Persidangan Umum
Hosana dan Hallelujah—Yesus Kristus Yang Hidup: Inti Pemulihan dan Hari Easter
Persidangan Umum April 2020


2:3

Hosana dan Hallelujah—Yesus Kristus Yang Hidup: Inti Pemulihan dan Hari Easter

Di musim hosana dan hallelujah ini, nyanyilah hallelujah—kerana Dia akan memerintah buat selamanya!

Para saudara dan saudari: dengan hosana dan hallelujah, kita meraikan Yesus Kristus yang hidup pada musim penerusan Pemulihan dan Hari Easter ini. Dengan kasih yang sempurna, Juruselamat menjaminkan kita: “Kamu beroleh kesejahteraan kerana bersatu dengan Aku. Di dunia ini kamu akan menderita: tetapi tabahkanlah hati kamu; kerana Aku sudah mengalahkan dunia.”1

Beberapa tahun yang lepas, ketika Sister Gong dan saya bertemu dengan sebuah keluarga indah, anak perempuan mereka Ivy, dengan malu-malunya membawa keluar kotak biolanya. Dia mengeluarkan penggesek biola, mengetatkannya dan menggosokkan resin padanya. Kemudian dia letak balik penggesek biola ke dalam kotak, merendahkan diri sececah, dan duduk. Sebagai pemain yang baru, dia telah kongsi segala yang dia ketahui berkenaan biola. Kini, bertahun kemudian, Ivy memainkan biolanya dengan indah sekali.

Ivy dan biolanya

Dalam tempoh kefanaan ini, kita semua sedikit serupa Ivy kecil dan biolanya. Kita bermula di permulaannya. Dengan latihan dan kegigihan, kita berkembang dan bertambah baik. Melalui lanjutan masa, hak pilihan moral dan pengalaman-pengalaman fana membantu kita menjadi lebih seperti Juruselamat apabila kita bekerja bersama Dia di ladang anggur-Nya2 dan mengikut jalan perjanjian Dia.

Ulang tahun, termasuklah ulang tahun ke-200 ini, menyerlahkan pola-pola pemulihan.3 Dalam meraikan penerusan Pemulihan injil Yesus Kristus, kita juga bersedia untuk hari Easter. Bagi kedua-duanya, kita bersukacita akan pengembalian Yesus Kristus. Dia hidup—bukan sahaja dahulu, tetapi kini; bukan sahaja untuk beberapa orang, tetapi untuk semua. Dia telah datang dan akan datang untuk menyembuhkan mereka yang patah hati, membebaskan yang tertawan, menyembuhkan yang buta, dan memberi kemerdekaan kepada yang tertindas.4 Itu adalah setiap kita. Janji penebusan-Nya boleh digunakan, tak kira masa silam, masa kini, atau kerisauan masa depan kita.

Kemasukan kemenangan ke dalam Yerusalem

Esok merupakan Hari Ahad Palma. Secara tradisionalnya, pokok palma merupakan satu lambang kudus untuk mengungkapkan kegembiraan kita kepada Tuhan, sepertimana Kemasukan Kemenangan Kristus ke dalam Yerusalem, di mana “orang ramai … mengambil dahan-dahan pokok palma lalu pergi mengalu-alukan Yesus.”5 (Anda mungkin berminat untuk tahu bahawa lukisan asli Harry Anderson ini tergantung dalam pejabat Presiden Russell M. Nelson, di belakang meja dia.) Dalam buku Wahyu, mereka yang memuji Tuhan dan Domba berbuat demikian dengan “berpakaian jubah putih dan dengan memegang daun palma di tangan.”6 Bersama dengan “jubah kebenaran” dan “mahkota kemuliaan,” daun-daun palma disertakan dalam doa pembaktian Bait Suci Kirtland.7

Sudah tentunya, kepentingan Hari Ahad Palma menjangkau lebih daripada orang ramai yang mengalu-alukan Yesus dengan daun palma. Pada hari Ahad Palma, Yesus masuk ke dalam Yerusalem dengan cara orang beriman kenal pasti sebagai penggenapan nubuat. Sepertimana Zakharia8 dan ahli Mazmur nubuatkan sebagai nabi, Tuhan kita memasuki Yerusalem dengan menunggang keldai di mana pada masa yang sama orang ramai yang tahu menyorak “Pujilah Tuhan [Hosana kepada yang paling tinggi].”9 Hosana bermaksud “tolong selamatkan kami.”10 Dahulu, seperti sekarang, kita bersukacita, “Semoga Tuhan memberkati dia yang datang demi nama Tuhan.”11

Seminggu selepas Hari Ahad Palma ialah Hari Easter. Presiden Russell M. Nelson mengajarkan bahawa Yesus Kristus “datang untuk membayar hutang yang bukan milik Dia kerana kita mempunyai satu hutang yang kita tidak dapat bayar.”12 Pastinya, melalui Korban Tebusan Kristus, semua anak Tuhan “boleh diselamatkan, melalui kepatuhan pada hukum-hukum dan tatacara-tatacara Injil.”13 Pada hari Easter, kita menyanyikan “hallelujah.” “Hallelujah” bermaksud “pujilah Tuhan.”14 Ulangan “Korus Hallelujah” dalam Messiah yang ditulis oleh Handel merupakan satu pengisytiharan kegemaran hari Easter bahawa Dia “Tuhan Yang Agung dan Raja Yang Terutama.”15

Peristiwa-peristiwa kudus yang berlaku di antara Hari Ahad Palma dan Hari Easter merupakan kisah hosana dan hallelujah. Hosana ialah rayuan kita untuk diselamatkan oleh Tuhan. Hallelujah mengungkapkan pujian kepada Tuhan bagi harapan keselamatan dan permuliaan. Dalam hosana dan hallelujah kita kenali Yesus Kristus yang hidup sebagai inti hari Easter dan pemulihan zaman akhir.

Pemulihan zaman akhir bermula dengan kemunculan Tuhan kepada seorang—kemunculan benar-benar Tuhan Bapa dan Putera-Nya, Yesus Kristus, kepada nabi muda Joseph Smith. Nabi Joseph telah berkata, “Jika anda boleh melihat ke syurga selama lima minit, anda akan ketahui lebih daripada segala yang anda boleh baca tentang hal tersebut.”16 Oleh kerana syurga telah dibuka semula, kita ketahui dan “percaya kepada Tuhan, Bapa yang Abadi, dan kepada Putera-Nya, Yesus Kristus, dan kepada Roh Kudus”17—Kesatuan Ketuhanan ilahi.

Pada Ahad hari Easter, April 3, 1836, di permulaan hari-hari Pemulihan, Yesus Kristus yang hidup muncul selepas pembaktian Bait Suci Kirtland. Mereka yang nampak Dia bersaksi dalam bertentangan yang bagai api dan air namun saling melengkapi: “Mata-Nya bagaikan nyalaan api; rambut kepala-Nya putih bagaikan salji yang murni; air muka-Nya bersinar melebihi keterangan matahari; dan suara-Nya bagaikan bunyi deru perairan yang luas, bahkan suara Yehova.”18

Di peristiwa itu, Juruselamat kita berfirman, “Akulah yang pertama dan yang terakhir; Akulah Dia yang hidup, Akulah Dia yang dibunuh; Akulah pembelamu dengan Bapa.”19 Sekali lagi, tentangan yang saling melengkapi—pertama dan terakhir, yang hidup dan yang dibunuh. Dialah Alfa dan Omega, yang awal dan yang akhir,20 pengarang dan penyempurna iman kita.21

Berikutan kemunculan Yesus Kristus itu, Musa, Elias, dan Elia juga datang. Mengikut arahan ilahi, nabi-nabi kuno hebat ini memulihkan kunci-kunci imamat dan wewenang. Maka, “kunci-kunci zaman keagamaan ini dianugerahkan”22 dalam Gereja-Nya yang telah dipulihkan untuk memberkati semua anak Tuhan.

Kedatangan Elia ke Bait Suci Kirtland juga menggenapi nubuat Perjanjian Lama Maleakhi bahawanya Elia akan kembali “sebelum hari yang hebat dan dahsyat tiba.”23 Dengan berlakunya itu, kemunculan Elia seiring, namun bukan secara kebetulan, dengan musim Paskah orang Yahudi yang tradisinya menanti-nantikan pengembalian Elia.

Banyak keluarga Yahudi yang beriman menyediakan satu tempat untuk Elia di meja Paskah mereka. Ramai mengisikan satu cawan sehingga penuh untuk menjemput dan mengalu-alukan dia. Terdapat beberapa yang, ketika jamuan Paskah, menghantarkan seorang anak ke pintu, yang kadangkalanya dibiarkan terbuka sedikit, untuk melihat jika Elia berada di luar dan sedang menunggu untuk dijemput masuk.24

Dalam penggenapan nubuat dan sebagai sebahagian daripada pemulihan segala hal yang dijanjikan,25 Elia telah datang seperti yang dijanjikan, pada hari Easter dan permulaan Paskah. Dia membawa wewenang pemeteraian untuk mengikatkan keluarga-keluarga di bumi dan di syurga. Seperti yang Moroni ajarkan Joseph Smith, Elia “akan menanamkan dalam hati anak-anak janji-janji yang dibuat kepada para bapa nenek moyang, dan hati anak-anak akan berpaling kepada para bapa nenek moyang mereka. Jika tidak demikian,” sambung Moroni “seluruh bumi akan sepenuhnya dilenyapkan pada kedatangan [Tuhan].”26 Roh Elia, satu pernyataan Roh Kudus, menarik kita kepada keturunan kita—masa silam, masa kini, dan masa depan—dalam salasilah, sejarah, dan pelayanan bait suci kita.

Marilah kita mengimbas kembali lambang Paskah. Paskah mengingatkan pembebasan anak-anak Israel daripada perhambaan selama 400 tahun. Buku Keluaran menceritakan bagaimana pembebasan ini terjadi setelah wabak katak, kutu, lalat, kematian ternakan, bisul, hujan batu dan api, belalang, dan kegelapan pekat. Wabak terakhir mengancam kematian setiap anak lelaki sulung seluruh negeri Mesir, tetapi tidak bagi bani Israel jika—jika rumah-rumah tersebut meletakkan darah seekor anak domba pertama yang tiada cacat cela pada kedua-dua batang tiang pintu mereka.27

Malaikat kematian akan meninggalkan rumah-rumah yang ditandakan dengan lambang darah domba.28 Meninggalkan rumah itu, atau paskah, mewakili Yesus Kristus yang akhirnya mengatasi kematian. Sesungguhnya, darah penebusan Anak Domba Tuhan memberikan kuasa kepada Gembala yang Baik kita untuk mengumpulkan umat Dia di segala tempat dan situasi ke dalam pangkuan keselamatan Dia di dua belah tirai.

Secara nyatanya, Kitab Mormon menghuraikan “kuasa dan kebangkitan Kristus”29—intipati Easter—dalam segi dua pemulihan.

Pertama, kebangkitan termasuk pemulihan jasmani kita “rangkanya yang semula jadi dan sempurna”; “setiap anggota tubuh dan tulang sendi,” “bahkan sehelai rambut pun dari kepala tidak akan hilang.”30 Janji ini memberi harapan kepada mereka yang kehilangan anggota badan; mereka yang tidak boleh melihat, mendengar, atau berjalan; ataupun penyakit yang tak henti-henti, penyakit mental atau kemerosotan akal. Dia mencarikan kita. Dia menjadikan kita sempurna.

Janji kedua Easter dan Korban Tebusan Tuhan adalah bahawa “ segala sesuatu akan dipulihkan pada susunannya yang sewajarnya” secara rohani.31 Pemulihan rohani ini mencerminkan usaha dan keinginan kita. Seperti modal di luar negeri,32 ia memulihkan “apa yang baik;” “soleh” “adil” dan “belas kasihan”.33 Tidak hairanlah nabi Alma menggunakan perkataan pulih 22 kali34 ketika dia menyerukan kita untuk “berurusanlah dengan adil, hakimilah dengan benar, dan lakukanlah kebaikan secara berterusan.”35

Kerana “Tuhan sendiri menebuskan dosa-dosa dunia,”36 Korban Tebusan Tuhan bukan hanya buat sempurna apa yang telah berlaku, tetapi apa yang akan berlaku juga. Kerana Dia tahu kepedihan, kesengsaraan, kesakitan, “cubaan daripada setiap jenis,”37 Dia dengan belas kasihan boleh membantu kita mengikut kelemahan kita.38 Oleh kerana Tuhan adalah “yang sempurna, yang adil, dan seorang Tuhan yang penuh kasihan juga,” rancangan belas kasihan boleh “memenuhi tuntutan keadilan.”39 Kita bertaubat dan lakukan segala yang kita boleh lakukan. Dia mengelilingi kita secara abadi “di dalam pelukan kasih-Nya.”40

Hari ini kita meraikan pemulihan dan kebangkitan. Bersama anda, saya bersukacita dengan penerusan Pemulihan kegenapan injil Yesus Kristus. Seperti yang dimulakan 200 tahun yang lalu pada musim bunga ini, cahaya dan wahyu yang berterusan datang melalui nabi Tuhanyang hidup dan Gereja Dia yang dipanggil dengan nama Dia—Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir—dan melalui wahyu peribadi dan ilham daripada kurnia ilahi Roh Kudus.

Bersama anda di musim Easter ini, saya bersaksi tentang Tuhan, Bapa Abadi kita, dan Putera terkasih-Nya, Yesus Kristus yang hidup. Manusia fana telah disalibkan dengan kejam dan kemudian dibangkitkan. Namun hanya Yesus Kristus yang hidup dalam badan terbangkit yang sempurna masih mempunyai tanda-tanda penyaliban di tangan, kaki, dan sisi badan Dia. Hanya Dia boleh berfirman, “Aku telah mengukirkanmu di atas tapak tangan-Ku.”41 Hanya Dia yang boleh berfirman: “Aku ialah Dia yang telah diangkat. Aku ialah Yesus yang telah disalibkan. Aku ialah Putera Tuhan.”42

Seperti Ivy kecil dan biolanya, kita adalah dari suatu segi masih di permulaan. Memang benar, “apa yang belum pernah dilihat atau didengar, atau terlintas dalam fikiran manusia, itulah yang disediakan oleh Tuhan untuk orang yang mengasihi Dia.”43 Dalam masa ini, kita dapat pelajari kebaikan Tuhan dan potensi ilahi kita supaya kasih Tuhan bertumbuh dalam diri kita semasa kita mencari Dia dan melayani sesama orang. Dengan cara dan situasi baru, kita dapat melakukan dan menjadi, baris demi baris, kebaikan hati demi kebaikan hati, secara individu dan bersama.

Saudara dan saudari sekalian, apabila kita bertemu dan belajar bersama, iman dan kebaikan anda memenuhi saya dengan perasaan pengembaraan injil dan kesyukuran. Kesaksian dan perjalanan injil anda memperkayakan kesaksian dan perjalanan injil saya. Kebimbangan dan kegembiraan anda, kasih terhadap isi rumah Tuhan dan komuniti Orang Suci, dan pemahaman pemulihan kebenaran dan cahaya anda meningkatkan kegenapan injil yang dipulihkan bagi saya, dengan Yesus Kristus yang hidup sebagai intinya. Bersama kita percaya, “bersinarkan terang, tinggal denganku.”44 Dalam kesatuan , dalam kalangan beban dan prihatin, kita dapat menghitung berkat kita.45 Setiap butiran harian serta hal-hal yang kecil dan sederhana yang membawa banyak hal-hal yang besar ke dalam hidup kita.46

“Dan akan terjadilah bahawa yang soleh akan dikumpulkan keluar dari kalangan segala bangsa, dan akan datang ke Sion, bernyanyi dengan nyanyian kebahagiaan yang abadi.”47 Di musim hosana dan hallelujah ini, nyanyilah hallelujah—kerana Dia akan memerintah buat selamanya! Sorakan hosana, kepada Tuhan dan Anak Domba! Dalam nama Yesus Kristus, amin.