“23–29 Oktober. 1 dan 2 Timotius; Titus; Filemon: ‘Hendaklah Engkau Menjadi Teladan Bagi Semua Orang Yang Percaya,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2023 (2022)
“23–29 Oktober. 1 dan 2 Timotius; Titus; Filemon,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2023
23–29 Oktober
1 dan 2 Timotius; Titus; Filemon
“Hendaklah Engkau Menjadi Teladan Bagi Semua Orang Yang Percaya”
Kadang-kadang melakukan pengkajian tulisan suci anda dengan satu atau lebih soalan dalam fikiran akan lebih membantu. Jemput Roh untuk bimbing anda kepada jawapan-jawapan ketika anda mengkaji, dan catatkan ilham yang anda terima.
Mencatat Tanggapan Anda
Dalam surat-surat yang Paulus tulis kepada Timotius, Titus, dan Filemon, kita dapat lihat sedikit hati seorang pelayan Tuhan. Tidak seperti surat-surat Paulus yang lain kepada seluruh jemaah, surat-surat ini ditulis kepada individu-individu—kawan dan rakan baik Paulus dalam pekerjaan Tuhan—dan membacanya seperti mendengar perbualan. Kita lihat Paulus galakkan Timotius dan Titus, dua pemimpin jemaah, dalam pelayanan Gereja mereka. Kita melihat dia minta kawannya Filemon untuk berdamai dengan seorang ahli dan memperlakukan dia seperti saudara dalam injil. Kata-kata Paulus tidak ditulis langsung kepada kita, dan mungkin dia tidak menjangka bahawa begitu banyak orang akan membacanya suatu hari nanti. Tetapi kita temui nasihat dan galakkan untuk kita dalam surat-surat ini, tidak kira apa pelayanan peribadi kita dalam pelayanan Kristus.
Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi
Siapakah Timotius dan Titus?
Timotius dan Titus telah melayani bersama Paulus semasa beberapa perjalanan misionarinya. Semasa pelayanan mereka, mereka mendapat penghormatan dan kepercayaan Paulus. Timotius kemudian dipanggil sebagai pemimpin Gereja di Efesus, dan Titus dipanggil sebagai pemimpin di Kreta. Dalam surat-surat ini, Paulus memberi Timotius dan Titus arahan dan galakan tentang tanggungjawab mereka, termasuk mengkhutbahkan injil dan memanggil para lelaki untuk melayani sebagai uskup.
Lihat juga Panduan Tulisan Suci, “Surat-Surat Paulus,” “Timotius,” “Titus.”
“Hendaklah engkau menjadi teladan bagi semua orang yang percaya”
Timotius muda, tetapi Paulus tahu dia dapat menjadi pemimpin Gereja yang hebat tidak kira umurnya. Apakah nasihat yang Paulus berikan Timotius dalam 1 Timotius 4:10–16? Bagaimanakah nasihat ini boleh bantu anda memimpin orang lain kepada Juruselamat dan injil-Nya?
Lihat juga Alma 17:11.
“Roh yang diberikan oleh Tuhan kepada kita tidak menjadikan kita penakut, sebaliknya Roh Tuhan melengkapi kita dengan kuasa, kasih, dan kekuatan untuk mengawal diri.”
2 Timotius dianggap surat terakhir yang Paulus tulis, dan nampaknya dia tahu masanya di bumi tidak lama (lihat 2 Timotius 4:6–8). Apakah perasaan Timotius, mengetahui bahawa tidak lama lagi dia tiada mentor dan pemimpinnya yang dipercayai? Apakah yang Paulus katakan untuk menggalakkan dia? Anda juga boleh membaca dengan memikirkan cabaran dan ketakutan anda sendiri dalam minda. Apakah pesanan harapan dan galakan yang Tuhan ada untuk anda dalam 2 Timotius?
Lihat juga Kelly R. Johnson, “Kuasa yang Berkekalan,” Liahona, Nov. 2020, 112–14.
Menjalankan injil menyediakan keselamatan daripada bahaya-bahaya rohani pada zaman akhir.
Kita hidup dalam “zaman akhir” yang Paulus katakan, dan “banyak kesusahan” akan datang (2 Timotius 3:1). Semasa anda membaca 2 Timotius 3, tuliskan kesusahan-kesusahan zaman akhir yang dikatakan (lihat juga 1 Timotius 4:1–3):
Adakah anda boleh fikirkan tentang contoh kesusahan-kesusahan ini di dunia sekeliling anda—atau dalam kehidupan anda sendiri? Bagaimanakah kesusahan-kesusahan ini, seperti yang digambarkan di ayat 6, “pergi ke [rumah anda], dan menguasai [anda]”? Apakah nasihat yang anda temui dalam 2 Timotius 3, dan di bab lain dalam surat-surat ini, yang boleh melindungi anda dan keluarga anda dari bahaya-bahaya rohani ini? (lihat, contohnya, 1 Timotius 1:3–11; 2 Timotius 2:15–16; Titus 2:1–8).
Siapakah Filemon?
Filemon ialah seorang Kristian yang bertukar hati kepada injil kerana Paulus. Filemon ada seorang hamba bernama Onesimus, yang melarikan diri ke Roma. Di sana Onesimus bertemu dengan Paulus dan bertukar hati kepada injil. Paulus menghantar Onesimus kembali kepada Filemon dengan sepucuk surat yang menggalakkan Filemon untuk menerima Onesimus “sekarang dia bukan sahaja abdi, tetapi lebih daripada itu. Dia saudara Kristian yang dikasihi” (Filemon 1:16).
Para pengikut Yesus Kristus melayani satu sama lain seperti saudara dan saudari.
Semasa anda membaca surat Paulus kepada Filemon, renungkan bagaimana anda boleh gunakan nasihatnya pada hubungan anda dengan orang lain. Berikut adalah beberapa soalan yang anda boleh pertimbangkan:
-
Ayat 1–7: Apakah perkataan seperti “saudara” dan “sahabat dan rakan” cadangkan kepada anda tentang hubungan di kalangan Orang Suci? Bilakah anda pernah merasa “digalakkan oleh” seorang saudara atau saudari dalam Kristus?
-
Ayat 8–16: Apakah maksudnya untuk “memerintah” dan “mengajukan”? Mengapakah Paulus pilih untuk mengajukan Filemon dan bukannya memerintah dia? Apakah yang Paulus harapkan dengan menghantar Onesimus kembali kepada Filemon?
-
Ayat 16: Apakah maksudnya untuk menjadi “saudara Kristian [atau saudari] yang dikasihi … dalam Tuhan”? Adakah anda mengenali seseorang yang anda perlu terima dengan cara ini?
Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga
-
1 Timotius 2:9–10.Apakah maksudnya untuk “menghiasi diri [kita] … dengan perbuatan baik”? Apakah beberapa perbuatan baik yang keluarga kita dapat lakukan minggu ini? Anda boleh menyanyi bersama sebuah lagu tentang melakukan kebaikan, seperti “Sudahkah ‘Ku Berbuat Baik?” (Nyanyian Rohani, no. 101.
-
1 Timotius 4:12.Untuk membantu ahli keluarga anda berhasrat menjadi “teladan bagi orang yang percaya,” jemput mereka untuk melukis gambar tentang bagaimana orang lain telah menjadi teladan yang baik bagi mereka. Bagaimanakah orang-orang ini telah mengilhami kita untuk ikut Yesus Kristus? Pesanan Presiden Thomas S. Monson “Jadilah Teladan dan Cahaya” (Liahona, Nov. 2015, 86–88) boleh berikan beberapa idea tentang bagaimana untuk menjadi teladan kepada orang lain.
-
1 Timotius 6:7–12.Mengapakah anda berfikir “sikap mencintai wang menimbulkan segala macam kejahatan”? Apakah bahaya-bahaya jika menumpukan kehidupan kita pada wang? Bagaimanakah kita boleh gembira dengan berkat-berkat yang kita ada?
-
2 Timotius 3:14–17.Menurut ayat suci ini, apakah berkat-berkat yang datang kepada mereka yang tahu dan mengkaji tulisan suci? Mungkin ahli keluarga boleh berkongsi ayat suci yang mereka rasa sangat “berguna.”
-
Filemon 1:17–21.Apakah yang Paulus rela lakukan untuk Onesimus? Bagaimanakah ini sama dengan apa yang Juruselamat lakukan dengan rela untuk kita? (lihat juga 1 Timotius 2:5–6; Ajaran dan Perjanjian 45:3–5). Bagaimanakah kita dapat mengikut teladan Paulus dan Juruselamat?
Untuk idea–idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.
Lagu cadangan: “Bersinar T’rus,” Buku Nyanyian Anak-anak, 96.