Ucapan Pembukaan
Kita harus mencari, dengan pelbagai cara, untuk mendengar Yesus Kristus, yang berfirman kepada kita melalui kuasa dan pelayanan Roh Kudus.
Saudara dan saudari yang dikasihi, sambil kami mengalu-alukan anda ke persidangan umum April 2020 Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, untuk sebab yang anda tahu, saya berdiri di hadapan auditorium yang kosong!
Langsung tidak saya tahu, apabila saya menjanjikan kepada anda di persidangan umum Oktober 2019 bahawa persidangan April ini akan “dapat diingat”, dan “tidak akan dapat dilupakan”, kini bercakap di hadapan jemaah yang kelihatan kurang daripada 10 orang akan menjadikan ia tidak dapat dilupakan bagi saya! Tetapi dengan pengetahuan bahawa anda menyertai melalui transmisi elektronik, dan nyanyian koir “It Is Well with My Soul,” membawa ketenangan kepada jiwa saya.
Seperti yang anda tahu, kehadiran di persidangan umum ini telah diketatkan supaya kami berusaha menjadi rakyat global yang baik serta melakukan apa yang boleh untuk menghadkan penularan COVID-19. Virus ini mempunyai kesan yang mendalam di seluruh dunia. Ia juga telah mengubah pertemuan Gereja, misi penginjil, dan kerja bait suci buat sementara.
Walaupun sekatan hari ini berkaitan dengan satu virus beracun, cubaan peribadi kehidupan menjangkau lebih jauh daripada pandemik ini. Cubaan masa depan boleh menyebabkan kemalangan, bencana alam, atau sakit hati peribadi yang tidak dijangka.
Bagaimanakah kita boleh bertahan cubaan seperti ini? Tuhan telah beritahu kita bahawa “jika kamu bersedia kamu tidak akan takut.” Sememangnya, kita boleh menyimpan rizab makanan, air dan simpanan duit, Tetapi sama pentingnya ialah keperluan kita untuk memenuhi gudang simpanan rohani kita dengan iman, kebenaran, dan kesaksian.
Usaha utama kita dalam hidup ini ialah untuk jumpa dengan Pencipta kita. Kita melakukan ini dengan berusaha setiap hari untuk menjadi seperti Juruselamat kita, Yesus Kristus.2 Kita melakukannya apabila kita bertaubat setiap hari dan menerima pembersihan, penyembuhan, dan pengukuhan dari kuasa-Nya. Selepas itu kita boleh merasa kedamaian berterusan dan kegembiraan, walaupun dalam masa yang bergolak. Ini adalah kenapa Tuhan telah memohon kita untuk berdiri di tempat kudus dan “janganlah bergoyah.”3
Tahun ini, kita menyambut ulang tahun ke-200 salah satu acara yang paling penting dalam sejarah dunia—terutamanya; kemunculan Tuhan Bapa dan Putera-Nya yang Dikasihi, Yesus Kristus kepada Joseph Smith. Dalam penglihatan tunggal itu, Bapa Syurgawi menunjuk kepada Yesus dan berkata: “Inilah Putera-Ku yang Ku kasihi. Dengarkanlah Dia!”4
Peringatan yang diberi kepada Joseph adalah untuk kita semua. Kita harus mencari, dengan pelbagai cara, untuk mendengar Yesus Kristus, yang berfirman kepada kita melalui kuasa dan pelayanan Roh Kudus.
Tujuan ini dan setiap persidangan umum ialah untuk menolong kita untuk mendengar-Nya. Kita telah berdoa, dan menjemput anda untuk berdoa, supaya Roh Tuhan akan bersama kita dengan banyaknya supaya anda boleh mendengar pesanan yang Juruselamat ada khas untuk anda—pesanan yang akan membawa kedamaian kepada jiwa anda. Pesanan yang akan menyembuhkan hati yang hancur anda. Pesanan yang akan menerangi minda anda. Pesanan yang akan menolong anda untuk tahu apa yang harus dilakukan apabila anda mara dalam hidup pada masa kerusuhan dan cubaan.
Kami berdoa supaya persidangan ini tidak akan dilupakan kerana pesanan yang akan anda dengar, pengumuman unik yang akan anda diberi, dan pengalaman dalam mana anda akan dijemput untuk sertai.
Contohnya, pada penghujung sesi pagi ahad, kami akan mengumpul satu perhimpunan khusyuk sedunia apabila saya akan memimpin anda dalam Sorakkan Hosana yang kudus. Kami berdoa bahawa ini akan menjadi sorotan rohani bagi anda apabila kita nyatakan secara bersatu kepada Tuhan Bapa dan Putera-Nya rasa terhutang budi kita yang mendalam dengan memuji Mereka dalam cara yang unik ini,
Untuk acara kudus ini, kita menggunakan sapu tangan putih yang bersih. Tetapi jika anda tidak mempunyai satu, anda boleh melambaikan tangan anda. Pada penghujung Sorakan Hosana, jemaah akan menyertai koir dan menyanyikan “Roh Tuhan.”5
Saudara dan saudariku, persidangan ini akan menjadi persidangan yang mengagumkan. Tahun ini akan menjadi luar biasa kerana kita fokus dengan mendalam kepada Juruselamat dan injil-Nya yang dipulihkan. Perkara paling penting dalam persidangan bersejarah ini adalah apabila hati kita bertukar dan kita bermula dalam usaha sepanjang hayat untuk mendengar-Nya.
Selamat datang kepada Persidangan umum April 2020! Saya tahu bahawa Tuhan Bapa Syurgawi kita dan Putera-Nya, Yesus Kristus, mempunyai kita dalam minda mereka. Mereka akan bersama kita selama persidangan ini dalam dua hari yang agung apabila kita cubaan untuk mendekati Mereka dan hormati Mereka. Dalam nama kudus Yesus Kristus, amin