Persidangan Umum
Agar Mereka Boleh Melihat
Persidangan Umum April 2020


2:3

Agar Mereka Boleh Melihat

Cari dan doakan peluang untuk menyinarkan cahaya anda supaya orang lain boleh melihat jalan kepada Kristus.

Saudara dan saudari, hati kita diberkati dan dibaharui oleh Roh yang kita rasai dalam persidangan ini.

Suatu Tiang Cahaya

Dua ratus tahun dahulu, suatu tiang cahaya turun ke atas seorang pemuda dalam sebuah hutan. Dalam cahaya itu, Joseph Smith melihat Tuhan Bapa dan Putera-Nya, Yesus Kristus. Cahaya mereka menyingkirkan kegelapan rohani yang meliputi bumi dan menunjukkan jalan bagi Joseph Smith—dan bagi kita semua. Kerana cahaya yang diungkapkan hari itu, kita boleh menerima kegenapan berkat yang tersedia melalui Korban Tebusan Juruselamat kita, Yesus Kristus.

Kerana Pemulihan injil-Nya, kita boleh dipenuhi dengan cahaya Juruselamat. Namun begitu, cahaya itu bukan hanya untuk anda dan saya sahaja. Yesus Kristus telah memanggil kita untuk “biarlah cahayamu bersinar sedemikian di hadapan bangsa ini, agar mereka boleh melihat pekerjaan baikmu dan memuliakan Bapamu yang berada di dalam syurga.”1 Saya sangat suka ungkapan “agar mereka boleh melihat.” Ia ialah satu jemputan ikhlas dari Tuhan untuk kita menjadi lebih berniat dalam menolong orang lain melihat jalan untuk datang kepada Kristus.

Elder L. Tom Perry

Apabila saya berusia 10 tahun, keluarga kami berpeluang untuk melayani Elder L. Tom Perry dari Kuorum Dua Belas Rasul semasa dia ditugaskan di kampung saya.

Pada petang hari itu, keluarga kami dan keluarga Perry duduk di ruang tamu sambil menikmati pai epal ibu saya, sambil Elder Perry mengisahkan cerita tentang Orang Suci di seluruh dunia. Saya terpesona.

Masa sudah lewat apabila ibu saya panggil saya ke dapur dan tanya saya: “Bonnie, sudahkan kamu beri makan kepada ayam?”

Saya rasa sedih, kerana saya belum buat demikian. Saya tidak ingin tinggalkan Rasul Tuhan, jadi saya cadangkan jika ayam kami boleh berpuasa sampai pagi esok.

Ibu saya balas dengan pastinya, “tidak.” Pada masa itu, Elder Perry masuk ke dapur dan dengan suara yang kuat dan bersemangat, dia tanya, “Adakah kamu perlu beri makan kepada ayam? Bolehkah saya dan anak saya menyertai kamu?”

Sekarang beri makan kepada ayam menjadi satu tugas yang bahagia! Saya lari mendapatkan lampu suluh. Dengan gembira, saya memimpin dan melompat-lompat sepanjang jalan ke reban ayam. Dengan lampu suluh dalam tangan saya, kami menyeberangi kebun jagung dan ladang gandum.

Apabila sampai ke satu parit pengairan yang kecil, saya lompat untuk menyeberangi ia seperti yang saya pernah lakukan banyak kali sebelum ini. Saya tidak mempertimbangkan tentang usaha Elder Perry untuk mengikut saya di jalan yang gelap yang tidak dia kenali. Cahaya lampu saya yang tidak stabil tidak bantu dia nampak parit itu. Tanpa cahaya yang stabil untuk membimbing dia, dia melangkah ke dalam air dan mengerang dengan kuat. Dengan rasa panik, saya nampak Elder Perry keluarkan kakinya yang basah dari parit itu dan mengeluarkan air dari kasut kulitnya yang berat.

Dengan satu kasut yang basah, Elder Perry menolong saya beri makan kepada ayam. Apabila kami selesai, dia arahkan saya dengan penuh kasih, “Bonnie, saya perlu lihat jalan itu. Saya perlukan sinaran cahaya itu semasa saya jalan.”

Saya sinarkan lampu suluh saya tetapi bukan dalam cara yang membantu Elder Perry. Sekarang, saya tahu bahawa dia perlukan cahaya saya untuk berjalan dengan selamat, saya tumpukan cahaya lampu suluh di depan langkahnya dan kami kembali ke rumah dengan keyakinan.

Saudara dan saudari saya yang dikasihi, bertahun-tahun saya merenung tentang asas yang saya pelajari dari Elder Perry. Tuhan tidak menjemput kita untuk menyinarkan cahaya secara rawak dan buatkan dunia ini lebih terang secara umumnya. Jemputan itu adalah untuk menumpukan cahaya kita supaya orang lain boleh melihat jalan kepada Kristus. Ia adalah untuk mengumpul Israel di sebelah tirai ini—menolong orang lain melihat langkah seterusnya untuk membuat dan mentaati perjanjian dengan Tuhan.2

Juruselamat bersaksi, “Lihatlah Aku adalah cahaya; Aku telah menunjukkan satu teladan bagimu.”3 Mari lihat salah satu teladan-Nya.

Wanita di perigi adalah seorang orang Samaria yang tidak mengenai Yesus Kristus dan dipandang sebagai orang buangan dalam masyarakatnya. Yesus menemui dia dan mulakan satu perbualan. Dia berucap kepada dia tentang air. Kemudian Dia membimbing wanita itu kepada cahaya yang lebih besar semasa Dia mengisytiharkan Diri-Nya sebagai “air yang memberikan hidup.”4

Kristus prihatin terhadap dia dan keperluan dia. Kristus menemui wanita itu dan mula berucap tentang hal-hal yang mudah difahami. Jika Yesus henti di situ, ini ialah satu pertemuan yang positif. Tetapi ini tidak akan menghasilkan wanita itu ke bandar untuk mengumumkan “Marilah lihat … : Mungkinkah dia Penyelamat yang diutus oleh Tuhan?”5 Secara perlahan-lahan, melalui perbualan, dia mengetahui Yesus Kristus, dan tidak mengira masa lalunya, dia menjadi satu teladan kepada orang lain, menyinarkan jalan supaya mereka boleh lihat.6

Sekarang marilah kita lihat dua orang yang mengikuti teladan Juruselamat dalam berkongsi cahaya. Baru-baru ini rakan saya Kevin duduk di sebelah seorang eksekutif ketika makan malam. Dia risau apa yang harus dia bualkan selama dua jam. Mengikuti bisikan roh, Kevin tanya, “Beritahu saya tentang keluarga kamu. Mereka datang dari mana?”

Lelaki itu tidak tahu banyak tentang warisannya, jadi, Kevin keluarkan telefonnya dan kata, “Saya ada satu aplikasi yang menyambungkan keluarga. Mari lihat apa yang boleh kita cari.”

Selepas satu perbualan yang panjang, rakan baru Kevin tanya, “Mengapakah keluarga begitu penting di gereja kamu?”

Kevin jawab, “Kami percaya bahawa kita terus hidup selepas kita mati. Jika kita mencari nenek moyang kita dan membawa nama mereka ke satu tempat kudus yang dipanggil bait suci, kita boleh jalankan tatacara perkahwinan yang boleh mengekalkan keluarga kita mahupun selepas kematian.”7

Kevin mula dengan sesuatu yang menghubungkan dia dengan rakan barunya. Kemudian dia menemui cara untuk bersaksi tentang cahaya dan kasih Juruselamat.

Cerita kedua adalah tentang Ella, seorang pemain bola keranjang kolej. Teladannya bermula apabila dia menerima panggilan misinya semasa dia di sekolah. Dia pilih untuk membuka panggilannya di depan pasukannya. Mereka tidak tahu banyak tentang Gereja Yesus Kristus dan tidak faham hasrat Ella untuk melayani. Dia berdoa banyak kali untuk mengetahui cara untuk menjelaskan panggilan misinya dengan cara yang rakan-rakan sepasukannya boleh rasakan Roh. Jawapannya?

“Saya membuat satu PowerPoint,” Ella kata, “kerana saya hebat.” Dia beritahu mereka tentang potensi untuk melayani dalam salah satu daripada lebih 400 misi dan mungkin belajar bahasa yang baharu. Dia sebut tentang beribu-ribu orang penginjil yang sedang melayani. Ella tamatkan dengan satu gambar Juruselamat dan kesaksian yang ringkas: “Bola keranjang ialah salah satu perkara yang paling penting dalam hidup saya. Saya menyeberangi negara ini dan tinggalkan keluarga saya untuk bermain bagi jurulatih ini dan bersama pasukan ini. Dua perkara yang lebih penting daripada bola keranjang ialah agama saya dan keluarga saya.”8

Jika anda fikir, “Semua ini contoh yang besar, tetapi cahaya saya kecil sahaja,” ingatlah, Juruselamat bersaksi, “Aku adalah cahaya yang harus kamu angkat.”9 Dia memperingatkan kita bahawa Dia akan angkat cahaya jika kita bawakan orang lain kepada Dia.

Anda dan saya mempunyai cukup cahaya untuk berkongsi sekarang. Kita boleh terangkan langkah seterusnya untuk menolong seseorang lebih mendekati Yesus Kristus, dan kemudian langkah seterusnya, dan seterusnya.

Tanyakan diri anda, “Siapakah yang perlukan cahaya yang anda miliki untuk mencari jalan yang mereka perlukan tetapi tidak dapat lihat?”

Rakan-rakan sekalian, mengapa menyinarkan cahaya kita begitu penting? Tuhan sudah firmankan kita bahawa “masih ada banyak lagi di atas bumi … yang hanya ditahan dari kebenaran kerana mereka tidak tahu di mana untuk menemuinya.”10 Kita boleh bantu. Kita boleh menyinarkan cahaya kita supaya orang lain boleh melihat. Kita boleh berikan satu jemputan.11 Kita boleh jalan bersama mereka yang sedang melangkah ke arah Juruselamat, walaupun mereka ragu-ragu. Kita boleh kumpulkan Israel.

Saya bersaksi Tuhan akan mengembangkan setiap usaha kecil. Roh Kudus akan membisikkan apa yang harus kita ucapkan dan lakukan. Cubaan kita mungkin memerlukan kita untuk tinggalkan zon selesa, tetapi kita boleh yakin bahawa Tuhan akan menolong kita menyinarkan cahaya.

Saya sangat bersyukur atas cahaya Juruselamat, yang terus membimbing Gereja ini melalui wahyu.

Juruselamat memegang pelita

Saya menjemput semua untuk mengikut teladan Yesus Kristus dan peka tentang orang di sekeliling kita. Cari dan doakan peluang untuk menyinarkan cahaya anda supaya orang lain boleh melihat jalan kepada Kristus. Janji-Nya hebat: “Dia yang mengikuti-ku tidak akan berjalan dalam kegelapan, tetapi akan memiliki cahaya kehidupan.”12 Saya bersaksi bahawa Juruselamat kita, Yesus Kristus ialah jalan, kebenaran, kehidupan, cahaya, dan kasih dunia. Dalam nama Yesus Kristus, amin.