Sorakan Hosana
Sekarang, saudara dan saudari yang dikasihi, untuk memperingati Penglihatan Pertama Joseph Smith tentang Bapa dan Putera, kami merasakan ia sesuai untuk bersukacita bersama dengan melakukan Sorakan Hosana.
Sorakan kudus ini pertama kali diberikan dalam zaman keagamaan ini di pembaktian Bait suci Kirtland pada 27 Mac, 1836. Ia kini ia diberikan pada pembaktian setiap bait suci. Ia adalah penghormatan kudus kepada Bapa dan Putera, melambangkan reaksi orang ramai ketika Juruselamat membuat kemasukan kemenangan-Nya ke Yerusalem. Ia juga mengesahkan semula apa Joseph yang muda alami di Sacred Grove pada hari itu—iaitu, Bapa dan Putera adalah dua Makhluk yang dimuliakan, yang kita sembah dan puji.
Sekarang saya akan menunjukkan bagaimana Sorakan Hosana diberikan. Apabila saya lakukannya, saya menjemput rakan-rakan kami di media untuk melayani pemeliharaan yang sangat kudus ini dengan maruah dan hormat.
Setiap orang yang sertai ambil sapu tangan putih yang bersih, pegangkannya dengan satu sudut, dan lambaikannya sambil berkata bersama, “Hosana, Hosana, Hosana kepada Tuhan dan Domba,” ulangkan tiga kali, dikuti dengan “Amin, Amin, dan Amin.” Jika anda tiada sapu tangan putih, anda boleh melambaikan tangan anda.
Saudara dan saudari, saya sekarang jemput anda untuk berdiri dan sertai dalam Sorakan Hosana, diikuti dengan “Lagu Hosanna” dan “Roh Tuhan”1 yang akan dinyanyikan.
Dengan isyarat daripada pemimpin lagu, sila sertai dalam menyanyi “Roh Tuhan.”
Hosana, Hosana, Hosana, kepada Tuhan dan Anak Domba.
Hosana, Hosana, Hosana, kepada Tuhan dan Anak Domba.
Hosana, Hosana, Hosana, kepada Tuhan dan Anak Domba.
Amin, Amin dan Amin.