Berkongsi Pesanan Pemulihan dan Kebangkitan
Pemulihan milik dunia, dan pesanannya sangat penting hari ini.
Sepanjang persidangan umum ini kita telah berucap dan menyanyi dengan kegembiraan tentang pengenapan yang dinubuat lama dahulu tentang “menjadikan semuanya baru,”1 tentang “menyatukan segala sesuatu yang telah diciptakan,”2 tentang pengembalian kegenapan injil, imamat, dan Gereja Yesus Kristus di bumi, semua di bawah tajuk “Pemulihan.”
Tetapi Pemulihan bukan hanya untuk kita sahaja. Wahyu Penglihatan Pertama bukanlah untuk Joseph Smith sahaja tetapi ditawarkan sebagai cahaya dan kebenaran kepada sesiapa yang “kurang bijaksana.”3 Kitab Mormon adalah hak milik manusia. Tatacara keselamatan dan permuliaan imamat disediakan untuk semua individu, termasuk mereka yang telah meninggal dunia. Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir dan berkat-berkatnya adalah untuk semua yang mahukannya. Kurnia Roh Kudus adalah untuk semua orang. Pemulihan milik dunia, dan pesanannya sangat penting hari ini.
“Oleh kerana itu, betapa besarnya kepentingan untuk menjadikan hal-hal ini nyata kepada penghuni-penghuni bumi, agar mereka dapat tahu bahawa tiada daging yang dapat hidup di hadirat Tuhan, kecuali melalui jasa, dan belas kasihan, dan rahmat Mesias yang Kudus, yang menyerahkan nyawa-Nya menurut keadaan daging, dan mengambilnya kembali melalui kuasa Roh, agar Dia dapat mendatangkan kebangkitan orang mati, menjadi yang pertama yang akan bangkit.”4
Dari hari adik Nabi iaitu Samuel Smith mengisi bagnya dengan salinan Kitab Mormon dan keluar untuk berkongsi, Orang Suci telah bekerja tanpa henti “untuk menjadikan hal-hal ini nyata kepada penghuni-penghuni bumi.”
Pada tahun 1920, masa itu–Elder David O. McKay dari Kuorum Dua Belas Rasul memulakan lawatan selama setahun ke misi-misi Gereja. Pada Mei 1921, dia berdiri di pemakaman kecil di Fagali’i, Samoa, di depan kubur tiga anak kecil, anak perempuan dan dua anak lelaki Thomas dan Sarah Hilton. Anak-anak kecil ini—paling sulung berusia dua tahun—mati semasa Thomas dan Sarah melayani sebagai pasangan penginjil muda pada lewat tahun 1800an.
Sebelum meninggalkan Utah, Elder McKay berjanji kepada Sarah, seorang balu, bahawa dia akan melawat kubur anak-anaknya di Samoa kerana Sarah tidak dapat kembali ke situ. Elder McKay menulis kembali kepadanya, “Sister Hilton, tiga anak kecil anda dalam cara senyap … meneruskan pekerjaan penginjil anda yang bermula hampir tiga puluh tahun yang lalu.” Kemudian dia menambah satu ayat dalam penulisannya:
Dengan tangan tersayang mata mereka tutup,
Dengan tangan tersayang badan mereka ditenteramkan,
Dengan tangan asing kubur mereka dihiaskan,
Dihormati orang asing, dan berdukacita oleh orang asing.5
Cerita ini hanyalah salah satu daripada beribu-ribu, atau ratusan ribu, yang menceritakan mengenai masa itu dan nyawa yang terkorban dalam 200 tahun yang lalu untuk berkongsi pesanan Pemulihan. Hasrat kita untuk menjangkau setiap bangsa, kaum, bahasa, dan orang tidak berkurangan hari ini, kita menyaksikan lebih daripada puluhan ribu lelaki dan perempuan muda, dan pasangan yang sedang melayan panggilan misi sepenuh masa; dan para ahli Gereja yang mengulangi jemputan Filipus untuk datang dan lihat,6 dan dengan berjuta-juta dolar yang dibelanjakan setiap tahun untuk mengekalkan usaha ini di seluruh dunia.
Walaupun jemputan kita adalah tanpa paksaan, kita berharap orang ramai akan mendapatinya menarik. Untuk itu terjadi, saya percaya terdapat sekurang-kurangnya tiga perkara yang diperlukan: pertama, kasih anda; kedua, teladan anda; dan ketiga, penggunaan Kitab Mormon.
Jemputan kita tidak boleh untuk kepentingan diri; tetapi adalah ungkapan kasih yang tidak mementingkan diri.7 Kasih ini, dikenali sebagai kasih ihsan, kasih suci Kristus. Kita dijemput, bahkan diperintahkan, untuk “berdoalah kepada Bapa dengan sekuat tenaga hati, agar [kita] boleh dipenuhi dengan kasih ini.”8
Sebagai contoh, saya berkongsi pengalaman Sister Lanett Ho Ching, kini melayan bersama suaminya, Presiden Francis Ho Ching, yang memimpin Misi Samoa Apia. Sister Ho Ching menceritakan:
“Beberapa tahun lalu, keluarga muda kami berpindah ke sebuah rumah kecil di Laie, Hawaii. Garaj rumah kami telah ditukarkan kepada pangsapuri studio, tempat seorang lelaki bernama Jonathan tinggal. Jonathan ialah jiran kami di tempat tinggal yang lain. Kami tahu ia bukan kebetulan Tuhan meletakkan kami bersama, jadi kami memutuskan untuk menjadi lebih terbuka tentang aktiviti dan keahlian kami dalam Gereja. Jonathan senang dengan persahabatan kami dan suka meluangkan masa bersama keluarga kami. Dia suka belajar tentang injil, tetapi tidak berminat untuk mengikuti Gereja.
“Jonathan mendapatkan nama panggilan ‘Uncle Jonathan’ dari anak-anak kami. Keluarga kami bertumbuh dan begitu juga dengan minat Jonathan terhadap aktiviti keluarga kami. Jemputan ke parti percutian, hari jadi, acara sekolah, dan aktiviti Gereja dan juga malam keluarga dan pembaptisan anak-anak kami.
“Satu hari saya menerima panggilan daripada Jonathan. Dia memerlukan pertolongan. Dia menghidap kencing manis dan mengalami jangkitan kaki yang teruk serta memerlukan amputasi. Keluarga kami dan ahli bahagian membantunya dalam masa sukar itu. Kami bergilir berjaga di hospital, dan berkat imamat diberikan. Semasa Jonathan berada di pusat pemulihan, dengan bantuan para saudari Lembaga Pertolongan, kami membersihkan pangsapurinya. Saudara imamat membina satu tanjakan ke jalan pintunya dan pemegang besi di tandasnya. Apabila Jonathan kembali ke rumah, dia tersentuh.
“Jonathan sekali lagi mengambil pengajaran penginjil. Seminggu sebelum Tahun Baru, dia menelefon saya dan bertanya, ‘Apa yang kamu akan lakukan pada Malam Tahun Baru?’ Saya mengingatkannya tentang parti tahunan kami. Dia membalas, ‘Saya mahu kamu datang ke pembaptisan saya! Saya mahu mulakan tahun baru ini dengan betul.’ Selepas 20 tahun ‘datang dan lihat,’ ‘datang dan bantu,’ dan ‘datang dan tinggal,’ jiwa berharga ini sedia untuk dibaptiskan.
“Pada tahun 2018, ketika kami dipanggil sebagai presiden misi, kesihatan Jonathan mula merosot. Kami merayunya untuk kekal kuat dan menunggu kami pulang. Dia hidup selama hampir satu tahun, tetapi Tuhan sedia menjemputnya pulang. Dia meninggal dunia dengan damai pada April 2019. Anak-anak perempuan saya menghadiri pengebumian ‘Uncle Jonathan’ mereka dan menyanyikan lagu sama yang kami nyanyikan di pembaptisannya.”
Saya memperkenalkan keperluan kedua untuk berkongsi pesanan Pemulihan yang berjaya dengan soalan ini: apakah yang membuat jemputan anda menarik kepada seseorang? Bukankah anda, contoh kehidupan anda? Kebanyakan yang telah mendengar dan menerima pesanan Pemulihan pada mulanya tertarik kepada apa yang mereka nampak dalam seorang ahli Gereja Yesus Kristus. Ia mungkin dalam cara mereka melayan orang lain, perkara yang mereka katakan atau tidak katakan, cara mereka mengatasi situasi yang susah, atau wajah mereka.9
Apa pun sebabnya, kita mesti memahami dan menjalani asas-asas injil yang telah dipulihkan sebaik yang mungkin untuk menjadikan jemputan kita ikhlas. Atau yang dirujuk sebagai ketulenan. Jika kasih Kristus ada pada kita, orang lain akan tahu kasih kita terhadap mereka adalah tulen. Jika cahaya Roh Kudus bersinar dalam kita, ia akan menyalakan semula Cahaya Kristus dalam diri mereka.10 Siapa diri anda akan menunjukkan ketulenan jemputan anda untuk datang dan mengalami kegembiraan kegenapan injil Yesus Kristus.
Keperluan ketiga adalah penggunaan kerap alat penukaran hati yang Tuhan sediakan untuk zaman keagamaan injil terakhir ini, iaitu Kitab Mormon. Ia ialah bukti yang boleh disentuh tentang panggilan kenabian Joseph Smith dan bukti yang meyakinkan tentang keilahian dan Kebangkitan Yesus Kristus. Penjelasan terperincinya tentang rancangan penebusan Bapa Syurgawi kita tidak ada bandingan. Apabila anda berkongsi Kitab Mormon, anda berkongsi Pemulihan.
Ketika Jason Olson masih remaja, dia diberi amaran berulang kali oleh ahli keluarga dan orang lain tentang menjadi seorang Kristian. Dia mempunyai dua kawan baik yang merupakan ahli Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, dan mereka kerap berbincang tentang agama. Kawan-kawannya, Shea dan Dave, dengan hormat membalas hujah orang lain berikan kepada Jason tentang iman dalam Yesus Kristus. Akhirnya, mereka memberi Jason sebuah Kitab Mormon dan berkata, “Kitab ini akan menjawab soalan-soalan anda. Sila bacanya.” Dengan berat hati dia menerima buku itu dan meletakkannya dalam bag untuk beberapa bulan. Dia tidak mahu meninggalkannya di rumah tempat keluarganya boleh lihat, dan dia tidak mahu mengecewakan Shea dan Dave dengan memulangkannya. Akhirnya, dia putuskan untuk membakar kitab itu.
Satu malam, dengan pemetik api di sebelah tangan dan Kitab Mormon di tangan lain, dia bersedia untuk membakar kitab itu apabila dia terdengar suara dalam mindanya yang berkata, “Jangan bakar kitab Aku.” Terkejut, dia berhenti sebentar. Mengingatkan bahawa itu adalah bayangannya, dia cuba menyalakan api lagi. Sekali lagi, suara itu datang kepada mindanya: “Pergi ke bilik kamu dan baca kitab Aku.” Jason meninggalkan pemetik api, berjalan kembali ke biliknya, membuka Kitab Mormon, dan mula membaca. Dia membaca hari demi hari, sering kali sehingga awal pagi. Apabila Jason telah selesai membaca dan berdoa, dia mencatatkan, “Saya dipenuhi dengan Roh dari kepala hingga ke kaki saya. … Saya dipenuhi dengan cahaya. … Ia adalah pengalaman yang paling menggembirakan yang saya alami dalam hidup saya.” Dia ingin dibaptiskan dan kemudian menjadi seorang penginjil.
Walaupun dengan kasih dan keikhlasan tulen, kebanyakan jemputan kita untuk berkongsi pesanan Pemulihan akan ditolak. Tetapi ingatlah: semua orang layak untuk jemputan ini—“semua adalah sama bagi Tuhan”;11 Tuhan gembira dengan setiap usaha kita, tidak kira hasilnya; jemputan yang ditolak bukanlah sebab untuk hubungan kita berakhir; dan kekurangan minat hari ini mungkin berubah kepada minat hari esok. Tidak kira apa pun, kasih kita tetap berterusan.
Janganlah kita lupa bahawa Pemulihan adalah hasil pengalaman pahit dan pengorbanan. Itu adalah perbincangan hari yang lain. Hari ini kita bergembira untuk buah Pemulihan, salah satu adalah kuasa untuk sekali lagi diikat di atas bumi dan di dalam syurga.12 Seperti dinyatakan beberapa tahun lalu oleh Presiden Gordon B. Hinckley, “Jika tidak ada hasil lain dari kesedihan dan kesakitan pemulihan selain dari kuasa pemeteraian imamat kudus untuk mengikat keluarga selama-lamanya, kuasa itu adalah berbaloi.”13
Janji terbesar Pemulihan ialah penebusan melalui Yesus Kristus. Kebangkitan Yesus Kristus adalah bukti bahawa Dia memiliki kuasa untuk menebus semua yang akan datang kepada-Nya—menebus mereka dari kesedihan, ketidakadilan, rasa menyesal, dosa, dan juga kematian. Hari ini ialah Ahad Palma; seminggu dari hari ini ialah Easter. Kita selalu ingat, penderitaan dan kematian Kristus untuk menebus dosa kita, dan kita merayakan Ahad yang paling indah, hari Tuhan bangkit dari kematian. Kerana Kebangkitan Yesus Kristus, Pemulihan mempunyai makna, kehidupan fana kita mempunyai makna, dan paling pentingnya kewujudan kita mempunyai makna.
Joseph Smith, nabi Pemulihan, memberikan kesaksian bagi zaman kita tentang Kristus hidup yang telah bangkit. “Dia hidup! Kerana kami melihat-Nya, bahkan pada tangan kanan Tuhan.”14 Dengan rendah hati saya menambah kepada kesaksian Joseph, rasul dan nabi sebelumnya serta rasul dan nabi selepasnya bahawa Yesus Nasaret ialah Mesias yang dijanjikan, Putera Tunggal Tuhan, dan Penebus semua manusia yang telah bangkit.
“Kami bersaksi bahawa mereka yang mengkaji pesanan Pemulihan dengan penuh doa dan bertindak dengan iman akan diberkati untuk memperoleh kesaksian mereka sendiri tentang ketuhanan dan matlamatnya untuk menyediakan dunia bagi Kedatangan Kedua Tuhan dan Juruselamat kita Yesus Kristus.”15 Kebangkitan Kristus menjadikan janji-janji-Nya pasti. Dalam nama Yesus Kristus, amin.