Persidangan Umum
Penggenapan Nubuat
Persidangan Umum April 2020


Penggenapan Nubuat

Terdapat banyak nubuat yang telah digenapi oleh Pemulihan kegenapan injil Yesus Kristus.

Saudara dan saudari yang dikasihi, saya berbesar hati untuk berucap pada persidangan umum bersejarah ini yang memperingati Penglihatan Pertama Joseph Smith tentang Tuhan Bapa dan Putera-Nya, Yesus Kristus, tanpa keraguan, di Sacred Grove. Penglihatan itu adalah permulaan indah untuk Pemulihan injil dan semua yang terjadi selepasnya, dari Kitab Mormon kepada kembalinya kuasa dan kunci imamat, organisasi Gereja Tuhan yang benar, bait suci Tuhan, dan para nabi dan rasul yang memimpin pekerjaan di zaman akhir ini.

Dengan cara ilahi, nabi-nabi zaman kuno, apabila didorong oleh Roh Kudus, menubuatkan Pemulihan dan apa yang akan terjadi di zaman kita, zaman keagamaan terakhir dan kegenapan zaman. Kerja “jiwa yang mengilhami” para pelihat awal.1 Melalui generasi masa, mereka meramal, bermimpi, melihat, dan bernubuat masa depan kerajaan Tuhan di bumi, yang Yesaya panggil “suatu pekerjaan yang menakjubkan dan suatu keajaiban.”2

Terdapat banyak nubuat yang telah digenapi oleh Pemulihan kegenapan injil Yesus Kristus, termasuklah Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir. Hari ini, saya akan menekankan beberapa kegemaran saya. Ini telah diajarkan kepada saya oleh pengajar Sekolah Primer saya dan ibu saya yang soleh.

Imej
Daniel dalam kandang singa

Daniel, yang menghindari dari dimakan singa dengan imannya kepada Tuhan Yesus Kristus dan perantaraan malaikat Tuhan yang melayani, adalah orang yang telah melihat zaman kita dalam penglihatan. Mentafsirkan mimpi untuk Raja Nebukadnezzar orang Babilonia, Daniel menubuatkan Gereja Tuhan akan bangkit pada zaman akhir sebagai batu kecil “jatuh dari tebing dengan sendirinya.”3 “Dengan sendirinya,” bermaksud dengan campur tangan ilahi, Gereja Tuhan akan bertambah sehingga ia mengisi seluruh bumi “yang kekal … memerintah selama-lamanya.”4

Imej
Daniel mentafsirkan mimpi

Ini adalah kesaksian mendalam bahawa kata-kata Daniel digenapi semasa para ahli Gereja, dari seluruh dunia, sedang menonton dan mendengar persidangan hari ini.

Rasul Paulus yang setia menggambarkan “tiba masanya … menjadikan semuanya baru … [sejak] zaman dahulu.”5 Rasul Paulus berkata yang dalam kegenapan zaman, Tuhan akan “menyatukan segala sesuatu … dengan Kristus,”6 “Kristus Yesus sebagai batu asasnya.”7 Saya merasakan nubuat tersebut begitu kuat ketika saya mengambil bahagian dalam pembaktian Bait Suci Roma Itali. Semua nabi dan rasul berada di sana memberikan kesaksian tentang Yesus Kristus, Penebus dunia, seperti Petrus dan Paulus. Gereja adalah contoh benar dari pemulihan itu, dan para ahli kita adalah saksi-saksi nubuat ilahi yang dahulu itu.

Imej
Para Nabi dan Rasul di Bait suci Italia Roma

Yusuf dari Mesir bernubuat yang pada zaman akhir: “Seorang pelihat akan Tuhanku bangkitkan, yang akan menjadi seorang pelihat pilihan bagi buah auratku.”8 “Kerana dia akan melaksanakan kerja [Tuhan].”9 Joseph Smith, nabi Pemulihan, adalah pelihat itu.

Yohanes Pewahyu menubuatkan seorang malaikat daripada Maha Kuasa membawa unsur penting Pemulihan dengan kata-kata ini: “Kemudian aku nampak satu lagi malaikat terbang tinggi di angkasa. Dia membawa berita baik yang kekal untuk diisytiharkan kepada manusia di bumi, iaitu kepada semua bangsa, suku, bahasa, dan negara.”10 Moroni ialah malaikat tersebut. Dia nampak zaman kita seperti yang dicatatkan dalam Kitab Mormon. Dalam kemunculan berulang-kali, dia mempersiapkan Joseph Smith untuk pelayanannya, termasuk terjemahan Kitab Mormon: Satu Lagi Kesaksian Tentang Yesus Kristus.

Imej
Moroni muncul kepada Joseph Smith

Nabi-nabi lain bernubuat tentang zaman kita. Maleakhi berkata tentang Elia menyebabkan “bapa dan anak bersatu hati.”11 Elia telah datang dan kerana itu, kita mempunyai 168 bait suci di seluruh bumi hari ini. Setiap bait suci berkhidmat bagi ahli yang layak yang membuat perjanjian kudus dan menerima tatacara yang diberkati bagi pihak mereka dan nenek moyang mereka yang telah mati. Pekerjaan kudus ini yang digambarkan oleh Maleakhi adalah “utama di dalam rancangan Pencipta demi takdir ilahi yang abadi bagi anak-anak-Nya.”12

Kita hidup pada masa yang dinubuatkan tersebut; kita bertanggungjawab untuk menyambut Kedatangan Kedua Yesus Kristus; kita akan mengumpulkan anak-anak Tuhan, mereka yang akan mendengar dan menerima kebenaran, perjanjian, dan janji-janji injil kekal. Presiden Nelson memanggilnya “cabaran terbesar, tujuan terbesar, dan pekerjaan terbesar di bumi hari ini.”13 Saya bersaksi atas mukjizat tersebut.

Imej
Pembaktian Bait suci Durban Afrika Selatan

Melalui tugasan daripada Presiden Russell M. Nelson, pada bulan Februari tahun ini, saya membaktikan Bait Suci Durban Afrika Selatan. Ia adalah hari yang saya akan ingat sepanjang hidup saya. Saya bersama para ahli yang datang kepada injil seperti yang dinubuatkan oleh Yeremia yang dahulu—“seorang dari setiap kota, dan dua orang daripada setiap puak.”14 Ajaran Yesus Kristus menyatukan kita semua—seluruh dunia—sebagai anak lelaki dan perempuan Tuhan, sebagai saudara dan saudari dalam injil. Tak kira bagaimana rupa atau pakaian kita, kita adalah satu dengan Bapa di Syurga yang merancang dari awal untuk keluarganya disatukan kembali dengan membuat dan mematuhi perjanjian kudus.

Nabi Joseph bernubuat kepada para pemegang imamat berkumpul di Kirtland, Ohio, pada tahun 1834, “Hanya kumpulan kecil Imamat yang kamu lihat pada malam ini, tetapi Gereja ini akan mengisi Amerika Utara dan Selatan—ia akan mengisi dunia.”15

Beberapa tahun kebelakangan ini, saya telah mengembara ke seluruh dunia untuk berjumpa dengan para ahli Gereja. Saudara-saudara saya di Kuorum Dua Belas mempunyai tugas yang sama. Namun, siapa yang boleh mengikuti jadual nabi kita yang dikasihi, Presiden Nelson, yang pada dua tahun pertama sebagai Presiden Gereja telah pergi bertemu dengan para Orang Suci di 32 negara dan wilayah Amerika Syarikat16 untuk bersaksi tentang Kristus yang hidup.

Saya masih ingat apabila saya menerima panggilan misi saya sebagai remaja putera. Saya mahu melayani di Jerman, seperti ayah, abang, dan abang ipar saya. Saya bergegas ke peti surat dan membuka panggilan saya tanpa menunggu sesiapa pulang ke rumah. Saya membaca yang saya telah dipanggil ke Misi Negeri Timur di Kota New York. Saya kecewa, jadi saya masuk ke rumah dan membuka kitab suci saya untuk kelegaan. Saya mula membaca dalam Ajaran dan Perjanjian: “Lihatlah, dan tengoklah, Aku mempunyai banyak orang di tempat ini, di wilayah-wilayah sekitarnya; dan sebuah pintu jalan akan dibukakan di wilayah sekitarnya di negeri sebelah timur ini.”17 Nubuat itu, yang diberikan kepada Nabi Joseph Smith pada tahun 1833, adalah wahyu kepada saya. Saya tahu yang saya telah dipanggil untuk misi di mana Tuhan mahu saya melayani. Saya mengajar Pemulihan dan permulaannya yang dramatik ketika Bapa Syurgawi berbicara kepada Joseph Smith dan berkata, “Inilah Putera-Ku yang Kukasihi. Dengarkanlah Dia!”18

Nubuat Yesaya yang penting kepada Gereja, lebih daripada 700 tahun sebelum kelahiran Yesus Kristus: “Pada masa hadapan bukit tempat Rumah Tuhan akan menjadi bukit yang tertinggi, … Semua bangsa akan berduyun-duyun ke sana.”19

Dalam fikiran saya hari ini, saya menggambarkan berjuta-juta ahli dan rakan-rakan kita yang berhubung dengan persidangan ini secara elektronik melalui televisyen, Internet, atau cara lain. Kita semua sedang duduk seperti “[di] bukit yang tertinggi.”20 Brigham Young yang berkata nubuat ini “Inilah tempat yang benar.”21 Para orang Suci, beberapa daripada mereka adalah nenek moyang perintis saya, bekerja untuk menubuhkan Sion di Gunung Rocky “melalui kehendak dan kesenangan Dia yang menentukan negara-negara di bumi.”22

Imej
Bait Suci Salt Lake semasa Olimpik pada tahun 2002

Saya berdiri hari ini di atas tanah kudus yang telah menarik berjuta-juta pelawat. Pada tahun 2002, Salt Lake City menganjurkan Sukan Olimpik Musim Sejuk. Tabernacle Choir telah menyanyi pada upacara pembukaan, dan Gereja menawarkan konsert dan program untuk tetamu dan peserta dari banyak negara. Saya akan selalu ingat melihat bait suci di latar belakang siaran berita malam di seluruh dunia.

Imej
Para pemimpin Gereja dan NAACP

Selama bertahun-tahun, presiden Amerika Syarikat, raja, hakim, perdana menteri, duta besar, dan pegawai dari banyak negara telah datang ke Salt Lake City dan bertemu dengan pemimpin kita. Presiden Nelson menjadi mengalu-alukan para pemimpin National Association for the Advancement of Colored People (Persatuan Kebangsaan untuk Kemajuan Orang Afrika), sebuah organisasi Amerika Syarikat yang komited kepada hak yang sama tanpa diskriminasi berdasarkan kaum. Saya ingat berdiri sebelah dengan para pemimpin ini semasa Presiden Nelson menyertai mereka dalam menyeru lebih ketertiban dan keharmonian kaum di dunia.23

Banyak lagi yang telah datang ke Temple Square dan bertemu dalam majlis dengan para pemimpin Gereja. Contohnya, pada tahun lalu ini, untuk menamakan beberapa, kami mengalu-alukan United Nations 68th Civil Society Conference (Persidangan Masyarakat Awam Pertubuhan Bangsa Bersatu Ke-68), satu perhimpunan global, dan yang pertama di luar Kota New York. Kami telah bertemu dengan Vietnam’s Committee for Religious Affairs (Jawatankuasa Vietnam untuk Hal Ehwal Agama) dan duta besar dari Cuba, Filipina, Argentina, Romania, Sudan, Qatar, dan Arab Saudi. Kami juga telah mengalu-alukan setiausaha umum Muslim World League (Liga Dunia Islam).

Apa yang saya gambarkan adalah kegenapan nubuat Yesaya bahawa pada zaman akhir, bangsa-bangsa akan mengalir ke “bukit tempat Rumah Tuhan”24 Bait Suci Salt Lake yang hebat terletak di tengah keagungan dan kemuliaan itu.

Imej
Puncak menara Bait Suci Salt Lake

Bukan landskap yang telah menarik orang, walaupun persekitarannya luar biasa; ia adalah intipati agama murni yang ditunjukkan dalam roh, pertumbuhan, kebaikan, dan kemurahan hati Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir dan para ahlinya; kasih kita seperti Tuhan mengasihi dan komitmen kita terhadap tujuan yang lebih tinggi, yang Joseph Smith panggil, “tujuan Kristus.”25

Kita tidak tahu bila Juruselamat akan kembali, tetapi kita tahu ini. Kita mesti bersedia dalam hati dan fikiran, layak untuk menerima Dia, dan bangga menjadi sebahagian dari semua yang telah dinubuatkan sejak dahulu lagi.

Saya bersaksi yang Presiden Russell M. Nelson adalah nabi Tuhan di bumi, dan di sisinya adalah Rasul-rasul yang dipanggil Tuhan, disokong sebagai nabi, pelihat, dan pewahyu. Dan, saudara dan saudari yang dikasihi, Pemulihan diteruskan.

Saya tutup dengan nubuat Joseph Smith, kata-kata yang saya bersaksi adalah benar: “Tiada tangan boleh menghentikan pekerjaan dari maju ke depan; penganiayaan boleh marah, perusuh boleh bergabung, tentera boleh berkumpul, pemfitnahan boleh memfitnah, tetapi kebenaran Tuhan akan terus maju ke hadapan dengan berani, mulia, dan berdikari, sehingga ia telah menembusi setiap benua, melawat setiap cuaca, menyapu setiap negara, dan didengari setiap telinga, sehingga tujuan Tuhan akan dicapai, dan Yehovah akan mengatakan pekerjaan itu selesai.”26 Saya juga bersaksi yang nubuat Joseph Smith sedang digenapi.

Saya berjanji apabila anda mengikut nasihat yang diilhami oleh nabi kita yang dikasihi, Presiden Russell M. Nelson, para penasihatnya, Rasul-rasul, dan para pemimpin Gereja yang lain, dan ketika anda memperhatikan para nabi kuno yang diramalkan zaman kita, anda akan dipenuhi, dalam hati dan jiwa anda, dengan roh dan pekerjaan Pemulihan. Saya berjanji anda akan melihat tangan Tuhan dalam hidup anda, mendengar dorongan-Nya, dan merasakan kasih-Nya. Dalam nama Yesus Kristus, dengan rasa kesyukuran atas Pemulihan injil-dan Gereja-Nya, sebagai bukti kasih-Nya yang tiada bandingnya, amin.

Cetak