Perjanjian Baru 2023
30 Oktober–5 November. Ibrani 1–6: “Yesus Kristus, ‘Sumber Penyelamatan yang Kekal’”


“30 Oktober–5 November. Ibrani 1–6: ‘Yesus Kristus, “Sumber Penyelamatan yang Kekal,”’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2023 (2022)

“30 Oktober–5 November. Ibrani 1–6,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2023

Kristus berdiri bersama seorang gadis muda

Balm of Gilead [Ubat di Gilead], oleh Annie Henrie

30 Oktober–5 November

Ibrani 1–6

Yesus Kristus, “Sumber Penyelamatan yang Kekal”

Mencatat tanggapan rohani membantu anda tahu apa yang Roh Kudus ingin ajarkan kepada anda. Bertindak atas tanggapan anda mencerminkan iman anda bahawa bisikan itu adalah benar.

Mencatat Tanggapan Anda

Setiap kita harus melepaskan sesuatu demi menerima injil Yesus Kristus—tabiat yang buruk, kepercayaan yang salah, pergaulan yang tidak baik, atau sesuatu yang lain. Bagi orang bukan Israel di Gereja Kristian awal, penukaran hati sering bermaksud meninggalkan tuhan-tuhan palsu. Untuk bangsa Ibrani (atau orang Yahudi), bagaimanapun, penukaran hati terbukti untuk, jika tidak lebih sukar, ia lebih rumit. Kepercayaan dan tradisi yang mereka kasihi berpusat pada penyembahan Tuhan yang hidup dan ajaran-ajaran para nabi-Nya, menjangkau kembali ribuan tahun. Namun para Rasul ajarkan bahawa hukum Musa telah digenapi oleh Yesus Kristus dan hukum lebih tinggi adalah standard penganut sekarang. Adakah menerima agama Kristian bermaksud orang Ibrani harus melepaskan kepercayaan dan sejarah mereka yang dulu? Surat kepada orang Ibrani berusaha untuk bantu selesaikan soalan-soalan itu dengan mengajarkan hukum Musa, para nabi, dan tatacara semua adalah penting, tetapi Yesus Kristus adalah yang lebih agung (lihat Ibrani 1:1–4; 3:1–6; 7:23–28). Faktanya, segala hal ini menunjuk dan bersaksi tentang Kristus sebagai Putera Tuhan dan Mesias yang dijanjikan yang orang Yahudi telah nanti-nantikan.

Penukaran hati, pada zaman awal dan hari ini, bermaksud menjadikan Yesus Kristus pusat penyembahan dan kehidupan kita. Ia bermaksud memegang teguh pada kebenaran dan membebaskan apa yang mengganggu kita daripada-Nya, kerana Dia adalah “sumber penyelamatan yang kekal bagi semua orang yang taat kepada-Nya” (Ibrani 5:9).

ikon pengkajian peribadi

Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Siapakah yang menulis Surat kepada orang Ibrani?

Beberapa sarjana telah mempersoalkan apakah Paulus telah menulis Surat kepada orang Ibrani. Gaya penulisan Ibrani adalah berbeza dari surat-surat Paulus yang lain, dan versi terdahulu penulisan tersebut tidak menamakan penulis. Bagaimanapun, kerana idea-idea dalam Ibrani adalah konsisten dengan ajaran-ajaran Paulus yang lain, Orang Suci Zaman Akhir, dengan tradisi agama Kristian, secara umum menerima bahawa Paulus sekurang-kurangnya telah terlibat dalam menulis surat tersebut.

Lihat juga Panduan Tulisan Suci, “Surat-Surat Paulus.”

Ibrani 1–5

Yesus Kristus adalah “gambar wujud” Bapa Syurgawi.

Banyak orang Yahudi rasa sukar untuk menerima Yesus Kristus sebagai Putera Tuhan. Perhatikan bagaimana Surat kepada orang Ibrani bersaksi tentang Dia. Contohnya, semasa anda membaca di lima bab awal Ibrani, anda boleh membuat senarai tentang gelaran, peranan, sifat, dan pekerjaan Yesus Kristus yang anda temui. Apakah hal-hal ini ajarkan anda tentang Juruselamat? Apakah ini ajarkan anda tentang Bapa Syurgawi?

Apakah yang kenyataan Elder Jeffrey R. Holland tambahkan kepada pemahaman anda tentang ajaran-ajaran dalam bab-bab ini? “Yesus … datang untuk memperbaiki pandangan manusia tentang Tuhan dan merayu kepada mereka untuk mengasihi Bapa Syurgawi mereka seperti Dia selalu dan akan selalu mengasihi mereka. … Jadi berilah makan kepada yang lapar, menyembuhkan yang sakit, menolak kemunafikan, merayu untuk iman—ini yang Kristus tunjukkan kita cara Bapa kita” (“The Grandeur of God,” Liahona, Nov. 2003, 72).

Ibrani 2:9–18; 4:12–16; 5:7–8

Yesus Kristus menderita semua hal supaya Dia dapat memahami dan membantu saya ketika saya menderita.

Adakah anda rasa anda dapat dengan “penuh keberanian menghadap takhta Tuhan,” dan mencari rahmat-Nya? (Ibrani 4:16). Satu pesanan daripada Surat kepada orang Ibrani adalah tidak kira dosa dan kelemahan kita, Tuhan mudah dijangkau dan rahmat-Nya boleh diperoleh. Apakah yang anda temui di Ibrani 2:9–18; 4:12–16; 5:7–8 yang menguatkan keyakinan anda bahawa Yesus Kristus akan membantu anda dengan cabaran-cabaran fana anda? Pertimbangkan untuk mencatat di jurnal fikiran dan perasaan anda tentang apa yang Juruselamat telah lakukan untuk anda.

Lihat juga Mosia 3:7–11; Alma 7:11–13; 34; Matthew S. Holland, “Kurnia Putera yang Hebat,” Liahona, Nov. 2020, 45–47.

Ibrani 3:74:11

Berkat Tuhan tersedia bagi mereka yang “[tidak] berkeras kepala [hati mereka].”

Dengan menceritakan cerita orang Israel kuno, Paulus berharap untuk meyakinkan orang Yahudi untuk mengelak kesilapan nenek moyang mereka—[iaitu] menolak berkat-berkat Tuhan kerana ketidakpercayaan. (Anda boleh baca cerita Paulus katakan dalam Bilangan 14:1–12, 26–35.)

Pertimbangkan bagaimana Ibrani 3:74:11 boleh berguna untuk anda. Untuk lakukan ini, anda boleh merenungkan soalan seperti ini:

  • Bagaimanakah orang Israel membangkitkan kemarahan Tuhan? (lihat Ibrani 3:8–11). Apakah kesan-kesan memiliki hati yang keras?

  • Bilakah saya telah mengeraskan hati saya? Adakah terdapat apa-apa berkat yang Tuhan ingin berikan kepada saya yang saya tidak terima kerana kekurangan iman?

  • Apakah yang saya dapat lakukan untuk membentuk hati yang lembut dan menyesal? (lihat Eter 4:15; Amsal 3:5–6; Alma 5:14–15).

Lihat juga 1 Nefi 2:16; 15:6–11; Yakub 1:7–8; Alma 12:33–36; Neill F. Marriott, “Menyerahkan Hati Kita kepada Tuhan,” Liahona, Nov. 2015, 30–32.

ikon pengkajian sekeluarga

Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Ibrani 1:8–9.Dalam cara apakah Yesus telah tunjukkan Dia mengasihi kesolehan dan membenci kederhakaan? Jika kita ada hasrat yang tidak soleh, apakah yang kita boleh lakukan untuk mengubahnya?

Ibrani 2:1–4.Bolehkah anda fikirkan satu pengajaran berobjek untuk bantu keluarga anda fahami maksud berpegang teguh pada kebenaran injil “yang kita telah dengar”? Anda boleh gambarkan ini dengan satu objek yang keras untuk dipegang. Bagaimanakah usaha kita untuk mengekalkan kesaksian kita seperti menangkap dan memegang objek ini? Bagaimanakah kita memastikan “ajaran-ajaran yang sudah kita dengar” tidak kita tinggalkan? (ayat 1).

Ibrani 2:9–10.Untuk mengulas ayat “pemimpin yang membawa orang kepada penyelamatan,” anda boleh mula dengan bincangkan peranan seorang pemimpin. Apakah maksud penyelamatan? Bagaimanakah Yesus Kristus seperti pemimpin dan keselamatan kita?

Ibrani 5:1–5.Ayat-ayat ini dapat membantu anda adakan perbincangan tentang maksudnya dipanggil oleh Tuhan oleh seseorang yang memiliki wewenang. Apakah yang kita dapat pelajari dari teladan Yesus Kristus tentang menerima dan memenuhi panggilan?

Musa mentahbis Harun

“Tiada seorang pun mempermuliakan dirinya sendiri dengan menjadi imam agung. Hanya dengan panggilan Tuhan, seseorang dapat menjadi imam agung, seperti yang berlaku kepada Harun” (Ibrani 5:4). Moses Calls Aaron to the Ministry [Musa Memanggil Harun ke dalam Pelayanan], oleh Harry Anderson

Untuk idea–idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu Cadangan: “‘Ku Memerlukan-Mu Tiap Saat,” Nyanyian Rohani, no. 36.

Memperbaikkan Kajian Peribadi

Cuba kaedah berbeza. Selain sering mempelajari tulisan suci dengan cara yang sama, pertimbangkan pelbagai idea pengkajian. Untuk beberapa idea, lihat “Idea Memperbaikkan Pengkajian Tulisan Suci Secara Peribadi” di permulaan sumber ini.

Yesus Kristus

Light of the World [Cahaya Dunia], oleh Walter Rane