Dalam Hati Kita
Tuhan sedang cuba membantu kita semua—membawa injil-Nya ke dalam hati kita dengan lebih mendalam.
Saudara dan saudari, betapa indahnya zaman yang kita hidup ini. Ketika kita meraikan permulaan Pemulihan, ia juga sesuai untuk meraikan Pemulihan berterusan yang sedang kita saksikan. Saya bersukacita bersama anda kerana hidup pada zaman ini. 1 Tuhan terus menyediakan, melalui nabi-nabi-Nya, semua yang diperlukan untuk membantu kita bersedia untuk menerima-Nya. 2
Salah satu perkara yang diperlukan itu ialah inisiatif baharu Kanak-kanak dan Remaja. Banyak dari anda mengenali penekanan program ini dalam menetapkan matlamat, lambang penyertaan baru, dan persidangan Untuk Kekuatan Remaja. Tetapi kita harus tidak membiarkan perkara-perkara itu mengaburi pandangan kita mengenai asas-asas yang di atasnya program ini dibina dan tujuannya: untuk membantu membawa injil Yesus Kristus ke dalam hati anak-anak dan remaja kita. 3
Saya percaya ketika kita melihat asas-asas ini dengan lebih jelas, kita akan memandang ini lebih daripada program untuk para ahli yang berumur 8 ke 18. Kita akan melihat bagaimana Tuhan sedang cuba membantu kita semua—membawa Injil-Nya ke dalam hati kita dengan lebih mendalam. Saya berdoa agar Roh Kudus akan membantu kita belajar bersama.
Hubungan—“Berada bersama Mereka” 4
Asas pertama ialah hubungan. Oleh kerana perhubungan ialah bahagian Gereja Yesus Kristus yang begitu biasa, kita kadangkala lupa kepentingannya dalam perjalanan berterusan kita ke Kristus. Kita tidak diminta mencari atau berjalan di jalan perjanjian sendiri. Kita perlu kasih dan sokongan dari ibu bapa, ahli keluarga yang lain, kawan, dan pemimpin yang juga berjalan di jalan itu.
Perhubungan sebegini mengambil masa. Masa untuk diluangkan bersama. Masa untuk ketawa, main, belajar dan melayani bersama. Masa untuk menghargai minat dan cabaran satu sama lain. Masa untuk menjadi terbuka dan jujur ketika kita berusaha menjadi lebih baik bersama. Hubungan-hubungan ini merupakan salah satu tujuan utama untuk berkumpul sebagai keluarga, kuorum, kelas dan jemaah. Hubungan ini ialah dasar pelayanan yang berkesan. 5
Elder Dale G. Renlund memberi kita kunci mengembangkan hubungan-hubungan ini bila dia mengatakan: “Untuk melayani orang lain dengan berkesan, kita perlu melihat mereka … melalui mata Bapa Syurgawi. Hanyalah dengan itu kita boleh mula memahami nilai sebenar suatu jiwa. Hanyalah dengan itu kita boleh rasa kasih yang Bapa Syurgawi mempunyai untuk semua anak-Nya.” 6
Melihat orang lain seperti Tuhan melihat mereka ialah satu kurnia. Saya menjemput kita semua untuk mencari kurnia ini. Ketika mata kita dibuka untuk melihat, 7 kita akan juga dapat membantu orang lain melihat diri mereka seperti Tuhan melihat mereka. 8 Presiden Henry B. Eyring menekankan kuasa ini bila dia berkata: “Apa yang akan menjadi terpenting ialah apa yang [orang lain] belajar dari [anda] mengenai siapa mereka sebenarnya dan apa yang mereka betul-betul dapat menjadi. Saya rasa mereka tidak akan belajar ini dari kuliah. Mereka akan belajar dari merasakan siapa anda, tanggapan anda terhadap mereka, dan siapa yang anda fikir mereka boleh menjadi.” 9 Membantu orang lain memahami identiti dan tujuan mereka yang benar merupakan salah satu hadiah besar yang kita dapat berikan. 10 Melihat orang lain dan diri kita sendiri seperti Tuhan melihat kita mengait hati kita “bersama dalam perpaduan dan kasih.” 11
Dengan kekuasaan duniawi yang semakin besar menarik kita, kita perlu kekuatan yang datang dari perhubungan penuh kasih. Jadi ketika kita merancangkan aktiviti, mesyuarat, dan perkumpulan yang lain, mari kita ingat tujuan utama perkumpulan ini ialah untuk membina hubungan penuh kasih yang menyatukan kita dan membantu membawa Injil Yesus Kristus lebih mendalam di dalam hati kita. 12
Wahyu, Hak Pilihan, dan Pertaubatan—“Menghubungkan Mereka dengan Syurga” 13
Sememangnya dikaitkan bersama tidaklah cukup. Terdapat banyak kumpulan dan organisasi yang mencapai perpaduan atas banyak sebab. Tetapi perpaduan yang kita cari ialah untuk menjadi satu di dalam Kristus, untuk mengaitkan diri kita dengan Dia. 14 Untuk mengaitkan hati kita dengan syurga, kita perlu pengalaman-pengalaman rohani yang peribadi. 15 Pengalaman begitu datang ketika Roh Kudus membawa firman dan kasih Tuhan kepada fikiran dan hati kita. 16
Wahyu ini datang melalui tulisan suci, terutamanya Kitab Mormon; melalui kata-kata yang diilhamkan dari nabi-nabi hidup dan pengikut-pengikut beriman yang lain; dan melalui suara yang diam dan kecil. 17 Kata-kata ini merupakan lebih daripada dakwat di surat, bunyi di dalam telinga kita, fikiran dalam minda kita, atau perasaan dalam hati kita. Firman Tuhan adalah kuasa rohani. 18 Ia adalah kebenaran dan cahaya. 19 Ia adalah cara yang kita mendengar Dia! Firman memulakan dan mempertingkatkan iman kita kepada Kristus dan mengembangkan keinginan di dalam kita untuk menjadi lebih seperti Juruselamat—iaitu untuk bertaubat dan berjalan di jalan perjanjian. 20
April yang lalu, Presiden Russell M. Nelson membantu kita faham peranan pertaubatan dalam perjalanan ini yang penuh wahyu. 21 Dia berkata: “Apabila kita memilih untuk bertaubat, kita memilih untuk berubah! Kita membenarkan Juruselamat untuk mengubah kita menjadi versi diri yang terbaik. … Kita memilih untuk menjadi lebih seperti Yesus Kristus!” 22 Proses perubahan ini, yang disebabkan oleh firman Tuhan, ialah bagaimana kita dihubungkan dengan syurga.
Dasar jemputan pertaubatan Presiden Nelson ialah asas hak pilihan. Kita mesti memilih pertaubatan untuk diri kita sendiri. Injil tidak boleh dipaksa ke dalam hati kita. Seperti Elder Renlund mengatakan, “Matlamat Bapa Syurgawi dalam keibubapaan bukanlah untuk anak-anak-Nya melakukan apa yang betul; ia adalah supaya anak-anak-Nya memilih untuk melakukan apa yang baik.” 23
Dalam program yang diganti dengan Kanak-kanak dan Remaja, terdapat lebih daripada 500 syarat lain untuk dipenuhi untuk terima pelbagai pengiktirafan. 24 Hari ini, terdapat satu sahaja. Ia merupakan jemputan memilih untuk menjadi seperti Juruselamat. Kita melakukan ini dengan menerima firman Tuhan melalui Roh Kudus dan dengan membiarkan Kristus untuk mengubah kita menjadi versi terbaik diri kita.
Ini jauh lebih daripada latihan dalam penetapan matlamat atau memperbaiki diri. Matlamat-matlamat merupakan alat yang membantu kita bersambung dengan syurga melalui wahyu, hak pilihan, dan pertaubatan—untuk datang kepada Kristus dan terima Injil-Nya lebih mendalam di dalam hati kita.
Penglibatan dan Pengorbanan—“Benarkan Mereka Memimpin” 25
Akhirnya, untuk membawa Injil Yesus Kristus mendalam di dalam hati kita, kita perlu melibatkan diri dalamnya—untuk memberi masa dan bakat kepadanya, untuk mengorbankan baginya. 26 Kita semua inginkan kehidupan penuh makna, dan ini terutamanya benar bagi generasi membangun. Mereka hasratkan sebuah tujuan.
Injil Yesus Kristus adalah tujuan terbesar di dunia. Presiden Ezra Taft Benson berkata: “Kita diperintah oleh Tuhan untuk membawa injil ini kepada seluruh dunia. Itulah tujuan yang mesti menyatukan kita hari ini. Hanya injil akan menyelamatkan dunia dari malapetaka pemusnahan sendirinya. Hanya Injil akan menyatukan lelaki [dan wanita] dari semua bangsa dan kewarganegaraan dalam kedamaian. Hanya injil akan membawa kegembiraan, kebahagiaan, dan keselamatan kepada keluarga manusia.” 27
Elder David A. Bednar menjanjikan, “Ketika kita memperkuatkan para remaja dengan menjemput dan membiarkan mereka untuk bertindak, Gereja akan maju dalam cara yang penuh mukjizat.” 28 Kita telah tidak cukup menjemput dan membiarkan para remaja untuk berkorban untuk tujuan besar Kristus ini. Elder Neal A. Maxwell mengatakan, “Jika remaja [kita] tidak cukup dicabar [oleh pekerjaan Tuhan], mereka mungkin akan diatasi oleh dunia.” 29
Program Kanak-Kanak dan Remaja memberi tumpuan dalam memperkuatkan remaja. Mereka pilih matlamat mereka sendiri. Presidensi kuorum dan kelas diletakkan dalam peranan mereka yang sesuai. Majlis remaja bahagian, seperti majlis bahagian, memberi tumpuan pada pekerjaan penyelamatan dan permuliaan. 30 Kuorum dan kelas memulakan mesyuarat mereka dengan berbincang bagaimana melakukan pekerjaan yang Tuhan telah diberikan. 31
Presiden Nelson berkata kepada remaja Gereja: “Jika anda memilihnya, jika anda ingin, … anda boleh menjadi bahagian sesuatu yang besar, sesuatu yang hebat, sesuatu yang megah! … Anda di kalangan paling baik yang Tuhan pernah hantar ke dunia ini. Anda mempunyai kebolehan untuk menjadi lebih pintar dan bijak dan meninggalkan kesan yang lebih besar di dunia daripada generasi apa pun yang lain!” 32 Pada masa yang lain, Presiden Nelson memberitahu remaja: “Saya mempunyai keyakinan penuh di dalam anda. Saya mengasihi anda, dan Tuhan pun mengasihi anda. Kita adalah umat-Nya, terlibat bersama dalam pekerjaan kudus-Nya.” 33 Para remaja, adakah anda dapat rasa kepercayaan yang Presiden Nelson ada terhadap anda dan betapa pentingnya anda dalam pekerjaan ini?
Para ibu bapa dan pemimpin dewasa, saya menjemput anda untuk melihat para remaja seperti Presiden Nelson melihat mereka. Apabila remaja rasa kasih dan kepercayaan anda, apabila anda menggalakkan dan mengajar mereka bagaimana untuk memimpin—dan membiarkan mereka memimpin—mereka akan mengagumkan anda dengan wawasan, kebolehan, dan tekad mereka kepada injil. 34 Mereka akan rasa kegembiraan memilih melibatkan diri dalam dan berkorban untuk tujuan Kristus. Injil-Nya akan lebih mendalam di dalam hati mereka, dan pekerjaan akan maju dalam cara yang penuh mukjizat.
Janji dan Kesaksian
Saya berjanji, ketika kita memberi tumpuan pada asas-asas ini—hubungan, wahyu, hak pilihan, pertaubatan, dan berkorban—Injil Yesus Kristus akan lebih mendalam di dalam hati kita semua. Kita akan melihat Pemulihan maju ke tujuannya terakhir, iaitu penebusan Israel dan penubuhan Sion, 35 di mana Kristus akan memerintah sebagai Raja segala raja.
Saya bersaksi bahawa Tuhan terus melakukan semua yang perlu untuk menyediakan umat-Nya untuk hari itu. Semoga kita melihat tangan-Nya dalam pekerjaan yang mulia ini semasa kita semua berusaha untuk “datang kepada Kristus, dan disempurnakanlah di dalam Dia.” 36 Dalam nama Yesus Kristus, amin.