Perjanjian Baru 2023
7–13 Ogos. Roma 1–6: “Kuasa Tuhan yang Menyelamatkan”


“7–13 Ogos. Roma 1–6: ‘Kuasa Tuhan yang Menyelamatkan,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2023 (2022)

“7–13 Ogos. Roma 1–6,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2023

Paulus sedang menulis surat

7–13 Ogos

Roma 1–6

“Kuasa Tuhan yang Menyelamatkan”

Mencatat tanggapan akan membantu anda untuk ingat apa yang Roh sedang ajarkan anda. Pertimbangkan juga untuk mencatat perasaan anda tentang tanggapan ini.

Mencatat Tanggapan Anda

Pada masa Paulus menulis suratnya kepada para ahli Gereja Roma, yang merupakan gabungan kumpulan orang Yahudi dan orang bukan Israel, Gereja Yesus Kristus telah bertumbuh melebihi sebuah ikatan kecil bagi penganut dari Galilea. Kira-kira 20 tahun selepas Kebangkitan Juruselamat, terdapat umat Kristian hampir setiap tempat di mana para Rasul dapat pergi—termasuklah Roma, sebuah pusat empayar yang berkuasa. Namun, berbanding dengan kebesaran empayar Roma, Gereja adalah kecil dan sering kali menjadi objek penganiayaan. Dalam keadaan sedemikian, ada yang mungkin berasa malu dengan injil Kristus—tetapi, tentunya, Paulus tidak. Dia tahu dan bersaksi bahawa kuasa benar, “kuasa Tuhan yang menyelamatkan” ada dalam injil Yesus Kristus (Roma 1:16).

ikon pengkajian peribadi

Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Apakah surat-surat tersebut, dan bagaimana ia disusun?

Surat-surat adalah surat yang ditulis oleh para pemimpin Gereja kepada Orang Suci di pelbagai bahagian di dunia. Rasul Paulus menulis kebanyakan dari surat-surat di Perjanjian Baru—bermula dengan Roma dan berakhir dengan Ibrani. Surat-suratnya disusun menurut panjang, kecuali Ibrani (lihat Panduan Tulisan Suci, “Surat-surat Paulus”). Walaupun Roma adalah surat pertama dalam Perjanjian Baru, ia sebenarnya ditulis hampir penghujung perjalanan Paulus sebagai misionari.

Roma 1–6

“Orang yang percaya kepada Tuhan … Akan hidup.”

Tafsiran berikut mungkin akan membantu anda lebih memahami Surat kepada Roma:

Hukum.Ketika Paulus menulis tentang “hukum”, dia merujuk kepada hukum Musa. Perkataan “pekerjaan” dalam penulisan Paulus merujuk kepada tindakan luaran yang berkaitan dengan hukum Musa. Pertimbangkan bagaimana hukum Musa dan pekerjaan yang diperlukan berbeza daripada “hukum iman” yang digambarkan dalam Roma 3:23–31.

Sunat, tidak bersunat.Di zaman kuno, sunat merupakan lambang atau simbol perjanjian yang Tuhan buat dengan Abraham. Paulus menggunakan istilah “sunat” untuk merujuk kepada orang Yahudi (umat perjanjian) dan “tidak bersunat” untuk merujuk kepada bangsa bukan Israel. Renungkan apa yang Roma 2:25–29 ajarkan tentang maksud sebenarnya untuk menjadi umat perjanjian Tuhan. Perhatikan bahawa sunat tidak lagi diperlukan sebagai lambang perjanjian Tuhan dengan umat-Nya (lihat Kisah Rasul-Rasul 15:23–29).

Dimaklumkan soleh, dipersolehkan, layak.Penggunaan perkataan ini merujuk kepada pengampunan, atau perlepasan dosa. Ketika kita telah dipersolehkan, kita diampuni, dinyatakan tidak bersalah, dan dibebaskan dari hukuman abadi atas dosa-dosa kita. Apabila anda melihat istilah ini, perhatikan apa yang Paulus ajarkan tentang apa yang memungkinkan dimaklumkan soleh (lihat juga Panduan Tulisan Suci, “Dimaklumkan Soleh, Dipersolehkan,” scriptures.ChurchofJesusChrist.org. Di Roma, perkataan seperti “soleh” dan “kesolehan” dilihat sebagai sinonim untuk perkataan seperti “adil” dan “dimaklumkan soleh”.

Rahmat.Rahmat adalah “bantuan atau kekuatan ilahi … , diberikan melalui belas kasihan dan kasih dari Yesus Kristus.” Melalui rahmat, semua manusia akan dibangkitkan dan menerima kebaqaan. Tambahan, “rahmat ialah kuasa yang memungkinkan yang membenarkan para lelaki dan wanita untuk memperoleh kehidupan abadi dan permuliaan selepas mereka memberikan usaha mereka yang terbaik.” Kita tidak memperoleh rahmat melalui usaha kita; sebaliknya, ia adalah rahmat yang memberi kita “kekuatan dan bantuan untuk melakukan pekerjaan baik yang jika sebaliknya [kita] tidak akan dapat kekalkan” (Panduan Tulisan Suci, “Rahmat”, lihat juga 2 Nefi 25:23; Dieter F. Uchtdorf, “Kurnia Rahmat,” Liahona, Mei 2015, 107–10. Semasa anda membaca Roma, catatkan apa yang anda pelajari tentang rahmat Juruselamat.

Roma 2:17–29

Tindakan saya harus mencerminkan dan meningkatkan penukaran hati saya.

Beberapa penganut Kristian orang Yahudi di Roma nampaknya masih percaya bahawa upacara dan ritual hukum Musa membawa keselamatan. Ini mungkin kelihatan seperti masalah yang tidak relevan kerana kita tidak lagi menjalankan hukum Musa. Tetapi ketika anda membaca penulisan Paulus, Roma 2:17–29, fikirkan tentang usaha anda sendiri untuk menjalankan injil. Adakah tindakan luaran anda, seperti mengambil sakramen atau menghadiri bait suci, memperdalamkan penukaran hati anda dan menguatkan iman anda kepada Kristus? (lihat Alma 25:15–16). Adakah terdapat sesuatu yang anda harus ubah agar tindakan anda membawa kepada penukaran hati?

Roma 3:10–315

Melalui Yesus Kristus, saya dapat diampuni atas dosa-dosa saya.

Sesetengah orang mungkin merasa kecewa terhadap penyataan Paulus yang berani bahawa “Tidak ada seorang pun yang benar, seorang pun tidak” (Roma 3:10). Tetapi juga terdapat pesanan pengharapan dalam Roma. Carilah dalam bab 3 dan5, dan pertimbangkan mengapa mengingati “semua orang sudah berdosa, dan jauh daripada Tuhan yang menyelamatkan mereka” (Roma 3:23) adalah langkah penting ke arah “membanggakan harapan” melalui Yesus Kristus (Roma 5:2).

Roma 6

Yesus Kristus menjemput saya untuk “mengamalkan hidup yang baru.”

Paulus ajarkan injil Yesus Kristus harus mengubah cara kita hidup. Apakah pernyataan dalam Roma 6 yang menggambarkan bagaimana mengikuti Juruselamat telah membantu anda “mengamalkan hidup yang baru”? (ayat 4).

ikon pengkajian sekeluarga

Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Roma 1:16–17.Bagaimanakah kita dapat menunjukkan bahawa kita “tidak malu dengan injil Kristus”?

Roma 3:23–28.Semasa anda membaca ayat-ayat ini, anda boleh bincangkan perbezaan antara “memperoleh” rahmat Tuhan, yang tidak dapat kita lakukan, atau menerimanya, di mana kita mesti lakukannya. Bilakah kita pernah merasakan rahmat Tuhan? Bagaimanakah kita boleh menerimanya dengan lebih lengkap?

Roma 5:3–5.Apakah kesengsaraan yang kita telah alami? Bagaimanakah kesengsaraan ini bantu kita membentuk kesabaran, pengalaman, dan harapan?

Roma 6:3–6.Apakah yang Paulus katakan dalam ayat ini tentang lambang pembaptisan? Mungkin keluarga anda boleh rancang untuk menghadiri pembaptisan yang akan datang. Atau seseorang dalam keluarga anda boleh berkongsi gambar atau kenangan pembaptisannya. Bagaimanakah melakukan dan mematuhi perjanjian pembaptisan kita membantu kita “berjalan dalam pembaharuan kehidupan”?

lelaki membaptis yang lain di sebuah tasik

Pembaptisan melambangkan permulaan kehidupan baharu sebagai seorang pengikut Kristus.

Untuk idea–idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu cadangan: “Waktu Aku Dibaptis,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 53.

Memperbaikkan Pengkajian Peribadi

Tanya soalan semasa anda mengkaji. Semasa anda mengkaji tulisan suci, soalan akan timbul dalam minda. Renungkan soalan-soalan ini dan cari jawapan. Contohnya, dalam Roma 1–6 anda boleh mencari jawapan bagi soalan “Apakah itu rahmat?”

Kristus menarik seorang budak perempuan dari anak sungai

Be Not Afraid [Jangalah Takut], oleh Greg K. Olsen