“17–23 Julai. Kisah Rasul-Rasul 10–15: ‘Firman Tuhan Semakin Tersebar Luas,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2023 (2022)
“17–23 Julai. Kisah Rasul-Rasul 10–15,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2023
17–23 Julai
Kisah Rasul-Rasul 10–15
“Firman Tuhan Semakin Tersebar Luas”
Baca Kisah Rasul-Rasul 10–15 dengan cermat, berikan masa untuk Roh mengilhamkan anda dengan fikiran dan perasaan. Apakah yang anda boleh pelajari dalam bab-bab ini?
Mencatat Tanggapan Anda
Semasa pelayanan fana-Nya, Yesus Kristus sering mencabar tradisi dan kepercayaan lama yang orang pegang. Ini tidak berhenti selepas Dia naik ke syurga, kerana Dia terus membimbing Gereja-Nya melalui wahyu. Sebagai contoh, sewaktu kehidupan Yesus, para pengikut-Nya mengkhutbahkan injil hanya kepada golongan orang Yahudi. Tetapi setelah kematian Juruselamat dan Petrus menjadi pemimpin Gereja di bumi, Yesus Kristus mengungkapkan kepada Petrus bahawa masa telah tiba untuk injil dikhutbahkan kepada orang bukan Yahudi. Idea tentang berkongsi injil dengan bangsa bukan Israel tidaklah mengejutkan untuk masa kini, jadi apakah pelajaran dalam laporan ini untuk kita? Satu pengajaran dalam Gereja kuno dan moden adalah, Juruselamat yang penuh kasih membimbing para pemimpin pilihan-Nya (lihat Amos 3:7; Ajaran dan Perjanjian 1:38). Wahyu berterusan adalah tanda penting Gereja Yesus Kristus yang hidup dan sejati. Seperti Petrus, kita harus sedia untuk menerima wahyu berterusan dan hidup “dengan [segala firman Tuhan]” (Lukas 4:4), termasuklah “segala yang telah [Dia] wahyukan, segala yang Dia wahyukan sekarang” dan “hal-hal yang besar dan penting” Dia akan mewahyukan “berkaitan dengan Kerajaan Tuhan” (Fasal-Fasal Kepercayaan 1:9).
Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi
“Tuhan memperlakukan semua orang dengan sama rata.”
Untuk berzaman, orang Yahudi percaya bahawa menjadi “benih keturunan Abraham,” atau keturunan Abraham yang benar, bermaksud seseorang itu diterima dan dipilih oleh Tuhan (lihat Lukas 3:8). Mereka menganggap orang lain sebagai bangsa bukan Israel yang “tidak bersih” dan tidak diterima oleh Tuhan. Dalam Kisah Rasul-Rasul 10, apakah yang Tuhan ajarkan kepada Petrus tentang mereka yang “diterima oleh Tuhan”? (Kisah Rasul-Rasul 10:35). Apakah bukti yang anda temui dalam bab ini tentang kehidupan Kornelius diterima oleh Tuhan? Renungkan apakah maksud pernyataan “Tuhan memperlakukan semua orang dengan sama rata” (ayat 34; lihat juga 1 Nefi 17:35). Mengapakah ia penting untuk anda tahu kebenaran ini?
Seperti orang Yahudi memandang rendah kepada mereka yang bukan dari keturunan Abraham, adakah anda pernah membuat penilaian yang tidak baik atau tidak benar tentang seseorang yang lain daripada anda? Bagaimanakah anda dapat mengatasi kecenderungan ini? Anda boleh mencuba sebuah aktiviti yang mudah untuk beberapa hari berikut: Bilamana anda berinteraksi dengan seseorang, cuba fikir dalam diri anda, “Orang ini adalah anak Tuhan.” Semasa anda lakukan ini, apakah perubahan yang anda sedar dalam cara anda fikir dan berinteraksi dengan orang lain?
Lihat juga 1 Samuel 16:7; 2 Nefi 26:13, 33; Russell M. Nelson, “Membiarkan Tuhan Menang,” Liahona, Nov. 2020, 92–95.
Kisah Rasul-Rasul 10; 11:1–18; 15
Bapa Syurgawi mengajar saya baris demi baris melalui wahyu.
Ketika Petrus lihat penglihatan yang digambarkan dalam Kisah Rasul-Rasul 10, dia sukar untuk fahaminya dan “termenung [ragu-ragu] memikirkan makna penglihatan itu” (ayat 17). Namun Tuhan memberikan Petrus pemahaman yang besar semasa Petrus mencarinya. Semasa anda membaca Kisah Rasul-Rasul 10, 11, dan 15, perhatikan bagaimana pemahaman Petrus tentang penglihatannya diperdalamkan seiring waktu. Bagaimanakah anda telah mencari dan menerima pemahaman yang besar daripada Tuhan semasa anda memiliki pertanyaan?
Kisah Rasul-Rasul 10, 11, dan 15 mengisahkan kembali Tuhan mengarahkan hamba-Nya melalui wahyu. Ia akan membantu untuk mencatat apa yang akan anda pelajari tentang wahyu semasa anda membaca bab-bab ini. Dalam cara apakah Roh berbicara kepada anda?
Lihat juga Quentin L. Cook, “Berkat Wahyu Yang Berterusan kepada Nabi dan Wahyu Peribadi untuk Membimbing Kehidupan Kita,” Liahona, Mei 2020, 96–100.
Saya seorang penganut Kristian kerana saya percaya dan mengikuti Yesus Kristus.
Apakah yang penting tentang seorang dipanggil sebagai Kristian? (lihat Kisah Rasul-Rasul 11:26). Apakah maknanya kepada anda untuk dikenali sebagai seorang Kristian? Pertimbangkan nama yang penting. Contohnya, apakah erti nama keluarga anda kepada anda? Mengapakah nama Gereja penting bagi anda? (lihat Ajaran dan Perjanjian 115:4). Apakah maksudnya bagi anda untuk mengambil ke atas diri anda nama Yesus Kristus melalui perjanjian? (lihat Ajaran dan Perjanjian 20:77).
Lihat juga Mosia 5:7–15; Alma 46:13–15; 3 Nefi 27:3–8; Russell M. Nelson, “Nama Gereja yang Betul,” Liahona, Nov. 2018, 87–90.
Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga
-
Kisah Rasul-Rasul 10:17, 20.Pernahkah kita ada pengalaman rohani dan kemudian meragui apa yang kita telah rasakan atau pelajari? Apakah nasihat yang kita dapat berikan kepada sesama yang boleh membantu mengatasi keraguan kita? (Lihat Neil L. Andersen, “Memori Rohani yang Membentuk,” Liahona, Mei 2020, 18–22.)
-
Kisah Rasul-Rasul 10:34–35.Bagaimanakah anda boleh ajarkan keluarga anda bahawa “Tuhan memperlakukan semua orang dengan sama rata”? (Kisah Rasul-Rasul 10:34). Mungkin anda boleh paparkan gambar orang dari latar belakang dan budaya yang berbeza semasa keluarga anda membaca ayat-ayat ini. Bagaimanakah kebenaran dalam ayat-ayat ini mempengaruhi tindakan kita? (lihat, contohnya, “Aku Akan Menolongmu” [Nyanyian Anak-Anak, 78–79]).
-
Kisah Rasul-Rasul 12:1–17.Keluarga anda boleh melakonkan laporan Petrus dilemparkan ke dalam penjara dan ahli-ahli Gereja berkumpul bersama dan berdoa untuknya. Bilakah kita telah pernah diberkati oleh doa? Adakah terdapat seseorang yang anda rasa terilham untuk doakan, seperti pemimpin Gereja atau orang yang dikasihi? Apakah erti berdoa dengan “tekun [tanpa henti]”? (Kisah Rasul-Rasul 12:5; lihat juga Alma 34:27).
-
Kisah Rasul-Rasul 14.Semasa anda baca bab ini bersama, beberapa ahli keluarga boleh buat catatan tentang berkat-berkat yang datang kepada para pengikut dan Gereja. Ahli keluarga yang lain boleh perhatikan tentang pertentangan atau percubaan yang pengikut-pengikut alami. Mengapakah Tuhan membenarkan hal-hal yang sulit terjadi kepada orang yang soleh?
-
Kisah Rasul-Rasul 15:1–21.Ayat-ayat ini menggambarkan perselisihan dalam Gereja tentang sama ada penganut baharu perlu mematuhi hukum Musa, termasuk sunat atau tidak. Apakah yang para Rasul lakukan tentang perselisihan ini? Apakah yang kita boleh pelajari dari contoh ini tentang bagaimana pemimpin Gereja mengarahkan pekerjaan Gereja?
Untuk idea–idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.
Lagu cadangan: “Aku Akan Menolongmu,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 78–79.