“31 Julai–6 Ogos. Kisah Rasul-Rasul 22–28: ‘Pelayan Rohani dan Saksi,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2023 (2022)
“31 Julai–6 Ogos. Kisah Rasul-Rasul 22–28,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2023
31 Julai–6 Ogos
Kisah Rasul-Rasul 22–28
“Pelayan Rohani dan Saksi”
Tanggapan dari Roh Kudus biasanya senyap dan kadangkala sementara sahaja Mencatat tanggapan-tanggapan membolehkan anda merenungkannya dengan lebih mendalam. Semasa membaca Kisah Rasul-Rasul 22–28, catatkan fikiran dan perasaan yang datang kepada anda dan luangkan masa untuk merenungkannya.
Catat Tanggapan Anda
“Apabila kita melaksanakan tugas Tuhan,” Presiden Thomas S. Monson janjikan, “kita berhak untuk menerima bantuan Tuhan” (“To Learn, to Do, to Be,” Liahona, Nov. 2008, 62). Tetapi, kita tidak berhak satu jalan yang senang dan penuh dengan kejayaan yang berterusan. Untuk membuktikan ini, kita boleh melihat contoh Rasul Paulus. Tugasnya daripada Juruselamat adalah “memberitakan nama-Ku kepada bangsa-bangsa bukan Yahudi, raja-raja, dan umat Israel” (Kisah Rasul-Rasul 9:15). Dalam bab 22–28 dari Kisah Rasul-Rasul, kita nampak Paulus melaksanakan tugasnya dan menghadapi pertentangan yang hebat—diikat, dipenjara, penganiayaan jasmani, nahas kapal, dan bahkan serangan ular. Tetapi kita juga lihat Yesus “berdiri di sisi Paulus dan berkata, Tabahkanlah hatimu!” (Kisah Rasul-Rasul 23:11). Pengalaman Paulus adalah peringatan bahawa panggilan Tuhan untuk “memaklumkan injil [-Nya] dengan suara kesukacitaan” datang dengan janji ini: “Angkatlah hatimu dan bergembiralah, kerana Aku berada di tengah-tengahmu” (Ajaran dan Perjanjian 29:4–5; lihat juga Matius 28:19–20).
Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi
Kisah Rasul-Rasul 22:1–21; 26:1–29
Pengikut-pengikut Yesus Kristus berkongsi kesaksian mereka dengan berani.
Apabila Paulus berikan kesaksian yang dicatatkan dalam Kisah Rasul-Rasul 22 dan26, dia sedang dipenjarakan oleh askar-askar Roma. Dia berucap kepada orang yang berkuasa untuk melaksanakan hukuman mati. Tetapi, dia pilih untuk bersaksi dengan berani tentang Yesus Kristus dan “penglihatan … dari syurga” (Kisah Rasul-Rasul 26:19) yang dia telah terima. Apakah yang mengilhami anda tentang kata-katanya? Pertimbangkan peluang yang anda ada untuk berkongsi kesaksian anda. Contohnya, adakah kawan-kawan anda tahu perasaan anda tentang Yesus Kristus? Atau bilakah masa terakhir anda beritahu keluarga anda atau orang lain tentang bagaimana anda memperoleh kesaksian injil?
Ketika Joseph Smith dicemuh kerana menceritakan Penglihatan Pertamanya, dia diilhami oleh cara Paulus bersaksi tentang penglihatannya (lihat Joseph Smith—Sejarah 1:24–25). Bagaimanakah anda akan meringkaskan apa yang Joseph Smith pelajari dari Paulus? Apakah yang anda pelajari dari dua saksi Yesus Kristus ini?
Lihat juga Neil L. Andersen, “Kita Berbicara Berkenaan Kristus,” Liahona, Nov. 2020, 88–91.
Kisah Rasul-Rasul 23:10–11; 27:13–25, 40–44
Tuhan tetap bersama mereka yang berusaha untuk melayani Dia.
Pelayanan Paulus jelas menunjukkan, kesusahan dalam hidup kita bukanlah tanda bahawa Tuhan tidak setuju dengan pekerjaan kita. Sebaliknya, kadangkala pada masa kesusahan, kita dapat rasa sokongan-Nya lebih kuat. Anda boleh ulang kaji apa yang anda telah baca baru-baru ini tentang pelayanan Paulus dan senaraikan hal-hal yang dia telah lalui (lihat, contohnya, Kisah Rasul-Rasul 14:19–20; 16:19–27; 21:31–34; 23:10–11; 27:13–25, 40–44). Bagaimanakah Tuhan berdiri di sisinya? Bagaimanakah Dia berdiri di sisi anda?
Kisah Rasul-Rasul 24:24–27; 26:1–3, 24–29; 27
Terdapat keselamatan dan kedamaian ketika mengendahkan kata-kata hamba Tuhan.
Sepanjang pelayanannya, Paulus berikan kesaksian yang berkuasa tentang Yesus Kristus dan injil-Nya. Ramai orang menerima kesaksiannya, tetapi bukan semua orang. Semasa anda membaca Kisah Rasul-Rasul 24:24–27 dan Kisah Rasul-Rasul 26:1–3, 24–29, carilah perkataan dan frasa yang menunjukkan bagaimana pemimpin Roma di Yudea bertindak balas atas ajaran-ajaran Paulus:
-
Feliks
-
Festus
-
Raja Agripa
Apabila berlayar ke Roma untuk dihakimi oleh Kaisar, Paulus bernubuat bahawa kapal dan para penumpang akan menghadapi keadaan yang “sangat berbahaya (Kisah Rasul-Rasul 27:10). Baca bab 27 untuk belajar bagaimana teman sekapal Paulus bertindak balas atas amarannya. Dapatkah anda memperoleh pengajaran dari pengalaman mereka?
Pernahkah anda bertindak seperti orang-orang ini apabila anda dengar ajaran-ajaran daripada para pemimpin Gereja? Apakah akibat-akibat yang mungkin berlaku jika kita bertindak begini? Apakah yang anda pelajari dari laporan-laporan ini tentang mematuhi nasihat Tuhan melalui hamba-hamba-Nya?
Lihat juga 2 Nefi 33:1–2; D. Todd Christofferson, “Suara Amaran,” Liahona, Mei 2017, 108–11.
Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga
-
Kisah Rasul-Rasul 24:16.Sebelum penukaran hatinya, Paulus ada sejarah panjang bersalah terhadap Tuhan. Tetapi, kerana dia sedia bertaubat, dia boleh kata, “Aku mempunyai hati nurani yang tidak bersalah terhadap Tuhan, tidak juga terhadap semua orang” (lihat juga Ajaran dan Perjanjian 135:4–5). Bagaimana kita boleh mempunyai hati nurani yang tidak bersalah terhadap Tuhan dan orang lain?
-
Kisah Rasul-Rasul 26:16–18.Apakah yang Tuhan minta Paulus lakukan dalam ayat-ayat ini? Apakah peluang yang kita ada untuk lakukan hal-hal yang sama?
-
Kisah Rasul-Rasul 28:1–9.Adakah ahli keluarga anda yang suka ular? Anda boleh minta orang itu atau ahli keluarga lain menceritakan Kisah Rasul-Rasul 28:1–9 Anak-anak anda boleh melukis satu gambar tentang cerita-cerita itu atau melakonkannya. Apakah yang kita boleh pelajari dari laporan-laporan ini? Satu pengajaran adalah Tuhan memenuhi janji-Nya kepada hamba-hamba-Nya. Contohnya, anda boleh bandingkan janji-janji dari Markus 16:18 dan kegenapannya dalam pengalaman Paulus. Anda boleh juga cari dalam ucapan persidangan umum baru-baru ini, satu janji yang hamba Tuhan berikan—mungkin satu janji yang bermakna untuk keluarga anda—dan paparkan ia di rumah anda. Bagaimana kita boleh beriman bahawa janji ini akan digenapi?
-
Kisah Rasul-Rasul 28:22–24.Seperti Gereja pada masa Paulus (dipanggil “kumpulan” dalam ayat 22), Gereja hari ini kerap kali “dicela.” Apabila orang lain mencela Juruselamat dan Gereja-Nya, bagaimana Paulus menjawab? Apakah yang kita boleh pelajari dari pengalaman Paulus?
Untuk idea–idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.
Lagu rohani cadangan: “Penebusku Hidup,” Nyanyian Rohani, no. 52.