Perjanjian Baru 2023
17–23 Julai. Kisah Rasul-Rasul 10–15: “Firman Tuhan Semakin Tersebar Luas”


“17–23 Julai. Kisah Rasul-Rasul 10–15: ‘Firman Tuhan Semakin Tersebar Luas,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2023 (2022)

“17–23 Julai. Kisah Rasul-Rasul 10–15,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2023

Imej
Petrus sedang bercakap dengan Kornelius

17–23 Julai

Kisah Rasul-Rasul 10–15

“Firman Tuhan Semakin Tersebar Luas”

Kaji Kisah Rasul-Rasul 10–15 dengan penuh doa, fikirkan tentang kanak-kanak dalam kelas anda. Apakah yang anda temui dalam bab ini yang anda terilham untuk ajarkan kepada kanak-kanak?

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Untuk membantu kanak-kanak kongsi perkara yang mereka belajar dan alami, anda boleh minta mereka untuk kongsi perkara-perkara yang mereka lakukan untuk tunjukkan mereka percaya kepada Yesus Kristus.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Kisah Rasul-Rasul 10:34–35

Bapa Syurgawi Mengasihi semua anak-Nya.

Kebenaran asas yang bahkan kanak-kanak kecil boleh faham ialah setiap orang adalah anak Tuhan dan Dia mengasihi semua anak-Nya.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan gambar Kristus dan Anak-anak Di Serata Dunia (Buku Seni Injil, no. 116) semasa anda membaca Kisah Rasul-Rasul 10:34–35. Jelaskan bahawa pada zaman Petrus sesetengah orang percaya bahawa berkat-berkat injil bukan untuk semua orang. Tetapi Petrus pelajari bahawa Tuhan mengasihi semua anak-Nya dan Dia mahu mereka semua mempelajari injil.

  • Jemput kanak-kanak melukis satu gambar diri sendiri. Semasa mereka berkongsi gambar mereka, bincangkan sesuatu yang anda suka tentang setiap kanak-kanak. Kongsi kesaksian bahawa Bapa Syurgawi mengasihi mereka semua dan semua anak-Nya, tidak kira wajah mereka atau dari mana mereka datang.

  • Nyanyi bersama kanak-kanak lagu tentang mengasihi orang lain—contohnya, “Aku Akan Menolongmu” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 78). Jemput kanak-kanak untuk berkongsi cara-cara mereka boleh tunjukkan kasih kepada semua orang, seperti yang Yesus lakukan.

  • Tunjuk pada setiap kanak-kanak satu demi satu dan kata, “Bapa Syurgawi mengasihi [nama].” Minta kanak-kanak bergilir menunjuk pada satu sama lain dan sebut frasa-ini.

Kisah Rasul-Rasul 11:26

Saya seorang penganut Kristian kerana saya percaya dan mengikuti Yesus Kristus.

Bagaimanakah anda akan membantu kanak-kanak mempelajari makna menjadi seorang Kristian?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca Kisah Rasul-Rasul 11:26 kepada kanak-kanak, dan jemput mereka untuk berdiri apabila mereka mendengar anda menyebut perkataan Kristian. Tanya mereka apakah pendapat mereka tentang makna menjadi seorang Kristian. Jelaskan bahawa seseorang yang percaya dan mengikuti Yesus Kristus dipanggil Kristian, jadi, kita ialah Kristian.

  • Nyanyi bersama kanak-kanak lagu tentang mengikuti Yesus Kristus, seperti “Gereja Yesus Kristus” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 48). Bagaimanakah kita dapat tunjukkan kita adalah pengikut Yesus Kristus dan ahli Gereja-Nya? Bantu kanak-kanak fikirkan perkara yang mereka boleh lakukan untuk mengikuti Yesus di rumah, di sekolah, dan di tempat lain.

Imej
wanita dan budak perempuan berdoa

Bapa Syurgawi mengasihi kita dan akan menjawab doa-doa kita.

Kisah Rasul-Rasul 12:1–17

Bapa Syurgawi mendengar dan menjawab doa-doa.

Laporan malaikat membebaskan Petrus dari penjara ajarkan bahawa Bapa Syurgawi menjawab doa.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak melakonkan laporan Petrus dibebaskan dari penjara dalam Kisah Rasul-Rasul 12:1–17 semasa anda merumuskan cerita itu. Bagaimana Bapa Syurgawi menjawab doa-doa mereka yang berdoa untuk Petrus?

  • Nyanyikan sebuah lagu tentang doa—contohnya, “Kita Tundukkan Kepala” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 18)—dan cadangkan tindakan untuk ikuti kata-kata yang boleh membantu kanak-kanak belajar cara berdoa. Jemput kanak-kanak untuk berkongsi contoh-contoh perkara yang mereka boleh bersyukur kepada Bapa Syurgawi dan contoh-contoh perkara yang mereka boleh tanya Dia dalam doa.

  • Tunjukkan gambar orang yang sedang berdoa (lihat, contohnya, Buku Seni Injil, no. 111–12) semasa anda berkongsi pengalaman apabila Bapa Syurgawi menjawab doa anda.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Kisah Rasul-Rasul 10:34–35; 15:6–11

“Tuhan memperlakukan semua orang dengan sama rata.”

Kanak-kanak yang anda ajar perlu faham bahawa Bapa Syurgawi mengasihi semua anak-Nya, tidak kira wajah mereka, dari mana mereka datang, atau pilihan yang mereka buat.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tanya kanak-kanak jika mereka boleh tahu tentang seseorang atau meneka dari mana orang itu datang dengan hanya memandang orang itu. Menurut Kisah Rasul-Rasul 10:35, bagaimana Tuhan putuskan jika seorang “diterima oleh Tuhan”?

  • Baca Kisah Rasul-Rasul 10:34–35; 15:6–11 bersama kanak-kanak. Jelaskan bahawa pada zaman Petrus, orang Yahudi percaya bahawa Tuhan tidak menerima orang yang bukan orang Yahudi (mereka dipanggil bangsa bukan Israel). Tetapi Tuhan ajar Petrus bahawa Tuhan mengasihi semua anak-Nya, orang Yahudi dan orang bukan Israel. Nyanyi bersama “Aku Anak Tuhan” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 2). Jemput kanak-kanak untuk menggantikan nama satu sama lain dengan perkataan seperti Aku.

  • Jemput kanak-kanak untuk berkongsi sesuatu yang unik tentang seseorang dalam kelas. Jelaskan bahawa “Tuhan memperlakukan semua orang dengan sama rata” bererti Bapa Syurgawi mengasihi semua anak-Nya, dan kerana Dia mengasihi mereka, Dia hendak semua anak-Nya belajar injil.

Kisah Rasul-Rasul 11:26

Seorang Kristian ialah seorang yang percaya dan mengikuti Yesus Kristus.

Bagaimana anda boleh bantu kanak-kanak faham bahawa kata-kata dan tindakan mereka tunjukkan bahawa mereka adalah orang Kristian?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak membaca Kisah Rasul-Rasul 11:26; 3 Nefi 27:3–8; dan Ajaran dan Perjanjian 115:4. Tuliskan Kristian pada papan tulis dan gariskan bahagian yang berkata “Kris(tus).” Minta kanak-kanak berkongsi makna menjadi seorang Kristian.

  • Minta kanak-kanak untuk berkongsi nama-nama kumpulan berbeza yang mereka tergolong, seperti keluarga atau negara mereka. Jemput mereka untuk berkongsi sebab-sebab mereka bersyukur untuk menjadi seorang Kristian dan ada keahlian dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir. Bagaimana kita boleh tunjukkan orang lain bahawa kita ialah Kristian?

  • Paparkan beberapa objek atau gambar yang mewakili kebenaran yang unik bagi Gereja Yesus Kristus, seperti gambar pemulihan imamat (lihat Buku Seni Injil, no. 93–94). Minta seorang kanak-kanak pilihkan satu benda atau gambar dan huraikan bagaimana kebenaran itu satu berkat dalam Gereja kita. Jelaskan bahawa walaupun orang-orang Kristian di seluruh dunia berasal dari gereja yang berbeza, kita ialah ahli Gereja yang ditubuhkan oleh Yesus Kristus pada bumi ini.

  • Jemput kanak-kanak untuk menulis atau melukis perkara yang mereka boleh lakukan untuk menjadi orang Kristian sejati.

Kisah Rasul-Rasul 12:1–17

Apabila saya berdoa dengan beriman, Bapa Syurgawi akan jawab.

Renungkan masa apabila Bapa Syurgawi menjawab doa anda. Bagaimana anda boleh gunakan pengalaman-pengalaman ini untuk mengajar kanak-kanak bahawa Bapa Syurgawi akan dengar dan jawab doa mereka dengan cara-Nya dan pada waktu-Nya?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk melakonkan cerita malaikat membebaskan Petrus dari penjara sementara seorang lagi kanak-kanak membaca cerita dalam Kisah Rasul-Rasul 12:1–17.

  • Tanya kanak-kanak apakah makna “tekun berdoa” (Kisah Rasul-Rasul 12:5). Bagaimana doa orang-orang dijawab? Jemput kanak-kanak kongsi pengalaman di mana Bapa Syurgawi menjawab satu doa peribadi atau doa keluarga. Anda juga boleh berkongsi pengalaman di mana Dia menjawab doa anda. Anda boleh memasukkan pengalaman di mana jawapan itu datang dengan cara yang tidak dijangka. Bersaksi bahawa Tuhan mengasihi kita dan akan menjawab doa kita dengan cara dan masa yang terbaik untuk kita.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak untuk membuat sesuatu yang mengingatkan mereka tentang apa yang mereka pelajari hari ini, seperti peringatan untuk berdoa.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Bersaksi tentang berkat-berkat yang dijanjikan. Apabila anda menjemput kanak-kanak Sekolah Primer untuk mematuhi satu asas tertentu, kongsi janji Tuhan untuk mereka yang mematuhi asas itu. Contohnya, anda boleh memberi kesaksian tentang berkat-berkat yang anda telah terima semasa anda berdoa dalam iman.

Cetak