Persidangan Umum
Asas yang Kukuh untuk Masa Depan
Persidangan Umum April 2020


2:3

Asas yang Kukuh untuk Masa Depan

Pada tahun-tahun akan datang, semoga kita benarkan pembaharuan yang dibuat untuk Bait Suci Salt Lake mendorong dan mengilhamkan kita.

Sejarah Bait Suci Salt Lake

Mari pulang kembali ke petang panas pada 24 Julai 1847 lebih kurang pukul 2:00 petang. Berikutan perjalanan 111 hari yang sukar dengan 148 ahli Gereja yang membentuk parti pertama yang menuju ke barat, Brigham Young, pada masa itu Presiden Kuorum Dua Belas Rasul, sakit dan lemah dari demam gunung, memasuki Lembah Salt Lake.

Dua hari kemudian, sementara sembuh dari penyakitnya, Brigham Young memimpin beberapa ahli Kuorum Dua Belas Rasul dan yang lain dalam ekspedisi menjelajah. William Clayton mencatatkan, “Kira-kira 1.2 kilometer di utara kem, kami tiba di atas tanah datar yang indah dan cerun ke sebelah barat.”1

Brigham Young di tapak bait suci
Brigham Young menandakan tempat untuk bait suci
Menandakan tempat untuk bait suci

Semasa meninjau tempat dengan kumpulan itu, Brigham Young tiba-tiba berhenti dan meletakkan tongkatnya di tanah, berseru, “Di sini akan berdiri Bait Suci Tuhan kita.” Salah seorang rakannya ialah Elder Wilford Woodruff, yang berkata pernyataan ini “melalui [dia] seperti kilat,” dan dia menolak satu dahan ke tanah untuk menandakan tempat yang dibuat oleh tongkat Presiden Young. Empat puluh ekar dipilih untuk bait suci, dan ia diputuskan yang kota itu harus dibentangkan “persegi sempurna Utara & Selatan, timur & barat” dengan bait suci di tengahnya.2

Pada persidangan umum April 1851, ahli-ahli Gereja mengundi sebulat suara untuk sokong gerakan membina bait suci “kepada nama Tuhan.”3 Dua tahun kemudian, pada 14 Februari 1853, tapak itu dibaktikan oleh Heber C. Kimball dalam upacara umum yang dihadiri oleh beberapa ribu Orang Suci, dan tanah dipecahkan untuk landasan Bait Suci Salt Lake. Beberapa bulan kemudian, pada 6 April, batu-batu asas besar bait suci itu dibentangkan dan dibaktikan dengan upacara yang besar yang termasuk pengawal bendera dan pancaragam dan perarakan yang dipimpin oleh para pemimpin Gereja dari tabernacle lama ke tapak bait suci, di mana ucapan dan doa diberikan di setiap empat batu itu.4

Landasan Bait Suci Salt Lake
Brigham Young

Pada majlis pecah tanah, Presiden Young teringat yang dia telah melihat satu penglihatan ketika dia berdiri di atas tanah semasa mereka meninjau lantai lembah, dan mengatakan, “Saya tahu [masa itu], sama seperti saya tahu sekarang, yang ini adalah tanah di mana bait suci akan dibina—ia kelihatan di hadapan saya.”5

Sepuluh tahun kemudian, Brigham Young memberi pandangan kenabian berikut pada persidangan umum Oktober 1863: “Saya ingin melihat [bait suci] dibina dalam cara yang akan bertahan hingga zaman seribu tahun. Ini bukan satu-satunya bait suci yang kita akan bina; akan terdapat beratus-ratus yang dibina dan dibaktikan kepada Tuhan. Bait suci ini akan dikenali sebagai bait suci pertama yang dibina di pergunungan oleh Orang Suci Zaman Akhir. … Saya mahu bait suci itu … untuk berdiri sebagai monumen kebanggaan iman, ketekunan dan kerajinan para Orang Suci Tuhan di pergunungan.”6

Bait Suci Salt Lake di bawah pengubahsuaian
Bait Suci Salt Lake di bawah pengubahsuaian

Semasa semakan sejarah ringkas ini, saya kagum dengan Brigham Young sebagai pelihat—pertama, kepastiannya dengan menggunakan kaedah pembinaan yang tersedia pada masa itu, Bait Suci Salt Lake akan dibina dalam cara yang bertahan di sepanjang Zaman Seribu Tahun dan kedua, nubuatnya tentang peningkatan bait suci masa depan di seluruh dunia, bahkan menghitung jumlah ratusan.

Pengubahsuaian Bait Suci Salt Lake

Seperti Brigham Young, nabi kita hari ini menjaga Bait Suci Salt Lake dan yang lain dengan baik. Selama bertahun-tahun, Presidensi Utama telah, dari masa ke masa, menasihatkan Uskup Utama untuk memastikan landasan Bait Suci Salt Lake adalah teguh. Semasa saya melayani dalam Uskup Utama, atas permintaan Presidensi Utama, kami melakukan kajian semula keseluruhan Bait Suci Salt Lake, termasuk penilaian terhadap kemajuan terkini dalam teknik rekaan dan pembinaan seismik.

Berikut adalah sebahagian daripada kajian semula yang diberikan kepada Presidensi Utama pada masa itu: Dalam reka bentuk dan pembinaan Bait Suci Salt Lake, kejuruteraan terbaik, buruh mahir, bahan binaan, perabot, dan sumber-sumber yang lain zaman tersebut digunakan. Sejak pembaktiannya pada tahun 1893, bait suci itu berdiri teguh dan berfungsi sebagai isyarat iman [dan] harapan dan sebagai cahaya kepada orang ramai. Penjagaan yang baik telah diambil untuk mengendalikan, membersihkan, dan mengekalkan bait suci dalam keadaan baik. Granit bahagian luar dan gelegar lantai di dalam dan kerangka sokongan berada dalam keadaan baik. Kajian terbaru mengesahkan yang lokasi pilihan Brigham Young untuk bait suci mempunyai tanah dan kualiti pemadatan yang sangat baik.”7

Kajian itu menyimpulkan yang pembaharuan dan pembaikan biasa diperlukan untuk perbaharui dan kemas kini bait suci, termasuk dek luaran dan kawasan permukaan, sistem utiliti usang, dan kawasan pembaptisan. Walau bagaimanapun, pertimbangan untuk peningkatan seismik berasingan yang lebih komprehensif bermula dari landasan bait suci ke atas juga disyorkan.

Asas Bait Suci

Anda mungkin tahu yang Presiden Brigham Young terlibat dalam butiran pembinaan landasan bait suci asal yang telah melayani bait suci dengan baik sejak penyelesaiannya 127 tahun yang lalu. Pakej peningkatan seismik yang baru dicadangkan untuk bait suci akan menggunakan teknologi pengasingan landasan, yang tidak dibayangkan pada masa pembinaannya. Ini dianggap sebagai kejuruteraan terkini yang paling canggih untuk perlindungan gempa bumi.

Rancangan pengubahsuaian bait suci
Rancangan pengubahsuaian bait suci

Teknologi ini yang baru dalam perkembangannya, bermula pada landasan bait suci itu, menyediakan pertahanan yang teguh terhadap kerosakan akibat gempa bumi. Kepentingannya, ia memperkuatkan struktur bait suci untuk berdiri teguh, walaupun bumi dan persekitaran di sekelilingnya mengalami kejadian seismik gempa bumi.

Pengubahsuaian bait suci yang akan menggunakan teknologi ini diumumkan oleh Presidensi Utama pada tahun lepas. Di bawah arahan Uskup Utama, pembinaan bermula beberapa bulan lalu, pada Januari 2020. Ia dianggarkan siap dalam kira-kira empat tahun.

Memastikan Asas Peribadi Anda

Apabila saya merenungkan empat tahun yang akan datang tentang Bait Suci Salt Lake yang indah, mulia, dan mengagumkan ini, saya membayangkan masa ini sebagai masa pembaharuan bukannya masa penutupan! Dalam cara sama, kita boleh menanya diri, “Bagaimana pembaharuan meluas untuk Bait Suci Salt Lake ini mengilhami kita untuk menjalani pembaharuan, pembinaan semula, kelahiran semula, atau pemulihan kerohanian kita?”

Pandangan mengkaji diri akan menunjukkan kita dan keluarga kita juga boleh bermanfaat daripada melakukan beberapa kerja pemeliharaan dan pengubahsuaian yang diperlukan, bahkan peningkatan seismik! Kita boleh memulakan proses ini dengan bertanya:

“Apakah rupa landasan saya?”

“Apakah yang terdiri daripada batu asas yang tebal dan stabil, yang sebahagian dari landasan peribadi saya, di mana kesaksian saya ditubuhkan?”

“Apakah unsur landasan watak kerohanian dan emosi saya yang akan membolehkan saya dan keluarga saya untuk tetap tabah dan tak tergoyah, bahkan menahan kejadian gempa bumi dan runtuh seismik yang akan berlaku dalam hidup kita?”

Kejadian hidup serupa gempa bumi susah diramalkan dan datang dalam pelbagai tahap kekuatan—menyebabkan persoalan atau keraguan, menghadapi penderitaan atau kesengsaraan, penyelesaian kesalahan peribadi dengan pemimpin Gereja, ahli, ajaran, atau dasar. Pertahanan terbaik terhadap perkara tersebut terletak dalam landasan kerohanian kita.

Apakah batu asas kerohanian kehidupan peribadi dan keluarga kita? Mereka mungkin adalah asas-asas kehidupan injil yang mudah dan berharga—doa keluarga, kajian kitab suci, termasuk Kitab Mormon, kehadiran bait suci dan pembelajaran injil melalui Ikutlah Aku dan malam keluarga. Sumber-sumber lain yang membantu menguatkan landasan kerohanian anda mungkin termasuk Fasal-fasal Kepercayaan, perisytiharan keluarga, dan “Kristus Yang Hidup.”

Untuk saya, asas-asas dalam soalan-soalan yang dibincangkan dalam temu duga kad rekomen bait suci melayani sebagai landasan yang kuat untuk landasan kerohanian—terutamanya empat soalan yang pertama. Saya melihat mereka sebagai batu asas kerohanian.

Kita akrab dengan soalan-soalan ini kerana Presiden Russell M. Nelson membacanya kepada kita dalam persidangan umum yang lalu.

  1. Adakah anda mempunyai iman dan satu kesaksian tentang Tuhan Bapa yang Abadi, Putera-Nya, Yesus Kristus dan Roh Kudus?

    Kesatuan Ketuhanan
  2. Adakah anda mempunyai kesaksian tentang Korban Tebusan Yesus Kristus dan peranan-Nya sebagai Juruselamat dan Penebus anda?

    Korban Tebusan Yesus Kristus
  3. Adakah anda mempunyai kesaksian dalam Pemulihan Injil Yesus Kristus?

    Pemulihan
  4. Adakah anda menyokong Presiden Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir sebagai nabi, pelihat, pewahyu dan hanya dia sahaja dalam dunia ini diberi kuasa untuk menjalankan semua kunci imamat?8

    Nabi-nabi

Bolehkah anda lihat bagaimana anda boleh pertimbangkan soalan-soalan ini sebagai elemen yang berharga dalam landasan peribadi anda untuk membantu anda bina dan mengukuhkannya? Paulus mengajar orang Efesus tentang satu gereja yang “dibina di atas asas yang diletakkan oleh para rasul dan nabi, dengan Kristus Yesus sebagai batu asasnya. Dialah yang menjadikan seluruh bangunan itu tersusun rapi dan meluaskannya sehingga menjadi Rumah Tuhan yang dikhaskan untuk Tuhan.”9

Bait suci dengan landasan kukuh

Salah satu kegembiraan terbesar dalam hidup saya adalah mengenali dan diilhami oleh ahli-ahli Gereja di seluruh dunia yang adalah contoh hidup iman dalam Yesus Kristus dan injil-Nya. Mereka mempunyai landasan peribadi kukuh yang membenarkan mereka bertahan cabaran hidup dengan pemahaman mantap dan kegembiraan yang mendalam.

Untuk menunjukkan ini dalam tahap yang lebih peribadi, baru-baru ini saya berucap di pengebumian seorang isteri dan ibu yang muda (juga kawan keluarga kami). Dia seorang pemain bola sepak tahap handal ketika dia bertemu dan berkahwin dengan suaminya yang merupakan seorang pelajar pergigian. Mereka diberkati dengan seorang anak perempuan yang cantik dan cepat matang. Dia melawan pelbagai bentuk kanser selama enam tahun dengan berani. Walaupun dia alami kesusahan emosi dan fizikal, dia mempercayai Bapa Syurgawi terkasihnya dan pengikut media sosialnya sering memetik pepatahnya yang terkenal: “Tuhan berada dalam butirannya.”

Dalam satu pos media sosialnya dia menulis yang seseorang menanya dia, “Bagaimana kamu masih ada iman dengan kesakitan yang mengelilingi kamu?” Dia membalas dengan kata-kata ini: “Kerana iman adalah apa yang mengangkat saya melalui masa-masa kegelapan ini. Mempunyai iman tidak bermakna tidak ada apa-apa yang susah akan berlaku. Mempunyai iman membenarkan saya percaya yang cahaya akan datang sekali lagi. Dan cahaya itu akan lebih cerah kerana saya telah berjalan dalam kegelapan. Sebanyak kegelapan yang saya telah saksikan selama bertahun-tahun, saya telah saksikan lebih cahaya. Saya telah melihat mukjizat. Saya telah merasai malaikat. Saya tahu yang Bapa Syurgawi saya telah mengangkat saya. Perkara-perkara ini tidak akan dapat dialami jika kehidupan senang. Masa depan hidup ini mungkin tidak diketahui, tetapi iman saya tidak. Jika saya tidak memilih untuk mempunyai iman, saya memilih untuk berjalan dalam kegelapan. Kerana tanpa iman, terdapat hanya kegelapan.”10

Kesaksiannya tak tergoncang tentang iman dalam Tuhan Yesus Kristus—dalam kata-kata dan tindakannya—adalah ilham kepada orang lain. Walaupun tubuhnya lemah, dia mengangkat orang lain untuk menjadi lebih kuat.

Saya berfikir tentang ramai ahli Gereja lain, pejuang seperti saudari ini, yang hidup setiap hari dengan iman, berusaha untuk menjadi pengikut benar Juruselamat kita, Yesus Kristus. Mereka belajar tentang Kristus. Mereka berkhutbah tentang Kristus. Mereka berusaha mengikuti contoh-Nya. Sama ada hari-hari hidup mereka senang atau susah, landasan mereka kukuh dan tak tergoyah.

Inilah jiwa setia yang memahami makna mendalam lirik “Teguhlah landasan, Orang Suci Tuhan” dan “Yang datang ke Yesus, dilindungi tentu.”11 Saya sangat bersyukur untuk hidup di kalangan mereka yang telah menyediakan landasan rohani yang layak untuk nama Orang Suci dan yang kuat untuk menghadapi cabaran hidup.

Saya rasa kita tidak berlebihan dalam menekankan kepentingan landasan seperti ini dalam kehidupan peribadi kita. Pada umur awal, kanak-kanak Sekolah Primer kita diajar apabila mereka menyanyi kebenaran ini:

‘Rang bijaksana ‘kan membangun rumahnya di atas batu karang,

Dan hujan yang lebat pun datang. …

Hujan yang lebat serta banjir pun datang,

Rumah di atas batu karang tetap tegak menjulang.12

Ayat suci memperkukuhkan ajaran asas ini. Juruselamat mengajar orang ramai di benua Amerika:

“Dan jika kamu akan selalu melakukan hal-hal ini diberkatilah kamu, kerana kamu dibangunkan di atas batu-Ku.

“Tetapi sesiapa di antara kamu yang akan melakukan lebih atau kurang daripada ini tidaklah dibangunkan di atas batu-Ku, tetapi dibangunkan di atas landasan pasir; dan apabila hujan turun, dan banjir datang, dan angin bertiup, dan melanda mereka, mereka akan roboh.”13

Ia adalah harapan ikhlas para pemimpin Gereja yang pengubahsuaian penting kepada Bait Suci Salt Lake akan menyumbang kepada kegenapan hasrat Brigham Young untuk “melihat bait suci dibina dalam cara yang akan bertahan hingga zaman seribu tahun.” Pada tahun-tahun akan datang, semoga kita benarkan pembaharuan yang dibuat untuk Bait Suci Salt Lake akan mendorong dan mengilhami kita, sebagai individu dan keluarga, supaya kita juga—secara metafora—akan “dibina dalam cara yang akan bertahan hingga zaman seribu tahun.”

Kita akan membuat demikian apabila kita memenuhi jemputan Rasul Paulus untuk “[kita] mengumpulkan harta yang akan menjadi asas yang kukuh untuk masa depan, [kita] akan mendapat hidup kekal iaitu hidup sejati.”14 Ia adalah doa ikhlas saya agar landasan rohani kita kukuh dan tabah, agar kesaksian kita dalam Korban tebusan Yesus Kristus dan peranan-Nya sebagai Juruselamat dan Penebus kita akan menjadi batu asas kita sendiri, yang saya saksikan dalam Nama-Nya, bahkah Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. William Clayton jurnal, 26 Julai, 1847, Perpustakaan Sejarah Gereja, Salt Lake City.

  2. Lihat “At the Tabernacle, Presidents Woodruff and Smith Address the Saints Yesterday Afternoon,” Deseret Evening News, 30 Ogos, 1897, 5; “Pioneers’ Day,” Deseret Evening News, 26 Julai, 1880, 2; jurnal Wilford Woodruff, 28 Julai, 1847, Perpustakaan Sejarah Gereja, Salt Lake City.

  3. “Minutes of the General Conference of the Church of Jesus Christ of Latter-day Saints, diadakan di Great Salt Lake City, State of Deseret, 6 April, 1851,” Deseret News, 19 Apr., 1851, 241.

  4. Lihat “The Temple,” Deseret News, 19 Feb., 1853, 130; “Minutes of the General Conference,” Deseret News, 16 Apr., 1853, 146; “Minutes of the General Conference,” Deseret News, 30 Apr., 1853, 150.

  5. “Address by President Brigham Young,” Millennial Star, 22 Apr. 1854, 241.

  6. “Remarks by President Brigham Young,” Deseret News, 14 Okt. 1863, 97.

  7. Presentasi Bait Suci Salt Lake oleh Uskup Utama kepada Presidensi Utama, Okt. 2015.

  8. Lihat Russell M. Nelson, “Ucapan Penutup,” Liahona, Nov. 2019, 121.

  9. Efesus 2:20-21.

  10. Pos media sosial oleh Kim Olsen White.

  11. “Teguhlah Landasan,” Lagu Rohani, no. 28.

  12. “Orang Bijaksana Dan Orang Bodoh,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 132; penekanan dalam lagu asal telah dikeluarkan dalam ini.

  13. 3 Nefi 18:12-13; penekanan ditambah.

  14. 1 Timotius 6:19; penekanan ditambah.