Perjanjian Baru 2023
8–14 Mei. Matius 19–20; Markus 10; Lukas 18: “Adakah Lagi Yang Harus Saya Lakukan?”


“8–14 Mei. Matius 19–20; Markus 10; Lukas 18: ‘Adakah Lagi Yang Harus Saya Lakukan?,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2023 (2022)

“8–14 Mei. Matius 19–20; Markus 10; Lukas 18,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2023

Imej
pekerja-pekerja di ladang anggur

8–14 Mei

Matius 19–20; Markus 10; Lukas 18

“Adakah Lagi Yang Harus Saya Lakukan?”

Baca Matius 19–20; Markus 10; dan Lukas 18, sambil fikirkan kanak-kanak yang anda ajar. Catatkan apa pun tanggapan yang anda terima. Persediaan anda akan membantu anda mengajar kanak-kanak apa yang mereka perlu tahu dari bab-bab tersebut.

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Jemput kanak-kanak untuk berkongsi apa-apa yang mereka ingat dari pelajaran minggu lepas. Tunjukkan gambar-gambar untuk membantu mereka ingat.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Markus 10:6–8

Bapa Syurgawi inginkan kita untuk berkahwin di dalam bait suci dan mempunyai keluarga abadi.

Bagaimanakah kanak-kanak memperoleh faedah dari pembelajaran mengenai ajaran keluarga abadi? Anda boleh kaji semula kebenaran tentang perkahwinan dalam “Keluarga: Suatu Perisytiharan kepada Dunia” (ChurchofJesusChrist.org).

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca Markus 10:6–8 kepada kanak-kanak, dan tunjukkan satu gambar sepasang suami isteri. Minta kanak-kanak menunjuk kepada lelaki dan wanita itu apabila mereka mendengar anda membaca perkataan lelaki dan perempuan. Jelaskan bahawa Bapa Syurgawi mahu seorang lelaki dan perempuan berkahwin dengan satu sama lain (lihat Kejadian 1:27–28).

  • Pamerkan gambar-gambar sebuah keluarga dan bait suci. Jemput kanak-kanak untuk bercakap tentang apa yang mereka lihat dalam gambar. Jelaskan bahawa Bapa Syurgawi ingin kita dimeteraikan kepada keluarga kita di bait suci supaya kita boleh bersama mereka buat selama-lamanya. Sila peka terhadap kanak-kanak yang ibu bapanya belum lagi dimeterai.

  • Nyanyi sebuah lagu tentang keluarga, seperti “Keluarga Bahagia” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 104). Pertimbangkan untuk menyanyikan lagu itu beberapa kali. Jemput kanak-kanak untuk berkongsi perkara seronok yang mereka pernah lakukan bersama keluarga masing-masing. Mengapakah mereka bersyukur untuk keluarga mereka?

  • Nyanyi sebuah lagu tentang bait suci, seperti “Ku Ingin Ke Bait Suci” atau “K’luarga Dapat Kekal Selamanya” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 99, 98). Benarkan kanak-kanak memegang gambar bait suci atau keluarga, dan jemput mereka untuk angkat gambar mereka apabila mereka menyanyikan “bait suci” atau “keluarga.” Bantu kanak-kanak fikirkan sebab mengapa ia penting untuk berkahwin di bait suci.

Imej
Yesus bersama kanak-kanak dan ibu bapa

Yesus mengasihi kanak-kanak, kerana “seperti inilah yang menikmati Pemerintahan Tuhan” (Markus 10:14).

Markus 10:13–16

Yesus ingin kanak-kanak kecil datang kepada-Nya supaya Dia boleh memberkati mereka.

Kisah ini menyediakan peluang untuk membantu kanak-kanak merasa betapa Yesus amat mengasihi mereka.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Dalam kata-kata sendiri, kongsi kisah dalam Markus 10:13–16. Bantu kanak-kanak memikirkan masa ketika mereka merasa kasih Yesus terhadap mereka. Bersaksi kepada kanak-kanak bahawa Yesus mengasihi mereka dan ingin memberkati mereka.

  • Paparkan gambar Kristus dan Anak-Anak (Buku Seni Injil, no. 47). Bantu kanak-kanak membayangkan bagaimana perasaannya menjadi salah seorang kanak-kanak yang duduk di sebelah Yesus dalam gambar itu. Jemput kanak-kanak untuk berkongsi perasaan mereka tentang Yesus.

  • Minta kanak-kanak melukis gambar diri mereka diberkati oleh Yesus (lihat Markus 10:16 dan halaman aktiviti minggu ini).

Markus 10:17–22

Jika saya mematuhi perintah, saya boleh menerima kehidupan abadi.

Yesus telah mengajar pemuda kaya itu bahawa untuk memperoleh kehidupan abadi—kehidupan seperti Bapa Syurgawi—dia harus mematuhi perintah-perintah.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Ceritakan kisah pemuda kaya dalam Markus 10:17–22 kepada kanak-kanak. (Lihat juga “Bab 42: Pemuda yang Kaya,” dalam Cerita-cerita Perjanjian Baru, 105–6.) Minta mereka dengar arahan Yesus kepada pemuda itu dan bagaimana pemuda itu menjawab.

  • Kongsi kisah-kisah kanak-kanak yang meminta nasihat atau panduan daripada ibu bapa tetapi tidak mengikut atau mematuhi. Apakah perkara-perkara yang Bapa Syurgawi ingin kita lakukan? Bagaimanakah perasaan kita apabila kita mematuhi perintah-perintah Dia?

  • Kongsi pengalaman apabila anda menerima dorongan peribadi untuk melakukan sesuatu dengan lebih baik.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Markus 10:6–8

Bapa Syurgawi inginkan kita untuk berkahwin di dalam bait suci dan mempunyai keluarga abadi.

Perkara-perkara yang Yesus ajarkan tentang perkahwinan dapat membantu kanak-kanak berharap untuk berkahwin di bait suci dan membesarkan keluarga abadi.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Minta seorang kanak baca Markus 10:6–8 dengan lantang. Jelaskan bahawa bersatu bermaksud untuk “melekat” atau “memegang teguh kepada” sesuatu. Mengapakah ia penting suami isteri harus bergabung bersama, mengasihi satu sama lain, dan bekerjasama sebagai satu pasangan?

  • Minta kanak-kanak untuk membantu anda memikirkan jawapan-jawapan untuk soalan seperti “Mengapakah keluarga penting di dalam Gereja?” atau “Mengapakah ia penting bagi anda untuk berkahwin di dalam bait suci?” Bantu mereka mencari jawapan dalam sumber seperti Markus 10:6–8; 1 Korintus 11:11; Ajaran dan Perjanjian 42:22; 131:1–4; Musa 3:18, 21–24; dan “Keluarga: Suatu Perisytiharan kepada Dunia.”

  • Nyanyi bersama sebuah lagu tentang keluarga, seperti “K’luarga Dapat Kekal Selamanya” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 98). Kongsi kesaksian anda tentang perkahwinan dan keluarga abadi bersama kanak-kanak. Jemput mereka untuk turut kongsi kesaksian mereka.

Markus 10:17–22

Yesus dapat membantu saya tahu apa yang saya perlukan untuk maju.

Pemuda yang kaya telah mencari Yesus dan menerima arahan yang khusus untuk dia. Bagaimanakah anda dapat mengilhami kanak-kanak untuk mencari bimbingan yang sama dalam kehidupan mereka sendiri?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Minta kanak-kanak mencari ayat dalam Markus 10:17–22 yang menggambarkan gambar dalam panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga. Jelaskan bahawa nasihat yang Yesus berikan pemuda itu adalah peribadi, dan kita semua dapat menerima arahan peribadi dari Tuhan melalui Roh.

  • Baca Markus 10:17–22 bersama. Jemput kanak-kanak untuk tuliskan di atas papan perintah-perintah yang Juruselamat telah berikan kepada pemuda itu untuk dipatuhi (lihat ayat 19). Apakah lagi yang Yesus minta dia lakukan? (lihat ayat 21). Galakkan kanak-kanak untuk fikirkan tentang perkara yang mereka mungkin perlu lakukan atau berhenti lakukan untuk mengikut Yesus dengan lebih baik. Apakah cara-cara lain untuk tahu perkara yang Yesus ingin kita lakukan?

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak untuk tunjukkan keluarga mereka bahawa mereka kasihi mereka, mungkin dengan menulis nota atau melakukan tindakan pelayanan.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Beri perhatian kepada kanak-kanak. Bagaimanakah penerimaan kanak-kanak di dalam kelas terhadap aktiviti pembelajaran? Jika mereka tidak tampak terlibat, mungkin adalah masa untuk cuba aktiviti lain atau keluar berjalan sebentar dengan takzim. Sebaliknya, jika anda perhatikan kanak-kanak terlibat dan sedang belajar dari sebahagian ajaran itu, janganlah berasa tertekan untuk pastikan anda telah meliputi bahan-bahan ajaran tersebut.

Cetak