Perjanjian Baru 2023
10–16 Julai. Kisah Rasul-Rasul 6–9: “Apa yang Engkau Ingin Aku Lakukan?”


“10–16 Julai. Kisah Rasul-Rasul 6–9: “Apa yang Engkau Ingin Aku Lakukan?,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2023 (2022)

“10–16 Julai. Kisah Rasul-Rasul 6–9,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2023

Paulus jatuh di atas tanah

Conversion on the Way to Dmascus [Penukaran Hati dalam Perjalanan ke Damsyik], oleh Michelangelo Merisi da Caravaggio

10–16 Julai

Kisah Rasul-Rasul 6–9

“Apa yang Engkau Ingin Aku Lakukan?”

Mulakan dengan membaca Kisah Rasul-Rasul 6–9. Cadangan-cadangan dalam panduan ini boleh bantu anda mengenal pasti asas-asas penting dalam bab-bab ini, dan anda juga boleh cari yang lain dalam pengkajian peribadi.

Mencatat Tanggapan Anda

Jika adanya seseorang yang kelihatan bukan calon baik untuk penukaran hati, Sauluslah orang itu—seorang Farisi yang ada reputasi untuk menganiaya orang Kristian. Apabila Tuhan beritahu seorang pengikut bernama Ananias untuk mencari Saulus dan berikan dia satu berkat, ia boleh difahami yang Ananias ragu-ragu. Ananias menjawab, “Ya Tuhan, banyak orang sudah memberitahu aku tentang orang ini. Dia sudah melakukan banyak perkara yang kejam terhadap umat-Mu di Yerusalem” (Kisah Rasul-Rasul 9:13). Tetapi Tuhan tahu hati Saulus dan potensinya, dan Tuhan ada misi untuk Saulus: “Aku sudah memilih dia untuk mengabdikan diri kepada-Ku, supaya dia memberitakan nama-Ku kepada bangsa-bangsa bukan Yahudi, raja-raja, dan umat Israel” (Kisah Rasul-Rasul 9:15). Jadi Ananias patuh, dan apabila dia menemui bekas penganiayanya, dia panggil Saulus “Saudara Saulus” (Kisah Rasul-Rasul 9:17). Jika Saulus boleh sepenuhnya berubah dan Ananias sedia mengalu-alukan dia, jadi, haruskah kita fikir sesiapa pun tidak boleh berubah—termasuk kita sendiri?

ikon pengkajian peribadi

Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Kisah Rasul-Rasul 6–8

Hati saya perlu “tulus di sisi Tuhan.”

Satu gereja yang berkembang ada keperluan untuk lebih ramai pengikut untuk melayani. Menurut Kisah Rasul-Rasul 6:1–5, apakah kualiti yang Dua Belas Rasul cari dalam orang yang bakal melayani bersama mereka? Semasa anda baca Kisah Rasul-Rasul 6–8, perhatikan bagaimana kualiti itu, dan yang lain, ditunjukkan oleh Stefanus dan Filipus. Apakah yang kekurangan dalam Simon, dan apakah yang kita boleh pelajari daripada dia tentang kesediaan untuk berubah?

Apakah yang anda terilham untuk ubah untuk pastikan hati anda “tulus di sisi Tuhan”? (Kisah Rasul-Rasul 8:21–22). Bagaimana perubahan ini boleh memberkati anda semasa anda melayani Tuhan?

Kisah Rasul-Rasul 6–7

Melawan Roh Kudus boleh menyebabkan penolakkan terhadap Juruselamat dan para hamba-Nya.

Pemimpin-pemimpin orang Yahudi bertanggungjawab untuk menyediakan orang ramai untuk kedatangan Mesias. Namun mereka gagal mengenali Mesias dan menolak-Nya. Bagaimanakah ini berlaku? Sebahagian jawapan boleh didapati dalam kata-kata Stefanus: “Saudara semua selalu melawan Roh Tuhan” (Kisah Rasul-Rasul 7:51). Apakah erti untuk melawan Roh Kudus? Mengapakah melawan Roh Kudus boleh menyebabkan penolakkan terhadap Juruselamat dan para hamba-Nya?

Semasa anda baca Kisah Rasul-Rasul 6–7, cari pesanan-pesanan yang Stefanus ajarkan kepada orang Yahudi. Dia memberi amaran tentang sikap-sikap apa? Dapatkah anda lihat sikap-sikap serupa dalam diri sendiri? Apakah yang kata-kata Stefanus ajarkan tentang akibat melawan Roh Kudus? Bagaimana anda boleh menjadi lebih sensitif dan lebih peka terhadap pengaruh Roh Kudus dalam hidup anda?

Kisah Rasul-Rasul 8:26–39

Roh Kudus akan bantu saya membimbing orang lain kepada Yesus Kristus.

Apakah perkara yang anda pelajari tentang berkongsi injil dari laporan dalam Kisah Rasul-Rasul 8:26–39? Bagaimana Roh Kudus membantu Filipus? Bagaimanakah berkongsi injil kepada orang lain seperti menjadi seorang pembimbing? (lihat Kisah Rasul-Rasul 8:31).

Elder Ulisses Soares berkata tentang laporan ini, “ini merupakan peringatan tentang mandat syurgawi yang kita mempunyai untuk berusaha mempelajari dan mengajar injil Yesus Kristus kepada satu sama lain. … Kadang-kadang kita seperti orang Ethiopia—kita perlu bantuan seorang pengajar yang beriman dan berilham; dan kadang-kadang kita seperti Filipus—kita perlu mengajar dan memperkuatkan orang lain dalam penukaran hati mereka” (“Bagaimanakah Saya Boleh Faham?,” Liahona, Mei 2019, 6). Pertimbangkan untuk membaca seluruh pesanan Elder Soares dan renungkan bagaimana Roh Kudus dapat membantu anda menjadi pelajar dan pengajar injil yang lebih baik.

Kisah Rasul-Rasul 9

Apabila saya menyerah kepada kehendak Tuhan, saya akan menjadi alat dalam tangan-Nya.

Penukaran hati Saulus kelihatan secara tiba-tiba; dari memenjarakan orang Kristian, dia terus mengkhutbahkan tentang Kristus dalam saumaah. Semasa anda baca ceritanya, renungkan mengapa dia sedia berubah. (Untuk membaca gambaran diri Saulus tentang penukaran hatinya, lihat Kisah Rasul-Rasul 22:1–16 dan 26:9–18. Perhatikan dalam laporan ini, Saulus dipanggil dengan nama Paulus [lihat Kisah Rasul-Rasul 13:9].)

Walaupun pengalaman Saulus adalah luar biasa—bagi kebanyakan orang, penukaran hati ialah satu proses yang lebih panjang—apa yang dapat anda belajar dari penukaran hati Saulus? Apakah yang anda dapat pelajari dari cara Ananias dan pengikut lain bertindak terhadap penukaran hati Saulus? Apakah yang anda lakukan untuk gunakan pelajaran-pelajaran ini dalam hidup anda? Mungkin anda boleh berdoa, seperti Saulus, “Apa yang Engkau ingin aku lakukan?”

Semasa anda baca Kisah Rasul-Rasul 9:36–42, pertimbangkan bagaimana Tabita menjadi alat dalam tangan Tuhan. Apakah yang mengilhami anda tentang teladannya?

Lihat Dieter F. Uchtdorf, “Menunggu di Jalan Menuju ke Damsyik,” Liahona, Mei 2011, 70–77.

ikon pengkajian sekeluarga

Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Kisah Rasul-Rasul 6:8; 7:51–60.Bandingkan laporan-laporan Stefanus dalam Kisah Rasul-Rasul 6:8 dan Kisah Rasul-Rasul 7:51–60 dengan laporan-laporan Juruselamat dalam Lukas 23:1–46. Bagaimana Stefanus mengikut teladan Juruselamat?

Kisah Rasul-Rasul 7:51–60.Bagaimana Roh Kudus memberkati Stefanus ketika dia dianiaya? Pernahkah kita terima kekuatan daripada Roh Kudus pada masa kesusahan?

Apakah yang kita boleh lakukan untuk menerima pembetulan daripada Tuhan dengan lebih baik?

Petrus Membangkitkan Tabita dari Kematian

Tabitha Arise [Tabita Bangun], oleh Sandy Freckleton Gagon

Kisah Rasul-Rasul 9:32–43.Pertimbangkan untuk menjemput ahli-ahli keluarga anda melukiskan gambar-gambar mengenai cerita-cerita dalam Kisah Rasul-Rasul 9:32–43. Apakah yang kita pelajari tentang penganutan yang sejati dari cerita-cerita ini? Bagaimanakah seseorang yang penuh dengan perbuatan baik, seperti Tabita, membantu orang lain percaya kepada Tuhan? (lihat Kisah Rasul-Rasul 9:36; “Bab 60: Petrus Membangkitkan Tabita dari Kematian” (dalam Cerita-cerita Perjanjian Baru, 156–57.

Untuk idea–idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu rohani cadangan: “‘Ku Pergi ke Mana Kau Inginkan,” Nyanyian Rohani, no. 128.

Memperbaikkan Kajian Peribadi

Ibaratkan tulisan suci kepada kehidupan anda. Semasa anda baca, pertimbangkan bagaimana cerita-cerita dan ajaran-ajaran dalam tulisan suci berguna dalam kehidupan anda. Contohnya, apakah peluang yang anda ada untuk melayani orang lain, seperti yang Tabita lakukan dalam Kisah Rasul-Rasul 9:36–39?

Stefanus dilempar batu sehingga mati

“Sementara mereka melempari Stefanus dengan batu, Stefanus berseru kepada Tuhan, “Tuhan Yesus, terimalah diriku” (Terjemahan Joseph Smith, Kisah Rasul-Rasul 7:59 [dalam Kisah Rasul-Rasul 7:59, nota kaki c])