Perjanjian Baru 2023
3–9 Julai. Kisah Rasul-Rasul 1–5: “Kamu Akan Menjadi Saksi-Saksi-Ku”


“3–9 Julai. Kisah Rasul-Rasul 1–5: ‘Kamu Akan Menjadi Saksi-Saksi-Ku,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2023 (2022)

“3–9 Julai. Kisah Rasul-Rasul 1–5,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2023

orang ramai di tepi sungai dan sedang dibaptiskan di sungai

Day of Pentecost [Hari Pentakosta], oleh Sidney King

3–9 Julai

Kisah Rasul-Rasul 1–5

“Kamu Akan Menjadi Saksi-Saksi-Ku”

Semasa anda mengkaji Kisah Rasul-Rasul 1–5, Roh Kudus boleh mengilhami anda untuk menemukan kebenaran-kebenaran yang berkaitan dengan hidup anda. Catat ayat-ayat suci yang anda kagum, dan mencari kesempatan untuk kongsi apa yang anda pelajari.

Mencatat Tanggapan Anda

Adakah anda pernah fikirkan apa yang Petrus mungkin berfikir dan rasa bila dia, bersama Rasul-Rasul yang lain, “memandang ke langit” semasa Yesus naik kepada Bapa-Nya? (Kisah Rasul-Rasul 1:10). Gereja yang diasaskan oleh Putera Tuhan kini berada dalam penjagaan Petrus. Tugas memimpin usaha untuk “[mengajar] semua bangsa” sekarang ditanggungnya (Matius 28:19). Tetapi jika dia rasa tidak layak atau takut, kita tidak menemui apa-apa bukti tentang itu dalam kitab Kisah Rasul-Rasul. Apakah yang kita temui adalah kesaksian dan perubahan hati yang berani, penyembuhan mukjizat, penyataan rohani, dan perkembangan besar Gereja. Ini masih gereja Juruselamat, masih dipimpin oleh-Nya. Malah, kitab Kisah Rasul-Rasul juga boleh dipanggil Kisah Rasul-Rasul Yesus Kristus melalui Para Rasul-Nya. Dibimbing oleh Roh Kudus, Petrus bukan lagi nelayan yang tidak terpelajar yang Yesus temui di persisiran Laut Galilea. Dia bukan lagi lelaki yang beberapa minggu lalu banyak menangis kerana dia menyangkal bahawa dia mengenali Yesus dari Nazaret.

Dalam kitab Kisah Rasul-Rasul, anda akan baca perisytiharan-perisytiharan yang berkuasa tentang Yesus Kristus dan injil-Nya. Anda akan juga lihat bagaimana injil boleh mengubah orang—termasuk anda—menjadi pengikut-pengikut berani yang Tuhan tahu mereka boleh menjadi.

ikon pengkajian peribadi

Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Kisah Rasul-Rasul 1:1–8, 15–26; 2:1–42; 4:1–13, 31–33

Yesus Kristus memimpin Gereja-Nya melalui Roh Kudus.

Kitab Kisah-Kisah Rasul mencatatkan usaha-usaha para Rasul untuk mendirikan Gereja Yesus Kristus selepas Kenaikan Juruselamat. Walaupun Yesus Kristus tidak lagi berada di bumi, Dia memimpin Gereja dengan wahyu melalui Roh Kudus. Fikirkan bagaimana Roh Kudus membimbing para pemimpin baru Gereja Kristus semasa anda membaca ayat-ayat suci berikut: Kisah Rasul-Rasul 1:1–8, 15–26; 2:1–42; 4:1–13, 31–33.

Sebagai ahli Gereja Kristus hari ini, kita ada tanggungjawab untuk terlibat dalam pekerjaan penyelamatan dan permuliaan—untuk menjalani injil Yesus Kristus, menjaga orang yang memerlukan, menjemput semua untuk datang kepada Kristus, dan menyatukan keluarga untuk keabadian (lihat Buku Panduan Umum, 1.2). Apakah yang anda pelajari daripada para Rasul awal tentang bagaimana anda boleh bergantung pada Roh Kudus untuk membimbing usaha anda?

Lihat Panduan Tulisan Suci, “Roh Kudus.”

Kisah Rasul-Rasul 2:36–47; 3:12–21

Asas-asas dan tatacara injil membantu saya datang kepada Kristus.

Adakah anda pernah rasa “gelisa,” seperti orang Yahudi pada hari Pentakosta? (Kisah Rasul-Rasul 2:37). Mungkin anda telah lakukan sesuatu yang anda sesali, atau mungkin anda ingin mengubah kehidupan anda. Apakah yang anda patut lakukan bila anda ada perasaan ini? Nasihat Petrus kepada orang Yahudi terdapat dalam Kisah Rasul-Rasul 2:38. Lihat bagaimana asas-asas dan tatacara-tatacara pertama injil (termasuk iman, pertaubatan, pembaptisan, dan kurnia Roh Kudus—atau dipanggil ajaran Kristus) mempengaruhi penganut-penganut baharu ini, seperti dicatatkan dalam Kisah Rasul-Rasul 2:37–47.

Anda mungkin sudah dibaptiskan dan terima kurnia Roh Kudus, jadi bagaimana anda terus gunakan ajaran Kristus? Fikirkan kata-kata ini dari Elder Dale G. Renlund: “Kita boleh disempurnakan dengan berulang-kali … menjalankan iman dalam [Kristus], bertaubat, mengambil sakramen untuk memperbaharui perjanjian dan berkat pembaptisan, dan menerima Roh Kudus sebagai teman tetap ke tahap yang lebih tinggi. Semasa kita berbuat demikian, kita menjadi lebih seperti Kristus dan mampu bertahan sampai akhir, dengan semua keadaan yang memerlukan” (“Orang Suci Zaman Akhir Teruslah Berusaha,” Liahona, Mei 2015, 56).

Kisah Rasul-Rasul 3:19–21

Apakah masa “[kesegaran rohani]” dan “masanya bagi Tuhan menjadikan semuanya baru”?

Masa “[kesegaran rohani]” merujuk kepada Zaman Seribu Tahun, bila Yesus Kristus akan kembali ke bumi. “Masanya bagi Tuhan menjadikan semuanya baru” merujuk kepada Pemulihan injil, yang menyediakan dunia untuk Zaman Seribu Tahun.

Kisah Rasul-Rasul 3; 4:1–31; 5:12–42

Pengikut-pengikut Yesus Kristus diberikan kuasa untuk melakukan mukjizat dalam nama-Nya.

Lelaki tempang berharap menerima wang dari orang yang datang ke bait suci. Tetapi hamba Tuhan memberinya lebih banyak. Semasa anda membaca Kisah Rasul-Rasul 3; 4:1–31 dan 5:12–42, pertimbangkan bagaimana mukjizat ini mempengaruhi orang-orang ini:

  • Lelaki tempang

  • Petrus dan Yohanes

  • Saksi-saksi di bait suci

  • Imam-imam tinggi dan para pemerintah

  • Orang Suci yang Lain

Petrus menyembuhkan seorang lelaki

Such as I Have I Give Thee [Apa yang Ada Pada-Ku Akan Aku Berikan Kepadamu], oleh Walter Rane

ikon pengkajian sekeluarga

Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Kisah Rasul-Rasul 1:21–26.Membaca Kisah Rasul-Rasul 1:21–26 dapat membantu keluarga anda bincangkan berkat-berkat yang datang kerana adanya para Rasul di bumi hari ini. Ahli keluarga boleh berkongsi bagaimana mereka memperoleh kesaksian bahawa para rasul dan nabi hari ini dipanggil oleh Tuhan. Mengapakah mempunyai kesaksian ini penting?

Kisah Rasul-Rasul 2:37.Apakah maksud frasa “mereka sangat gelisah”? Bilakah kita pernah merasa sedemikian? Mengapakah ia penting untuk berkata “Apakah yang kita harus lakukan?” ketika kita mempunyai perasaan itu?

Kisah Rasul-Rasul 3:1–10.Keluarga anda boleh melakonkan semula ayat-ayat ini. Bagaimanakah lelaki di bait suci diberkati berbeza daripada apa yang dia jangkakan? Bagaimanakah kita telah melihat berkat-berkat Bapa Syurgawi datang kepada kita dalam cara yang tidak dijangka?

Kisah Rasul-Rasul 3:12–26; 4:1–21; 5:12–42.Apakah yang mengagumkan anda tentang iman Petrus dan Yohanes? Bagaimanakah kita boleh menjadi berani dalam kesaksian kita tentang Yesus Kristus? Pertimbangkan untuk membantu kanak-kanak yang lebih kecil berlatih berkongsi kesaksian mereka.

Kisah Rasul-Rasul 4:315:4.Bagaimanakah kita dapat membantu keluarga, bahagian, atau komuniti kita menjadi seperti apa yang digambarkan dalam Kisah Rasul-Rasul 4:31–37? Apakah maksudnya untuk menjadi “sehati dan sefikiran”? Dalam cara apakah kita kadang-kadang “menghalang” sumbangan kita? Mengapakah melakukan itu seperti “[berdusta] kepada Tuhan”? (Kisah Rasul-Rasul 5:2, 4). Bagaimanakah ketidakjujuran mempengaruhi kita secara rohani?

Untuk idea–idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu rohani cadangan: “Biar Roh Kudus Membimbing,” Nyanyian Rohani, no. 57.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Pilih satu tajuk. Minta ahli keluarga bergilir memilih tajuk dari Kisah Rasul-Rasul 1–5 untuk dikaji bersama.

Para Rasul di sisi dua malaikat menuding ke atas

The Ascension [Kenaikan], oleh Harry Anderson