasihan Tuhan, bukannya pada kesolehan saya sendiri.
Bagaimanakah anda akan meringkaskan perbezaan di antara dua doa dalam perumpamaan ini? Renungkan bagaimana anda boleh menjadi lebih seperti pemungut cukai dalam cerita ini dan bukan seperti orang Farisi.
Lihat juga Filipi 4:11–13; Alma 31:12–23; 32:12–16.
Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga
-
Markus 10:13–16; Lukas 18:15–17.Untuk membantu ahli keluarga renungkan laporan dalam ayat-ayat ini, anda boleh nyanyi bersama lagu yang berkaitan, seperti “Tatkala Kubaca Cerita Indah” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 35). Apakah perasaannya untuk berada di kalangan kanak-kanak yang Yesus telah berkati? Apakah maksudnya untuk “menerima kerajaan Tuhan seperti seorang kanak-kanak”? (Markus 10:15).
-
Markus 10:23–27.Apakah perbezaan di antara memiliki kekayaan dan menikmati kekayaan? (lihat Markus 10:23–24). Semasa anda baca ayat 27, anda boleh tunjukkan: Bagi manusia yang menikmati kekayaan, adalah mustahil [untuk memasuki kerajaan Tuhan]; tetapi tidak mustahil bagi manusia yang mempercayai Tuhan dan tinggalkan semua [kekayaan] untuk Tuhan, untuk manusia sedemikian [yang mempercayai Tuhan] dapat melakukan segala perkara. (Lihat Terjemah Joseph Smith, Markus 10:26). Sebagai keluarga, bagaimanakah kita tunjukkan kita mempercayai Tuhan lebih daripada hal-hal kekayaan?
-
Matius 20:1–16.Untuk menunjukkan asas-asas dalam Matius 20:1–16, anda boleh adakan pertandingan mudah, seperti perlumbaan singkat. Selepas semua orang lengkapkan pertandingan itu, berikan setiap orang hadiah yang sama, bermula dengan orang di tempat terakhir dan diakhiri dengan orang di tempat pertama. Apakah yang ini ajarkan kita tentang siapa dapat terima berkat-berkat kehidupan abadi dalam rancangan Bapa Syurgawi?
-
Matius 20:25–28; Markus 10:42–45.Apakah maksud “jika seorang antara kamu hendak menjadi yang pertama, dia harus menjadi hamba kamu semua”? (Matius 20:27). Bagaimana Yesus Kristus memberi contoh asas ini? Bagaimana kita boleh mengikut teladan-Nya dalam keluarga, bahagian atau pancang, dan kawasan tempat tinggal kita?
-
Lukas 18:1–14.Apakah yang kita pelajari dari dua perumpamaan ini mengenai doa?
Untuk idea–idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.
Lagu rohani cadangan: “Anak-Anak yang Terkasih,” Nyanyian Rohani, no. 34.