Perjanjian Baru 2023
14–20 Ogos. Roma 7–16: “Kalahkanlah Kejahatan Dengan Kebaikan”


“14–20 Ogos. Roma 7–16: ‘Kalahkanlah Kejahatan Dengan Kebaikan,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2023 (2022)

“14–20 Ogos. Roma 7–16,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2023

runtuhan Roma zaman purba

14–20 Ogos

Roma 7–16

“Kalahkanlah Kejahatan Dengan Kebaikan”

Hanya beberapa asas injil dalam Roma 7–16 dimasukkan dalam panduan ini, jadi, jangan hadkan diri kepada apa yang dinyatakan di sini. Perhatikan ilham yang anda terima semasa anda mengkaji.

Mencatat Tanggapan Anda

Semasa dia mulakan suratnya kepada orang Roma, Paulus menyambut mereka dengan memanggil mereka “yang dikasihi oleh Tuhan” yang “dipanggil oleh-Nya untuk menjadi umat-Nya.” Dia berkata “seluruh dunia mendengar bahawa [mereka] percaya kepada Yesus” (Roma 1:7–8). Walaupun dalam kebanyakan suratnya, Paulus membetulkan idea-idea palsu dan sikap-sikap yang salah, jelas dia turut pastikan penganut baharu Kristian ini tahu mereka benar-benar dikasihi oleh Tuhan. Nasihat-Nya yang lembut memberkati kita semua yang bergelut untuk merasakan kasih Tuhan dan kepada mereka rasa jauh untuk menjadi Orang Suci. Dengan kerendahan hati, Paulus mengakui bahawa betapa “malangnya” dia (Roma 7:24), tetapi injil Yesus Kristus berikan dia kuasa untuk mengatasi dosa (lihat Terjemahan Joseph Smith, Roma 7:22–27 [di Panduan Tulisan Suci). Dengan kuasa itu, kuasa penebusan Juruselamat, kita boleh “kalahkan kejahatan”—kejahatan di dunia dan kejahatan dalam diri kita—“dengan kebaikan” (Roma 12:21).

ikon pengkajian peribadi

Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Roma 7–8

Mereka yang mengikuti Roh boleh menjadi pewaris “bersama dengan Kristus.”

Walaupun setelah masuk ke dalam “hidup yang baru” melalui tatacara pembaptisan (Roma 6:4), mungkin anda pernah rasa tentangan dalam diri yang Paulus gambarkan dalam Roma 7—manusia alamiah “bertentangan” dengan hasrat soleh kita (Roma 7:23). Tetapi Paulus juga berucap tentang harapan dalam Roma 8:23–25. Apakah sebab-sebab untuk ada harapan ini yang anda temui dalam bab 8? Anda juga boleh cari berkat-berkat yang datang daripada “Roh Tuhan menguasai hidup kamu” (Roma 8:9). Bagaimana anda boleh memperoleh penemanan Roh Kudus lebih sepenuhnya dalam kehidupan anda?

Roma 8:16–39

Kurnia kemuliaan abadi jauh mengatasi cubaan saya di bumi.

Hanya beberapa tahun selepas Paulus tulis surat ini, para Orang Suci di Roma menderita penganiayaan yang hebat. Apakah yang anda temui dalam Roma 8:16–39 yang mungkin telah membantu para Orang Suci ini ketika penganiayaan? Bagaimana kata-kata ini boleh digunakan ke atas diri anda dan cubaan yang anda hadapi sekarang?

Cari kaitan di antara ayat-ayat ini dengan nasihat daripada Sister Linda S. Reeves: “Saya tidak tahu mengapa kita menghadapi banyak cabaran yang ada, tetapi ia adalah perasaan peribadi saya bahawa ganjarannya sangat besar, sangat abadi dan bertahan lama, begitu riang dan melebihi pemahaman kita bahawa pada hari ganjaran itu, kita mungkin terasa untuk berkata kepada Bapa penyayang dan berbelas kasihan kita, ‘Adakah itu semua yang diperlukan?’ Saya percaya jika kita boleh setiap hari mengingati dan mengenali kedalaman kasih sayang Bapa Syurgawi dan Juruselamat ada terhadap kita, kita akan rela membuat apa-apa sahaja yang Mereka minta untuk kembali ke hadirat Mereka. … Adakah ia penting, jika, pada akhirnya, cabaran-cabaran kita adalah apa yang melayakkan kita untuk kehidupan abadi dan kemuliaan dalam kerajaan Tuhan bersama Mereka?” (“Layak untuk Berkat yang Dijanjikan Kita,” Liahona, Nov. 2015, 11). Putuskan apa yang anda akan lakukan setiap hari untuk “mengingati dan mengenali” kasih Tuhan untuk anda.

Roma 8:29–30; 9–11

Apakah maksud Paulus apabila dia kata “ditetapkan,” “pemilihan” dan “dipilih”?

Paulus gunakan istilah “ditetapkan”, “pemilihan,” dan “dipilih” untuk ajarkan sebelum kehidupan ini, Tuhan memilih beberapa anak-anak-Nya untuk menjadi sebahagian daripada Israel, umat perjanjian-Nya. Ini bermaksud mereka akan menerima berkat-berkat dan tanggungjawab istimewa supaya mereka boleh memberkati semua orang di dunia (lihat Panduan Tulisan Suci, “Pemilihan,” scriptures.ChurchofJesusChrist.org). Bagaimanapun, Paulus tekankan dalam Roma 9–11 bahawa semua anak Tuhan boleh menjadi umat perjanjian-Nya, dan kita semua menerima kehidupan abadi dengan cara yang sama—melalui iman kepada Yesus Kristus dan kepatuhan kepada perintah-perintah-Nya.

Lihat juga Efesus 1:3–4; 1 Petrus 1:2; Alma 13:1–5.

Roma 12–16

Paulus menjemput saya untuk menjadi Orang Suci dan pengikut Yesus Kristus yang sejati.

Lima bab terakhir dalam Roma mengandungi banyak arahan khusus tentang bagaimana Orang Suci harus hidup. Salah satu cara untuk mengkaji arahan-arahan ini adalah untuk mencari topik-topik yang diulangi. Bagaimana anda akan meringkaskan nasihat Paulus?

Mungkin anda tidak dapat jalankan semua nasihat ini sekaligus, tetapi Roh dapat membantu anda cari satu atau dua asas yang anda boleh lakukan bermula hari ini. Beritahu Bapa Syurgawi hasrat-hasrat anda dalam doa, dan mintalah bantuan-Nya.

ikon pengkajian sekeluarga

Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Roma 8:31–39.Apakah yang kita temui dalam Roma 8:31–39 yang ajarkan bagaimana Bapa Syurgawi dan Yesus rasakan tentang kita? Bilakah kita pernah merasakan kasih Tuhan?

Untuk menggambarkan ayat 38–39, ahli keluarga boleh mencari contoh-contoh hal yang, seperti kita dan kasih Tuhan, tidak boleh dipisahkan.

bapa dan anak perempuan sedang menari

Elder Wilford W. Andersen ajarkan, “Muzik injil ialah perasaan gembira rohani.”

Roma 9:31–32.Pesanan Elder Wilford W. Andersen “Muzik Injil” (Liahona, Mei 2015, 54–56, dapat membantu gambarkan apa yang Paulus ajarkan tentang hukum, pekerjaan, dan iman. Selepas bincangkan ucapannya, keluarga anda boleh cuba menari dengan muzik dan tanpa muzik. Bagaimanakah iman dapat membantu kita mengalami kebahagiaan injil?

Roma 10:17.Labelkan beberapa gelas air dengan sumber-sumber kita boleh mencari firman Tuhan (seperti tulisan suci, wahyu peribadi, dan persidangan umum). Bincangkan bagaimana firman Tuhan menambahkan iman kita apabila anda menuangkan setiap gelas ke dalam bekas yang di label “Iman.”

Roma 12.Apakah maksud untuk menjadikan diri kita “suatu korban yang hidup, yang khas untuk Tuhan”? (ayat 1).

Roma 14:13–21.Keluarga anda boleh mengkaji nasihat Paulus tentang menghakimi dan bertengkar tentang kegemaran peribadi. Mungkin anda boleh bincangkan cara-cara yang sesuai untuk bertindak balas apabila orang lain, termasuk ahli keluarga, membuat pilihan yang berbeza daripada anda. Bagaimanakah kita boleh “melakukan hal-hal yang membawa [kedamaian]”? (ayat 19).

Untuk idea–idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu cadangan: “Kurasakan Kasih Jurus’lamat”, Buku Nyanyian Anak-anak, 42–43.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Minta kanak-kanak menunjukkan kreativiti mereka. “Apabila anda menjemput kanak-kanak untuk membuat sesuatu yang berkaitan dengan satu asas injil, anda membantu mereka lebih memahami asas. … Benarkan mereka membina, melukis, mewarna, menulis, dan mencipta” (Teaching in the Savior’s Way25).

Kristus hulurkan tangan-Nya

Abide with Me [Tinggal Denganku], oleh Del Parson