“21–27 Ogos. 1 Korintus 1–7: ‘Hendaklah Kamu Bersatu,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2023 (2022)
“21–27 Ogos. 1 Korintus 1–7,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2023
21–27 Ogos
1 Korintus 1–7
“Hendaklah Kamu Bersatu”
Catatkan tanggapan anda semasa membaca 1 Korintus 1–7. Tanggapan ini boleh termasuk dorongan untuk belajar sesuatu idea dengan lebih mendalam, untuk berkongsi sesuatu yang anda pelajari, atau membuat perubahan dalam hidup anda.
Mencatat Tanggapan Anda
Dalam beberapa bulan Paulus di Korintus, “banyak orang lain di Korintus mendengar berita daripada [dia], dan mereka percaya kepada Yesus lalu dibaptis” (Kisah Rasul-Rasul 18:8) Paulus mungkin sedih mendengar, hanya selepas beberapa tahun kemudian, terdapat “perpecahan” dan “pertengkaran” di kalangan Orang Suci Korintus dan kerana dia tidak bersama mereka, mereka mula mengikut “kebijaksanaan dunia” (1 Korintus 1:10–11, 20). Sebagai tindak balas, Paulus menulis surat yang kini dipanggil 1 Korintus. Ia penuh dengan ajaran mendalam dan pada waktu yang sama, Paulus kelihatan kecewa kerana Orang Suci tidak bersedia menerima semua ajaran yang dia ingin berikan kepada mereka “Saudara-saudaraku! Sebenarnya aku tidak dapat bercakap dengan kamu seperti bercakap dengan orang yang mempunyai Roh Tuhan,” dia mengeluh, “kerana kamu masih hidup menurut tabiat manusia” (1 Korintus 3:1–3). Semasa kita bersedia untuk baca perkataan Paulus, kita boleh memeriksa kesediaan kita untuk menerima kebenaran—termasuk kesediaan kita untuk mengikuti Roh dan berusaha untuk kesatuan dalam keluarga kita, dengan para Orang Suci, dan dengan Tuhan.
Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi
Ahli-ahli Gereja Kristus berusaha untuk bersatu.
Kita tidak tahu semua perincian tentang kekurangan perpaduan di antara Orang Suci Korintus, tetapi kita tahu tentang kekurangan perpaduan dalam hubungan kita . Fikirkan satu hubungan dalam hidup anda yang perlukan lebih banyak kesatuan; kemudian cari apa yang Paulus ajarkan dalam 1 Korintus 1:10–17; 3:1–11 tentang kekurangan kesatuan di kalangan Orang Suci Korintus. Apakah pandangan yang anda dapat tentang bagaimana untuk membina lebih perpaduan dengan orang lain?
Lihat juga Mosia 18:21; 4 Nefi 1:15–17; Ajaran dan Perjanjian 38:23–27; 105:1–5.
Untuk menyempurnakan pekerjaan Tuhan, saya perlukan kebijaksanaan Tuhan.
Meskipun ia bagus—bahkan digalakkan—untuk mencari kebijaksanaan di mana kita boleh mencarinya (lihat 2 Nefi 9:29; Ajaran dan Perjanjian 88:118), Paulus memberi amaran keras tentang kebijaksanaan manusia yang tidak sempurna, yang dia panggil “kebijaksanaan dunia.” Semasa anda baca 1 Korintus 1:17–25, renungkan maksud frasa ini. Apakah Paulus maksudkan tentang “kebijaksanaan dunia”? Mengapa kita perlukan kebijaksanaan Tuhan untuk laksanakan pekerjaan Tuhan?
Dalam usaha anda untuk memenuhi tanggungjawab anda dalam pekerjaan Tuhan, pernahkah anda “gementar kerana ketakutan” seperti Paulus rasakan apabila dia mengajar Orang Suci Korintus? (1 Korintus 2:3). Apakah yang anda temui dalam 1 Korintus 2:1–5 yang memberi anda keberanian? Pertimbangkan bagaimana anda boleh tunjukkan yang anda percaya pada “kuasa Tuhan” lebih daripada “kebijaksanaan manusia.”
Lihat juga Ajaran dan Perjanjian 1:17–28.
Saya perlukan Roh Kudus untuk memahami hal-hal Tuhan.
Jika anda ingin belajar sesuatu seperti mekanik automatif atau seni bina abad pertengahan, bagaimana anda akan melakukannya? Menurut 1 Korintus 2:9–16, bagaimana untuk belajar tentang “rancangan Tuhan” berbeza daripada belajar tentang “isi hati orang”? Mengapakah kita mesti ada Roh Kudus untuk fahami rancangan Tuhan? Selepas membaca ayat ini, apakah yang anda harus lakukan untuk lebih sepenuhnya memahami hal-hal rohani? Bagaimana kata-kata Paulus boleh bantu seseorang yang bergelut dengan kesaksian mereka?
Tubuh badan saya adalah kudus.
Kebanyakan orang di Korintus rasa seks yang tidak berakhlak boleh diterima dan badan mereka dicipta untuk keseronokan. Dalam perkataan lain, Korintus tidak banyak beza dengan dunia hari ini. Apakah yang Paulus ajar dalam 1 Korintus 6:13–20 yang boleh membantu anda terangkan kepada orang lain kenapa anda ingin jalani hidup yang murni?
Adakah Paulus mengajar ia lebih baik untuk berkahwin daripada tidak berkahwin?
Beberapa ayat dalam 1 Korintus 7 seperti mencadangkan walaupun perkahwinan boleh diterima, tetapi untuk kekal bujang dan menjauhkan diri sepenuhnya daripada hubungan seksual adalah lebih baik. Bagaimanapun, Terjemahan Joseph Smith, 1 Korintus 7:29–33 (lihat Panduan Tulisan Suci) membantu kita faham bahawa Paulus merujuk kepada mereka yang dipanggil sebagai penginjil sepenuh masa, dia perhatikan mereka boleh melayani Tuhan dengan lebih baik jika mereka kekal bujang semasa misi mereka. Tuhan mengajar melalui hamba-Nya, termasuk Paulus, bahawa perkahwinan adalah sebahagian daripada rancangan abadi-Nya dan diperlukan untuk permuliaan (lihat 1 Korintus 11:11; Ajaran dan Perjanjian 131:1–4).
Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga
-
1 Korintus 1:10–17; 3:1–11.Apabila ahli keluarga anda membaca ayat ini, jemput mereka untuk mencari pandangan yang boleh menolong mereka untuk menjadi lebih bersatu.
-
1 Korintus 3:1–2.Mungkin anda boleh membaca ayat-ayat ini sambil minum secawan susu dan makan daging. Anda boleh membandingkan cara bayi membesar menjadi orang dewasa dengan cara kita berkembang secara rohani.
-
1 Korintus 3:4–9.Paulus membandingkan usaha misionarinya dengan menanam benih. Apakah yang perbandingannya ajarkan kita tentang berkongsi injil?
-
1 Korintus 6:19–20.Bandingkan badan kita dengan bait suci, seperti Paulus lakukan, boleh menjadi cara berkesan untuk mengajar tentang kekudusan badan kita. Mungkin anda boleh tunjukkan gambar bait suci, seperti yang ada dalam panduan ini. Mengapa bait suci kudus? Bagaimana badan kita seperti bait suci? Apakah yang kita boleh lakukan untuk menjaga tubuh kita seperti bait suci?
Untuk idea–idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.
Lagu cadangan: “Tuhan B’ri Ku Bait Suci,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 73.